Google Ads

Sunday 25 October 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 120

MENARIK DI DALAM
·        Mencari Cinta
·        Kecil
·        Ingin
·        3 Soalan

Assalamualaikum
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,Yang Maha Mengetahui apa yang ada dalam Dada manusia, samaada sembunyi atau tidak. Tuhan yang mengetahui apa yang telah, sedang dan akan berlaku kepada diri kita.

Sahabatku
semua orang boleh disesatkan oleh syaitan. tetapi tidak bagi manusia yang hatinya ikhlas. ikhlas adalah tanda bahawa Allah sayang.  Allah memberi kita harta tidak semestinya itu tanda Allah sayang kita. kerana dengan Harta yang Allah bagi pada Nabi Sulaiman yang Allah cinta dan Allah juga bagi harta yang banyak kepada Qarun yang Allah benci.

Sahabatku.
adakah anda ingin jadi insan yang Allah sayang? soalan bodoh kan? tentulah jawapannya nak. senang sahaja. buat apa yang Allah suruh dan tinggal apa yang Allah larang. Ah! bercakap memang sangat mudah tetapi untuk melaksanakannya sangat liat dan payah sekali kan? tepuk dada tanya iman.

Sahabatku
Jadilah ciri-ciri orang yang disayangi Allah walaupun keikhlasan itu sukar untuk dinilai dan sukar untuk dimengerti. Sama-sama kita mencari cinta Allah kerana apabila kita menyintai Allah maka mudahlah kita dicintai Allah. jom berusaha mencari CINTA Allah

Editor

Tuhan. ..jnjiMu amat benar Tuhan...Kau mnyebbkn org yg bdosa itu d hmbat dgn perasaan yg bsalah...wlpun nmpk biasa n bersahaja...tp org yg bdosa itu tdk akn tenang jiwanya. ... jiwanya terasa sgt susah hati setiap kali terkenang dosa yg telah d lakukan sblm ini. .jom kita kembali kpd Allah. . Sementara masih ada kesemptn masa n ruang serta peluang yg d berikn Tuhan. .


KECIL
Yang dilihat kecil pada mata manusia, mungkin sangat besar pada pandangan Allah. Jika manusia lain menilainya sebagai amalan kecil, mungkin itu penyebab seseorang meraih syurga. Ingat kizah pelacur yang memberi minum pada anjing? Disebabkan kebaikan itu, dia dimasukkan ke dalam syurga. Orang suka melihat perkara-perkara besar sehingga melupakan amalan yang kecil. Dilihat amalan yang besar lebih memberi manfaat sedangkan  hakikatnya mungkin amalan yang kecil itulah yang menjaga dirinya daripada mudarat. Amalan kecil yang dilakukan berterusan lebih Allah suka berbanding  amalan yang dilihat ‘gah’ dan banyak tetapi hanya sehari dilakukan. ‘Allah suka amalan yang berterusan walaupun kecil’. (Riwayat al Bukhari) kata pepatah melayu ‘sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit’. Jadi, kecikanlah skala mazmumah dalam diri, akan besarlah peribadi baik sebagai cermin peribadi.  



INGIN
·        Andai ingin MENANGIS ,menangislah dengan TANGISAN kepada dosa dosa yang telah dilakukan
·         Andai ingin MARAH,marahlah dengan KEMARAHAN kepada mereka yang mempersendakan agama Tuhan..
·        Andai ingin SABAR,sabarlah dengan KESABARAN kepada segala takdir yang telah ditentukan.
·        Andai ingin DIAM,diamlah dengan DIAM kepada perkara yang boleh mensia-siakan dan membinasakan.)


3 SOALAN
          Ada seorang pemuda yang lama berada di luar negeri, dia telah kembali ke tanah air, sampai di rumahnya dia meminta ayahnya mencari seorang ustaz untuk menjawab 3 soalan.  Akhirnya seorang Ustaz menemui pemuda itu.
Pemuda : Anda siapa? Dan dapatkah awak menjawab soalan saya?
Ustaz : Saya hanya hamba Allah dan hanya dengan izinNya saya akan menjawab soalan awak.
Pemuda : Anda yakin? Sedangkan professor, ramai orang pintar tidak mampu menjawab soalan ini..
Ustaz : Sy akan cuba sejauh kemampuan sy.
Pemuda : Saya ada 3 pertanyaan
          1. Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukkan wujud Tuhan kepada saya?
          2. Apakah yang dinamakan takdir?
          3. kalau Syaitan diciptakan daripada api, kenapa dimasukkan ke dalam neraka yang dibuat dari api , tentu tidak menyakitkan buat syaitan sebab mereka memiliki unsur yang sama? Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

Tiba-tiba Ustaz itu menampar pipi pemuda itu dengan keras.
Pemuda : Kenapa? Anda marah dengan saya?
Ustaz : saya tidak marah! Tamparan itu adalah jawapan saya kepada 3 soalan itu.
Pemuda : Saya sungguh-sungguh tidak mengerti!!
Ustaz : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Tentu saja saya rasa sakit.
Ustaz : Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?
Pemuda : Ya percaya
Ustaz : Tunjukkan pada saya wujudnya sakit itu.
Pemuda : saya tidak boleh tunjukkan.
Ustaz : Itulah jawapan saya yang pertama, kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya. Apakah malam tadi anda bermimpi ditampar oleh saya?
Pemuda : Tidak.
Ustaz : Itulah yang dinamakan Takdir. Tangan saya yang menampar awk ini diperbuat daripada apa?
Pemuda : Kulit
Ustaz : Dan pipi awak daripada apa?
Pemuda : Kulit.
Ustaz : Bagaimana rasanya tamparan saya itu?
Pemuda : sakit.
Ustaz : walaupun syaitan itu diperbuat daripada api  dan neraka juga daripada api, jika Tuhan berkehendak, maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan buat syaitan.

JADI, MASIHKAH ANDA MERAGUKAN KEHADIRAN ‘TUHAN’ DALAM HARI-HARI ANDA?







No comments:

Post a Comment