Google Ads

Friday 23 October 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 115

MENARIK DI DALAM
·        Mudahkah ingat Allah ketika senang?
·        Biasa Sangat Istighfar?
·        Rumah Yang Mahal
·        Usah Dustakan Rasul
·        Keras


Assalamualaikum
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,Tuhan Yang Esa yang satu-satunya layak disembah. Tiada yang lain. Allahlah yang mengatur segalanya tentang kehidupan kita. samaada kita suka atau tidak. kerana Allah Maha Mengetahui apakah yang sesuai dengan diri kita.

Sahabatku..
Mengingati Allah semasa susah lebih mudah daripada mengingati Nya sewaktu senang. jika demikian, yang manakah sebenarnya nikmat? senang atau susah, itulah satu kata-kata yang saya pernah baca di laman mukabuku.

Sahabatku.
benar sekali pernyataan tersebut. cuba renung tengok ke dalam diri kita ini. jika kita senang. solat dilambatkan. mengaji bila free jer. jika tak free maka tunggu bulan puasa sahaja la baru buka Quran. tetapi bila kita sakit, di mulut sentiasa berzikir. solat di awal waktu dengan penuh khusyuk dan tawaduk. sentiasa di dalam hati mengingati Allah dan berdoa semoga Allah menyembuhkan penyakit kita itu.

Sahabatku.
apabila kita yang sakit kembali sihat, kita seolah-olah sangat sibuk dengan kehidupan kita, kerja yang bertimbun dan banyak menyebabkan kita melambatkan solat, ah! siapkan kerja dulu la, bisik hati kecil kita itu, kan? astagfirullah ala’zim.. teruk sangat kita ni. di waktu sihat kita lupa nak diet. semua benda dibedal. Bila sakit, sangat patuh berpantang dan hanya makan makanan yang berkhasiat sahaja.  Mengaji pula macam tak sempat bila dah sihat, kerana sibuk nak buat itu dan ini. Sibukla sangat!

Sahabatku..
maka benarlah kata-kata di atas, kita sebenarnya diuji semasa kita senang. semasa kita sihat. semasa itulah hati kita lalai dan cuai lantas Allah kita lupakan. Astagfirullah.  jom semak semula diri kita. di manakah  tahap ketakwaan kita kepada Allah swt.
Editor A

BIASA SANGATKAH ISTIGHFAR?
Allah membanggakan zatNya sebagai Maha Pengampun.
‘Khabarkan kepada sekalian hambaKu bahawa Akulah yang maha Pengampun lagi Maha Pengasih’ (surah al Hijr 15: 49)

Keampunan barangan tawaran Allah.
‘sekiranya kamu terbunuh di jalan Allah atau meninggal dunia, pasti keampunan Allah dan rahmat lebih baik daripada segala yang mereka himpunkan’. (surah ali Imran 3:157)

Allah suka orang beristighfar kepadaNya
‘demi yang jiwaku ada di tanganNya, kalaulah kamu tidak pernah melakukan dosa, pasti Allah akan lenyapkan kamu jua lalu digantikan dengan golongan yang melakukan  dosa. Mereka pun memohon keampunan daripada Allah lantas Allah mengampunkan mereka’.  (Riwayat muslim)

Allah sentiasa menolong orang yang suka istighfar
‘sesiapa yang melazimi istighfar, Allah akan sediakan untuknya pada setiap kali kesempitan jalan keluarnya, setiap kebimbangan kelegaannya dan merezekikan nya dari arah yang tidak disangka-sangka’
 (riwayat Abu Daud )

Rasulullah istighfar 70 kali sehari
‘Sesungguhnya aku sendiri beristighfar dan bertaubat kepada Allah lebih dari 70 kali’ (riwayat al Bukhari)

Rasulullah menyuruh istighfar buat si mati
Menjadi sunnah Rasulullah memohon istighfar buat sesiapa yang meninggal dunia. Apabila selesai pengebumian, baginda akan berdiri dekat kubur lalu berkata ‘Mohonlah keampunan buat saudara kamu. Mohonlah untuknya keteguhan kerana sesungguhnya dia sedang disoal sekarang’                     (riwayat Abu Dawud)

Rasulullah suruh memohon kemaafan semasa lailatulqadar.
Sayidatina Aisyah pernah meminta nasihat Rasulullah tentang doa paling penting untuk dipanjatkan pada malam lailatulqadar. Nabi mengajarnya doa ini’ Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf, Sukakan kemaafan, maafkanlah daku’. (Riwayat al Tirmizi) 


RUMAH YANG MAHAL
             Dua orang anak beranak sedang dalam perjalanan ke rumah yang baru dibeli oleh si ayah. Sepanjang prjalanan, anaknya tidak habis-habis mempersoalkan mengapa rumah yang dibeli itu mahal berbanding harga biasa.
‘Kamu akan tahu apabila sampai ke sana nanti’ .Jelas ayahnya
‘inilah rumah baru kita’. Kata si ayah sambil menunjuk sebuah rumah yang sederhana . Rumah itu terletak di sebuah petempatan yang agak besar.
            ‘eh, tiada apa-apa kelebihan pun. Rumah ini biasa sahaja ayah’. Kata si anak. ’nanti kamu akan tahu kelebihan rumah ini’. ‘oh mungkin kerana itu ya’. Kata si anak sambil menunjuk ke luar tingkap. Sebuah masjid tersergam indah tidak berapa jauh dari rumah mereka. ’Itu mungkin salah satu sebabnya’. ’mungkin?’ kata si anak tidak puas hati.
            Tidak lama kemudian, kedengaran salam dan muncul di muka pintu beberapa orang lelaki. ’kami jiran awak. Selamat datang ke kampung kami. Ada apa-apa yang boleh kami bantu?’ kata salah seorang daripada mereka. Berkata yang lain ’jika tidak keberatan, jemput makan tengahari di rumah saya. Tentu awak belum bawa peralatan memasak kan?’ ’petang nanti jemput ke rumah saya pula. Boleh kita berbual-bual tentang aktiviti-aktiviti di tempat ini’. Ujar lelaki ketiga. kesemuanya begitu ramah dan mesra.
            Si ayah berkata kepada anaknya, ’sekarang kamu faham kenapa ayah beli rumah ini, walaupun harganya mahal sedikit kan?’ ’ya, ya. Saya faham ayah. Jiran-jiran kita ini baik-baik belaka’.

Pengajaran
Jiran-jiran di sekeliling kita itulah yang menyumbang kepada keselamatan, ketenangan dan keharmonian hidup kita sekeluarga. Rumah yang baik memang penting, tetapi jiran yang baik jauh lebih penting.
Angguk Geleng




USAH DUSTAKAN RASUL
‘dan (Tuhan berfirman) sekiranya penduduk negeri itu beriman dan bertaqwa, kami akan membuka untuk mereka pintu kurnia yang melimpah-limpah berkatnya dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakn Rasul Kami, lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka dustakan’.


KERAS
Sikap keras lawan yang ditentang dengan kekerasan padah jawapannya. Usah diingat keras hanya memberi makna negatif. Bekerja keras menunjukkan seseorang yang berusaha bersungguh-sungguh.
          keras yang diperlukan seorang muslim bukan sekadar kekuatan fizikal untuk menentang. Sebaliknya, kita perlukan ’keras’ yang memberi  makna ’tegas’. Tegas mempertahan kebenaran dan menentang  kebatilan yang makin bermaharajalela.
          Bersikap keraslah saat Islam diinjak-injak. lantanglah bersuara demi mempertahan akidah yang satu. Teguh berdiri dalam kelompok yang mempertahankan kebenaran. Kesatuan hati umat Islam boleh mengalahkan kekerasan golongan penentang Islam.
          Kekerasan melampau menghilangkan kepercayaan. Namun kekerasan pada tempatnya melumpuhkan kebatilan. Berkeraslah demi kebenaran. Keras dalam nada penuh kelembutan.



No comments:

Post a Comment