Google Ads

Thursday 17 September 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 42

MENARIK DI DALAM
ü Anak-anak vs Tv
ü Doa Berlindung dari Bahaya
ü 10 Perkara Yang Sering Dibazirkan
ü Kaya
ü Membina Keyakinan Diri
ü Mesej Dari Ilahi

Assalamualaikum
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,Tuhan Yang Menciptakan sesuatu daripada tiada kepada ADA.

Sahabatku
Lihatlah pada kehidupan kita sekarang. lihatlah anak-anak kita, apa yg mereka sedang buat sekarang. bagi yang belum berkahwin atau  belum dikurniakan cahaya mata, perhatikan anak-anak saudara kita apabila kita sesekali jumpa pada cuti-cuti tertentu. apa yang mereka buat dan lakukan?

Sahabatku
Melihat apa yg anak-anak lakukan, sebut dan praktikkan adalah daripada apa yang kita ajar dan didik. apa yang ditanam, itu yang kita akan tuai. jika kita ada hantar ke pengasuh atau taska, lihatlah apa yang anak-anak kita pelajari. adakah selari dengan apa yang kita perlukan, jika ia sesuatu yang tidak patut, maka kita harus membetulkannya sekarang, tanpa bertangguh. mesti betulkan SEKARANG jika anak-anak melakukan aksi dan kelakuan yang tidak senonoh hasil daripada apa yang dia pelajari samada dengan manusia di sekeliling ataupun di kaca tv. maka, jika anak suka sangat tengok kartun, pilihlah kartun yang baik, bukan yang penuh dengan adegan-adegan picisan seperti peluk cium, belasah, merompak dan sebagainya.

Sahabatku
Bentuklah anak-anak sejak  berumur masih kecil lagi. menurut ustazah Nor Hafizah, kita boleh mula mendidik anak-anak apabila dia sudah dapat membezakan tangan kanan dan kiri. maksudnya, didiklah anak-anak daripada usia muda lagi.

Sahabatku,
Jgn salahkan anak sama sekali apabila sudah besar, dia bersikap kasar dan biadab. tetapi tengoklah apa yang kita telah tanamkan dalam dirinya sejak kecil. apa rancangan tv yang kita bagi anak-anak tengok, dengan siapa dia berkawan, apa yang dia baca dan apa makanan yang kita bagi dia makan dan sebagainya.Beringatlah sebelum kena, dan sesungguhnya mencegah itu lebih baik dari mengubati.

Editor, Norazila Khalid

DOA BERLINDUNG DRPD BAHAYA
‘Aku berlindung diri daripada keperkasaan Allah dan kekuasaanNya daripada bahaya yang aku temui dan aku takuti’.   (Riwayat muslim)


10 PERKARA YANG SERING DIBAZIRKAN

 Harta

Dibazirkan dengan tidak dibelanjakan ke jalan Allah

 

  Cinta

Dibazirkan dengan mengisi cinta selain cinta kepada Allah

 

 Hati

Dibazirkan dengan tidak mengisi hati dengan cinta kepada Allah dan Rasulullah saw

 

 Kepintaran

Dibazirkan dengan tidak berfikir tentang keajaiban makhluk ciptaan-Nya.

 

 Kesihatan

Dibazirkan dengan tidak mensyukuri nikmat sihat sebelum sakit.

 

 Masa

Dibazirkan dengan aktiviti yang tidak berfaedah

 

 Zikir

Dibazirkan apabila zikir tidak berkesan pada hati

 

 Amalan

Dibazirkan dengan tidak melakukannya dengan ikhlas

 

 Tubuh Badan

Dibazirkan dengan menggerakkan anggota badan bukan untuk ibadah.

 

 Ilmu

Dibazirkan dengan tidak mengamalkannya

Sumber: Mahmudah (Umar Muhammad Noor)


PESANAN
Dalam tradisi Islam, pendekatan pencegahan lebih baik daripada mengubati adalah cara yang bijak. Ia harus bermula sejak awal umur kanak-kanak. Binalah rasa kekebalan dalam diri anak-anak supaya wataknya menjadi ibarat ikan dilaut masin. Semasin manapun persekitaran airnya, isi ikan tetap tawar.
Sumber : Dr. Sidek Baba


KAYA
Mata hati akan melihat kekayaan itu pada kualiti hati. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah telah meletakkan satu kayu ukur bagi menilai kualiti kaya yang sebenar melalui sabda Baginda yang bermaksud ’ Bukanlah kaya itu kaya harta, tetapi kaya sebenar ialah kaya hati’ (Riwayat al-Bukhari)
Kaya sebenar tidak dapat dikesan dengan pancaindera. Dengan bahasa mudah, ia tidak boleh dilihat, didengari, dirasa dengan lidah serta tidak mampu dihidu dan disentuh. Namun pancaran kaya hati itu mampu dikesan oleh pancaindera yang lima itu.
Kaya itu bukan sekadar diukur dari nilai material. Bahkan kesihatan, kecergasan, kecerdasan akal, kemampuan mencari hikmah disebalik sesuatu peristiwa, kewujudan sumber alam di sekeliling yang boleh dimanfaatkan seperti sayur-sayuran, haiwan ternakan dan ikan di sungai, keberadaan sahabat yang soleh disekeliling, kemampuan mengerjakan ibadah dan sebagainya juga boleh dinilai sebagai sumber kekayaan. Tetapi kaya hati itu tetap yang pertama dan utama.   
Sumber: Solusi isu 48

MEMBINA KEYAKINAN DIRI

 Bergantung hanya kepada Allah. Ini kerana keyakinan  lahir daripada rasa percaya kepada Allah.
 Sentiasa percaya pada diri. Katakan anda boleh.
 Jangan takut dan teragak-agak melakukan sesuatu yang positif dan baik.
 Berhenti membandingkan diri dengan orang lain.
 Lihat kelebihan diri dan kaji serta baiki kekurangan yang ada.
 Pastikan ada benar-benar tahu perkara yg anda inginkan dalam hidup ini.
 Pilih kawan dan komuniti masyarakat yang boleh membina keyakinan.
 Sentiasa berfikiran positif.
 Badan perlu sihat dan minda cergas.
 Harga diri—tahu menghargai setiap anugerah yang Allah beri dan berterima kasih kepada Allah.
 Cari Role Model sebagai contoh ikutan. Sebaik-baik contoh ikutan ialah Rasululllah saw
 Tabah dan cekal menghadapi sebarang musibah atau halangan.
 Buang  perasaan malu yang tidak bertempat.
 Latih diri duduk di hadapan majlis lmu
 Berjalan dengan laju seperti Rasulullah saw
 Apabila berkomunikasi dengan manusia, pandang wajah mereka
 Senyum biarlah ikhlas, bukan senyum-senyum kambing



MESEJ DARI ILAHI
 Renungilah hikmah disebalik musibah

¤ Melatih agar dapat bersabar
¤ Menyucikan hati dari sifat-sifat tercela
¤ Menguatkan iman seorang mukmin
¤ Agar manusia lebih dekat dengan Allah
¤ Mungkin Allah rindu untuk mendengar rintihan hambaNya
¤ Supaya darjat umat dapat ditingkatkan
¤ Musibah juga ditimpa akibat manusia memutuskan hubungan dengan Allah
¤ Supaya manusia dapat mengambil pengajaran daripada musibah tersebut.
¤ Musibah menguji tahap iman seseorang.
¤ Indikator bahawa Allah itu Maha Perkasa dan manusia pula hamba yang sangat lemah dan tidak berdaya lari daripada musibah.
¤ Bagi menjadikan doa dan taubat itu betul-betul ikhlas. Manusia yang baru saja ditimpa musibah berada dlm keadaan yang lemah dan berharap di hadapan Penciptanya. Ia boleh menghadirkan doa dan taubat yang tulus.
¤ Membangkitkan orang yang diuji daripada kelalaian atau terlalu fokus pada nikmat dunia.
¤ Kadangkala orang yang ditimpa musibah akibat perbuatan orang lain. Keadaannya kini dikira orang yang teraniaya. Maka Allah telah merahmatinya dengan mengurniakan doa yang makbul.
¤ Musibah sumber pahala dan kebaikan.
¤ Musibah itu juga menunjukkan bahawa dunia ini hina dan tiada apa-apa jika dibandingkan dengan akhirat. Dunia hanya jambatan menuju Syurga atau Neraka.
¤ Sesungguhnya pilihan Allah adalah pilihan yang terbaik berbanding pilihan seorang hamba. Begitu juga musibah, ia adalah pilihan Allah buat hambanya.
¤ Kadangkala manusia tidak tahu akibat sesuatu perbuatan. Dgn musibah, manusia dapat mempelajari sesuatu iaitu ’akibat’.

Sesayang manapun seorang ibu atau bapa kepada anaknya, mereka takkan membiarkan anaknya bermalas-malasan, hidup tanpa perlu kesekolah atau ketempat kerja. Andai itu berlaku, pasti si anak akan membesar menjadi seorang yang tidak berilmu, tidak mempunyai sebarang kemahiran dan sebagainya. Andai si ibu dan si ayah pasti akan dipersalahkan. ’Kenapa membiarkan saya hidup terlalu senang tanpa perlu ke sekolah? Begitu juga dengan Allah. Dan musibah yang menimpa kita sangat banyak hikmah dan pengajaran yang tersembunyi. 






No comments:

Post a Comment