Google Ads

Thursday 1 October 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 71

MENARIK DI DALAM
·        Pilihanraya setiap hari
·        Mukmin Haq siapa dia?
·        Bekalan sedikit untuk perjalanan Jauh
·        Rukun Islam Yang Lima
·        Dialog Dengan Seniman

Assalamualaikum
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Sahabatku
Saya tertarik dengan satu isu yang diperkatakan oleh pakar motivasi. secara tidak kita sedari kita sebenarnya telah membuat pilihanraya setiap hari. sehari 200 pilihan yang mesti kita pilih dan buat buat.

Sahabatku,
Pilihan yang kita pilih pada hari ini menentukan kita di masa akan datang. sebagai contoh yang mudah, di tempat kerja, kita ingin makan tengahari. jadi kita terpaksa buat pilihan untuk mengambil lauk yang begitu banyak pilihannya. ada ikan bakar, ada sup tulang, ada ayam goreng dan banyak lagi. minda kita terpaksa membuat pilihan. dan jika sup tulang yang kita pilih, lihat pada kandungan minyaknya dan kiralah sendiri kadar kolesterol dan kalori yang ada padanya. dan jika kita tetap ingin merasanya, ok. mungkin untuk  kali ini sahaja. tetapi jika banyak kali sangat makan makanan berlemak,  maka lihat kesannya nanti di kemudian hari. tak pasal-pasal setiap bulan kene ke klinik untuk dapatkan rawatan atau mengambil ubat.

Sahabatku,
itu contoh simple tentang pilihanraya makan. tengok pula contoh ini. katakan kita sedang sibuk melayan drama pukul7 malam. habis pukul8. Drama melayu lakonan abang sado kegemaran. Penuh romantis. kita terpaksa membuat pilihan samada nak solat magrib semasa iklan ke, atau semasa drama tengah ditayangkan ke, atau selepas drama habis. pilihlah. ramai yang pilih solat selepas drama habis, katanya nak khusyuk. sebab kalau solat semasa iklan, nanti nak cepat-cepat, solat jadi tak kusyuk. kalau solat semasa drama tengah on lagi lah tak kusyuk sebab asyik pasang telinga je nak dengar apa yang pelakon tu tengah cakap. Subhanallah, sampai macam tu sekali kita berkira dengan Allah. Last-last kita terpaksa pilih solat di akhir waktu. So,  senang cerita pilihan yang paling tepat bagi saya adalah jangan tengok drama langsung pada pukul7-8malam. tutup tv. itu waktu untuk diri sujud menghadap Ilahi. Jika nak tengok jugak, tengoklah!. Terpulang.

Sahabatku
Kita adalah apa yang kita pilih. buatlah pilihan yang bijak berdasarkan IMAN. itu pilihan yang sebaiknya.
Editor, Norazila Khalid

MUKMIN HAQ, SIAPA DIA?

‘sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Allah, bertambahlah iman mereka kerananya dan kpd Rabb mereka, mereka mendirikan solat dan menyerahkan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Itulah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan memperoleh beberapa darjat disisi Rabb mereka. Pengampunan dan rezeki yang mulia’. (Al Anfal : 2-4)

 

 Bila disebut nama Allah, Hati mereka gementar.

Rasulullah bersabda ‘7 golongan yang akan dinaungi oleh Allah pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungan Allah, diantara mereka adalah orang yang mengingati Allah dalam keadaan sepi, lalu kedua matanya berlinangan air mata’.

 

 Bila dibacakan ayat-ayat Allah, iman mereka bertambah.

Al Quran dapat menambah iman melalui penyatuan fungsi lidah, akal dan hati. Lidah yang fasih mengalunkn kalimah Allah, kemudian difahami melalui akal dan menyusup ke dalam hati.

 

 Selalu bertawakkal kepada Allah.

Tawakkal yang sesungguhnya adalah mereka yang sudah berusaha keras kemudian ia menyerahkn kepada Allah.

 

 Menegakkan solat dan infaq

Kualiti solat Rasulullah .

1) dilakukan menepati syarat dan rukunnya

2) khusyuk

3)tepat pqdq awal waktu

4) berjemaah di masjid

Infaq harta di jalan Allah yqng wajib atau sunat ibadah yang dapat menguatkn hubungan sesama manusia.

 

Demikianlah ciri-ciri mereka yang memiliki darjat yang tinggi di sisi Allah. Marilah kita berusaha mencapai level haqqa yang mana Allah menjanjikan untuknya pengampunan dari segala dosa, rezeki yang mulia, Syurga serta segala nikmatnya di akhirat.

 

Ya Allah, aku mohon kepadaMu keimanan yang kukuh dan keyakinan yang tidak tercampur sama sekali dengan kekufuran. Amin.

 

 

  


ABU HURAIRAH
Tatkala beliau sakit untuk meninggal dunia, dia menangis. Dia berkata ’Aku menangis bukanlah kerana sedih untuk berpisah dengan dunia ini. Aku menangis kerana perjalananku masih jauh sedangkan bekalanku hanya sedikit. Aku sedang berada di hujung jalan yang akan membawaku ke syurga atau neraka.
                  

HADIS 3
RUKUN ISLAM YANG LIMA
 Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah bin Umar B Al Khatab  r.a, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : ’Islam dibina di atas 5 perkara : penyaksian bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu Rasulullah, mendirikan sembahyang, menunaikan Zakat, mengerjakan haji ke Baitullah dan puasa di bulan Ramadhan’. 

HURAIAN DAN INTISARI AYAT
KALIMAH SYAHADAH—tentang keesaan Allah dan kekuasaanNya serta membenarkan kenabian Muhammad saw merupakan hal yang paling asas berbanding rukun-rukun yang lain.
    
DIRIKAN SOLAT-umat Islam dituntut agar mendirikan solat dengan sempurna dengan syarat dan rukunnya, adab-adabnya dan sunnah-sunnahnya agar dapat merasakan kemanisan buahnya dalam diri seorang muslim. Dengan itu seseorang itu dapat meninggalkan perbuatan keji dan mungkar kerana solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar.

KELUARKAN ZAKAT– wajib mengeluarkan zakat daripada harta orang kaya yang telah cukup nisab (kuantiti) dan haul (tempohnya) lalu memberikannya kepada Asnaf.
 
TUNAIKAN HAJI– wajib menunaikan haji di Mekah apabila mampu.

PUASA– wajib berpuasa pada bulan Ramadhan . Sesiapa yang mengingkari salah satu daripada rukun Islam tersebut maka dia bukan seorang Muslim menurut Ijmak Ulama.

IMAN DAN AMAL
Disamping rukun Islam yang lima banyak lagi perkara lain yang penting dalam Islam seperti Sabda Nabi saw bermaksud ‘Iman itu terdapat 70 lebih cabang’
Islam adalah akidah dan amal perbuatan. Tidak bermanfaat amal tanpa iman. Demikian juga tidak bermanfaat iman tanpa amal.
Sumber : Hadis 40 Imam Nawawi



Hidup bersendirian itu ibarat lidi, mudah dipatahkan. Hidup berjemaah ibarat sekawanan kambing. Walaupun lemah dan diancam serigala, mereka tetap kuat. Benarlah, Berjemaah itu rahmat, berpecah pula azab.




DIALOG DENGAN SENIMAN
‘Jika halaman rumah kita dibiarkan begitu sahaja, akan tumbuhkah keledek atau lalang?’
‘Pastinya lalang. Kenapa?!’
‘itulah perumpamaanya hati manusia’
‘Maksud awak?’
‘mudah jadi jahat berbanding jadi baik’
‘apa kena-mengenanya dengan perbincangan kita ini?’

Itulah antara dialog saya dengan seorang seniman sewaktu kami sama-sama hadir dalam satu muzakarah tertutup baru-baru ini. Muzakarah itu bertujuan mencari jalan terbaik bagaimana menangani masalah remaja masa kini melalui pendidikn dan media massa.

‘begini, filem-filem kita sepatutnya memberi input yang lebih bagaimana nak jadi baik berbanding bagaimana nak jadi jahat’
‘sekarang tidak?’
‘saya lihat adegan seorang jadi jahat lebih ditonjolkan bagaimana nak jadi baik’.
‘kita perlu nilai komersial. Kalau khutbah orang tak tengok!’
‘yang baik, khutbah? Yang jahat ada nilai komersial?’
‘betullah kata saya. Kalau nak berkhutbah bukan dalam filem,’
 ‘penggiat filem perlu kreatif menyampaikn mesej yang baik melalui pendekatan yang menarik. Saya setuju dengan awak, jangan berkhutbah dalam filem. Masalahnya’
‘masalahnya apa?!’
‘yang masalahnya penggiat filem hanya kreatif dalam memaparkan bagaimana orang jadi jahat. Apabila nak paparkn bagaimana orang jadi baik, mereka mula berkhutbah!. Kekadang esacar tidak sedar filem mengajar bagaimana orang jadi jahat, bukan sebaliknya!’
‘kenapa?itu bukan maksud kami!’
‘adegan yang negatif dipaparkn begitu terperinci. Reverse psychology berlaku tanpa disedari. Nikmat jadi jahat kelihatan lebih menggoda berbanding tarikan menjadi baik’
‘sekali lagi saya tekankan, penonton sukakan pergolakan. Mereka nak lihat pergolakn. Kalau cerita tenang saje mana laku?’
‘kalau begitu usah bercakap tentang akhlak dan moral. Beri sahaja apa yang masyarakat mahu. Penggiat filem jadi peniaga bukan pendidik. Tidak payah bermuzakarah sampai begini’
‘kita banyak juga jalankan tanggungjawab sosial,’
 ‘selepas meraih keuntungan komersial?’

Itulah manusia. Tekadnya tidak bulat untuk Allah. Hakikatnya dunia pasaran adalah ‘tuhan’ baru sembahan manusia yang sudah ketandusan nilai Islam dalam dirinya.
Sumber : Beduk di Ketuk



 SEMUANYA OKEY!!!!
Semuanya okey bagi orang yang beriman. Apabila dia diuji dengan musibah, bala, bencana, kesusahan dan kepayahan, dia redha , bersabar dan berusaha untuk menanganinya, malah apabila ditimpa kesenangan hidup dengan kemewahan dia bersyukur dan memberi hartanya kepada orang-orang yang memerlukan. Hidup baginya tempat mengumpul Pahala sebagai bekalan menuju Akhirat.











No comments:

Post a Comment