Google Ads

Tuesday 22 September 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 53

MENARIK DI DALAM
·        Perancangan Manusia vs Perancangan Allah
·        Ikat nikmat dengan syukur
·        Sahabat Yang dijamin syurga
·        Graviti Positif
·        Penyakit Ragu-Ragu
·        Kekayaan yang sebenar
·        Kenalpasti strategi lawan


Assalamualaikum
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,Yang Maha Mengetahui apa yang ada dlam Dada manusia, samada sembunyi atau tidak. Tuhan yang mengetahui apa yang telah, sedang dan akan berlaku kepada diri kita.

Sahabatku
Adakah kita pernah terfikir apa yang kita akan lakukan sewaktu kita bersara nanti? ada yang sudah merancang nak berehat-rehat sahaja, ada yang merancang nak melacong ke sana dan ke sini. maklumlah, dapat duit berpencen agak lumayan juga. Ada juga yang merancang untuk menjadi ahli khairiah masjid yang berjaya. Bagus tu!

Sahabatku
Perancangan kita agak teliti, tetapi perancangan Allah lagi teliti dan benar, kita tidak dapat menidakkannya. kita amat merancang seperti seolah-olah confirm akan hidup sampai ke umur berpencen sedangkan Allah MahaTahu. lebih malang lagi adalah mereka yang nak beribadah bila bersara nanti. sekarang malas beribadah, kononnya tak sempat, kononnya banyak kerja, ditangguh-tangguh untuk di simpan masa bersara, rupanya maut menjemput, tak pun yang lebih parah lagi, sampai bersara pun perangai masih sama, masih jahil seperti dulu,  ibadah masih jugak goyah. Astagfirullah. Nauzubillah hi minzalik!
Editor, Norazila Khalid  

IKAT NIKMAT DENGAN SYUKUR
Allah sering mengingatkan manusia agar sentiasa bersyukur atas segala nikmat yang dipinjamkan agar manusia menyedari yang dia memerlukan Allah. Firman Allah ‘Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan yang tidak mengetahui sesuatu apapun. Dia mengurniakan kamu penglihatan, pendengaran dan hati serta akal fikiran supaya kamu bersyukur’ (surah al-Nahl 16:78). Disebabkan tingginya kedudukan syukur ini, maka jalan untuk memilikinya juga penuh dengan ujian. Untuk mewujudkannya, ia memerlukan kesungguhan dan usaha serta dengan keyakinan, kesabaran dan istiqamah.
SELAMAT BERASA SYUKUR


SAHABAT YANG DIJAMIN SYURGA (1)

 ABU BAKAR AS SIDDIQ

Sahabat rasulullah yang paling rapat dan merupakan bapa mertua Nabi saw. Rasulullah bersabda ‘Orang yang sanggup berkorban harta dan dirinya kerana aku adalah Abu Bakar. Sekiranya aku ingin mengambil seorang kekasih, aku akan mengambil Abu Bakar sebagai kekasihku. Tetapi beliau merupakan saudaraku dalam islam.’ (Riwayat Muslim)

 

 UMAR AL KHATTAB

Pengislamannya benar-benar memberi nafas baru dalam islam. Merupakan sahabat kedua yang dicintai oleh Rasulullah saw.  Juga merangkap mertua Baginda. Ali pernah berkata ketika kematian Umar. ‘Kamu tidak meninggalkan seorang yang amat aku cintai melebihi dirimu. Sehingga bertemu dengan Allah sekalipun tiada yang dapat menandingi amalanmu. Demi Allah aku yakin sesungguhnya Allah akan menempatkan kamu bersama-sama dengan dua orang sahabatmu. Aku selalu mendengar Rasulullah saw bersabda ‘Aku datang bersama-sama Abu Bakar dan Umar, aku masuk dan keluar bersama-sama mereka. Aku berharap semoga Allah akan menjadikan kamu bersama kedua-duanya.’ (Riwayat Muslim)

Sumber: Muhammad Luqman Makhtar




GRAVITI POSITIF
Untuk mengelak diri daripada bisikan syaitan, kita mesti berusaha mendapat bisikan Allah dan para Malaikat. Ini adalah bisikan yang biasa kita cari dalam kehidupan kita. Hati sentiasa ditarik oleh dua graviti, iaitu graviti kebaikan (Bisikan hati yang berpunca daripada Allah dan Malaikat Mulhim) atau bisikan kejahatan (Bisikan hati yang berpunca daripada syaitan dan hawa nafsu.)
Jelaslah, manusia pada setiap masa mendengar bisikan hatinya. Daripada bisikan itu, timbullah niat dan dorongan untuk bertindak. Jika bisikan itu baik, maka lahirlah tindakan yang baik.  Sebaliknya jika bisikan jahat, maka lahirlah tindakan yang jahat. Justeru, setiap orang islam mesti mampu mengenal bisikan-bisikan  tersebut. Bisikan yang baik diikuti dan bisikan yang jahat ditentang habis-habisan. Belasahlah ‘waswas’ Syaitan. Kemudian, jangan lupa untuk berserah kepada Allah. Tiada daya untuk meninggalkan maksiat dan tiada daya untuk melaksanakan taat kecuali dengan pertolongan Allah, Tuhan yang Maha Pengasih!

 Jika ragu-ragu ucapkanlah LAILAHAILLALLAH
Menurut Sayidina Utman, ada seorang sahabat Nabi saw yang sedang bersedih kerana kewafatan Baginda sehingga ada yang ragu-ragu dengan peristiwa itu. Lalu aku berjumpa dengan Sayidina Abu Bakar dan berkata kepadanya ‘Rasulullah saw wafat sebelum aku bertanya kepadanya tentang perkataan yang boleh menyelamatkan seseorang daripada ragu-ragu,’. Sayidina Abu Bakar membalas ‘Aku sudah bertanyakan tentang perkara tersebut’. Beliau meneruskan lagi bicaranya bahawa Rasulullah bersabda ‘Yang dapat menyelamatkan kamu daripada  ragu-ragu adalah seperti ucapan yang pernah aku minta bapa saudaraku ucapkan sebelum dia meninggal dunia tetapi dia tidak ucapkan’.
Ucapan tersebut ialah Lailahaillallah. Jadi, seperti yang diketahui bahawa ragu-ragu, was-was dan syak wasangka itu datang daripada syaitan. Apabila berlaku keadaan ini kepada kita kita, ucapkan Lailahaillallah sebagaimana yang telah Rasulullah saw ajarkan.


KEKAYAAN
Mata hati akan melihat kekayaan itu pada kualiti hati. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda ‘Bukanlah Kaya itu kaya harta, tetapi kaya sebenar ialah kaya hati’(Riwayat Al Bukhari). Kaya sebenar tidak dapat dikesan oleh pancaindera. Dengan bahasa mudah ia tidak boleh dilihat, didengar, disentuh atau dirasa. Namun pancaran kaya hati itu mampu dikesan oleh pancaindera yang lima itu. Kaya itu bukan sahaja diukur pada nilai material. Bahkan kesihatan,kecergasan, kecerdasan akal, kemampuan mencari hikmah disebalik peristiwa, kewujudan sumber alam disekeliling yang boleh dimanfaatkan seperti sayur-sayuran, haiwan ternakan dan ikan disungai, keberadaan sahabat yang soleh disekeliling, kemampuan mengerjakan ibadah dan sebagainya juga boleh dinilai sebagai sumber kekayaan. Tetapi kaya hati itulah yang lebih utama dan pertama. 




KENALPASTI STRATEGI LAWAN
 Bisikan syaitan agar manusia meninggalkan ketaatan kepada Allah terbahagi kepada beberapa strategi. Antaranya
¤ MENGHALANG SECARA TOTAL
Syaitan menghalang manusia secara total daripada melakukan ibadah. Dibisikkan ke dalam hatinya bahawa ibadah itu menyusahkan, tidak praktikal, ketinggalan zaman dan tidak memberi sebarang faedah kebendaan. Lalu, timbullah beberapa persoalan.

¤ MENANGGUHKAN AMAL SOLEH
Dibisikkan ke dalam hati manusia bahawa masih ada masa, kematian masih jauh dan umur masih panjang. Syaitan menghasut ‘Muda untuk enjoy puas-puas,dah tua nanti baru bertaubat!’hakikatnya, muda adalah saat terbaik untuk mendekati Allah kerana ajal boleh datang pada bila-bila masa.

¤ TERGESA-GESA DALAM BERAMAL
Syaitan membisikkan ke dalam hati manusia untuk beramal secara tergesa-gesa. sehinggakan dengan sifat tergesa-gesa inilah amal ibadah boleh menjadi tidak sempurna, tidak tertib dan dilakukan dengan penuh kejahilan.

¤ BERAMAL KERANA BIMBANG CELAAN MANUSIA
 Ada sesetengahnya melakukan amal bukan kerana Allah , tetapi takut dikata dan dicela manusia. Dihadapan manusia dia beramal, di belakang manusia dia tidak sedemikian.

¤ MENYUNTIK PERASAAN BANGGA DIRI SELEPAS BERIBADAH
‘Wah, hebat!kamu boleh solat tahajjud pada setiap malam’bisik syaitan kepada ahli ibadah. Lalu dia berasa bangga diri. mereka lupa bahawa meraka dapat beribadat kerana hidayah dan taufik dari Tuhan.

¤ MENIMBULKAN RASA GEMBIRA DAN INGIN AMALAN DIKETAHUI MANUSIA
 ‘Jika amalanku ini diketahui orang pasti aku lebih di sanjung tinggi’. Bisik hati, tepuk tangan syaitan mendengarnya.

¤ MENGEKSPLOITASI KEFAHAMAN TAKDIR YANG SALAH
Syaitan membisikkan konsep takdir yang salah dlm diri manusia ‘Mengapa kamu terlalu menyusahkan diri untuk beribadah? Jika Allah telah mentakdirkan kamu sejak azali lagi untuk kamu bahagia, maka kamu akan bahagia, jika sebaliknya kamu akan celaka walaupun kamu rajin beribadah’. Sesiapa yang tiada ilmu pasti akan tertipu.

Sumber :SOLUSI ISU 49






No comments:

Post a Comment