Google Ads

Saturday 26 September 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 61

MENARIK DI DALAM
·        Jaga kereta vs Jaga Hati
·        Benarkah Jalani hudud, tiada pembangunan?
·        Envy
·        Jangan Marah, Bagimu Syurga
·        Alasan?
·        Membina Kehidupan dengan Memberi
·        Bolehkah melawat Candi Borobudur?

Assalamualaikum
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,

Sahabatku
Hampir setiap orang diantara kita mempunyai kereta. kereta di zaman yang moden ini merupakan satu keperluan untuk memudahkan kita ke tempat kerja. paling tidak mungkin sebuah keluarga mempunyai sebuah kereta, dan yang tidak berkemmpuan pula mungkin mempunyai motosikal.

Sahabatku
Bagaimana kita menghargai anugerah Allah iaitu kereta kita? cukupkah sekadar kita setiap minggu membasuhnya, vakum dan polish serta wax sekali sekala dan mungkin hampir setiap tahun. itu adalah kebersihan luaran, tapi bagaimana kita menjaga kesihatan dalaman kereta kita? Ya, tentang enjinnya.

Sahabatku
saya ada terdengar suatu hari di corong radio berkenaan dengan penjagaan enjin kereta. menurut panel undangan, bagi kereta yang bergear automatik, setiap kali tiba di lampu isyarat yang menunjukkan warna merah, gear haruslah di ‘free’ dan dalam kedudukan ‘N’. ia amat penting untuk menjaga kesihatan gear box kereta kita. begitu juga ketika jalan ‘jam’ dan kereta langsung tidak bergerak pastikan gear dalam kedudukan ‘N’.,Begitu juga ketika kereta di ‘start’. pastikan tanda biru ‘sejuk’ enjin kita sudah padam, barulah kita memulakan perjalanan.

Sahabatku,
Sibuknya kita menjaga kereta, dalaman dan luaran, begitulah sepatutnya kita sibuk memperbaiki diri kita dalaman dan luaran juga. Ternyata yang diri kita sebenarnya lebih kompleks dan perlukan penjagaan yag lebih rapi,terutamanya di bahagian dalaman hati kita. Adakah kita begitu bersungguh-sungguh menjaga kebersihan hati kita? Tepuk dada, Tanya iman.
Editor

TRIVIA (SOALAN KUIZ AGAMA)
1. Lokasi ini adalah antara berhala Isaf dengan Nailah.
2. Apakah haiwan yang di sebut dlm al-Quran bertujuan untuk membuat manusia berfikir?
3. Solat yang paling berat ditunaikan bagi orang yang munafik.
Jawapan di akhir edisi ini


ISU-ISU DALAM HUKUM HUDUD (Bhg.2)

 

◊ TIADA PEMBANGUNAN

Ada andaian menyatakan bahawa batu-batu yang digunakan untuk hukuman rejam menyebabkan tiada pembangunan di Negara yang menjalankan Hudud. Sangkaan seperti ini amat meleset atas 3 sebab”

1) batu-batu yang sudah digunakan untuk melaksanakan hukuman merejam boleh digunakan lagi dan tidak dianggap sebagai batu mustakmal seperti batu yang sudah digunakn dalam jamarat.

2) Seseorang yang melakukan zina muhsan sahaja direjam dengan syarat yang ketat kerana Islam mengambil pendekatan dengan menghindarkan pelaksanaan hukum apabila adanya sebarang syubhah.

3) Perlaksanaan hudud seperti kes zina muhsan, sudah pasti akan menjadikan akhlak masyarakat dan moral ummah begitu tinggi kerana benar-benar menjaga batasan agama yang mematuhi syariat. 

 

◊ PELABUR LUAR LARI

Alasan ini amat dangkal kerana banyak Negara yang mempunyai sistem undang-undang yang baik dapat memberikan keyakinan yang begitu tinggi kepada pelabur. Keamanan merupakan perkara yang didambakan oleh para pelabur. Hal ini boleh dilihat di negara yang kucar kacir dan bergolak banyak jenayah dan risiko peperangan yang berlaku.

Cuba lihat di Negara yang stabil, aman dan mempunyai jaminan keselamatan yang tinggi. Sudah pasti para pelabur mempunyai keyakinan 100% untuk melabur di Negara tersebut. Kita boleh mengkaji tentang Negara yang mempunyai hasrat untuk melaksanakan hukum Islam seperti Arab Saudi, Turki dan Terkini Mesir yang mempunyai ekonomi yang kukuh.

Sumber : JINAYAT

 


DOA

‘Aku bermohon keampunan kepada Allah yang Maha Agung yang Tiada Tuhan melainkan Dia, yang Hidup dan Berdiri sendiri dan aku bertaubat kepada-Nya’

 

 

ENVY
Beware of envy, for envy devours good (deeds) like fire devours firewood
The Prophet Muhammad saw


JANGAN MARAH, BAGIMU SYURGA

 Daripada Abu Dardak . ‘Aku  berkata. ‘Wahai Rasulullah!Tunjukkan kepadaku satu amalan yang boleh memasukkan aku ke dalam Syurga?’ Rasulullah saw bersabda ‘Jangan marah, bagimu Syurga’.

 ‘Dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan orang-orang yang memaafkan kesalahan-kesalahan orang. Dan (ingatlah) Allah mengasihi org-orang yang berbuat kebaikan’.  (Surah Ali Imran : 134)
  
 Imam Ahmad. Tirmizi dan Abu Daud meriwayatkan ‘Apabila salah seorang daripada kamu marah, maka hendaklah dia diam’. Rasulullah mengulangnya sebanyak  3 kali.

 Imam Ahmad dan Abu Daud meriwayatkan bahawa , Rasulullah saw bersabda ‘Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan syaitan itu dijadikan daripada api. Apabila seseorang daripada kamu marah maka hendaklah dia berwuduk.

 Imam Bukhari dan Muslim telah meriwayatkan ‘2 orang lelaki saling cerca mencerca disisi Rasulullah saw, salah seorang daripadanya mencerca sahabatnya dalam keadaan marah sehingga merah padam mukanya. Lalu Rasulullah saw bersabda ’ sesungguhnya aku mengetahui satu kalimah sekiranya kita menyebutnya. Nescaya akan hilang apa yang didapatinya (Kemarahannya), iaitu sekiranya kita berkata ’ Aku berlindung daripada syaitan yang direjam ’  



TANYA SOALAN-SOALAN INI JIKA KITA ADA ALASAN DALAM KEHIDUPAN

 Adakah alasan ini benar?

 Daripada mana datangnya alas an atau fikiran ini?

 Apakah yang kita dapat dengan memberikan alasan seperti ini?

 Bagaimanakah kehidupan kita jika kita tidak menggunakan alasan ini ?

 Boleh tak saya cipta satu kaedah yang rasional untuk mengubah kepercayaan ini yang menyebabkan saya memberi alasan?.

 Bolehkah saya mendapat kerjasama daripada dunia ini dan Allah swt?. Yakinlah.Boleh.

 Boleh tak saya berterusan hidup tanpa alasan?

Prinsip Untuk Memandu diri dalam mencipta alasan yang tidak baik. 

 Hormat dengan semua kehidupan di dunia ini. (Tidak kira manusia, haiwan atau tumbuhan)
 Jujur dan Ikhlas serta baik dengan orang bukan kerana inginkan penghargaan manusia
 Sentiasa lemah lembut
 Sentiasa niat bagaimana saya ingin memberikan perkhidmatan yang terbaik.

Prof Dr Muhaya



           

MEMBINA KEHIDUPAN DENGAN MEMBERI

 Manusia yang baik ialah manusia yang memberi kebaikan kepada Orang lain.

 Kita hidup dengan apa yang kita dapat. Tetapi kita membina kehidupan dengan apa yang kita berikan.

 

 

 


Q & A
USTAZ AZHAR IDRUS
 Q
A)Hukum melawat tinggalan sejarah tempat ibadat orang kafir, candi Borobudur dan lain-lain?
B)Hukum berbohong mimpi pernah jumpa Rasulullah saw untuk tujuan dakwah?

 A
A)Makruh hukumnya melawat tempat mulia orang kafir dengan syarat iktikadnya yang ada disitu batil belaka dan tidak memuliakan tempat tersebut, sekadar melihat sejarah orang dahulu kala. 
B) HARAM.


           



JAWAPAN TRIVIA
1. Lokasi air zamzam ketika ia digali semula oleh Abdul Mutalib.lokasi ini di ilhamkan oleh Allah melalui mimpi.
2. Unta, labah-labah, nyamuk dan lalat.
3. Solat subuh dan asar.





No comments:

Post a Comment