Google Ads

Monday 21 September 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 51

MENARIK DI DALAM
·        Solat oh solat
·        Ubat dan Penawar hati
·        Persinggahan
·        Bahagiakan mereka
·        Muhasabah diri dengan malu
·        Karakter Syaitan



Assalamualaikum
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..Tuhan Yang Maha Tahu akn segalanya tentang diri kita, kerana Dia lah kita wujud, dan kerana Dialah jua kita bernafas... dan sesungguhnya kerana Dialah juga tujuan kita HIDUP.

Sahabatku
Teringat saya dengan cerita ayah yang datang jauh dari Terengganu ke Johor ini dengan menaiki bas, Ayah membebel-bebel mengenai penumpang yang tidak menunaikan solat dalam perjalanan sedangkan pemandu bas telah memberi peluang untuk menunaikan solat dengan berhenti di depan masjid.

Sahabatku
Saya cuba memujuk ayah dengan menyatakan bahawa mungkin orang itu ada alasan ygan kukuh kenapa tidak solat, mungkin sakit dan lain-lain, tetapi ayah tetap cuba menafikan. sy hanya tersenyum kerana itulah ragam manusia. payah sikit, maka dia akan abaikan solat. takpe nanti qada’ la katanya. Amboi, senangnya.

Sahabatku....
Daripada cerita itu, kita menyedari betapa amat jahil sekali manusia tentang ilmu agama, tentang keperluan qada’ solat, bilakah boleh qada’ solat dan adakah begini sikap kita dengan Allah swt yang telah menganugerahkan kita dengan pelbagai macam nikmat? cuba semak semula solat kita semua.  adakah kita juga pernah tergolong dalam golongan ini yang jika rasa payah, sikit-sikit qada’, sikit-sikit  qada’. Sedangkan, yang qada’ juga sekadar ala kadar.
Editor , Norazila Khalid

TRIVIA (SOALAN KUIZ AGAMA)
1. Apakah perkataan yang diucapkan oleh Nabi Yunus a.s ketika terperangkap dalam mulut ikan?
2. Apakah 3 surah yang mana nama surah tersebut disebut pada hujung surah itu?
3. Apakah nama koleksi hadis-hadis yang dikumpulkan oleh Imam Malik?
Jawapan di akhir edisi ini


UBAT DAN PENAWAR PENYAKIT HATI

 MARAH

Marah ialah salah satu penyakit hati. Penyembuhannya boleh dengan cara memberikan ubat kepada apa atau siapa yang dimarahinya. Jika ia mengubatinya dengan cara yang betul dan penuh hikmah, berjayalah ia disembuhkannya. Sebaliknya jika ia mengubatinya dengan cara yang salah atau batil, maka akan hanya bertambah rasa sakit dalam hatinya. 

 

 CINTA DAN RINDU

Hal itu tidak ubahnya dengan seseorang yang mengubati penyakit rindu (atau cinta)dengan cara berdua-duaan, atau dengan perkara-perkara yang menghampiri zina, untuk melepaskan rindu, dengan bertemu (dating), menelefon atau mengirim mesej dengan kata-kata romantik, atau melalui apa-apa jua yang memabukkan atau mengkhayalkan , maka ia hanya semakin bertambah parah sakitnya dan lama kelamaan akan menimbulkan pelbagai penyakit sampingan yang lebih berbahaya daripada penyakit yang ada.

  

 GELISAH DAN SEDIH

Perasaan gelisah, sedih dan kecil hati tidak dinafikan ianya menyakitkan hati. Ubatnya adalah berusaha menenangkan fikiran dgn mendekatkan diri dengan Allah, banyakkan berzikir, sehingga akan lahir ketenangan, perasaan gembira, suka ria dan besar hati. Sebaliknya, jika ia menggunakan cara yang salah dan batil, bukan sahaja tidak dapat sembuh, bahkan semakin banyak penyakit yang akan berjangkit kerananya.  

 

 KEJAHILAN

Kejahilan dan kebodohan juga merupakan penyakit yang menjangkiti hati. Sesetengah orang mengubatinya dengan mencari ilmu-ilmu yang tidak bermanfaat yang beranggapan bahawa penyakit jahil di atas boleh disembuhkan dengan apa sahaja ilmu, mengikut keperluan semasa seseorang. Padahal sebenarnya ia hanya akan menambahkan rasa sakit yang tersembunyi dalam hati itu sendiri. Jadi, yang boleh menyembuhkan penyakit jahil itu hanya ilmu yang bermanfaat sahaja. 

 

 RAGU-RAGU

Orang yang kerap berasa bimbang dan ragu-ragu terhadap sesuatu di dalam hatinya, akan sentiasa sakit sehinggalah kebimbangannya tersebut hilang.ketika seseorang dilanda kebimbangan, ibarat keadaan suhu orang yang sedang naik menjadi panas, sehingga ia memerlukan pendingin yang boleh menyejukkannya iaitu embun hidayah keyakinan yang benar.

Sumber: Solusi isu 2

 


PERSINGGAHAN
Dunia ini adalah persinggahan. Jadi kumpullah sebanyak mana bekalan kerana inilah satu satunya persinggahan yang kita ada. Fikirkanlah.

         

GEMBIRAKAN /BAHAGIAKAN MEREKA

 BAHAGIA DENGAN PENGHARGAAN
Jika anda ingin membuatkan seseorang gembira, belajarlah menghargai mereka dengan memberikan pujian kepada pencapaian mereka walau sekecil manapun dan menghargai mereka. Alangkah gembiranya hati orang yang mendapat penghargaan.

 BAHAGIA DENGAN SENYUMAN
Pernahkah anda terfikir bahawa, mengapa orang yang berkarakter lucu memliki kelebihan untuk menarik perhatian orang? berada dalam kalangan mereka yang riang dan lucu akan menggembirakan orang disekeliingnya. Berusalah untuk meletakkan senyuman pada wajah seseorang dan anda pasti tidak akan dilupakan.

 BAHAGIA DENGAN KEBAIKAN
  Kebaikan  dikatakan bahasa cinta. Dengan melakukan kebaikan kepada orang sudah cukup menggambarkan yang kita mengambil berat kepadanya dan sekaligus mengundang rasa gembira dan Bahagia orang yang menerimanya.
Sumber : Ulfah.


MUHASABAH DIRI DGN MALU
Carilah masa untuk sering bermuhasabah diri, tidak malukah diri ini. kita banyak memohon hajat, namun pada waktu yang sama, banyak perintahNya ditinggalkan. Tidak malukah diri ni, selalu curi tulang semasa bekerja di tempat kerja tadi? tidak malukah aku, masih tidak dapat mengawal pandangan mata di jalan? Jika sesuatu kesalahan itu kita lakukan dengan manusia lain, mungkin manusia payah memaafkan. Jika kita berhajat kepada Allah, pasti akn ditolak lantaran dosa dan kejahatan kita. Namun Allah masih Maha Penyayang. Allah terus memberi rezeki, memberi kesihatan yang baik dan tidur yang lena buat kita. Alangkah malunya.
Kita patut malu kepada Rasulullah saw yang selalu berdoa dan merindui bertemu umatnya. Namun sunnah-sunnah Baginda jarang-jarang kita belajar dan ikuti yang banyaknya cara hidup barat yang kita ikuti. Sekali lagi,  MALUnya.
Sumber : Akhlak. Rashidah Mustaffa

KARAKTER SYAITAN
Andai syaitan itu dapat dilihat, pasti kita akan mengenal pasti terlebih dahulu fizikal syaitan. Pedang, meriam dan segala jenis senjata dan alat pertahanan diri disediakan untuk melawannya.
Tetapi, bisikan syaitan tidak memerlukan semua item di atas. Kenali karakter syaitan dan sentiasa berhati-hati agar kita sebagai manusia tidak mempunyai karakter yang sama seperti syaitan. 

¤ LEMAH
‘Aku tidak kuat melawan syaitan’ kata seorang muslim. Allah telah mengingatkan bahawa syaitan dan tipu daya daripada syaitan itu lemah.Maksudnya ‘Syaitan dan tipu dayanya adalah lemah’ (surah An Nisa’ 4:76) Sebenarnya manusia adalah kuat dan berupaya melawan tipu daya syaitan.

¤ PENDUSTA
Dalam melancarkan misi menghancurkan orang Islam, syaitan amat terkedepan dengan sikap dustanya. Janji dan bisikan syaitan semuanya tipu belaka dan tiada satu pun yang benar.

¤ ILHAM BATIL
Formula ini paling sukar untuk manusia kesan. Sesuai dengan prinsip hidup syaitan untuk menyesatkan manusia , hatta manusia itu sedang melakukan kebaikan, syaitan pasti akan hadir untuk memberi ilham yang batil. Contohnya orang yang sedang melakukan solat akan dilekakan dengan memberi ilham tentang perkara yang boleh dilakukan selepas selesai solat nanti.

¤ KETAWA ATAS KEJAHATAN
Jika kuasa litar perangkap had laju boleh merakamkan kesalahan pemandu yang membawa kenderaan melebihi had laju yang ditetapkan, syaitan pula melihat kebaikan yang dilakukan oleh manusia dan seterusnya berusaha untuk memesongkan kebaikan tersebut kepada perkara kejahatan. Syaitan akan ketawa besar apabila melihat manusia yang baik melakukan kejahatan.
Sumber : Ust. Pahrol Mat Juoi



JAWAPAN TRIVIA
1. ‘Bahawa tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk dalam golongan orang yang zalim’. (Surah al Anbiya’ 21:87)
2. Surah al-Ma’un, surah al-Masad atau al-Lahab dan surah al-Nas.
3. Al-Muwatta’





No comments:

Post a Comment