Google Ads

Tuesday 15 September 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 35

MENARIK DI DALAM
v Siapakah Yang Paling Bijak?
v Orang Pertama Dicampakkan ke Neraka
v Kaum Yang dilaknati
v Nota Syukur di dalam Kotak Syukur
v Positif  dengan Ujian



Assalamualaikum
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Yang menguasai segala yang ada di langit dan di bumi

Sahabatku
Semasa menonton tanyalah ustaz pada suatu pagi, saya tertarik dengan sesuatu yang disebut oleh ustaz. Ustaz membicarakan tentang ziarah ke alam barzah. Beliau menyatakan tentang himpitan kubur. Katanya tiada siapa yang boleh terlepas daripada himpitan kubur, kerana manusia kurang mensyukuri nikmat Allah. Apabila manusia mendapat sesuatu kebaikan, mereka mudah menyebut nasib baik, tetapi payah sekali menyatakan dan mengungkapkan rasa syukur kepada Allah Taala .

Sahabatku
Terdapat beberapa golongan sahaja yang akan terlepas daripada Azab kubur, iaitu Para Nabi, Para Syuhada yang mati Syahid, Para Sahabat Rasulullah, Dan orang yang menghafal al-Quran. Adakah kita termasuk dalam golongan tersebut. jika Tidak, bersedialah dengan bekalan yang dapat mengurangkan azab di alam barzah nanti.

Sahabatku.
Mesti kita selalu mendengar ungkapan ini. Siapakah orang yang paling bijak? adakah orang yang paling banyak mendapat PHD? yang berstatus professor emeritus? Yg mendapat straight A dalam exam? Tidak! orang yang paling bijak adalah orang yang sentiasa mengingati kematian. dengan itu dia akan menyediakan sebanyak-banyaknya bekalan untuk kehidupan abadi yang selama-lamanya. Bijak bukan?

Editor, Norazila Khalid  

TRIVIA (SOALAN KUIZ AGAMA)
1. Namakan surah-surah yang bermula dengan lafaz ‘Alhamdulillah’?
2. Siapakah orang terawal yang menemui air zam zam?
3. Siapakah yang membebaskan Bilal Bin Rabah daripada terus menjadi hamba?
Jawapan di akhir edisi ini 

ORG PERTAMA DICAMPAKKAN KE NERAKA
            Daripada Abu Hurairah, Rasulullah  saw bersabda ‘Sesungguhnya manusia pertama yang diadili pada hari kiamat ialah seseorang  yang mati syahid. Org itu dihadirkan di hadapan Allah, lalu diingatkan nikmat-nikmat yang pernah diberikan kepadanya. Org itu mengingati semua nikmat.
            Allah bertanya:’Apakah engkau  lakukan untuk mensyukuri nikmat-nikmat ini?’ orang itu menjawab’ Aku berjuang di jalanMu sehingga  terbunuh’ Allah berfirman, ‘engkau berdusta! Akan tetapi engkau berjuang agar disebut sabagai pemberani.’ Orang itu diseret di atas wajahnya, kemudian dicampakkan ke dalam neraka.
            Allah lalu memanggil seseorang  yang   belajar ilmu, mengajarkannya dan membaca al-Quran. Orang itu dihadirkan di hadapan Allah, lalu diingatkan nikmat-nikmat yang pernah diberikan kepadanya. Orang itu mengingati semua nikmat.
            Allah bertanya:’Apakah engkau  lakukan untuk mensyukuri nikmat-nikmat ini?’ orang itu menjawab ’Aku mempelajari ilmu,           mengajarkannya dan membaca al-Quran’ Allah berfirman, ‘engkau berdusta! Akan tetapi     engkau belajar agar disebut sebagai alim, membaca al-Quran agar di sebut hafiz.’ Orang itu diseret di atas wajahnya, kemudian dicampakkan ke neraka.
            Allah lalu memanggil seseorang  yang diberikan harta yang melimpah ruah. Orang itu dihadirkan di hadapan Allah, lalu diingatkan nikmat-nikmat yang pernah diberikan kepadanya. Org itu mengingati semua nikmat.
            Allah bertanya:’Apakah engkau lakukan utk mensyukuri nikmat-nikmat ini?’ orang itu menjawab ’Aku membelanjakannya di tempat-tempat yg Engkau kehendaki’. Allah berfirman, ‘engkau berdusta! Akan tetapi engkau melakukannya agar digelar dermawan.’ Org itu diseret di atas wajahnya, kemudian dicampakkan ke dalam neraka.
            Hadis ini menyebut bahawa antara orang pertama yang masuk neraka ialah mereka yang suka menipu agama Allah. Mereka memang Nampak seperti beribadah, namun ia tidak diniatkan kerana Allah. Mereka melakukan ibadah agar menjadi buah mulut dan sebutan ramai.
Jadi, mereka itu yang melakukan ibadah boleh masuk ke Neraka, apatah lagi seseorang yang tidak melakukan ibadah.  lakukanlah setiap perkara kerana mencari keredhaan Allah, bukannya penghargaan dari manusia.






TERJEMAHAN AL QURAN
KAUM YG DILAKNATI

 13 dan apabila dikatakan kepada mereka, ’berimanlah kamu sebagaimana orang lain yang telah beriman!’ Mereka menjawab,’ Apakah kami akan beriman seperti orang-orang yang kurang akal itu beriman?’Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang kurang akal, tetapi mereka tidak tahu.
14. dan apabila mereka berjumpa dengan orang yang beriman, mereka berkata, ‘kami telah beriman’tetapi apabila mereka kembali kepada syaitan-syaitan (para pemimpin) mereka, mereka berkata ‘sesungguhnya kami bersama mu, kami hanya berolok-olok’
15. Allah akan memperolok-olokan mereka dan membiarkan mereka terombang-ambing dalam kesesatan.
16. mereka itulah yang membeli kesesatan dengan petunjuk. Maka perdagangan mereka itu tidak beruntung dan mereka tidak mendapat petunjuk.
17. perumpamaan mereka seperti orang-orang yang menyalakan api, setelah menerangi sekelilingnya, Allah melenyapkan cahaya (yang menyinari) mereka dan membiarkan mereka dalam kegelapan, tidak dapat melihat.
18.mereka tuli, bisu dan buta, sehingga mereka tidak dapat kembali.
19. atau seperti (org yang ditimpa) hujan lebat dari langit, yang disertai kegelapan, petir dan kilat. Mereka menyumbat telinga dengan jari-jarinya (menghindari) suara petir itu kerana takut mati. Allah meliputi orang-orang yang kafir.
20. Hampir sahaja kilat itu menyambar perlihatan mereka. Setiap kali (kilat itu) menyinari, mereka berjalan di bawah (sinar) itu dan apabila gelap menerpa mereka, mereka berhenti. Sekiranya Allah menghendaki, nescaya Dia hilangkan pendengaran dan penglihatan mereka. Sungguh, Allah maha kuasa atas segala sesuatu?

SURAH AL BAQARAH (AYAT 13-20)



AKTIVITI
NOTA SYUKUR DI DALAM KOTAK SYUKUR
Setiap hari, pastikan anda bersyukur kepada Allah,bagaimana?
2 Sediakan kotak bersaiz sederhana
2 Tuliskan nikmat yang paling besar yang anda peroleh pada hari itu di atas sehelai kertas.
2 Lipat kertas itu dan masukkan ke dalam kotak yang disediakan sambil mengucapkan ‘Alhamdulillah’ atas nikmat yang diberikan Allah. Contohnya ‘ Alhamdulillah, hari ini Allah permudahkan urusanku sehingga aku dapat menyiapkan laporan ini tepat pada waktunya’
2 Tarik nafas, tenangkan diri dan hayatilah nikmat yang telah berlalu itu dengan hati yang bersyukur. Jangan lupa tingkatkan ibadah sebagai tanda syukur kepada Allah.
2 Ambil masa sekali seminggu dan sebulan sekali untuk membaca kembali koleksi nota syukur anda. Jika anda dapat lakukan langkah di atas secara berdisiplin, maka anda telah mengaplikasikan ketiga unsur dalam syukur:
-> Bersyukur dengan hati
-> Bersyukur dengan lidah
-> Bersyukur dengan anggota badan

Nota:Libatkan ahli keluarga yang lain untuk aktiviti ini seperti pasangan dan anak-anak.
Sumber:solusi



BERFIKIRAN POSITIF
          Pandanglah sekeliling kita dengan pandangan yang positif. Bersangka baik dengan apa yang Tuhan tetapkan, kerana ia adalah salah satu penyejuk jiwa. Perlu diingat, menerima ketentuan dan pertimbangan daripada Tuhan adalah salah satu daripada rukun iman. Setiap yang berlaku, pasti ada hikmah dan kebijaksanaan. Redhalah.

         

JAWAPAN TRIVIA
1. Surah Al Fatihah,al An’am,     al Kahfi, Saba’ dan Fatir
2. Ismail a.s dan Ibunya Hajar
3. Abu Bakar Al siddiq




No comments:

Post a Comment