Google Ads

Wednesday 23 September 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 56

MENARIK DI DALAM
·        ujian hidup ibarat membasuh baju?
·        Sayap Kebebasan
·        Kaum-kaum Yang Dibinasakan
·        Akhir Zaman : Kedahsyatan Hari Kiamat
·        Tip TAngani Baran secara Fizikal
·        Hukum Gantung Kuda laut.


Assalamualaikum
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Yang menguasai segala yang ada di langit dan di bumi.

Sahabatku
Suatu pagi, saya ada mengikuti program muqaddimah di Tv9. Pada masa itu ustaz Hj Zahazan sedang bersiaran dan memberikan kupasan. saya amat tertarik dengan satu perumpamaan yang di utarakan kepada penonton iaitu berkenaan dengan ujian yang melanda kita semua.

Sahabatku
Menurut beliau, ujian ini umpama seperti kita membasuh baju sehingga menjadi baju yang bersih dan kering. baju kotor adalah diri kita sekarang. penuh dosa dan noda.  sementara mesin basuh, panas terik matahari dan panasnya seterika adalah ujian yang Allah timpakan kepada diri kita untuk menghasilkan kita insan yang bersih dari dosa iaitu seperti baju yang bersih dan siap di seterika. Ujian yang bertimpa-timpa seperti baju yang direnyuk dan direntap-rentap di dalam mesin, baju yang di sidai berpanasan kena matahari dan di seterika dengan suhu yang cukup panas mengajar kita melalui semua ujian hidup dengan tabah dan penuh kesabaran. Kerana hasilnya, diri kita menjadi bersih dan yang paling penting akan mendapat rahmat dan sentiasa di bawah lindunganNya.

Sahabatku...
Redhalah dgn UJIAN yg dihadapimu. Lihatlah kelebihan dalam setiap kekurangan.

Editor , Norazila Khalid

SAYAP KEBEBASAN
Petanda Ciptaan Yang Maha Agung
‘Tidakkah mereka memerhatikan burung-burung  yang dimudahkan terbang ke angkasa lepas. Tidak ada yang menahannya selain daripada Allah. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Allah bagi orang yang beriman ‘
(surah al-Nahl : 79)


KAUM-KAUM YANG DIBINASAKAN  (1)

Firman Allah dlm surah Qaff 12-14, bermaksud ‘sebelum mereka, kaum Nuh, Penduduk Rass, dan Thamud telah mendustakan (rasul-rasul) dan (demikian juga) Kaum Aad, Kaum Firaun dan Kaum Lut, dan (juga) penduduk Aikah serta kaum Tubba’. Semuanya telah mendustakan Rasul-rasul. maka berlakulah ancaman Ku (atas mereka)’

 

 KAUM NABI NUH

Nabi Nuh berdakwah kepada kaumnya lebih 950 Tahun. Namun yang beriman hanya sekadar 80 orang sahaja. Kaumnya mendustakan dan memperolokkannya. Allah datangkan banjir besar menenggelamkan mereka yang ingkar, termasuk anak dan isteri Nabi Nuh sendiri.

 

 KAUM NABI HUD

Nabi Hud a.s di utus kepada Kaum Aad.Mereka mendustakan kenabian Nabi Hud. Allah datangkan angin taufan yang dahsyat dan rebut kencang disertai bunyi gemuruh yang menggerunkan hingga binasa seluruh Kaum Aad. 

 

 KAUM THAMUD

Nabi Saleh a.s diutus kepada Kaum Thamud. Baginda telah diberikan mukjizat unta betina yang keluar dari celah batu, bagi menunjukkan kebesaran Allah swt. Malangnya kaum Thamud yang ingkar itu telah membunuh unta betina tersebut. Azab yg dahsyat menimpa mereka iaitu satu  tempikan suara yang kuat daripada Malaikat Jibrail yang menyebabkan tubuh mereka hancur berkecai.

 

 Kaum Sadum

Kaum Sadum terkenal dengan amalan keji iaitu amalan homoseksual. Nasihat dan dakwah Nabi Lut yang diutuskan kepada mereka tidak diendahkannya, malah mereka cuba menggoda-goda orang malaikat yang menyamar sebagai manusia yang menjadi tetamu Nabi Lut a.s. Dengan bermula suara getaran, kemudian gempa bumi yang kuat, dan disertai angin kencang dan hujan batu sijjil, menghancurkan serta merta kota Sadum berserta semua penghuninya.

Sumber : Abu Irdak

 

          AKHIR ZAMAN
KEDAHSYATAN HARI AKHIRAT

Kiamat dengan kepelbagaian gambaran al-Quran tentang nama dan sifatnya, merupakan tahap yang pertama kehidupan akhirat yang tidak mampu dihadapi oleh manusia kecuali bagi mereka yang menjadi muslim yang sebenarnya yang berusaha mendapatkan perlindungan Allah dan mentaatiNya sepanjang hidup di dunia.
Dalam surah al-Hajj, Allah berfirman ‘Wahai umat manusia, bertaqwalah kepada Tuhan kamu! Sesungguhnya gempa hari kiamat itu adalah sesuatu yang besar. Pada hari yang kamu melihat (Peristiwa-peristiwa yang mengerikan), setiap ibu yang menyusu akan terlupa anak yang disusukannya, setiap perempuan yang  mengandung akan keguguran kandungannya, dan engkau akan melihat manusia seperti mabuk, padahal mereka tidak mabuk, lantaran azab Allah adalah berat dan mengerikan’.
Hanya apabila seseorang itu mendapat perlindungan Allah, yang akan merasa selamat dan aman daripada kedahsyatan hari tersebut. Mereka akan diiringi masuk ke syurga dan disambut dengan penuh riang gembira. Firmannya dalam surah Az Zumar ayat 73-74 ‘Dan orang-orang yang bertaqwa kepada Allah, mereka akan dibawa masuk ke syurga secara berpasukan, sehingga apabila mereka sampai ke syurga yang pintu-pintunya sedia terbuka dan penjaga-penjaganya mengalu-alukan mereka dengan kata-kata ;salam sejahtera kepada kamu, maka silalah masuk ke dalam syurga ini dengan keadaan yang kekal di dalamnya’.(mereka pun masuk) dan mereka berkata ‘segala puji tertentu hanya bagi Allah, yang telah menepati janjiNya kepada kami, dan yang menjadikan kami mewarisi bumi syurga ini sebebas-bebasnya, kami boleh mengambil tempat dari syurga di mana sahaja kami sukai, maka pemberian yang demikian adalah sebaik-baik balasan bagi orang yang beramal’.
Kajian dan penghayatan tentang destinasi terakhir manusia ini iaitu negeri akhirat sebagai tempat kembali , dan tempat tinggal yang abadi merupakan pengetahuan yang mesti ada dalam minda setiap muslim. Ia penting agar kita dapat memperbaiki tahap ilmu dan amalan kita, mempersiap diri dengan bekalan taqwa.
Perjalanan yang dimaksudkan ini adalah rangkaian peristiwa-peristiwa yang akan dilalui setiap orang, tanpa terkecuali seorangpun, tanpa adanya bantuan ataupun perantaraan oleh orang lain.
Sumber : Ustaz Hj Zahazan Mohamed



TIP TANGANI PANAS BARAN SECARA FIZIKAL

O Giatkan Diri Dengan Pelbagai Aktiviti Luar. Individu Yang Istiqamah dan aktif dalam sukan dan kegiatan luat mempunyai tekanan darah yang sempurna dan kurang berisiko untuk sakit jantung. Badan yang cergas membantu akal untuk mengawal emosi.
O Kerap Bersenam Walaupun Sebentar. Kekerapan bersenam bukan sahaja mengurangkan paras keresahan, tetapi mengurangkan muram dan rasa rendah diri juga. Bersenam merupakan unsur paling penting dalam mana-mana program anti tekanan.
O Ubah Diet Pemakanan.  Menambah berat badan akan menambah beban yang lebih pada system biologi dan saraf minda anda. Merubah diet yang lebih menyihatkan membantu anda lebih cergas, lebih bertenaga dan lebih berkeyakinan. 
O Kurangkan pengambilan Kopi. Kafein dalam kopi adalah bahan perangsang yang mampu meningkatkan pelbagai aktiviti manusia. Ia boleh menyebabkan seseorang itu terangsang dan jika berlebihan menimbulkan kegelisahan , keresahan dan mengganggu ketenangan minda dan mempercepatkan dengupan jantung. 
O Jaga Pemakanan. Elakkan daripada banyak memakan daging merah, protein dan makanan herba. Sebaliknya lebihkan makan sayuran, ulaman, dan makanan berserat serta buah buahan.
O Berhenti Merokok. Sebahagian besar ulama mengharamkan rokok. Individu yang berhenti merokok mendapati fungsi paru-paru menjadi lebih baik. pernafasan lebih licin dan selesa kerana udara meresap ke saluran darah dengan lebih berkesan.


Q & A
USTAZ AZHAR IDRUS
 Q
Gantung kuda laut depan pintu rumah untuk buang sial.

 A
Syirik. Syaitan takut pada ayat-ayat al-Quran. Bukan takut pada kuda laut.




           




No comments:

Post a Comment