Google Ads

Sunday 6 September 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 9

MENARIK DI DALAM
è hiduplah SEKARANG
è Bolehkah kembali lagi ke dunia?
è Syurga untuk mereka yang benar-benar beriman
è Tip Untuk Rasa Bertanggungjawab dalam Rumahtangga
è 5 Langkah Bermunikasi Dengan Minda
è Bina Jati diri
è Mukjizat al Quran


Assalamualaikum
Dgn Nama Allah, Tuhan Yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang….

Sahabatku
Sedarkah kita yang masa begitu pantas & cepat berlalu. umur kita sekarang mungkin hampir nak masuk ke angka 3 di depan & mungkin juga 4. Berapa lama lagi kita akan tetap bertahan untuk terus hidup? Macammana kita boleh menjamin yang masa akan terus bersama kita sehingga kita dapat bersara? Seperti pesakit kanser tahap 4, menurut doctor, dia hanya boleh hidup 2 bulan. Tapi siapa doctor untuk menentukan exactly umurnya, last-last pesakit itu dapat hidup sehingga sekarang. Dan  Kita mungkin sudah sampai ke pertengahan perjalanan menuju ke alam akhirat, itu pun kalau kita kononnya hidup 60 Tahun, atau mungkin sudah sangat hampir sebab ajal akan menjemput kita pada bila-bila masa sahaja. Ramai yang memikirkan bagaimana cara nak mati, contohnya nak mati depan Kaabah, nak mati malam jumaat tetapi apa yang lebih penting adalah Bekalan dan Persediaan kita untuk menghadapi kematian.

Sahabatku
Adakah kita sudah bersedia atau tidak untuk menghadapinya? Yang namanya kematian. Orang yang bijak adalah orang yang sentiasa memikirkan tentang kematian. Bukan hanya berfikir tetapi bersedia dengan bekalan amal untuk menghadapinya. . Teringat kata-kata Prof Muhaya dalam Tanyalah Ustazah, katanya,kita mesti menghadapi SEKARANG dengan penuh bermakna, buat yang terbaik dengan orang di hadapan kita SEKARANG kerana ini mungkin kali terakhir kita berjumpa dengannya. .Jika kita solat, solatlah dengan cara yg terbaik keraan ini mungkin solat kita yg terakhir.  semuanya mungkin kali TERAKHIR. Usah hanya merancang waktu esok, tetapi hargailah apa yang kita ada dalam waktu SEKARANG.
                                                Norazila Khalid

TERJEMAHAN AL-QURAN

Kemudian Dia (Allah) menyempurnakan & meniupkan ke dalam (tubuh manusia) roh (ciptaanNya)& Dia menjadikan bagi kamu pendengaran & hati (tetapi) kamu sedikit sekali bersyukur. (9).& mereka berkata ‘apakah bila kami telah hancur di dlm tanah, kami benar2 akn berada dlm ciptaan yg baru? Bahkan (sebenarnya) mereka ingkar untuk menemui Tuhannya(Allah). (10).Katakanlah ‘ Malaikat maut yang diberi tugas untuk (mencabut nyawa)mu akan mematikanmu, kemudian hanya kepada Tuhanmulah kamu akan dikembalikan. (11). & (alangkah ngerinya) jika sekiranya kamu melihat ketika orang-orang  yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhannya, (mereka berkata)’Ya Tuhan kami , kami telah melihat & mendengar , maka kembalilah kami (ke dunia), kami akn mengerjakan amal soleh, sesungguhnya kami adalah orang-orang yang yakin (12).& kalau Kami kehendaki nescaya Kami akan berikan petunjuk kepada tiap-tiap jiwa, akan tetapi telah tetaplah perkataanKu’Sesungguhnya akan Aku penuhkan neraka Jahannam dengan jin & manusia.(13). Maka rasailah olehmu (seksa ini) disebabkan kamu melupakan akan pertemuan dengan harimu ini (hari Kiamat), sesungguhnya Kami telah melupakanmu & rasakanlah seksa yang kekal disebabkan apa yag selalu kamu kerjakan’(14)

 

Surah As Sajdah Ayat 9-14


BERISTIGHFARLAH….
Abu Said al-Kudri mendengar Rasulullah SAW bersabda :
”Iblis berkata kepada Tuhannya : ’Demi KeperkasaanMu & KeagunganMu , aku akan selalu menyesatkan anak Adam selama mana roh masih berada di dalam jasad mereka’ Allah menjawab: ’Demi keperkasaanKu & KeagunganKu, Aku akan selalu mengampuni mereka selagi mereka meminta ampun kepadaKu’.
                  

JANGAN SEKALIPUN LUPA BAHAWA HANYA ORANG YANG BENAR2 BERIMAN AKAN MEMASUKI SYURGA, TEMPAT BEROLEH GANJARAN.
    “& didekatkn syurga itu kepada org2 yg bertakwa pada tempat yang tidak jauh (dr mrk). Inilah yg dijanjikn kpdmu (iaitu) kpd setiap hamba yg selalu kembali (kpd Allah) lg memelihara (semua peraturanNya).(Iaitu) org yg takut kpd Tuhan Yg Mh Pemurah sdg Dia tdk kelihatan (olehnya) & dia dtg dgn hati yg brtaubat. Masukilah syurga itu dgn aman, itulh hari kekekalan."(Surah Qaf:31-34)
    Mrk yg layak utk kembali ke tmpt asal mrk berdiri di hdpn Allah, sebagaimana yg tlh dinyatakn di dlm al-Qur'an, akn menerima buku amln mrk yg mengandungi sgl catatan sms mrk hdup di muka bumi dgn tgn kanan. Mrk tdk akn berasa susah dgn perhitungan amln mrk. Bermula saat itu, mrk akn hidup dgn penuh kenikmatan. Org2 yg beriman diberi khabar gmbira dgn keadaan yg menyenangkn di dlm byk ayt al-Qur'an:
    Adapun org yg diberikn kitabnya dr sebelah kanannya, mk dia akn diperiksa dgn pemeriksaan yg mudah,& dia akn kembali kpd kaumnya (yg sama2 beriman) dgn gembira. (Surah al-Inshiqaq: 7-9)
    Mukmin yg brjaya mndptkn khidupn ini akn disambut oleh malaikat2 dgn ucapan, "Kesejahteraan (dilimpahkn) ke atasmu. Berbahagialah kamu. Mk masukilah syurga ini, sdg kamu kekal di dlmnya,” (Surah az-Zumar: 73) Slps itu, mrk akn dibawa ke syurga beriringan & masuk ke dlmnya dgn tenteram & selamat.
    Ingatlh kt blh mndpt jemputan yg sama & masuk ke dlm tmpt yg penuh dgn kedamaian & kegembiraan hny jk kt mempunyai iman yg teguh dgn Hari Kiamat, brtakwa kpd Allah, takutkn Hari Kiamat & melakukan amalan2 baik. Allah berfirman di dlm al-Qur'an bhw ahli2 syurga akn berkata:
    Sesunguhnya kami takut akn (azab) Tuhan kami pd suatu hari yg (di hari itu) org2 yg bermasam muka penuh kesulitan. Mk Tuhan memelihara mrk dr kesusahan hari itu, & mmberikn kpd mrk kejernihan (wjh) & kegembiraan hati. (Surah al-Insan: 10-11)
    Utk memastikn manusia rindukn  & mengharapkn syurga & juga berusaha mncari keredhaan Allah, Allah telah menciptakn dunia dgn serba kekurangan. Dunia ini diciptakanNya dgn nikmat2 yg terhad & semua benda akhirnya akn mati. Kekurangan dunia ini tdk terhad kpd mati shj, malah sbg ujian kpd mrk yg tdk beriman. Mrk menikmati keindahan dunia skjp shj & cpt bosan dgnnya walaupun perkara itu dianggap yg terbaik.



SESUNGGUHNYA…...
Berhati-hatilah dengan DUNIA kerana halalnya di HISAB , haramnya di AZAB.


MUTIARA KATA
Kita semua mempunyai 86400 saat dlm 24 jam sehari. Bagaimana anda melaburkannya menentukan siapa anda.

Tidak ada kekayaan melebihi kesihatan badan & tidak ada kegembiraan yg melebihi kesenangan hati.

Memori ialah menerima, menyimpan dan mengeluarkannya.

Benda yang paling berat yang diletakkan dalam timbangn pada Hari Kiamat nanti ialah TAQWA dan budi pekerti yang baik.

Siapa yang hanya membuat rancangan adalah orang yang bermimpi, siapa yang hanya bekerja adalah hamba pekerjaan. Tetapi siapa yang bekerja menurut perancangan itulah yang akan memperoleh kemenangan.

KEMENANGAN YG KITA CARI ADALAH KEMENANGAN DI DUNIA DAN AKHIRAT

 

 TIP UTK RASA BERTANGGUNGJAWAB DLM RUMAHTANGGA

* Kenangkan selalu bahawa isteri/suami kita ialah milik Allah, bkn milik kita.

* Dlm apa jua perselisihan, carilah di mana kedudukan syariat dlm hal itu.      

* Sentiasa berbincang dlm membuat keputusan.

* Sering melakukan solat Istikharah & solat Hajat dlm menghadapi sesuatu ujian.

* Bayangkan pertemuan yg indah dgn semua anggota keluarga di syurga nanti apabila masing2 bertanggungjawab dgn perintah Allah.

* Takutkan neraka & bimbangkan seksaNya jika mengabaikan tanggungjawab.

*  Apabila suasana terlalu sukar, bisikkan dalam hati ‘Ini semua sementara, pertolongan Allah sudah dekat’.

 

sumber : SOLUSI ISU 6

 


5 LANGKAH BERKOMUNIKASI DENGAN MINDA 

1. SETKAN HASRAT, SASARAN, KEHENDAK, AZAM, TARGET & CITA2 ANDA @ TEKANKAN KE DLM MINDA APA YG ANDA MAHU

 

2. LAHIRKAN SATU PELAN TINDAKAN BERDASARKAN ILMU YG ANDA ADA

 

3.CATUSKAN HASRAT, SASARAN, KEHENDAK, AZAM, TARGET & CITA2 DLM HATI & PINDAHKN IA KE DLM MINDA SEDAR

 

4.JGN BIARKAN ANDA DIGANGGU KERISAUAN, KETAKUTAN & KEGUSARAN. BERIKAN KEPERCAYAAN PENUH KPD MINDA SEDAR BHW IA BERHUBUNG DGN MINDA BAWAH SEDAR & YAKINLAH YG ANDA AKN BERJAYA

 

5. IRINGI DGN DOA, KEMUDIAN USAHAKAN APA YG ANDA YAKINI BETUL & AKHIR SEKALI BERTAWAKAL

sumber: Membina Imaginasi Cemerlang  (Dr HM Tuah)

 

 JATI DIRI = sifat keperibadian yg istimewa dr segi adat, budaya & agama yg menjadi teras & lambang keperibadian seseorang. Org yg berjaya Dunia & Akhirat ialah individu cemerlang yg dilahirkan dgn memiliki jati diri yg tinggi.
BAGAIMANA MEMBINA  JATI DIRI?
KEYAKINAN YG TINGGI
* Tdk mudah terpengaruh
* Berwawasan dan berpandangan jauh
* Bersedia menerima sesuatu dlm sebarang keadaan

LATIHAN BERDIKARI
* Berani menanggung risiko
* Berani ke hadapan
* Sanggup bekerja keras

SABAR DAN TABAH
* Kuat pergantungan kpd Allah
* Mudah menerima nasihat
* Tidak Mudah putus asa

TANAMKAN SEMANGAT BEKERJASAMA
* Mengetepikan kepentingan diri sendiri
* Bersatu hati bekerja dlm pasukan
* Bertoleransi dlm hal yg remeh-temeh

TETAP PENDIRIAN
* Hujah dan Idea yg bernas
* Tegas dlm membuat keputusan
* Bertanggungjawab atas tindakan

BINA SEMANGAT JUANG
* Berani dan berdaya saing
* Bersungguh-sungguh dan tekun
* Sanggup bekorban
sumber: Potensi (Dato’ Hj Muhammad Zakaria)



 1) Kenyataan mengenai ‘7 lapisan langit’ diulang sebanyak 7 kali
2) Bilangan perkataan ‘dunia’ & ‘akhirat’ diulangi adalah sama 115 kali
3) ‘Hari’ diulangi sebanyak 365 kali manakala ‘bulan’ diulangi sebanyak 12 kali
4) Perkataan ‘syaitan’ disebut sebanyak 88 kali manakala perkataan ‘malaikat’ juga disebut sebanyak 88 kali
5) Apabila kita hitung perkataan ‘Katakanlah’, kita akan dapati jumlahnya adalah 332. Kita akan dapati jumlah yg sama dengan perkataan ‘mereka berkata’
6) Perkataan ‘iman’ diulangi sebanyak 25 kali, begitu juga dengan perkataan ‘kufur’
Ciri-ciri al-Quran ini pastinya membuktikan bahawa Ia adalah kitab Allah. Oleh itu, janganlah berpura-pura tidak mengetahui hakikat yang jelas ini.
sumber: Buku Jangan Beralasan Anda Jahil (Harun Yahya)




No comments:

Post a Comment