Google Ads

Friday 9 October 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 88

MENARIK DI DALAM
·        Kubur Menyeru?
·        Etika Orang Beriman
·        Rancang Untuk Terus Sihat
·        Penyakit Manusia
·        Berkorban Tidak Ssmestinya Terkorban



Assalamualaikum
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Yang menguasai segala yang ada di langit dan di bumi.Tuhan yang mengetahui segala-galanya tentang diri kita, samaada yang kita sembunyikan atau yang kita zahirkan. serta apa yang kita fikirkn sekarang, semuanya dalam pengetahuan Allah dan kita tidak dapat lari daripada pengawasan Allah swt.

Sahabatku
          Ingatlah bahawa setiap hari 5 kali kubur menyeru kita, katanya
J aku rumah yang terpencil, maka kamu akan senang dengan selalu membaca al Quran.
J  aku rumah gelap maka terangilah aku dengan solat malam.
J aku rumah yang penuh dengan tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan .
J aku rumah yang penuh ular berbisa, maka bawalah aku amalan bismillah sebagai penawar
J aku rumah pertanyaan munkar dan nakir, maka banyakkanlah bacaan ‘lailahaillah, muhammadar Rasullullah, supaya kamu akan dapat jawapan kepadanya.

Sahabatku
          setelah kita membaca ayat-ayat di atas, apa perasaan kita? adakah kita rasa sedikit gementar? takut? ataupun tak rasa apa-apa. Saya fikir, jika kita tak rasa apa-apa bermakna kita menyintai dunia dan kita masih tak bersedia lagi untuk menghadapi kehidupan alam barzah (kubur) kan? betul tak? Jadi, tolong baca sekali lagi  seruan kubur  di atas, jk perasaan masih sama, tiada perasaan datang, bermakna hati kita sedang mengeras. hati kita telah diselaputi dengan sesuatu yang hanya bersifat duniawi semata, hidup kita di dunia ini yang kita agung-agungkan. Benar bukan?

Sahabatku
          Tanyalah diri kita sekarang. setakat mana persediaan kita menghadapi alam kubur? perapa peratus kita nak bagi markah untuk diri kita ini? jika markahnya sangat rendah, bilakah masa yang perlu untuk menambah markah yang sedia ada itu? Jawapannya adalah SEKARANG!!!!
Editor, Norazila Khalid  



HADIS 15
ETIKA ORANG BERIMAN
 Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : ‘sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah berkata baik atau diam. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah menghormati jiran tetangganya. Dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah menghormati tetamunya’.

PENGAJARAN HADIS
1. Persoalan iman berkait rapat dengan kehidupan seseorang.
2. Islam menyeru tindakan yang dapat menumbuhkan rasa cinta dan kasih sayang dikalangan individu dalam masyarakat muslim.
3. Termasuk kesempurnaan iman ialah berkata perkataan yang baik atau diam daripada menyatakan perkataan yang tidak baik. 
Sumber : Syarah Hadis 40 Imam Nawawi

RANCANG UNTUK TERUS SIHAT
1. Menjaga pemakanan
2. Jauhi Maksiat ketika remaja
3. Bersenam


KAYAKAN PERKATAAN
SKEPTIS
Berasa waswas, kurang percaya, ragu-ragu

TODI
Minuman yang memabukkan dibuat daripada nira kelapa yang dimasamkan.




PENYAKIT MANUSIA
J  SYUBHAH (merupakan penyakit akidah dan sering menyerang para Ateis (Tidak mempercayai Tuhan)
J SYAHWAT (Dijangkiti umat terdahulu seperti bani Israel. Ia berkait rapat dengan mencintai sesuatu secara berlebih - lebihan)
J JAHIL (Menjangkiti manusia yang berpengetahuan dangkal dan mempunyai otak yang licik dan picik)


 BERKORBAN TIDAK SEMESTINYA TERKORBAN
Si Isteri:‘Ustaz, kerana sayangkan anak-anaklah saya jadi begini’.
‘puan telah terkorban’.
Si Isteri:‘saya terkorban kerana berkorban’.
‘puan, berkorban tidak semestinya terkorban’.
Isteri:‘mengapa ustaz berkata begitu’.
‘sekarang puan mesti memiliki harapan dan keyakinan yang tinggi untuk sihat’
Si Isteri:‘entahlah saya seolah-olah putus harapan. Macam manalah anak-anak yang ditinggalkan di rumah sekarang ini. Sudah 2 bulan saya ditahan di hospital..’
Si Suami:‘Ustaz, isteri saya sakit sebab terlalu banyak berkorban untuk anak-anak. sejak anak-anak masih kecil, siang dan malam dia memberikan sepenuh tenaga , fikiran dan perhatiannya untuk membesarkan anak-anak. risau dan bimbangnya hanya untuk anak-anak’.
‘kerana itu dia mengabaikan kesihatannya?’.
Si Suami:‘ya, bukan itu sahaja, dia langsung tidak pernah gembira, dia gembira hanya untuk menggembirakan ana-anak. kesihatan, pelajaran, makanan, minuman pakaian dan segala-galanya tentang anak-anak dijaga dengan rapi. Tetapi makan minumnya sendiri terabai’.
Si Isteri:‘ustaz, adakah salah saya hingga takdir menetapkan saya hidup sebegini?’
‘salah puan memang ada’.
Isteri:‘salah saya?’
‘puan seharusnya menyayangi diri sendiri sebelum menyayangi orang lain’.
Si Istei :‘bukan orang lain ustaz, anak-anak saya sendiri!’
‘sekalipun anak-anak sendiri’
Si Isteri:‘itu mementingkan diri namanya..’
‘tidak. Menyayangi diri sendiri untuk menyayangi orang lain itu bukan mementingkan diri  sendiri. Malah, itulah yang sewajarnya kita lakukan’.
Si Isteri:‘mengapa demikian?’
‘kerana hanya orang yang ada kasih sayang sahaja mampu memberikan kasih sayang. Logiknya, hanya orang yang ada wang sahaja yang boleh menberikan wang. Puan, sebenarnya orang yang sihat sahaja yang boleh menjaga kesihatan orang lain. Sekarang, cuba puan lihat. Apabila puan sakit, siapa yang akan menjaga anak-anak puan di rumah? padahal, jika puan sihat, puan boleh menjaga mereka sekarang’
Si Isteri:‘saya tak faham ustaz apa yang berlaku sekarang, tolonglah jelaskan’
‘baiklah. Kita fahami dulu apa yang telah berlaku dan akhirnya, rancang apa yang perlu kita lakukan nanti. Apa yang berlaku dulu adalah satu kesilapan. Puan seharusnya menjaga kesihatan badan, fikiran, perasaan dan jiwa semasa mengasuh, mendidik, dan menjaga anak-anak.
Si Isteri:‘maksudnya ustaz?’
‘jaga diri puan dulu, sebelum menjaga anak-anak. sekarang puan jatuh sakit, jadi anak-anak akan terabai. Sebenarnya orang yang mengabaikan kesihatan diri adalah orang yang mementingkan dirinya sendiri, kerana jika dia sakit, orang lain pula yang perlu menjaganya’.
Si Isteri:‘ustaz, saya akan sembuh’
‘yakinlah dengan bantuan Allah. Penyakit lahiriah akan mudah diubati jika hati dan jiwa kita sendiri diubati terlebih dahulu. Ujian sakit sebenarnya adalah petanda supaya kita kembali kepada Allah’.
Sumber : Beduk di ketuk




5 STAIL BERFIKIR (S.I.P.A.R) (1)
 SYNTHESIST
Cenderung melihat persamaan di sebalik perbezaan dan sebaliknya. Berminat dengan konflik untuk mengubahnya.
Kekuatan
1. fokus kepada tanggapan sedia ada.
2. Mengetengahkan konsep utama yang abstrak.
3. Pandai mencegah persetujuan yang keterlaluan.
Kelemahan
1. Mungkin mengabaikan persetujuan.
2. Keterlaluan dalam mencari perubahan dan pembaharuan.
3. Mengangaap semua situasi sebagai konflik.

 IDEALIST
Mengalu-alukan Pandangan luas demi mencari penyelesaian ideal
Kekuatan
1. fokus kepada proses dan perkaitan.
2. Mengetengahkan nilai dan aspirasi.
3. Pandai mencipta matlamat.
4. Menyediakan gambaran yang luas, hala tuju dan standard.
Kelemahan
1. Mungkin mengabaikan fakta realiti yang sedia ada , tertangguh dek pilihan yang begitu banyak.
2. Keterlaluan mencari penyelesaian yang sempurna.
3. Terlepas pandang aspek yang terperinci.

 PRAGMATIST
‘Apa-apa sahaja yang berkesanlah’. Cenderung mencari jalan singkat asalkan masalah dapat diatasi.
Kekuatan
1. Fokus kepada penyelesaian, mengetengahkan tindakan dan strategi, pandai mengesan impak.
2. Boleh menyelesaikan eksperimen dan inovasi.
3. Terbaik dalam situasi kompleks yang rumit.
Kelemahan
1. Mungkin mengabaikan aspek jangka panjang
2. Tergesa-gesa menentukan penyelesaian
3. Terlalu bergantung kepada aspek ‘apa yang menjadi’.
4. Kelihatan terlalu berkompromi.
(+Analyst dan Realist)
Sumber : Abdul Hakim Abdul Hadi



           





No comments:

Post a Comment