Google Ads

Wednesday 21 October 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 112

MENARIK DI DALAM
·        Ibadat 24 Jam
·        Syarat Mendekatkan Diri Kepada Allah
·        Hidayah
·        Foto Isteri Tersayang
·        Dakwah
·        Walau Sesudah Kematiannya


Assalamualaikum
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Tuhan yang sentiasa memakbulkan setiap doa hambaNya dengan pelbagai cara yang sangat bijaksana.

Sahabatku
saya ingin berkongsi apa yang saya dengar tentang beribadat 24 jam oleh seorang ustaz yang amat saya hormati iaitu ustaz Pahrol. kita sebenarnya menggunakan 70% -90% tenaga kita seharian untuk melakukan tugasan dan kerja dan ia termasuk dalam ibadah umum (fardhu kifayah).  akar tunjang dan batang pokok ialah ibadah asas. Dahan-dahan yang besar ialah ibadah umum. manakala daun itu pula merupakan ibadah-ibadah sunat. terdapat tiga pembahagian ibadah.
àibadah asas (mempelajari, memahami dan meyakini rukun iman yang 6) dan (memperlajari, memahami dan mengamalkan rukun islam yang 5)  ia merupakan akar tunjang bagi pokok. sangat penting kerana ialah yang membentuk pandangan hidup kita ke atas semua perkara.

àibadah sunat (yang mengiringi ibadah asas sebagai tambahan)

àibadah Umum (amal soleh yang dilakukan di mana sahaja.

Sahabatku
kita berjaya merealisasikan apa yang difirman oleh Allah di dalam al Quran iaitu ’tidak aku jadikan jin manusia melainkan untuk beribadah kepadaku. jadi, kita dapat  beribadah 24 jam kerana kita melakukan ke 3 ibadah tersebut.

Sahabatku
ramai diantara kita yang salah faham. mereka hanya fikir ibadat itu hanya solat, puasa, zakat, haji. itu sahaja. kalau nak beribadat 24 jam mesti berada di masjid surau. ini menyebabkan ada yang solat, tetapi rasuah pun buat juga, ada yang solat tetapi kerja curi tulang juga. mereka tidak dapat menghayati konsep ibadah dalam pekerjaan mereka. kenapa saya menyebut kerja? kerana amat banyak masa yang digunakan di tempat kerja berbanding  di atas sejadah. ada juga yang solat tapi pukul isteri juga. ada yang solat tapi tanggungjawab terhadap anak dilupakan. Nauzubillah!

Sahabatku
kita hanya meluangkan masa lebih kurang 5 minit untuk 1 solat. jadi 25 minit sahaja lebih kurang kita solat fardhu dalam sehari. jadi  selebihnya 23 jam 35 minit kita adalah untuk pelbagai aktiviti dan aktiviti itulah yang kita harus sulam dia  sebagai ibadah. dan inilah satu-satunya jalan yang membolehkan kita mendapat pahala dan seterusnya melayakkan kita menghuni syurga Allah swt.

Sahabatku
buatlah sesuatu atas nama ibadah. maka kita akan mendapat KEREDHAAN daripada Allah Taala.
                                            
  Editor, Norazila Khalid
                         

SOALAN MUHASABAH HARIAN BUAT GURU
 Adakah aku sudah laksanakan tugas dengan baik semasa dalam kelas?
 Adakah aku telah memberikan yang terbaik untuk anak didik –ilmu, perhatian, kasih sayang dan keadilan?
 Adakah aku berpuas hati dengan perlaksanaan tugas hari ini?
                   



HADIS 38
SYARAT MENDEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH
 Daripada Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah saw bersabda, bahawa Allah telah berfirman ‘ sesiapa memusuhi WaliKu, maka kuizinkan dia diperangi. Tidaklah hambaKu mendekatkan dirinya kepadaKu dengan suatu amal yang lebih Kusukai daripada jika dia mengerjakan amal yang Kuwajibkan kepadanya. Hambaku sentiasa mendekatkan dirinya kepadaku dengan amalan-amalan sunat hingga Aku menyintainya. Jikaa Aku mencintainya, jadilah aku sebagai telinganya untuk mendengar dan sebagai matanya untuk melihat dan sebagai kakinya untuk berjalan dan jika dia meminta sesuatu kepadaKu pasti akan Ku beri dan jika dia meminta perlindungan kepadaKu pasti akan Ku lindungi.’ .
Sumber : Hadis 40 Imam Nawawi



HIDAYAH
Hidayah itu milik Allah, ia datang dalam banyak cara

 Kadang-kadang dalam sakit yang sangat perit
 Kadang-kadang dalam mawaddah yang sangat indah
 Hadirnya tidak terduga
 Kerana ia kehendak Yang Esa
 Untuk menyuluh hambaNya yang rindukan RahmatNya
 Hidayah itu perlu dicari bukan dinanti
 Dengan mata hati. Bukan falsafah duniawi.

Tapi bagaimana hadirnya ia? Bukan tugas kita untuk menentukannya.



FOTO ISTERI TERSAYANG
            Dalam kalangan rakan sekerja, Rahman terkenal sebagai seorang suami yang sayangkan isterinya. Mereka kerap melihat Rahman mengeluarkan foto Isterinya dari dompet. Lalu ditatapnya seketika dan kemudian menyimpannya semula. Kawan-kawan ada mencadangkan supaya foto itu dibingkaikan dan di letakkan di atas mejanya. Apabila teringat maka tengok sahaja di depan mata, tetapi dia enggan.
            Keadaan itu ketara apabila berlaku konflik dan masalah ditempat kerja. Sekejap-sekejap dia pasti menatap foto isterinya. Setiap kali keluar dari bilik pegawai atasannya, dia pasti segera mengeluarkan foto dari dompetnya. ‘hebat betul bini engkau man. Hilang langsung masalah kau apabila kau tatap wajahnya. Dia mesti cantik kan?’ ‘Tak juga’ jawabnya. ‘eh, kami tengok engkau sayang betul dengan bini. Kalau tak cantik pun mesti dia baik kan?’’Tak juga’ ‘Habis tu?’’Isteri aku kuat berleter. ‘angin’ orangnya. Itu ini serba tak kena. Kalau tak tahan dah lama bercerai. Sebab tu kalau ada masalah dan bos marah, aku segera tengok mukanya. Barulah masalah di pejabat kecil sahaja terasa. ’’Subhanallah, begitu sekali!’.            

Pengajaran
‘Dan boleh jadi kamu benci sesuatu yang padahal ia baik bagi dirimu. Dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu yang buruk bagi dirimu. Dan Allah jualah yang Maha Mengetahui sedang kamu tidak mengetahuinya’ (Surah al Baqarah 2:216)
Sumber : Angguk Geleng



 Dakwah
Dakwah itu umpama akar, yang lembut dan keras dapat ditembusinya. Dakwah itu juga umpama air, tidak dapat disekat, akan tekad mencari arah untuk  terus mengalir.



WALAU SESUDAH KEMATIANNYA
          ‘Alhamdulillah, sekarang majoriti jururawat beragama Islam menutup aurat’. Kata saya kepada seorang jururawat senior. ‘ 1 perjalanan yang panjang. Proses yang berliku-liku, akhirnya Allah izinkan kami menutup aurat’. Balasnya dengan senyuman.
          ‘tentu ada kenangan yg manis’. Jolok saya untuk menghidupkan perbualan. ‘memang ada. Sampai sekarang masih dalam ingatan, aspirasi dan pembakar semangat saya. Maklumlah ujian pasti datang bertali arus. Tetapi saya dapat kekuatan setiap kali mengenangkn peristiwa itu.diapun mula bercerita. Cerita lama. 30 tahun yang lalu. ‘ketika itu saya bertugas di hospital besar di sebuah Bandar. pada waktu itu memakai tudung untuk wanita berkarier seolah-olah satu ‘larangan’. Masyarakat masih memandang serong hukum menutup aurat. Satu hari seorang pesakit wanita yang berpenyakit kronik masuk ke wad. Wanita itu baik akhlak dan menutup aurat. Acapkali dia pengsan dan perkara pertama yang akan ditanya apabila dia bangun adalah sudahkah masuk waktu solat? Dan cepat dia membetulkan tudungnya. Lama dia ditahan di wad. Semua orang yang di sekeliling tahu akan sikapnya yang menjaga solat dan aurat.tapi sakit barahnya sangat parah dan 2 bulan kemudian dia meninggal dunia. Hari kematiannya itu paling mengesankan. Tak sangka lepas solat subuh pagi itu dia meninggal dunia, ketika meninggal dunia kain tudung yang menutup wajahnya terbuka sedikit kerana mukanya sudah jatuh di sebelah. Beberapa helai rambutnya terjuntai keluar. Bayangkan seorang doktor bukan Islam segera berkata kepada saya dan jururarawat yang lain, cepat-cepat tutup semula tudung , rambutnya sudah terkeluar!’  saya terkejut. Masya Allah, tuan bayangakan bagaimana orang bukan Islam pun menghormati prinsipnya yang menutup aurat itu. Seperti mana dia menjaga auratnya semasa hidup, begitulah Allah menjaga auratnya sewaktu dia meninggal dunia sehingga Allah menggerakkan hati orang bukan Islam untuk menutup auratnya.’ ’sejak itu?’ Tanya saya. ’ sejak itu saya dan beberapa orang kawan bertekad menutup aurat. Mula-mula dengan skaf dan lama kelamaan sampailah menutup aurat sempurna. Kami sangat tersentuh dengan sikapnya. Saya senyum.begitulah hebatnya berdakwah melalui akhlak dan sikap. Tidak payah banyak cakap. Tidak tunggu sihat, orang beriman ketika sakitpun masih mampu berdakwah.

Sumber : Imam Global


           







No comments:

Post a Comment