MENARIK DI
DALAM
·
Sihat?
·
Orang yang Cerdik
·
It’s easy to be Muslim, but stil..
·
Petua Kesihatan Menurut Islam
·
Perbezaan antara Empati dan Simpati
·
10 Jenis Orang Yang Kejam
·
Macammana Nak Jadi Baik?
Assalamualaikum
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha
Penyayang, Yang menguasai segala yang ada di langit dan di bumi.Tuhan yang
mengetahui segala-galanya tentang diri kita, samaada yang kita sembunyikan atau
yang kita zahirkan. serta apa yang kita fikirkan sekarang, semuanya dalam
pengetahuan Allah dan kita tidak dapat lari daripada pengawasan Allah swt.
Sahabatku
cuba tanya diri kita sekarang, setakat mana kita
menjaga kesihatan kita? setakat mana cara kita mengawal kadar pemakanan dan
senaman supaya badan kita sentiasa sihat. percaya atau tidak, jika kita tidak
menjaga kesihatan, kita sebenarnya seorang yang mementingkan diri sendiri kerana
apabila kita sakit, kita pasti akan menyusahkan orang lain untuk menjaga diri
kita, tetapi sebaliknya yang sangat baik, jika kita sihat, kita pula boleh
menjaga orang lain yang sakit. Dan himpunan pahala dan rahmat Allah akan
mencurah kepada kita.
Sahabatku
Pilihlah sekarang, samaada kita ingin dijaga oleh
orang lain, ataupun kita ingin menjaga dan memberi bakti kepada orang?. memberi
bakti sesungguhnya lebih baik daripada menerima bakti kan? dan selalu kita
dengar, tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah.
Editor , Norazila Khalid
MUTIARA HADITH
Bersabda Rasulullah saw ‘orang yang
cerdik adalah orang yang mampu mengekang nafsunya, dan beramal untuk (bekal) sesudah mati, sedangkan orang-orang
lemah ialah orang yang mengikut kehendak nafsunya, dan berangan-angan pada
pemberian Allah swt’.
(Riwayat Tirmizi dan Ahmad)
IT’S EASY TO BE MUSLIM BUT STILL...
◊ You can
spend half an hour to get ready to work or school when you only need 5 minutes
to perform SUBUH prayer.
◊ It takes
you 1-3 minutes to put on your shoes when you only need 2 seconds to GIVE
SALAM.
◊ You can
spend almost 45 minutes for lunch, when you only need 15minutes to perform
ZOHOR PRAYYER.
◊ You can
spend an hour on the phone or on the computer when 15 minutes is all it takes
for ASAR PRAYER.
◊ You would
scarify 2-3 hours of your time to watch film in the movie theatre when with
only 15 minutes you can gain much more by RECITING AL QURAN.
◊ You would
spend time more than 30minutes to get update with the world by watching the
news when MAGRIB PRAYER only takes 7 minutes.
◊ Sometimes
arguments with your parents/wife can go on for 20 minutes when 2 seconds is all
it takes to SMILE and GIVE SADAQAH.
◊ You would
spend time reading magazine for an hour or so when 5 minutes is all it takes to
ponder upon a HADITH.
◊ You would
spend 15minutes to set yourself to sleep when you only need 10 minutes for
ISYA’ PRAYER.
◊ You can
spend hours watching a late movie till ’the end’ when you only need to spend at
least 2 second to UTTER WORDS OF GRATEFULNESS TO ALMIGHTY ALLAH SWT.
PETUA KESIHATAN MENURUT ISLAM
J Mandi pagi sebelum subuh atau
sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari naik.
Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkn lemak yang
terkumpul.
J Rasulullah mengamalkan minum
segelas air sejuk setiap pagi. mujarabnya insyaAllah jauh dari penyakit .
J Waktu solat subuh disunatkan kita
sujud sekurang-kurangnya seminit selepas membaca doa. ia boleh mengelak dari
sakit pening atau migrain. ini terbukti daripada saintis yang membuat kajian kenapa
dalam sehari kita perlu sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa
millimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah.
Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.
PERBEZAAN ANTARA EMPATI DAN SIMPATI
J EMPATI
Kita merasai suara hati yang diperdengarkan dan
tidak diperdengarkan oleh pasangan kita. Empati akan memperkukuhkan cinta
kerana cinta itu hakikatnya berkongsi rasa bukan sekadar berkongsi kata.
J SIMPATI
Hanya memahami apa yang diperdengarkan melalui
ayat dan kata-kata.
10 JENIS ORANG YG KEJAM
Sufyan Atgauri berkata :10 macam kekejaman ialah
9 Seorang yang
berdoa untuk dirinya sendiri, dan tidak mendoakn untuk anak-anak dan orang
mukmin.
9 Seorang yang
pandai membaca Al-Quran tetapi setiap harinya tidak membaca 100 ayat.
9 Seorang yang
masuk masjid lalu keluar tanpa solat 2 rakaat.
9 Seorang yang
berjalan melalui kuburan kemudian tidak memberi salam dan mendoakn ahli kubur.
9 Seorang yang
sampai di suatu kota pada hari jumaat kemudian tidak bersembahyang jumaat.
9 Seorang yang di
daerahnya didatangi oleh seorang Alim, tiba-tiba tidak mahu belajar apa-apa daripadanya.
9 2 orang yang bertemu
di perjalanan dan masing-masing tidak menanyakan nama kawannya itu.
9 Seorang diundang
pada jamuan tiba-tiba tidak datang.
9 Pemuda yang tidak
ada kerja dan tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan.
9 Seorang yang
kenyang sedang dia tahu bahawa tetangganya lapar, tetapi tidak diberi dari
makanannya itu.
MUTIARA KATA
Allah berpesan dalam wahyunya Al Quranul Karim supaya
kita mengejar Akhirat tapi jangan lupakan Dunia. Bukannya kejar dunia tapi
lupakan Akhirat. Apabila kita mengejar Akhirat, insyaAllah, dunia akn
menghampiri.
MACAM MANA NAK JADI BAIK?
‘Saya nak baiki diri. Daripada mana
harus saya bermula?’
‘Mulakan dengan memperbaiki solat’
‘Mengapa solat?’
‘Awak nak jadi baik bukan?’
‘Awak jawab soalan dengan soalan’
‘kalau nak jadi baik perlu solat ’
‘Agaknya kenapa awak kata begitu
ya?, bagaimana kalau orang masih jahat juga walaupun sudah mengerjakan solat?’
‘dia perlu memperbaiki mutu
solatnya. Perbaiki solatnya, bila solat dah baik, insyaAllah orang itu akan jadi
baik ’
‘bagaimana nak perbaiki solat?’
‘mulakan dengan mencari ilmu
tentang kesempurnaan solat, hardware dan softwarenya’
‘wah, solat pun ada hardware dan
softwarenya?’
‘hardware solat tu tentang rukun
fi’li atau perbuatan fizikalnya seperti berdiri dengan betul, rukuk, sujud dan
sebagainya ’
‘softwarenya?’
‘rukun qauli, pada makna bacaanya
di lidah dan rukun qalbi pada rasa yang bersemi di hati ’
‘cari ilmu yang bagaimana? ’
‘cari makna bacaan surah al-fatihah.
bukan setakat itu sahaja malah cari tafsirannya. Cari simbolik daripada
perlakuan rukuk, sujud dan berdiri dengan betul.’
‘oh, bukan sekadar sah, batal,
halal, haram dan sunatnya sahaja?’
‘itu pun ya jgk. Ttp itu hny
awalan. Perlu dilanjutkan lagi hingga kita
memahami malah menghayati semua rukun-rukun solat bukan sekadar tahu ’.
‘kita perlu jaga 7 anggota sujud
kan? ’
‘ya, itu baru permulaan. Tetapi
menghayati rasa hina diri, harap, malu, takut, kagum kepada Allah dalam sujud
kita. itu yang lebih penting ’
‘itulah yang awak maksudkan dengan
software solat?, kalau tak kusyuk, semacam tak berguna kita solat. Betul tak? ’
‘betul.tapi nak khusyuk perlulah
kita solat dulu. Perlahan-lahan kita tingkatkan mutunya ’
‘lambat ya?’
‘nak jadi baik memang lambat.
Membina mengambil masa, meruntuh sekelip mata ’
‘tapi bagaimana orang yang tak
solat langsung, macammana mereka nak jadi baik?’
‘perlu ajak mereka solat’
‘kenapa orang tidak mahu atau malas
mengerjakan solat?’
‘sebab dia rasa tidak memerlukan
Allah dalam kehidupannya. ’
‘kenapa jadi begitu?’
‘orang tidak nampak kebesaran
Allah, sebab dia tidak terasa kekerdilan dirinya. Sebaliknya dia berasa dirinya
atau makhluk-makhluk lain yang lebih besar. Jadi, pergantungan, pengharapan dan
kekaguman bukan kerana Allah, tetapi kepada tuhan-tuhan lain selainNya ’
‘betul, apa perlunya solat kepada
orang sebegini? dia rasa dirinya yang kuat, mulia, kaya, berilmu, tak perlukan
Tuhan lagi. Dia bertuhankan drinya. ’
Sumber : Beduk di Ketuk
No comments:
Post a Comment