Google Ads

Saturday 10 October 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 90

MENARIK DI DALAM
·        Malu oh Malu
·        Kebaikan Kepada Semua Perkara
·        Ruginya
·        HOT
·        Misteri Tanah Suci
·        Si Mandul
·        Hidup kita



Assalamualaikum
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Tuhan semesta Alam dan Yang Menguasai hari pembalasan. Pengetahuan tentang Kelahiran dan Kematian seseorang berada dalam gengamanNya

sahabatku,
          Saya ada terbaca hadis ini: Nabi saw bersabda : ‘sifat malu itu tidak datang kecuali dengan kebaikan’. maka Busyair bin Ka’d berkata ‘telah tertulis dalam hikmah sesungguhnya sifat malu itu terdapat ketenangan dan ketenteraman’ (Hadis riwayat Bukhari) . 

Sahabatku
          Malu yang dirujuk di sini ialah sifat malu untuk melakukan maksiat. Sama-sama  audit diri kita. di manakah sifat malu dalam diri kita? adakah kita malu untuk menonton filem-filem hollywood yang menampilkan adegan-adegan panas atau yang kita malu cuma ke tempat kerja dengan memakai pakaian 10 tahun lalu yang masih elok atau kita malu untuk membaca al Quran takut-takut bacaan dan tajwid kita salah? Adakah kita juga malu untuk memperdengarkan berita atau gosip artis yang baru bercerai? atau kita malu untuk membeli buku-buku yang berunsur agama untuk diletakkan di atas rak buku sebagai bacaan?

Sahabatku
Letaklah perasaan malu pada tempat yang sepatutnya. Sama-sama kita  audit diri sendiri.
Editor, Norazila Khalid  



SAHABATKU…
Suatu saat Allah menyempitkan, supaya kita tidak hanyut dalam kesenangan dan menjadi sombong
Suatu masa Allah melapangkan supaya kita bersyukur kepadaNya
Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik untukmu.
Boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu
Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui

HADIS 17
KEBAIKAN PADA SEMUA PERKARA
 Daripada Abi Ya’la Syaddad bin Aus r.a, bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : ‘sesungguhnya Allah telah menetapkan ihsan (kebaikan) atas semua perkara. Kerana itu, engkau membunuh (dalam peperangan) bunuhlah dengan baik, jika kamu menyembelih, sembelihlah dengan baik. Dan hendaklah seseorang daripada kamu menajamkan pisaunya dan menyenangkan (tidak menyeksa) haiwan sembelihannya’.
Sumber : Syarah Hadis 40 Imam Nawawi



RUGINYA
 Ruginya org yang handsome tak solat, NABI YUSUF yang handsome pun solat
 Ruginya orang yang cantik tak solat, SAIDITINA AISYAH yang cantik pun solat
 Ruginya orang yang kaya tak solat, NABI SULAIMAN yang kaya raya pun solat
 Ruginya orang yang sakit tak solat, NABI AYUB yang sakit pun solat
 Ruginya orang yang miskin tak solat, NABI MUHAMMAD yang miskin pun solat
 Ruginya kanak—kanak tak solat..HASAN DAN HUSIN ketika kana-kanak pun solat...
 BERSOLATLAH. TIADA ALASAN LAGI

                   

HOT
¤ HOT di dunia disebabkan HARTA DAN DUIT yang banyak
¤ HOT di facebook disebabkan LIKE yang banyak
¤ HOT di myspace disebabkan FRIEND yang banyak
¤ HOT di Twitter dan blog  disebabkan FOLLOW yang banyak
¤ HOT di neraka disebabkan DOSA yang banyak

Jadi perbanyakkanlah pahala dan amalan buat bekalan di akhirat. Biar kita menjadi mukmin yang HOT di syurga. Jangan jadi penghuni yang HOT di neraka. Nauzubillah.


  

MISTERI TANAH SUCI
Di kedai-kedai buku sekarang masih terjual majalah atau buku yang memuatkan pelbagai kisah misteri yang berlaku di tanah suci.Kisah Penzina yang tidak nampak Kaabah. Kisah orang ego yang tersesat dalam masjid nabawi. Insiden orang celupar yang kehilangan suara. Cerita orang yang makan rasuah terasa panas membahang dan minta pulang. Macam-macam lagi.

‘aku takut hendak ke Makkah’.

kata kenalan saya seorang usahawan yang berjaya suatu ketika dahulu.
‘kenapa? Bukankah setiap org bercita-cita untuk ke sana?’.
‘kau tahulah aku dulu, hidup bergelumang dengan maksiat’.
‘pergilah ke sana. Baiki diri sekarang dan bila di sana nanti, perhebatkan langkah taubat. InsyaAllah, Allah akan mengampunkan dosa-dosa kita’
‘aku takut, aku takut tak nampak Kaabah nanti!’
‘MasyaAllah, inilah akibat terlampau banyak baca kisah misteri. Kau mesti delete semua anggapan itu. Baca Al Quran dan hadis-hadis yang mendorong kita ke Mekah dan Madinah’.

Itu satu cerita. Seorang kenalan saya membawa satu lagi cerita. Tetapi cerita ini berlawanan dengan yang tadi.
‘aku kenal seorang ahli perniagaan yang kaki rasuah. Dia projek ikut jalan tak betul. Macam-macam hal negatif dia buat. Baru-baru ini dia pergi mengerjakan haji setelah bertahun-tahun berhujah yang dia belum sampai seru ’
‘Alhamdulillah dia sampai seru akhirnya’.
‘tapi malang...’
‘Apa yg berlaku? Dia tak nampak Kaabah?.
‘dia nampak, segala-galanya macam biasa sahaja. Balik dari Makkah dia semakin confident dengan perbuatan negatifnya. Sikap buruknya malah semakin menjadi-jadi’.’
‘kenapa dia jadi begitu?’.
‘dia kata kau tengok aku. Aku nampak Kaabah, tak terasa panas, tak pernah sesat macam orang yang aku baca dalam kisah-kisah misteri dan aneh tu. Itu menunjukkan aku okeylah. Tuhan pun merestui aku. Kalau aku jahat dah tentu aku ditimpa macam-macam insiden malang seperti yang diceritakan dalam kisah-kisah misteri tu. Ini tidak, aku okey. Okey saja’.

Saya menggelengkan kepala. Inilah gugusan kisah misteri yang sepatutnya dikupas dan diperjelaskan berdasarkan wahyu dan sunnah. Betapa roh ibadah dan tujuan sesuatu amalan sudah terlalu kabur akibat diselubungi pelbagai kepercayaan, kecenderungan dan amalan yang jauh tersasar. Maka terciptalah ‘topeng-topeng’ agama yang menyembunyikan wajah kejahatan dan kemungkaran yang semakin sukar dikesan dan dikenali. Manusia ghairah mencari yang luar biasa sehingga terlupa bahawa yang luar biasa itu sebenarnya adalah sikap ikhlas, istiqamah, sabar dan iltizam dalam beragama.
Ramai yang lupa bahawa roh daripada mengerjakan ibadah haji dan umrah di Tanah suci adalah bangunnya jiwa perjuangan untuk menyucikan tanah yang kita pijak sekembalinya kita daripada sana.
Sumber : Beduk di ketuk



SIAPAKAH ORANG YG MANDUL?...
Rasullah bersabda ‘siapakah orang yang mandul?’ para sahabat menjawab ‘orang yang tak punya anak’. Rasulullah berkata ‘ orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak memberikan kemanfaatan kepadanya sesudah dia meninggal dunia’.
KESILAPAN IBUBAPA
1. KURANG BERDOA
2. BANYAK MEMBERI YANG MENAKUTKAN DARIPADA DIDIKAN DAN MOTIVASI.
3. TIDAK TEGAS DALAM MENDIDIK ANAK-ANAK.
4. MENEGUR ANAK SECARA NEGATIF.
5. MEMBERI DIDIKAN YANG TIDAK SEIMBANG ANTARA JASMANI , ROHANI DAN MINDA.
6. KURANG MEMBERI SENTUHAN KEPADA ANAK-ANAK.
7. PENAMPILAN DIRI YANG KURANG KEMAS ATAU ANGGUN.
8. SUSUNAN RUMAHTANGGA YG TDK KEMAS.
9. KURANG MENGHIDUPKAN SUNNAH DI RUMAH.
10. TIDAK MENGGANTUNG ROTAN DI TEMPAT YANG MUDAH DILIHAT OLEH ANAK-ANAK.
11. TIDAK MENDEDAHAN ANAK-ANAK DENGAN MODEL YANG CEMERLANG SEPERTI PARA ULAMA ATAU ORANG-ORANG YANG BERAKHLAK MULIA.
12. BERTENGKAR DI DEPAN ANAK-ANAK.
13. MEMBENARKAN ORANG YANG TIDAK  ELOK  SAHSIAHNYA MASUK KE DALAM RUMAH KITA.
14. KURANG MENGAWASI RANCANGAN YANG DITONTON OLEH ANAK-ANAK.
15. TERLALU BERGANTUNG KEPADA PEMBANTU RUMAH DALAM MENDIDIK ANAK-ANAK.
Sumber : DarulHaris




HIDUP KITA
 Senangnya hidup kita dengan—ISTIGHFAR
 Mudahnya hidup kita dengan—RUKUN IMAN DAN ISLAM
 Gembiranya hiduup kita dengan—MENCINTAI ALLAH
 Tenangnya hidup kita dengan—BRZIKIR
 Hebatnya hidup kita dengan—IMAN DAN TAQWA

Beruntunglah kita menjadi orang Islam

Sumber : Tanyalah Ustaz



           






No comments:

Post a Comment