Google Ads

Saturday 19 September 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 47

MENARIK DI DALAM
·        Cemerlang yang sebenar
·        Beban Yang Membawa Berkat
·        Hati Yang Sejahtera
·        Menjaga Anak Perempuan
·        Bertindaklah, usah bertangguh!
·        Berkorbanlah dengan Ikhlas.


Assalamualaikum
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Allah, Dialah hanya satu-satunya Tuhan yang berhak disembah.

Sahabatku
Cuba perhatikan remaja sekarang. Paling mudah tengok insan yang selalu berada dihadapan kita, iaitu pelajar kita (jika anda seorang guru). lihatlah pelajar kelas belakang.  lihatlah kelakuan mereka, adab mereka dengan guru dan kawan-kawan. ini belum lg disentuh tentang adab mereka dengan ibubapa di rumah. Faham-faham la. Jika dengan guru pun iaitu orang yang asing pun mereka boleh biadab dan melawan, inikan pula dengan ibubapa yang sentiasa sebumbung dengan mereka. Jadi, tidak hairanlah ada pelajar yang lari dari rumah dan laridari sekolah (Ponteng).

Sahabatku,
Remaja atau pelajar hari ini ialah aset Negara di masa hadapan. Semua orang setuju akan kenyataan ini.  di saat Kementerian Pendidikan Malaysia sibuk mendesak mengadakan pppm untuk naiktaraf sisitem pendidikan , menghabiskan cepat-cepat silibus untuk kelas peperiksaan, guru seolah-olah tidak sempat atau tiada ruang menyuntik didikan sahsiah kepada pelajar. pada ketika ini, keadaan lain yang ‘kononnya’ lebih penting, tentang pelajaran dan hala tuju masa depan mereka, tetapi sahsiah dan akhlak seringkali dipinggirkan dan dikemudiankan. Ia seakan sukar untuk mencapai keseimbangan di antara pelajaran dan sahsiah akhlak.

Sahabatku,
Lebih mudah kita perhatikan waktu solat. apabila hanya beberapa kerat sahaja yang turun berjemaah, dan yang lain turun juga, tapi meronda-ronda di sekitar sekolah dan alasan yang paling famous di kalangan pelajar perempuan ‘belum mandi lagi’. Subhanallah. betapa mereka mengambil remeh dan mudah tentang isu solat, isu yang pertama sekali ditimbang dan ditanya untuk kehidupan selepas kematian dan Usahlah sesekali berbangga dengan pelajar kita yang kita ajar dengan mendapat semua A tapi hakikatnya tidak solat dan biadab dengan guru atau rakan-rakan. tetapi berbanggalah dengan anak murid yang keputusan peperiksaannya sederhana, tetapi solat dan akhlaknya terjaga dan terpelihara. Guru yang terbaik ialah guru yang memikirkan masa depan pelajarnya di SANA, Itulah cemerlang dalam erti kata yang sebenarnya .

Editor, Norazila Khalid

BEBAN YANG MEMBAWA BERKAT
          Bila sebut saja tentang zakat, ada juga yang menarik muka masam. Maklumlah, ada bayaran yang perlu dilunaskan. Sudahlah setiap tahun bayar cukai pendapatan, cukai pintu, cukai jalan dan bermacam-macam lagi cukai, kini kena pula membayar zakat.
          Ada juga yang berdalih dengan alasan gaji tidak cukup. Benarkah begitu atau ianya hanya sekadar alasan untuk mengelak?
Ramai dikalangan kita yang merokok dan tak kisah pula kalau wang dilaburkan serta dileburkan bagi membeli rokok tetapi apabila sampai bab zakat, ada  saja alasannya. Ada juga yang sanggup minum air kopi yang mahal harganya (faham-faham la kat kedai mana) saban hari. Ada juga yang mampu berhabis wang bagi mendekorasi keretanya. Ada yang sanggup membeli pakaian berjenama. Dan ada juga yang berhabis puluhan ribu ringgit untuk majlis perkahwinan dan keramaian. Sampai bab zakat, kantoi, semua kata tak cukup duit, semuanya malas nak keluarkan zakat, walaupun ianya sedikit sahaja jika dibandingkan dengan rezeki Allah yang melimpah ruah yang Allah telah kurniakan. Kita dalam kategori mana?Fikir- fikirkan. setakat mana pengetahuan kita mengenai zakat?.      


HATI YANG SEJAHTERA
Adalah hati yang...
2 Kenal dan menyintai Allah swt dan takut kepadaNya.
2 Meletakkan Allah dan Rasulnya ditempat yang tertinggi dalam kehidupan seharian secara konsisten.
2 Bebas daripada pengaruh amarah, syahwat dan syaitan.
2 Dipandu oleh nilai-nilai murni, dan dapat memandu kepada kebaikan orang lain.
2 Sentiasa tawaduk dan merendah diri.
2 Ghairah dengan perkara-perkara kebaikan dan kebajikan dan sangat benci segala bentuk kejahatan, walau sekecil mana sekalipun.


MENJAGA ANAK PEREMPUAN
 Hiasi Diri Dengan Sifat Malu
Hiasilah diri anak perempuan dengan sifat malu terutama malu untuk membuat perkara-perkara yang dilarang Allah swt. Misalnya melepak di tepi jalan raya, ketawa berdekah-dekah dan sebagainya. Lihatlah akhlak Rasulullah saw, baginda terkenal dengan sifat pemalu. Baginda malu jika berbuat sesuatu yang menjatuhkan maruah Islam.

 Lebih Suka Menetap Di Rumah
Ini bermakna anak perempuan perlu menghabiskan banyak masa di rumah selepas masa sekolah. Bukannya berkeliaran dengan kawan-kawan di taman bunga, kafe siber, di pusat membeli belah dan lain - lain.

 Menutup Aurat
Sekiranya keluar rumah ketika urusan atau hendak bermain , biasakan anak-anak perempuan dengan pakaian yang menutup aurat walaupun masih kecil, tetapi jika sudah baligh, mestilah menutup aurat dengan sempurna.

 Bersahabat Dengan Kawan-Kawan Perempuan Yang Baik
Pastikan anak-anak perempuan berkawan dengan mereka yang berbuat kebaikan, dan takut untuk melakukan dosa. Mereka juga orang yang boleh dipercayai dan tiada kepentingan diri.

 Menjaga Pergaulan
Perkara ini paling hendak dijaga. Tidak bergaul bebas dengan mana-mana lelaki. Anak Perempuan dibenarkan berhubung dengan mereka jika ada urusan penting sahaja. Itu pun mesti ditemani dengan kawan-kawan perempuan yang baik.

 Ditemani Muhrim
Jika pulang dari kelas malam adalah lebih baik ditemani ayah atau saudara lelaki. Langkah berjaga-jaga ini demi keselamatan kita daripada kejahatan malam. Kerana kejahatan sering berlaku pada waktu malam. Amalkan sikap lebih suka berjalan dengan ibubapa atau abang. Apabila keluar dengan ibubapa keselamatan lebih terjamin. 

 Jauhi Sikap Menunjuk-nunjuk.
Elakkan anak-anak ada sikap ini kerana ia akan menyubur rasa riak dan takbur dalam diri.

 Jangan Berlama-lama di rumah kawan
Banyak kejadian yang Tidak diingini berpunca dari sikap yang kurang berwaspada.

 Jauhi Tempat Yang Mencurigakan
Jauhi tempat-tempak yang mencurigakan atau Tempat sunyi dan jauh daripada penglihatan orang ramai. Mana tahu ada bahaya yang sedang menunggu.
Sumber: Solusi, Isu Perdana




           

BERTINDAKLAH, USAH BERTANGGUH
 Tidak bertindak dan bertangguh-tangguh akan menyebabkan kita hilang pengalaman dalam menghadapi kegagalan, kesakitan dan perkara-perkara  yang tidak kita ingini. Sedangkan pengalaman itu sangat penting. Apabila kita kurang pengalaman akibat tidak bertindak untuk menghadapi ketakutan maka kita akan terus ‘jahil’- terus tidak tahu bagaimana untuk menghadapi ketakutan dalam hidup.
Sumber: Ustaz Pahrol Mat juoi



PEPERANGAN NABI SAW (4)

PERANG  HUNAIN                                                    
Tahun 8H menyaksikan banyak peperangan yang dihadapi Nabi saw. Kali Ini umat Islam berhadapan pula dengan tentera saki baki kaum Quraisy Makkah dengan beberapa kabilah Arab. Mereka sangat berdendam untuk merampas kembali Makkah yang baru dibebaskan oleh Rasulullah saw dalam peristiwa pembukaan Mekah. Pada awalnya, tentera Islam dibantai teruk. Begitu ramai para sahabat gugur syahid. Namun peperangan yang dipimpin oleh Rasulullah saw ini akhirnya berpihak kepada umat Islam. 

PERANG TABUK
Peperangan ini sangat getir. Tidak sempat melepaskan lelah selepas perang Hunain, umat Islam terpaksa bersiap-siap pula untuk satu lagi peperangan. Kali ini khabarnya satu angkatan besar tentera Rom sedang bersiap sedia untuk menyerang. Kedudukan Tabuk bukanlah dekat. Namun Rasulullah tetap mengerahkan seluruh kekuatan umat ke sana tanpa bertangguh. Secara psikologinya, umat islam bersedia pada bila-bila masa sahaja. Akhirnya tentera Rom yang dianggarkan ratusan ribu perajuritnya berundur sahaja setelah menyaksikan aura gah tentera Islam.
Sumber: Muhammad Luqman Makhtar

  

AL-QURAN
BERKORBANLAH DGN IKHLAS
‘orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan (agama) Allah, kecuali mereka tidak mengiringi apa yang mereka belanjakan itu dengan perkataan berbangkit-bangkit (Pemberiannya) dan Tidak pula menyinggung atau menyakiti (Pihak yang diberi), mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) Terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita’
(Surah al-Baqarah 2:262)



No comments:

Post a Comment