Google Ads

Wednesday 28 October 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 126

MENARIK DI DALAM
·        Mudahnya Masuk Syurga
·        Amal Rosak Kerana Riyak
·        Kerenah Birokrasi
·        Kehendak AAllah Pasti Akan Berlaku
·        Bengkok
·        Erti Syurga dan Neraka
·        Hadis Paling Mutawir


MUDAHNYA MASUK SYURGA

 4 IN 1

‘wahai manusia sekalian, sebarkanlah salam, jamulah makan, hubungkanlah silaturahim dan solatlah pada waktu manusia nyenyak tidur, kamu akan masuk salam dengan salam’.

(Riwayat Ibn Majah)

 

  Mengalihkn sesuatu yang merintangi laluan

‘ada seorang yang mendapati sebatang dahan merintangi laluan. Dia berkata ‘demi Allah aku akan mengalihkannya supaya tidak menyusahkan kaum muslimin. Maka dia dimasukkan ke syurga’.

(riwayat Muslim)

 

 Solat Subuh dan solat Asar

‘sesiapa yang solat bardain (2 waktu sejuk iaitu Asar dan subuh) akan masuk syurga.

(Riwayat al Bukhari dan Muslim)

 

 Menggembirakan suami

Mana-mana perempuan yang meninggal dunia sedangkan suaminya suka kepadanya,maka dia akan masuk syurga’.

(riwayat al tirmizi)

 

 Beri minum anjing yang kehausan

‘seseorang lelaki yang terserempak dengan seekor anjing yang menjilat-jilat debu dek kehausan. Lantas dia menangguk air dengan kasutnya untuk memberi minum kepada anjing itu sehingga puas. Allah berterima kasih kepadanya dan memasukkannya ke dalam syurga’.

(Riwayat al Bukhari)

 

 Berbakti kepada kedua ibubapa

Rasulullah bersabda ‘terserek hidungnya!terserek hidungnya! (Bermaksud celaka)’

‘siapa orangnya wahai Rasulullah’.

‘sesiapa yang sempat bersama dengan kedua-dua ibubapanya atau salah seorang sewaktu mereka telah tua tetapi dia masih tidak dapat masuk ke syurga’.

(riwayat Muslim)

Sumber : katadua (Muhammad Luqman Makhtar)




ASMA UL HUSNA
3. AL MALIK (Maha Menguasai)
Dibaca 121 kali selepas fajar , dengan Izin Allah akan dikayakan dengan bersebab atau dengan pintu yang dibukakan oleh Allah SWT untuk membacanya.

4. AL QUDDUS (Maha Suci)
Dibaca 100 kali selepas tergelincir matahari , dengan Izin Allah hari-harinya akan bersih daripada kesombongan, irihati dan hasad dengki.

5. AS SALAM
(Maha Menyelamatkan )
Dibaca 160 kali setiap hari , dengan Izin Allah akan penyakit yang dideritai akan sembuh selagi belum sampai ajal .

6. AL MUKMMIN
(Maha Melimpahkan keamanan)
Dibaca 136 kali setiap hari, dengan Izin Allah akan aman diri dan hartanya dari kejahatan.

7. AL MUHAIMININ
(Maha Memelihara)
Zikirlah sebanyak-banyaknya , dengan Izin Allah akan sentiasa diawasi Allah SWT dan dibersihkan zahir dan batinnya juga bercahaya hatinya.

8. AL AZIZ (Maha Perkasa)
Dibaca 40 kali selepas solat subuh selama 40 hari , dengan Izin Allah akan kurniakan kekayaan dan kemuliaan oleh Allah SWT.

9. AL JABBAR (Maha Memaksa)
Dibaca 226 kali setiap pagi dan petang , dengan Izin Allah tidak akan berdaya orang-orang yang memusuhi untuk menganiayakannya.

10. AL MUTAKABBIR
(Maha Megah)
Dibaca 66 kali setia hari , dengan Izin Allah akan terlindung dari musuh dan tunduk orang yang takabbur.  
Sumber : Buku Kisah Inspirasi Asma ul Husna  

ASMA UL HUSNA
3. AL MALIK (Maha Menguasai)
Dibaca 121 kali selepas fajar , dgn Izin Allah akan dikayakan dgn bersebab / dengan pintu yg dibukakan oleh Allah SWT utk membacanya. .

4. AL QUDDUS (Maha Suci)
Dibaca 100 kali selepas tergelincir matahari , dgn Izin Allah hari2nya akn bersih drpd kesombongan, irihati dan hasad dengki.

5. AS SALAM
(Maha Menyelamatkan )
Dibaca 160 kali setiap hari , dgn Izin Allah akan penyakit yg dideritai akn sembuh selagi belum sampai ajal .

6. AL MUKMMIN
(Maha Melimpahkan keamanan)
Dibaca 136 kali setiap hari, dgn Izin Allah akan aman diri dan hartanya dr kejahatan.

7. AL MUHAIMININ
(Maha Memelihara)
Zikirlah sebanyak2nya , dgn Izin Allah akan sentiasa diawasi Allah SWT dan dibersihkan zahir dan batinnya juga bercahaya hatinya.

8. AL AZIZ (Maha Perkasa)
Dibaca 40 kali selepas solat subuhselama 40 hari , dgn Izin Allah akan kurniakan kekayaan dan kemuliaan oleh Allah SWT.

9. AL JABBAR (Maha Memaksa)
Dibaca 226 kali setiap pg n ptg , dgn Izin Allah tdk akn berdaya org2 yg memusuhi utk menganiayakannya.

10. AL MUTAKABBIR
(Maha Megah)
Dibaca 66 kali setia hari , dgn Izin Allah akan terlindung dr musuh dan tunduk org yg takabbur.  
Buku Kisah Inspirasi Asma ul Husna  




KERENAH BIROKRASI
Kaedah pengurusan yang bertindih dan terlalu rumit akan menyebabkan tujuan asalnya tidak tercapai. Ramai yang merasakan ‘bekerja’ padahal dia hanya menyulitkan keadaan. Kerenah birokrasi yang terlalu banyak sering menyebabkan kerja yang mudah, segera dan penting menjadi terbengkalai.


KEHENDAK ALLAH PASTI AKAN BERLAKU
Peringkat dalam Qadar (Ketentuan)Allah
 Allah Taala mengetahui sebelum ia berlaku
            Firman Allah : ‘Tidak akan lenyap daripada pengetahuan Tuhanmu sesuatu pun, biarpun sebesar zarah di bumi atau di langit. Tidak ada yang lebih kecil dan tidak ada yang lebih besar melainkan sudah tertulis di dalam kitab yang nyata’ Surah Yunus 10:61

 Segala Yang Berlaku ikut Kehendak Allah
Firman Allah : ‘Dan Jika Allah berkehendak, maka golongan yang datang selepas mereka tidak akan berperang selepas datang kepada mereka keterangan (yang di bawa oleh Rasul mereka). Tetapi mereka telah bertelingkah, maka wujudlah diantara mereka, ada yang beriman dan ada yang kufur. Dan sekiranya Tuhanmu berkehendak, maka mereka tidak akan berperang, tetapi Allah melakukan apa yang dikehendakiNya. ’ Surah al-Baqarah 2:253

 Allah Taala menjadikan setiap sesuatu
Firman Allah : ‘Katakanlah, Allah Pencipta setiap sesuatu’ Surah al-Ra’d 13:16

 Ketetapan sudah tercatat di Lohmahfuz
Firman Allah : ‘Tidak ada yang menimpa daripada musibah di bumi dan tidak juga pada diri kamu melainkan telah tertulis dalam kitab (pengetahuan) Allah Sebelum Allah menciptakannya ’
Surah al– Hadid 57:2)                    
Sumber : Solusi isu 42




           


BENGKOK
        Jalan berliku-liku sering kita elak. Jika ada pilihan, kita lebih senang memilih jalan yang lurus. Sedang hakikatnya, ramai manusia yang berada di laluan ini. Jalan bengkok yang membawa kepada kesesatan . Golongan ini tidak berada di jalan kebenaran. Perkara yang dilakukan sering sahaja menjurus kepada keburukan. Hanya diri yang tidak menyedari. Mereka tidak tenang kerana hidayah Allah tidak sampai. Hidayah untuk berada di jalan lurus, yang hanya Allah dapat berikan. Bengkok juga boleh diertikan dengan tidak jujur. Lidah yang bengkok (tidak bercakap benar) akan mendorong diri melakukn kejahatan yang lebih banyak. Bermula dengan kata-kata dusta, boleh berakhir dengan pengkhianatan. Cakap orang begini tidak boleh kita percaya melulu, perlu siasat terlebiih dahulu. Tujuan Allah ciptakan manusia untuk berada di jalan kebenaran, bukannya di jalan bengkok atau kesesatan. Sentiasalah kita memohon supaya diberi kekuatan hati untuk berada di jalan lurus, terhindar dari jalan bengkok yang menjauhkan kita daripadaNya.



ERTI SYURGA DAN NERAKA
             Alkisah ada seorang pendekar yang sangat suka bertarung. Semua yang menentangnya dengan mudah dikalahkannya. Namun hatinya tetap tidak tenang. Dia ingin mencari pengertian yang lebih mendalam tentang erti kejayaan dan kekuatan. ’untuk itu, engkau mesti memahami dulu erti Syurga dan Neraka’. Saran seorang sahabat karibnya. ’Di mana?’. ’Daripada seorang guru sufi di hujung negeri’. Cadang sahabatnya lagi. 
            Si pendekar menuju tempat guru sufi yang dimaksudkan. Dia sedang mengajar anak-anak muridnya. Spontan pendekar itu terus bertanya tentang Syurga dan Neraka. Dengan nada tenang guru sufi itu menjawab ’aku tidak akan melayan pertanyaan daripada orang yang sombong dan bodoh’. Berasa dirinya dihina , si pendekar mencabut kerisnya untuk bertarung dengan guru sufi itu.
            ‘kau akan rasa penangan kerisku ini!’ teriak si pendekar sambil memencak langkah silatnya. ’Nah, itulah Neraka. Kemarahanmu itulah Neraka’. Jawab sufi itu dengan tenang , tanpa berganjak sedikit pun dari tempat duduknya. Si pendekar tersentak dengan kebenaran dan ketenangan yang ditunjukkan oleh si guru. Kerisnya disarungkan kembali, lalu dia duduk bersimpuh tanda hormat dan kagum dengan kewibawaan guru sufi itu.
            ‘dan sekarang, inilah Syurga. Apabila kau kembali menguasai kemarahanmu, itulah Syurga!’ Si pendekar terus tunduk dan akur. Kini dia telah menemui erti ’Neraka’ dan ’Syurga’ dalam dirinya sendiri.  
Pengajaran
Kemarahan yang tidak terkawal umpama api yang akan membakar ketenangan diri. Manakala kemaafan ialah ‘syurga’ yang memberi keharmonian dan penguasaan untuk menghadapi kerenah kehidupan
Sumber : Angguk Geleng






HADIS PALING MUTAWATIR 
 ‘sesiapa yang sengaja berdusta atas namaku maka siap sedialah tempatnya di neraka’
(Riwayat al Bukhari dan Muslim)

Inilah satu-satunya hadis yang diriwayatkan oleh lebih  daripada 70 orang sahabat, sekali gus menjadikan ia hadis paling mutawatir. Walhal kebanyakan hadis diriwayatkan oleh beberapa orang sahabat sahaja. Contohnya hadis yang popular ‘setiap amalan bergantung kepada niat’. Hanya diriwayatkan oleh seorang sahaja iaitu Sayidina Umar. Hal ini mengisyaratkan bahawa sahabat Nabi tidak ambil mudah dalam soal meriwayatkan hadis.






No comments:

Post a Comment