Google Ads

Thursday 10 September 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 21

MENARIK DI DALAM
*    SIBUK yang positif?
*    Menangani kesilapan?
*    4 Bentuk Komunikasi
*    Seketul daging
*    Pendosa yang resah
*    Tetamu agung Allah


Assalamualaikum
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,Tuhan Yang Menciptakan sesuatu drpd tiada kpd ADA.

Sahabatku
Adakah Kita masih lagi sibuk dgn tugasan kita?, maklumlah akhir tahun kan?, tp awal tahun pun kita sibuk,  pertengahan tahun juga kita sibuk, senang cerita, kita sentiasa sibuk, tak tentu masa dan di mana kan? Jika di rumah kita lagi bertambah-tambah sibuk, dengan kemas rumah, lipat baju, handle anak dan macam-macam lagi. Kita betul-betul SIBUK.

Sahabatku.
Sibuk yg kita alami sesekali membebankan kita. ada yang rasa sangat tertekan sampai munjung hampir sedepa, tetapi  tahukah kita semua bahawa sibuk yang kita alami itu kita boleh tukarkan kepada sesuatu yang ‘best’?. maksudnya, jika kita buat dengan bersungguh-sungguh, dengan hati yang ikhlas sudah pasti kita akan dapat banyak ganjaran pahala yang sudah semestinya amat berharga di SANA nanti... kita ‘enjoy-enjoy’ lah buat sesuatu, jangan ‘tension’, jadikan ia satu pengalaman baru, jika hadapi stres maka kita harus tahu bagaimana nak menghasilkan stres yang boleh menjadikan diri kita lebih positif.  Jika diri kita tidak dihargai oleh manusia, majikan, bos, rakan sekerja atau pasangan hidup, maka, jadikanlah Allah tempat kita berpaut dan ketahuilah bahawa hanya redha Allah sahaja yag sepatutnya kita cari, bukan penghargaan daripada manusia, kerana manusia itu hakikatnya tidak pandai berterima kasih.

Sahabatku
Pernah dengar tak frasa ini ? ‘Siapa yang menyayangi akan disayangi’. maka, Jadikanlah diri kita insan yang menyayangi dahulu, dan sekalikan dengan sikap yg suka Memberi. InsyaAllah, hidup kita pasti akan lebih Harmoni.

Editor  Norazila Khalid

TRIVIA (SOALAN KUIZ AGAMA)
1. Apakah bukit kecil yang terletak di dalam sebuah masjid?
2. Siapakah nabi pertama yang menyeru agar menunaikan ibadat haji dan umrah?
3. Apakah masjid pertama yang dibina pada zaman Rasulullah?
Jawapan di akhir edisi ini

MENANGANI KESILAPAN

 Terima Kesilapan Yang Anda Lakukan.

Terima ia sebagai satu pengalaman hidup yang akan terus membimbing dan mendidik anda.

 

  Akui Hakikat Kesilapan Adalah Sebahagian Daripada Fitrah Kehidupan.

Orang yang tidak buat silap ialah orang yang tidak berbuat apa-apa. Tetapi orang yang tidak berbuat apa-apa adalah kesilapan yang paling besar.

 

 Hanya Lembah Yang Rendah Mampu Menadah Air.

Jika asyik meninggi diri, maka susah untuk menadah ilmu. Dalam banyak hal, anda perlu merendah diri anda supaya anda boleh menadah ilmu yang mencurah daripada orang lain.

 

 Sedia Meminta Maaf.

Jangan rasa malu untuk meminta maaf. Meminta maaf adalah manifestasi kematangan dan rasa tanggungjawab seseorang.

 

 Jika Ia Kesilapan Peribadi Anda, Rahsiakannya.

Tiada guna membuka pekung di dada. Analisislah segera kesilapan itu dan lakukan usaha pembaikan demi perubahan.

 

 Jika Ia Melibatkan Orang Lain?

Berterus Terang dengannya, janjikan yang anda akan berusaha memperbaiki kesulitan kerana kecuaian anda.

 

 Jika Anda Tidak Dapat Memperbaiki Kesilapan Itu, Minta Bantuan.

Tanyalah rakan-rakan anda yang lebih arif dalam bidang itu.

 

 Jika ada Kesilapan Yang Memalukan Majikan, Tangani Segera.

Pergilah berjumpa dengan majikan anda sepecat mungkin. Jika tidak, jangan terkejut jika majikan anda sendiri menyiasat kejadian sampai ke akar umbi.

 

 Belajar Daripada Kesilapan, Elak Daripada Berulang.

Renungkan apa sebenarnya yang telah berlaku. Apakah factor-faktor yang sehingga berlakunya kegagalan itu. Kemudian cari jalan untuk mengelakkan daripada perkara yang sama berulang kembali. 

 

Sumber: PDA Utk Pekerja Cemerlang (Ahmad Fadzli Yusof)


PESANAN
Kejayaan bukanlah sesuatu yang kita tidak pernah  melakukan kesilapan , tetapi tidak melakukan  kesilapan yang sama untuk kali kedua.
George Bernard Shaw


MUTIARA KATA
‘In the middle of difficulty lies opportunity’
Albert Einstein

‘Even if you’re on the right track, you’ll get run over if you just sit there’
Will Rogers

‘Never let your memories be greater than your dream’
Doug Ivester

‘While most are dreaming of success, winners wake-up & work hard to achieve it’
‘Every success is built on the ability to do better than good enough’
Rebecca R


EMPAT BENTUK KOMUNIKASI
KITA YG MANA?

 AGRESIF
Semuanya berkisar tentang diri kita sendiri, dengan mengetepikan hak dan kehormatan orang lain. Mereka gemar merendahkan, memalukan, melemahkan dan menjatuhkan maruah orang lain.

 ASERTIF
Yang utama, kita. Yang kedua. Orang lain. Menyatakan apa jua keinginan dan keperluan kita kepada orang lain tetapi dalam bentuk yang boleh diterima. Kita menyatakan sesuatu dalam bentuk  yang beradab dan tidak memalukan sesiapa.

 RESPONSIF
Yang utama orang lain, yang kedua diri sendiri. Mengakui bahawa orang lain memberikan kekuatan, sumbangan dan pandangan untuk diri sendiri.

 BUKAN ASERTIF
Semuanya demi orang lain. Diri sendiri tidak penting. Kadangkala Menolak tanggungjawab dan hak. Selalunya, ada orang mengambil kesempatan terhadap golongan ini.

Kita mesti bijak memilih cara komunikasi mengikut kesesuaian keadaan, masa dan tempat berfikirlah sebelum mengeluarkan sebarang perkataan. insyaAllah, Allah akan membantu kita memelihara lidah daripada perkataan yang keji. 

Sumber: 55 petua seronok bekerja(HMFK & AFY)

HADIS 
‘ Di dalam diri manusia ada seketul daging, apabila ia baik, maka baiklah seluruh badan dan anggota kamu. Tetapi jika ia jahat maka akn jahatlah seluruh tubuh dan anggota kamu. Ketahuilah, itulah hati’
Riwayat muslim 


INGATLAH
Orang Yang melakukan dosa akan resah kerana sentiasa diburu rasa bersalah,  bukan sahaja kepada Allah tetapi kepada diri sendiri.




TETAMU AGUNG ALLAH

¤ KEUTAMAAN HAJI
—> Perintah Allah yang harus dikerjakan bagi sesiapa yang mampu sekali seumur hidup
—> Ia merupakan satu jihad di jalan Allah
—> Ia dapat menghapuskan dosa
—> Syurga balasan bagi haji Mabrur
—> Belanja yang dikeluarkan untuk mengerjakan ibadah Haji dikira sebagai ‘Infak Fi Sabilillah’

¤ SYARAT WAJIB MENGERJAKAN HAJI
—> Islam
—> Merdeka
—> Mukalaf
—> Berkuasa/Mampu iaitu
#Mempunyai belanja yang mencukupi untuk ke Mekah dan kembali ke Kampung halaman semula
#Meninggalkan nafkah asas yang cukup bagi orang di bawah tanggungannya
#Ada kenderaan dan perjalanan selamat dan aman
#Sihat tubuh badan
#Ada kesempatan masa untuk menunaikan haji

Bagaimanakah Persediaan Kita untuk Menunaikan Haji? Berapa Banyak Simpanan kita?Adakah kita Ada Peruntukkan sedikit simpanan Untuk Ke Sana?Adakah kita sudah mendaftar dengan Tabung Haji? Atau kita buat-buat tak tahu sahaja, maklumlah, kita kan muda lagi...tepuk dada, Tanyalah Iman… tanya juga diri kita, setakat mana kita merindui Rasulullah? Tempat kelahiran Rasulullah...kita merancang untuk bercuti ke luar negara, mungkin Bali, Hawaii, UK, London, US, tapi amat berat sekali untuk berfikir melangkah kaki ke tanah Suci.




JAWAPAN TRIVIA
1. Bukit Safa dan Marwah yang terletak di dalam MasjidilHaram
2. Nabi Ibrahim
3. Masjid Quba’ yang dibina sebelum Rasulullah memasuki Madinah semasa hijrah.




No comments:

Post a Comment