Google Ads

Monday 21 September 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 52

MENARIK DI DALAM
·        Generasi Hari ini vs Gajet
·        Tip Bimbing Anak Jauhi Teknologi
·        Panas Baran
·        Manifestasi cinta Kepada Allah
·        Taktik Nafsu vs Taktik Syaitan



Assalamualaikum
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,Tuhan Yang Esa yang satu-satunya layak disembah.

Sahabatku
Sekarang sudah generasi apa ye? Y ke Z? atau Generasi ZZ? entahlah yer. tapi tengoklah apa yang anak kita buat? kebanyakan anak-anak seawal di sekolah rendah sudah mempunyai ‘handphone’. mungkin juga sudah ada ‘ipad’. lihatlah game apa yang kita ‘install’kan untuk anak-anak kita. ada tak game yang berilmu, cara mengerjakan solat umpamanya, soaljawab dengan ustaz, ataupun bacaan al-Quran, atau adakah sekadar game yang ’kejam’, membunuh? menembak? memukul? dan seumpamanya.

Sahabatku
sangat benar sekali ungkapan ‘Bayi yang dilahirkan adalah ibarat kain putih. ibubapa yang mencorakkannya’. melihat limpahan game yang melimpah ruah ‘free’ di android atau mana-mana aplikasi sedikit mengusarkan hati walaupun sesekali terselit aplikasi yang berunsur islamik. mulai sekarang, pantaulah setiap tingkah laku dan perbuatan anak-anak kita. kita perlukan anak-anak yang boleh menjadi ‘pencen kubur’ kita di SANA nanti.
Sayangilah diri anak-anak kita, jangan biarkan mereka terjebak di dalam arus ‘Kehendak’ Yahudi yang TERSEMBUNYI.

Editor, Norazila Khalid



TRIVIA (SOALAN KUIZ AGAMA)
1. Namakan 3 haiwan yang disebut dlm al-Quran yang bertujuan untuk menghina manusia.
2. Apakah nama hari yang disebut dalam al-Quran?
3. Apakah hubungan diantara 2 kitab di bawah?
Sahih al-Bukhari oleh Imam Al-Bukhari  dan  Fath al-Bari oleh Ibn Hajar al-Asqalani
Jawapan di akhir edisi ini

TIP BIMBING ANAK JAUHI TEKNOLOGI

 Fahamkan anak-anak bahawa gadget ialah alat dan bukannya tujuan hidup. Gunakannya sebagai alat untuk  beribadah kepada Allah swt. Katakanlah jika mereka ingin melayari internet untuk mencari ilmu, maka gunakan ia sebaik-baiknya. Sebaliknya jika mereka menyalahgunakannnya untuk perkara yang sia-sia ia hanya membuang masa. Bukankah setiap saat dalam hidup kita ini akan dihisab oleh Allah swt?

 Kita menetapkan had masa jika anak-anak ingin menggunakan gadget .  Jika  mereka tidak mematuhi atau melanggar, dengan tegas kita akan menarik semula kemudahan tersebut untuk sesuatu tempoh tertentu.

 Ketika tetamu datang berkunjung, disiplinkan anak-anak supaya tidak terus menerus berada dihadapan komputer, telefon bimbit, tv  dan permainan video. Ajak anak-anak berinteraksi  dengan tetamu dan fahamkan mereka bahawa tetamu perlu diraikan kerana ia adalah sunnah Rasulullah saw.

 Latih anak-anak peka dengan waktu solat.. Jika setengah jam lagi akan masuk waktu solat, mereka perlu menutup tv atau komputer. Mereka tidak digalakkan membukanya kerana takut terlupa waktu solat dan terleka dengannya.

 Apabila ibubapa sedang bercakap , didik anak-anak memerhatikan wajah kita. Jika pandangan anak-anak menyebabkan ibubapa gembira, Allah swt akan menganugerahkan pahala kepada mereka. Sibukkan diri melayani ibu bapa daripada sibuk melayani telefon, sms atau fb. Jangan sampai hati kedua org tua tergores. Jika mendapat panggilan, mintalah izin dengan kedua orang tua untuk menjawabnya, menutup terus telefon dan melayani kedua ibubapa adalah lebih utama.
Sumber:Hai Anak, Rashidah Mustaffa 


PANAS BARAN

A)PUNCA PANAS BARAN

 Sifat yang diwarisi oleh ahli keluarga

 Emosi yang tidak terkawal, perilaku agresif, rasa dikecewakan, sifat ego atau tekanan perasaan.

 Persekitaran dan didikan.

 Gejala sosial.

 Masalah kewangan atau keluarga

 Bebanan kerja

 

A)LANGKAH MENANGANI PANAS BARAN

 Latih diri untuk mamberi pandangan yang positif tanpa menimbulkan kemarahan sekalipun.

 Menenangkan diri perlahan-lahan.

 Mengawal perasaan marah dari dalam diri.

 Menarik nafas panjang dan dalam-dalam.

 Belajar menjadi masyarakat yang bertamadun.

 Mengamalkan sikap yang bertolak ansur.

 Mencipta hidup yang aman dan harmoni.

 

A)RISIKO INDIVIDU PANAS BARAN

 Terdedah dengan serangan penyakit kronik seperti darah tinggi, sakit jantung dan migrain.

 Dijauhi atau dipulaukan oleh masyarakat sekeliling.

 Jiwa kosong, tekanan perasaan dan murung yang melampau.

 Hilang kerjaya, kedudukan dan jawatan.

 Menyebabkan penceraian, pergaduhan, kecederaan dan kemalangan.

 Melakukan kesalahan jenayah atau penderaan.  

Sumber : POTENSI(Dato’ Hj Muhammad Zakaria)


MANIFESTASI CINTA KEPADA ALLAH

          Risik-risik cerita dan mentaliti masyarakat masih ramai yang statik berfikrah dengan situasi sebegini. Tidak cukup dengan umpatan jahat yang secara syariatnya memang salah dan haram seperti kejian dan umpatan, perbuatan baik dan penghijrahan ke arah yang lebih baik juga turut tidak disenangi. Sehinggakan ia diperkecil sehingga menimbulkan rasa sangsi dengan penghijrahan tersebut.
          Apabila dipilih dengan ‘offer’ untuk kembali meraih cinta Allah, segeralah berlari kepadaNya. Pekakkan telinga dengan segala cercaan, sindiran dan kata-kata yang dilemparkan. Mulut manusia tidak mampu ditutup dengan tangan kita, tetapi manusia mana yang dapat menahan diri daripada berdoa kepada Allah?
          Jangan mengangkat tangn dan kaki untuk melawan kembali, jangan meringankan lidah untuk membalas kata-kata mereka, butakan pandangan mata dengan kekhilafan lama yang menjadi nanah dalam diri. Tetapi kuasai hati sendiri dengan mendoakan mereka agar turut sama berhijrah. Segala yang berlaku digagahi dan kutiplah pengajaran melalui sempadan kisah yang tersembunyi.
          Ingatlah, seorang mukmin tidak akan jatuh ke lubang yang sama. Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah berbanding mukmin yang lemah. Jiwa akan terpandu apabila hidup bertuhan dan kembalilah kepada Allah dan mencintaiNya. Inilah manifestasi cinta baharu.
Sumber : Umar Muhammad Noor


TAKTIK NAFSU VS TAKTIK SYAITAN

BISIKAN NAFSU (DALAMAN)
¤ Umpama harimau yang akan menerkam mangsa secara terus.
¤ Bisikan kejahatan yang kuat, tidak berubah-ubah  dan berterusan.
¤ Apabila bisikan kejahatan tidak lemah dengan zikrullah dan sukar dihilangkan, itu daripada hawa nafsu. Bisikan kejahatan oleh hawa nafsu hanya boleh ditangani dengan mujahadah (di samping zikrullah)

BISIKAN SYAITAN (LUARAN)
¤ Umpama anjing (dubuk) yang menyerang secara berulang-ulang dan beransur-ansur. jika di usir dari satu arah, ia akan datang dari arah yang lain pula.
¤ Kadang-kadang bisikan itu kuat, lemah, maju atau mundur.
¤ Jika berkurang dengan zikrullah, itulah bisikan syaitan.
Sumber : Pahrol Mohamad Juoi




JAWAPAN TRIVIA
1. Keldai (Surah al Jumu’ah :5), Anjing (Surah al-A’raf :175-176), Gagak (Surah al-Maidah :31)
2. Hari Jumaat (Surah Jumu’ah :9)  dan Hari Sabtu (Surah al-A’raf 7:163)
3. Fath al-Bari ialah kitab syarah (huraian) kepada kitab sahih al-Bukhari.









No comments:

Post a Comment