Google Ads

Sunday 6 September 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 8

MENARIK DI DALAM
è subur hati dengan syukur
è Siapakah penentang yang nyata?
è Kejar Akhirat, Dapat keduanya
è Tempat tinggal orang yang tidak beriman adalah NERAKA
è Bagaimana mengurus kerja
è Akhlak Yang Baik
è Manfaat stres
è Bagaimana Bekerja dengan gembira?


Assalamualaikum
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Sahabatku 
Bila kali terakhir kita mengucapkan syukur di bibir atau di hati kita? Bila kali terakhir terlintas perkataan alhamdulillah syukur? Tanyalah hati kita, sebab hati tidak akan berbohong

Sahabatku
Kita sangat bertuah dan beruntung. kerana sehingga saat ini, nikmat Allah yang dipinjamkan kpd kita masih ada, masih dengan kita. Cuma sedar atau tidak yang nikmat kesihatan, kewangan, keluarga, kebahagiaan & banyak lg yg dikecapi kini akan diambil pada bila-bila masa sahaja, samada suka atau tidak, itu hak dan kehendak Allah,  sudah tertulis dan dakwat pena sudah diangkat

Sahabatku
Kita tidak akan rasa begitu bersyukur dengan apa yg kita ada selagi mana ia tidak luput @ hilang dr kita. sbg contoh, nikmat kesihatan. jk kita sihat, kt rasa biasa sahaja, tp jika kita sakit, kita akan rasa betapa kita amat perlukan waktu sihat yang sepatutnya kita hargai & syukuri dahulu.  
Subhanallah, 
Alhamdulillah
 Syukurlah  pada Allah yang mengurniakan segala nikmat yg kita kecapi skrg dan nikmatilah dengan begitu baik sekali, insyaAllah, hati kita akan sangat tenang.                               
Norazila Khalid



 TERJEMAHAN AL-QURAN

‘Tidakkah manusia itu memerhatikan bhw Kami(Allah) menciptakannya dr setitik air mani, mk tiba2 dia menjadi penentang yg nyata?(77)Dan dia membuat perumpamaan kpd Kami (Allah), & dia pula lupa kpd kejadiannya, dia bertanya: Siapakah yg boleh menghidupkan tulang yg telah hancur luluh itu?(78) Katakanlah “ia akn dihidupkan oleh Tuhan yg telah menciptakannya kali yg pertama. Dan Dia Maha Mengetahui mengenai sekelian makhluk. (79).Iaitu Tuhan yg menjadikan api dr yg (kayu)hijau utkmu, mk tiba2 dr kayu itu kamu nyalakan api.(80).Dan tidakkah Tuhan yg telah menciptakan langit dan bumi berkuasa pula mencipta semula jasad2 mrk yg sudah hancur itu? Benar, Dia berkuasa. Dan Dialah Maha Pencipta lg Maha Mengetahui (81).’

Surah Yaasin ayat 77-81


HADIS
Al Hassan al– Basri selalu berpesan:
”Wahai manusia, kejarlah Akhirat. Seringkali kita melihat org yg mengejar Akhirat lalu dia mendapat Akhirat & Dunia bersama-sama. Namun tdk pernah kita melihat seseorang yg mengejar Dunia, lalu dia mendapat Akhirat  bersamanya.” (Riwayat Al– Baihaqi )
                  

JGN SEKALIPUN LUPA BHW TEMPAT TINGGAL ORG YG TDK BERIMAN ADALAH NERAKA:TEMPAT HUKUMAN YG ABADI SELAMANYA..
...Sesungguhnya akan Aku penuhi neraka jahanam itu dgn jin & manusia bersama-sama. (Surah as-Sajdah: 13)
Neraka ialah tmpt hukuman yg abadi kpd mrk yg mengingkari Allah, menghabiskan kehidupan mrk tanpa memikirkan Hari Kemudian. Kebenarannya ialah, dunia ini yg mana mrk yg tdk percaya kpd Hari Kiamat terlalu taksub, akn lenyap ttp neraka akn wujud selamanya. Para “ahli neraka” akn tinggal didlmnya buat selamanya. Sbg hukuman, mrk tdk akn dpt lari drpdnya.
          Sesetengah manusia berpegang kpd kepercayaan yg tdk berasas iaitu mrk akn msk syurga slps memasuki neraka utk suatu jangka masa. Walau bagaimanapun, realiti yg mengerikan tentang neraka ialah, azab di dlm neraka tdk akn berhenti & tiada cara utk keluar drnya. Al-Qur'an menjelaskan:
Dan mrk berkata;”Kami sekali2 tdk akn disentuh oleh api neraka, kecuali selama beberapa hari shj.” Katakanlah:”Sudahkah kamu menerima janji dr Allah sehingga Allah tdk akan memungkiri janjiNya ataukah kamu hanya menyatakan terhadap Allah apa yg tdk kamu ketahui?” (Bkn demikian) yg benar, barangsiapa berbuat dosa & dia tlh diliputi oleh dosanya, mrk itulah penghuni neraka, mrk kekal di dlmnya. Dan org2 yg beriman serta beramal soleh, mrk itu perhuni syurga, mrk kekal di dlmnya. (Surah al-Baqarah: 80-82).
Ingatlah, setiap individu yg menghabiskan masa yg terhad yg dianugerahkan kpdnya ini dgn cuai ketika di dunia akn mendapat neraka, di mana api akn menyelubunginya utk selamanya.
    Ia sukar utk memahami betapa pedihnya azab di dlm pintu yg tertutup rapat. Drpd ayat2 al-Qur'an, kt fhm bhw neraka ialah tertutup, riuh, suram & tmpt yg berasap. Neraka ialah destinasi terakhir, tmpt azab di mana kepanasan menyelubungi setiap sel penghuni2 & di mana mknn & minuman adlh menjijikkan.
     Setiap saat di dlm neraka dipenuhi oleh keperitan yg tdk terduga. Penghuni2 neraka akn melihat gambaran yg plg menakutkan & mengerikan; mrk akn mendengar suara yg menyedihkan, suara yg kuat, jeritan & tangisan. Mrk akan menghidu bau yg sgt busuk, rs yg sgt teruk & tajam. Tubuh mrk akn kehangusan drpd kepala ke kaki.
sumber: Jangan Sekalipun Lupa  
   

SESUNGGUHNYA…...
Sesiapa yg tidak cukup dengan yang sedikit, tidak akan puas dengan yang banyak, Jadi Bersyukurlah….



Tidak tahu bagaimana hendak mengurus kerja?
Timbunan kerja semakin meninggi?
Kerja tdk selesai mengikut jadual?
MERANCANG HIDUP SEHARIAN
DUDUK, TULIS DAN ATUR (DTA)   
Buatlah DTA setiap kali anda hendak merancang melakukan kerja/tugasan. Jgn biarkan diri anda ‘mati kelemasan’ dgn tugasan2 yg kelihatan berserabut.

TENTUKAN KEUTAMAAN SETIAP TUGASAN
Ambil kira faktor tanggungjawab, jgka masa & mtlmt hidup anda dlm menentukan keutamaan

DUDUK, FIKIR DAN PERINCIKAN (DFP)
Sblm memulakan langkah anda, fikirkan lgkh2 & proses utk menjayakan tugasan anda.

KEMASKINI SENARAI ITU SENTIASA
Ini krn keutamaan sentiasa berubah mengikut keadaan & masa.

CIPTA KEPELBAGAIAN DLM KERJA SEHARIAN
Utk mengelakkan kebosanan. Jgn terbelenggu dgn kaedah yg sama dlm bekerja.

BERIKAN MASA ’REZAB’
Ini utk mengelakkan kelewatan & tergesa2. ttp jgn sampai anda melengah2kan kerja krn hendak mengisi masa rezab ini.

SENTIASA BERSEDIA UTK MELAKUKAN SESUATU
Walau di mana anda berada, anda mestilah bersedia & mampu utk membuat sesuatu yg sepatutnya.

JGN HANYA BEKERJA DI TEMPAT ‘KESAYANGAN’
Tdk semestinya di tempat kerja shj. Anda perlu belajar utk menjd adaptif. Jk anda hanya selesa utk bekerja di satu tmpt shj, anda akn cenderung utk mengelak drpd bekerja di tmpt lain.

SENTIASA DIATAS LANDASAN  
Jgn tergelincir, krn buruk akibatnya.
Sumber :  ‘PDA Utk Pekerja Cemerlang (A Fadzli Yusof)


AKHLAK YANG BAIK

1) Akhlak yg baik adlh kemuliaan , pengorbanan & kesabaran. (Al Hassan Al Basri)
2) Akhlak yg baik adlh wajah yg berseri, menyampaikan yg baik & menepikan gangguan. (Ibnul Mubarak)
3) Akhlak yg baik adlah ‘Jgnlh engkau marah & jgn pula mendengki’. (Ahmad Hambal)
4) Akhlak yg baik adlh wajah yg berseri & tdk marah (Ishak Bin Rahawaih)
5) Akhlak yg baik adlh membuat Allah reda, baik dlm keadaan sempit mahupun lapang (Al Wasiti)
6) Akhlak yg baik ada dlm 3 hal: Menjauhi yg haram, mencari yg halal & memberi kelapangan kpd sanak saudara. (Ali Bin Abu Talib)
7) Akhlak yg baik adlh menahan amarah krn Allah, memaafkan org yg salah, menegakkan hukuman & tdk mengganggu org muslim.(Sebahagian ulama)
Sumber :50 Wasiat Rasulullah SAW utk Wanita      


 MANFAAT STRES

* Stres akibat takut gagal, menyebabkan kita bangun berusaha dengan lebih gigih. 

* Stres akibat hubungan yang tidak mesra dengan ibubapa, menyebabkan kita bertindak meminta maaf, berterus terang & melakukan tindakan2 positif bagi membetulkan keadaan.        

* Stres kerana jahil akan mendorong seseorang itu bangun menimba ilmu.       

* Stres kerana merasakan diri berdosa akan mendorong org yang masih ada sekelumit iman dlm hati beristighfar, bertaubat dengan bersungguh2 & berazam tidak akan mengulangi dosa silam.

* Stres kerana merasakan diri tiada pencapaian akan memotivasikan diri berusaha meraih kejayaan dlm hidup

* Stres kerana melihat perbuatan mungkar berleluasa akan menyebabkan jiwa memberontak ingin melaksanakan amar makruf nahi mungkar

* Stres kerana didiagnosis ada risiko kesihatan akan menyebabkan si pesakit berusaha menjaga pemakanan dan melakukan pelbagai usaha untuk menyembuhkan.

Sumber : SOLUSI ISU 39

 

 

BEKERJALAH DGN HATI YG GEMBIRA

 

Sebahagian besar masa anda berada di sekolah & scr tdk langsung , ia memberi pengaruh terhadap mood anda. Berhadapan dgn pihak atasan, bebanan tugas, kerenah ibu bapa dan pljr bermasalah  seringkali menjadikan anda berasa tertekan. Utk mengatasinya, anda harus bijak mencari cara spy anda terus berasa gembira meneruskan pekerjaan dgn sepenuh hati. 

1. SELALU POSITIF

Setiap kali bangun dari tidur, sambut hari baru dengan fikiran yg positif. Hiasi wajah anda dgn senyuman di bibir. Percayalah, aura positif yg anda tanamkan akn memudahkan anda. 

2. KEUTAMAAN

Berikan keutamaan terhadap kerja yg perlu didahulukan. Tentukan tugas yg harus diberi perhatian & yg harus diselesaikan terlebih dahulu. 

3.JANGAN BERTANGGUH

Adalah lebih baik jk anda membiasakan diri melakukan kerja pd waktu luang drp membuang masa begitu shj. Dgn cara ini, anda akn terhindar drpd merasa A seketika dgn rakan sekerja dpt meringankan fikiran anda. Sesekali baca buku agama & berzikir  juga dpt menenangkan anda & ia juga bertindak sbg hiburan. 

5.KEMAS DAN BERSIH

Meja kerja merupakan satu faktor penting utk mencegah tekanan. Bagaimana anda dpt melakukan kerja dgn tenang jk meja berselerak dgn kertas. Setiap hari, peruntukkan 2-3 minit utk mengemaskannya. Meja yg kemas akn membuatkan anda bersemangat utk bekerja.

sumber : Majalah Mingguan Wanita (Karier)

 



 




No comments:

Post a Comment