Google Ads

Wednesday 30 September 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 69

MENARIK DI DALAM
·        Celik mata hati
·        Mohon Ketenangan Hati
·        Taqwakah kita?
·        Murah
·        Orang Yang Bercinta
·        Islam, Iman dan Ihsan
·        Corat Coret Anti Yahudi
·        Semuanya okey

Assalamualaikum
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Tuhan semesta Alam dan Yang Menguasai hari pembalasan. Pengetahuan tentang Kelahiran dan Kematian seseorang berada dalam gengamanNya

sahabatku,
saya pernah tanyalah ustazah dengan tajuk celik mata celik hati. sebut pasal celik mata, mungkin ramai yang dapat mengagak siapakah ustazah jemputan. tak lain dan tak bukan, Prof.Dr Muhaya. siapa yang masih lagi belum kenal akan beliau, bolehlah buka-buka  radio ikim 106.2 fm di kawasan johor Bahru kadang-kadang beliau ada di corong radio, ataupun di oasis channel106 dlm rancangan tv beliau dan kadangkala di tanyalah ustazah 11.30 pg di tv9. beliau juga banyak menulis buku dan sekarang mungkin menjadi sumber inspirasi buat sesetengah orang. menurut beliau
àmata fizikal (mata yg kita nampak)
àmata hati (mata daripada jiwa dan roh melihat dengan hati yang bersih. contohnya apabila dia melihat orang buat benda yang salah, dia akan kata, ‘kesian orang ni, dia buat salah bukan sebab jahat, tapi sebab belum dapat hidayah, kerana dia kurang ilmu’.) pandang semua orang dengan sudut pandang yang positif.  
àmata akal (Melihat sesuatu yang membolehkan dia berfikir)
àdan mata nafsu (Tengok orang tu, pakai gelang banyak, nak juga, pakai kereta besar, nak juga, terlalu cintakan dunia)

Sahabatku
jadilah orang yang celik mata hati.
Editor, Norazila Khalid



DOA MEMOHON KETENANGAN HATI
Daripada Abu Umamah, Rasulullah saw, telah mengajar doa ini
‘Ya Allah, Aku memohon daripadaMu jiwa yang tenang, beriman dengan pertemuan denganMu, reda dengan ketentuanMu dan berasa cukup dengan pemberianMu’.


TAQWAKAH KITA?
‘Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah sesungguh taqwa, dan janganlah kamu mati, melainkan di dalam keadaan Islam yang sebenarnya.’ (Ali Imran :102)
‘Bertaqwalah kamu kepada Allah dan ketahuilah bahawa Allah bersama-sama orang yang memelihara diri dari kejahatan’. (Al Baqarah :194)
‘Dan tiada seorang pun di antara kamu, melainkan melaluinya (api neraka), itulah keputusan Tuhanmu yang tidak dapat dihindarkan. Lalu Kami selamatkan pula golongan mereka yang bertaqwa’ ( maryam :71-72)
‘Dan Syurga itu di dekatkan kepada orang-orang yang bertaqwa’ (Asy Syu’ara:90)


MURAH
          Kenapa perlu tidak berpuas hati andai item yang dibeli dengan harga yang murah tidak tahan lama? Kita yang membuat keputusan untuk membeli dan memilih untuk mengeluarkn sejumlah wang tersebut , jadi kita terpaksa menanggung risikonya.
          Dalam rutin seharian kita, pekerjaan yang kita lakukan dengan ‘main-main’ tanpa ada mutu, kosong dengan kesungguhan dan berakar umbi daripada sikap sambil lewa yang melampau, maka layaklah kita mendapat hasil dan bayaran yang ’murah’. Pelaburan yang sedikit jangan harap untuk mendapat keuntungan yang tinggi!
          Tetapi aspek murah juga ada kekuatan. Mahu mendapat rezeki yang berlipat ganda perlulah murah tangan untuk melakukan amalan baik.  Jangan jual mahal untuk menambah ibadah di sisi Allah, ya!
          Tidak cukup dengan ibadah fardu, ringan-ringankan anggota untuk mendekatkan diri kepada Allah. Benar, murah sahaja nilainya kerana ia dilakukan daripada diri sendiri, tetapi mendapat ganjaran yang mahal daripada Allah.
Sumber : viceversa


  

MUTIARA KATA
Orang yang bercinta mesti banyak mengingati insan yang dicintainya. Apabila hati mengingat, mulut akan banyak menyebut. Apabila lidah banyak menyebut, hati akan berasa rindu. Apabila rindu, pasti terasa ingin bertemu. Ya, begitulah sifir cinta kepada Rasulullah saw.

                  

HADIS 2
ISLAM, IMAN DAN IHSAN
            Daripada Umar bin Al Khattab r.a, ‘Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah saw pada suatu hari, tiba-tiba muncul  di hadapan kami seorang lelaki yang sangat putih bajunya. sangat hitam rambutnya, tidak kelihatan tanda-tanda perjalanan jauh dan tiada seorangpun diantara kami yang mengenalinya sehingga dia duduk dihadapan Rasulullah saw lalu dia merapatkan lututnya dengan lutut Rasulullah saw dan meletakkan kedua tapak tangannya di atas 2 pehanya, lantas dia berkata ’Wahai Muhammad ! Ceritakan kepadaku tentang Islam. lalu Rasulullah saw menjawab ’Islam itu ialah kamu menyaksikan bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad adalah pesuruh Allah, kamu mendirikan solat, menunaikan zakat dan menunaikan haji jika kamu mampu mengerjakannya’. Lelaki itu berkata ‘benarlah kamu!’kami berasa hairan terhadapnya, dia bertanya dan dia juga yang membenarkannya.
            Lelaki itu berkata lagi ‘ceritakan kepadaku tentang iman’. Baginda saw bersabda ‘Bahawa kamu beriman dengan Allah, para malaikatNya, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya, hari kiamat dan kamu beriman dengan Qadar baik dan buruknya.’.. Lelaki itu berkata ‘benarlah kamu!’
            Dia berkata lagi ‘ceritakan kepadaku tentang ihsan’. Baginda saw menjawab ‘bahawa kamu beribadat kepada Allah seolah-olah kamu melihatnya. Jika kamu tidak melihatNya, sesungguhnya Allah melihat kamu’.
            Lelaki itu berkata lagi ‘ceritakan kepadaku tentang kiamat’. Baginda menjawab ‘tidaklah orang yang ditanya mengenainya (kiamat) lebih mengetahui daripada orang yang bertanya (maksudnya kedua-duanya tidak mengetahui tentang bila berlaku kiamat).
            Lelaki itu berkata lagi ‘Ceritakan kepadaku tentang tanda-tandanya’. Baginda menjawab ‘Apabila hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila kamu melihat orang yang tidak berkasut, tidak berbaju, miskin dan pengembala kambing berlumba-lumba membina bangunan’. kemudian lelaki itupun pergi. Maka akupun menunggu beberapa hari. Kemudian Rasulullah saw berkata ‘Wahai Umar! Tahukah kamu siapakah orang yang bertanya itu’. Aku menjawab ‘Allah dan Rasulnya lebih mengetahui’. Sabda Rasulullah saw ‘Sesungguhnya dia adalah Jibril. Dia datang untuk mengajar kamu tentang agama kamu’.
 Sumber : Syarah Hadis 40 Imam Nawawi



CORAT CORET ANTI YAHUDI
‘Boikot-boikot ni tak praktikal’
‘Mengapa?’
‘Kalau boikot-boikot produk ni kita juga yang susah, kita belum kuat, jangan cari penyakit ’
‘kalau begitu, macammana kita ingin melahirkan kebencian terhadap zionis?’
‘perlukah kebencian dilahirkan? ’
‘kalau kebencian tidak dilahirkan, apa maknanya? Kalau awak tak setuju dengan kempen boikot produk yahudi ni. ada cara lain?’
‘kita tidak boleh buat apa-apa.’
‘cuba perhatikan kisah ini, semasa Nabi Ibrahim dibakar, seekor burung kecil berulang alik dari sungai dengan membawa beberapa titis air sebagai usaha untuk memadamkn api tersebut. Perbuatannya ditertawakan oleh burung-burung  lain kerana mana mungkin api yang besar boleh dipadamkn dengan air yang beberapa titis. Maka jawab burung kecil tadi ’aku yakin bahawa Allah tidak akan bertanyakan kepadaku apakah dengan usahaku ini akan berjaya memadamkan api, tetapi Allah pasti akan bertanya apa yang telah aku lakukan untuk memadamkan api itu, ya, kita hanya umpama ‘burung kecil’ dalam usaha memerangi kekejamannya’ 
‘lebih baik boikot hedonisme’
‘mengapa?’
‘hampir semua budaya hedonisme ditaja oleh Yahudi, ia lebih dahsyat daripada sebotol minuman dan sepotong ayam goreng’
‘filem, lagu, fesyen, muzik yang bertentangan syariat sangat dekat dengan umat islam masa kini. Sedar tak sedar, kitalah pengguna terbesar produk hedonisme yahudi.’
‘tapi langkah ini memang susah sedikit. hampir setiap masa umat islam menikmati lagu-lagu dan filem sebegitu’
‘kalau nak lawan yahudi memang susah. Mana lebih susah, umat islam Palestin yang sedang bermandi darah atau kita yang hanya perlu menutup telinga dan mata daripada produk hedonisme yahudi? Ada kalanya agenda hedonisme diuar-uarkan kononnya untuk menentang zionis. Aktiviti hiburan keterlaluan, pendedahan aurat dan pergaulan bebas dijadikan wadah untuk memerangi yahudi, padahal itu semua ialah cara hidup yang memang disukai oleh Yahudi. Dan Ramai juga yang tidak sedar bahawa yahudi ialah penaja kepada budaya pendedahan Aurat dan pergaulan masa kini. Mereka bukan sahaja meraih keuntungan komersial bahkan berjaya meruntuhkan semangat jihad remaja Islam menerusi produk-produk hedonisme itu.’
Sumber : Beduk di Ketuk



 Refleksi
Indahnya orang yang beriman itu, apabila dia di uji dengan ujian yang berat, dia redha dan sabar dan apabila di uji dengan limpahan rahmat dan kesenangan  lantas dia bersyukur. semua keadaan adalah okey bagi dirinya.  Bagaimana dengan diri kita?












No comments:

Post a Comment