Google Ads

Sunday 4 October 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 77

MENARIK DI DALAM
·        Kuda Liar
·        Mengikut Jalan Islam
·        Speak English vs Baca al Quran
·        Berubah
·        Doa, Ya Allah
·        Kehormatan Seorang Muslim
·        Kesunyian


Assalamualaikum
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Yang menguasai segala yang ada di langit dan di bumi. Dialah Tuhan yang sentiasa berada dekat dengan hambaNya.

Sahabatku
nafsu ibarat kuda liar. Bukan untuk dibunuh, tetapi kuda liar perlu dijinakkan, itulah nafsu. diri kita sendiri yang perlu menjinakkannya. Nafsu itu berada dalam diri kita sendiri.

Sahabatku.
belajarlah bagaimana mengurus nafsu, jadi hidup kita akan terpimpin. jangan sesekali mengikuti nafsu, kerana kita juga yang akan terima padahnya. padahnya mungkin kita akan terimanya di dunia dan mgkin juga di Akhirat. berwaspadalah dengan NAFSU kerana ia berada dalam diri kita sendiri.
Editor, Norazila Khalid.


MUKMIN PROFESIONAL
LANGKAH 3: MENGIKUT JALAN ISLAM
Tanpa jalan yang betul, visi dan misi yang tepat sekalipun tidak akan kesampaian. Menempuh jalan yang benar lebih penting daripada kemenangan. Setiap langkah wajib diatur agar sentiasa menurut peraturan Allah. Dimulai dengan Ilmu, disusuli dengan amal, kemudian akan terasalah hakikat sebelum sampai kepada makrifat. Di sana nanti berlakunya perkenalan dengan Allah , yang mana akhirnya akan membuahkan cinta sejati.
SYARIAT ISLAM ialah jalan yang lurus dan tulus menuju Allah. Kebahagiaan bukan hanya di hujung jalan, tetapi di sepanjang jalan.


SPEAK ENGLISH VS BACA AL QURAN
Tak perlulah malu jika tak pandai ‘speak English’ tapi malulah  bila mana anda masih tergagap-gagap dan merangkak-rangkak membaca al-Quran’.

BERUBAH
Berubah itu payah
Bila niat bukan kerana Allah
Bila hati masih gundah
Bila syaitan membisik mudah

Berubah itu payah
Bila diri masih tak tabah
Bila hati mudah berubah
Bila manusia memandang rendah

Berubah itu payah
Bukan semudah berkata madah
Tapi sejauh mana kaki melangkah
Sekuat mana mengekalkan istiqamah

Berubah itu payah
Bila diri dikawal amarah
Nafsu membara dengan mudah
Kelak diri makin parah

Berubah itu payah
Bila manusia tak henti mengalah
Bila teman sudah tak kisah
Bila teman di sisi tiada sudah

Berubah itu payah
Namun segalanya tak susah
Mudah bila kerana Allah
Mudah bila kena pada kaedah

Berubahlah walaupun payah
Walau manusia sudah tak endah
Walau masa silam selalu menerjah
Kerana ajal dijangka susah
Takut bila tak sempat berubah
Kelak akhirat merana tak sudah

Berubahlah
Segalanya pasti indah
Jika ikhlas kerana Allah
Segalanya punya hikmah

Berubahlah
Jika tidak dirimu parah
Kelak menyesal tak sudah
Jangan menyerah jika susah berubah
kepadaNya kita berserah
Di akhirat moga dikurnia Jannah
InsyaAllah.





Ya Allah
          Ya Allah, peliharalah hatiku, sucikanlah ia dari dosa-dosa silam dan penyakit-penyakit hati sepertimana Kau sucikan bumi ini dengan air hujan Mu.Ya Allah, terangi wajah dan hatiku dengan keimanan kepadaMu sepertimana Kau terangi bumi ini dengan cahaya MatahariMu.Ya Allah, pimpinlah tanganku ke jalanMu seperti Kau pimpin kekasih-kekasihmu , wali-waliMu,dan orang-orang yang beriman ke jalanMu.

         

  
JAGALAH ALLAH..
PASTI ALLAH AKAN MENJAGAMU...

 HADIS 8
KEHORMATAN SEORANG MUSLIM
 Drpd Ibn Umar r.a, Rasulullah saw bersabda yg bermaksud : ‘sy diutus utk memerangi manusia sehingga mrk bersaksi bhw tiada Tuhan kecuali Allah dan sesungguhnya Muhammad adalah utusan Allah, mendirikan solat dan mengeluarkan zakat . Apabila mrk mengerjakan hal itu bermakna mrk telah menjaga darah dan hartanya drpdku, kecuali menurut hukum Islam dan perhitungan amal terserah kpd Allah’.

INTISARI HADIS
HUKUM MENINGGALKAN SYAHADAH , SOLAT DAN ZAKAT
 Pemerintah dibolehkan melaksanakan hukuman bunuh bagi sesiapa yang mengingkari solat dan menafikan kewajipannya
 Pemerintah dibolehkan memerangi orang yang enggan membayar zakat
 Tidak dibolehkan melakukan sewenang-wenangnya terhadap harta dan darah kaum muslimin
 Pemerintah dibolehkan melaksanakan hukuman mati bagi setiap muslim yang melakukan perbuatan yang dituntut dijatuhkan hukuman mati seperti berzina bagi orang yang sudah berkahwin.
 Tidak boleh mengkafirkan ora ng yang melakukan bidaah selagi dia menyatakan keesaan Allah dan menjalankan syariat.
 Orang yang tidak berpuasa tidak dibunuh tetapi dipenjarakan serta ditahan makan minumnya.
 Manakala haji pula ialah ibadah yang dapat ditangguhkan.

Syarah Hadis 40 Imam Nawawi



KESUNYIAN

Kepada sesiapa yang kesunyian , Allah sedang berbicara denganmu tentang bahasa kesabaran dan ketabahan hati.. Adakah dengan kesunyian yang diberikan Allah mampu membuatkn dirimu semakin mendekatkn diri dengan Allah atau membuatkn dirimu jauh dengan Allah..




No comments:

Post a Comment