Google Ads

Saturday 19 September 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 48

MENARIK DI DALAM
·        Dipinggir Allah?
·        Maha Karya Tuhan
·        Kenali Hadis dan Sunnah
·        Kegagalan atau maklumbalas
·        Ikat Nikmat Dengan Syukur
·        Lawan
·        Syaitan Sentiasa Ingat
·        Isteri Pemalu


Assalamualaikum
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Tuhan semesta Alam dan Yang Menguasai hari pembalasan. Pengetahuan tentang Kelahiran dan Kematian seseorang berada dalam gengamanNya

sahabatku,
Pernahkah kita terfikir yang kita seolah-olah tidak dihargai? Tidak dihargai oleh seseorang dan yang paling teruk kita rasa seperti dipinggirkan Allah. sebagai contohnya, kita lihat kehidupan kita tidak berubah dari dulu hingga sekarang.  kita masih lagi menyewa rumah, gaji pula hanya naik sikit-sikit, dan pangkat yang tak kunjung tiba, bilangan anak yang semakin bertambah yang menyesakkan lagi kewangan kita setiap bulan. Kadangkala kita rasa hidup sempit dan terhimpit.  tidak seperti orang lain yang kita lihat enjoy dengan rumah sendiri yang boleh ’renovate’ sana sini, kereta baru yang lebih besar dan selesa, kenaikan pangkat dan lain-lain lagi. Rasa cemburu menjengah.

Sahabatku
Kita rasa macam Allah lupa kita. Allah macam tak adil. Astagfirullah, mengucaplah jika ia ada dalam fikiran kita. beristigfarlah. Ingatlah semula pada Allah. jika Allah lupakan kita, tentu kita tak dapat bernafas sekarang. kerana kita bernafas dengan bantuan Allah, dengan pertolongan paru-paru, hidung, trakea, alveolus ciptaan Allah, jika Allah lupa kita, pasti kita lumpuh kerana otot tidak bergerak, Allah lupa nak ‘pasang suis’ gerakkan otot kita..Tidak Allah tidak lupakan kita, cuma, kita saja yang teruk dan sangat teruk kerana mencari kekurangan dalam berjuta kelebihan dan kenikmatan. kelemahan sedikit saja..tetapi kelebihan nikmat Allah yang berjuta dan tak terhitung..kita TERLUPA, jd Ingatlah ia  sekarang.
Editor

TRIVIA (SOALAN KUIZ AGAMA)
1. Siapakah antara Ummul Mukminin yang mempunyai ilmu dalam perubatan?
2. Siapakah pemimpin pasukan Quraisy dalam perang Uhud?
3. Namakan Nabi yang paling singkat usianya di bumi?
Jawapannya di akhir edisi ini


MAHA KARYA TUHAN
Alam ini ialah maha karya Tuhan, yang  sentiasa berbicara dengan manusia tentang kewujudan, kehebatan dan keagungan    Penciptanya. Hakikatnya alam ini ialah sekolah buat Insan bernama manusia.

INFO ASAS TENTANG HADIS

¤ APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN HADIS?
Hadis ialah setiap kata-kata, perbuatan, pengakuan dan sifat yang datangnya daripada diri Nabi kita iaitu Muhammad SAW.

¤ APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN SUNNAH?
Para ulama sering menggunakan perkataan sunnah yang maksud sama dengan Hadis. Maka boleh dikatakan Al Quran dan Hadis dan Al Quran dan Sunnah.

¤ APAKAH KEDUDUKAN HADIS DALAM ISLAM?
Hadis merupakan sumber kedua dalam Islam selepas Al-Quran. Ia dijadikan rujukan oleh umat Islam sepanjang zaman.

¤ ADAKAH MEMADAI MENGGUNAKAN AL-QURAN TANPA HADIS?
Adalah tidak memadai kerana hadis merupakan huraian kepada maksud al-Quran. Seluruh kehidupan Rasulullah (Hadis) merupakan cara perlaksanaan atau praktikal terhadap ajaran al-Quran. Malah al-Quran memerintahkan kita untuk mencontohhi Nabi Muhammad saw.

¤ APAKAH BUKU UTAMA YANG MENGHIMPUNKAN HADIS.
 Sahih Al-Bukhari
 Sahih Muslim
 Musnad Ahmad
 Muwatta’ Malik
 Sunan Abu Daud
 Sunan a-Nasa’i
 Sunan al-Tirmidzi
Sumber: Solusi isu 2





MUTIARA KATA
Orang yang berjaya dalam hidup selalunya tidak menamakan ’Kegagalan’ sebagai satu kegagalan selepas mengambil sesuatu tindakan , sebaliknya mereka menamakannya sebagai ’maklumbalas’ yang kemudiannya diterjemahkan sebagai ilmu dan pengalaman.

                  

IKAT NIKMAT DENGAN SYUKUR
Allah menjanjikan kepada orang mukmin untuk mengurniakan tambahan nikmatNya jika mereka mengikat nikmat tersebut dengan kesyukuran. Ibn ‘Ataillah berkata ‘Sesiapa yang tidak mensyukuri nikmat, maka dia telah menghilangkan nikmat tersebut. Dan sesiapa yang mensyukurinya, maka dia telah mengikatnya dengan tali.’
                  

LAWAN
Semua orang pasti tidak akan selesa jika mempunyai  lawan. Al Hasan al Basri berkata ‘bersederhanalah dalam mencintai, dan tidak melampaui dalam membenci. Ramai yang binasa kerana berlebihan dalam mencintai. Dan ramai juga yang binasa kerana berlebihan dalam membenci’. (Riwayat Muslim). Jadi cukuplah membenci dan menyayangi sekadarnya. Malah Sayidina Ali r.a juga berpesan supaya bersederhana dalam menyintai dan membenci. Apabila ada lawan, minimumkan kedengkian kepadanya. Lebih baik pusingkan 360 darjah posisi daripada pihak lawan. Jadikan situasi yang ada sebagai platform kepada diri sendiri untuk berusaha dan bersungguh-sungguh memperbaiki kualiti tindakan kita sama ada dari segi pertuturan, perlakuan, penglihatan dan pendengaran. Caskan segala kritikan dan emosi yang tercalar. Melalui satu sudut positif, lawan mampu membawa kita ke arah yang lebih baik. Bukannya lawan yang akan ‘menggunungkan’ lagi dosa kita. Lawan yang sihat itu lebih utama. Dia tidak dijadikan lawan untuk berlawan secara tidak sihat, sebaliknya bersaing untuk menjadi yang terbaik. Jadikan lawan sebagai mentor agar mampu Berjaya sepertinya dan dia juga boleh sukses seperti anda.
Namun, harus diingat, biarlah persaingan yang timbul bukan sekadar persaingan ke arah matlamat duniawi semata-mata, paling penting usahakan untuk menggembirakan hati lawan dan bukan tanamkan kebencian melalui persaingan.

SYAITAN SENTIASA INGAT
Yahya bin Mu’az al-Razi berkata, ‘Syaitan itu pengganggu! Dia mempunyai banyak waktu untuk menjalankan perancangannya. Sedangkan manusia terlalu sibuk dan syaitan menyedari hakikat  ini. Manusia tidak melihatnya (syaitan) dan manusia lupa terhadapnya, Namun syaitan sentiasa ingat’.

ISTERI PEMALU

Belajarlah daripada bulan mengambang. Bulan hanya mengambang sekali sekala. Bulan tidak mengambang setiap malam. Kerana dengan mengambang sekali sekala, pungguk jadi perindu, manusia tertunggu-tunggu. Begitulah isteri yang masih malu, suami pasti akan jadi perindu.

 

 

 


ISTERI-ISTERI RASULULLAH(1)

 

 KHADIJAH BINTI KHUWAILID

Berkahwin dengan Nabi saw ketika berumur 40 Tahun dan menjadi isteri yang paling dicintai Nabi saw

 

 SAWDAH BINTI ZAM’AH

Berkahwin dengan Rasulullah saw pada bulan syawal tahun ke 10 kenabian.Dia adalah isteri sepupu sebelah bapanya yang bernama al-Sakran bin Amru. Sawdah bercerai mati dengan suaminya.

 

 AISYAH BINTI ABU BAKAR AS SIDDIQ

Berkahwin dengan Nabi saw pada bulan Syawal tahun ke 11 kenabian selepas setahun perkahwinan baginda dengan Sawdah.

 HABSAH BINTI UMAR AL-KHATTAB

Berkahwin dengan Rasulullah pada tahun ke3 Hijrah. Menjadi janda setelah kematian suaminya Khunays bin Hudhafah semasa jarak masa antara perang Badar dan Uhud.

 

 ZAINAB BINTI KHUZAYMAH

Berkahwin dengan Rasulullah pada tahun ke-4 Hijrah. Bekas isteri Abdullah bin Jahsy yang gugur syahid dalam perang Uhud. Beliau digelar Ummu al-Masakin (Ibu Orang miskin) kerana sikap penyayang dan kelembutannya kepada orang miskin. Meninggal dunia dua atau tiga bulan selepas berkahwin dengan Rasulullah saw.

 

 UMMU SALAMAH HINDUN BINTI ABU UMAYYAH

Berkahwin dengan Rasullullah saw pada bulan syawal 4 Hijrah. Balu kepada Ummu Salamah.

 

 ZAINAB BINTI JAHSY BIN RIYAB

Berkahwin dengan Rasulullah pada bulan Zulkaedah 5 H.Anak ibu saudara Rasulullah sebelah bapa.

Sumber: I pods-Muhammad Azrul azlen





JAWAPAN TRIVIA
1. Sayidatina Aisyah r.ha.
2. Abu Sufyan.
3. Nabi Isa. Diriwayatkan bahawa Nabi Isa berusia 33 Tahun semasa diangkat ke langit.






No comments:

Post a Comment