Google Ads

Wednesday 14 October 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 98

MENARIK DI DALAM
·        Malasnya
·        Bersedekah Bukan Hanya Dengan Harta
·        Mencari Orang Sakti
·        Bangsa Menjaga Agama


Assalamualaikum
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Yang menguasai segala yang ada di langit dan di bumi

Sahabatku
pernah tak kita berasa sangat malas? malas nak solat, malas nak pergi kerja, malas nak masak? kenapa? kerana kita rasa itu semua kewajipan, perkara yang seolah-olah macam terpaksa kita lakukan bukan? kita tidak merasa kemanisan dalam mengerjakannya pada saat kita berasa sangat malas dan bosan.

Sahabatku
tahu tak? semasa kita rasa sangat malas, ada makluk lain yang tidak pernah mengenal erti malas. dia sangat rajin dan istiqamah dalam setiap apa yang dilakukannya. strategi demi strategi dilaksanakan untuk memastikan bahawa apa yang dirancangnya berjaya. dia tak pernah berputus asa..mencuba dan terus mencuba...

Sahabatku,
Kita rasa kita tidak setanding dengan dia bukan? kenapa tidak? kita dan dia sama-sama makhluk ciptaan Tuhan yang Satu. kita jadi malas kerana dia telah berjaya menyuntik perasaan malas dalam diri kita. dia telah berjaya disaat kita telah Gagal.

Sahabatku
Usahlah mengalah dalam bermujahadah. kerana untuk meluntur diri ke arah kebaikan amat sukar. kerana kebaikan ialah perkara yang dibenci oleh hawa nafsu kita, manakala maksiat dan kejahatan adalah perkara yang kita (hawa nafsu) amat sukai. ia berlawanan. tetapi dengan bermujahadah hanya satu-satunya cara menuju Syurga Allah, tidak ada jalan singkat yang lain. itulah sahaja caranya.

Sahabatku
Ayuh. Sama-sama kita audit diri memerangi sifat malas dalam melakukan kebaikan. tukarkan ia kepada sikap rajin....jom hijrah...
Editor, Norazila Khalid  


HADIS 25
BERSEDEKAH BUKAN HANYA DENGAN HARTA
 Daripada Abi Dzar r.a berkata bahawa sebahagian sahabat berkata kepada Rasulullah saw, ‘Wahai Rasulullah, orang-orang kaya pergi membawa banyak pahala. Mereka solat sebagaimana kami solat, mereka berpuasa sebagaimana kami berpuasa, namun meraka dapat bersedekah dengan lebihan harta mereka.’ Nabi saw bersabda ’Bukankah Allah telah menjadikan untukmu sesuatu yang dapat disedekahkan?’sesungguhnya setiap kali tasbih (Subhanallah) adalah sedekah, setiap kali tahmid (Alhamdulillah)adalah sedekah, dan setiap kali tahlil (la ilahaillallah)adalah sedekah, menyuruh kebaikan adalah sedekah, melarang kemungkaran adalah sedekah, dan jimaknya salah seorang diantara kamu dengan isterinya adalah sedekah’. Mereka bertanya ’ Wahai Rasulullah, adakah jika salah seorang di antara kami memenuhi hajat syahwatnya berpahala?’
Rasullah menjawab ’Menurutmu, bukankah jika di menyalurkan syahwatnya pada yang haram , maka dia berdoasa? Maka demikian pula apabila dia menyalurkannya pada yang halal, maka dia akan mendapat pahala’.
Sumber : Syarah Hadis 40 Imam Nawawi



MENCARI ORG SAKTI
‘saya mencari orang sakti’ kata seorang pemuda kepada orang tua yang ditemuinya.
‘Siapakah yang anda cari?’
‘Orang sakti yang dapat menyembuhkan segala penyakit. Saya dengar dia tinggal di tempat ini. Saya sedang sakit kronik. Doktor memberitahu saya bahawa saya hanya menunggu bulan untuk mati’.
‘Tidak ada yang boleh menyembuhkan penyakitmu kecuali Allah. Mintalah dengan Allah’.
‘Hanya doa orang sakti itu sahaja yang didengar Allah’
‘Tidak ada orang sakti di sini. Sepatutnya kamu pulang. Allah akan menyembuhkan kamu. Bukan orang sakti’ pesakit itu pulang dan dengan mendapat keyakinan bahawa hanya Allah sahaja yang akan menyembuhkannya. Akhirnya dia sembuh dan hidup berpuluh-puluh tahun. Sebenarnya pakcik tua yang ditemui itu adalah ’org sakti’ yang dicarinya.

PENGAJARAN
Orang yang akrab dengan Allah lebih mementingkan kebaikan daripada gelaran, nama dan sanjungan. Mereka berasa bahagia menabur kebaikan tanpa diketahui oleh orang lain. Tidak ada takbur dan riyak.


           


BANGSA MENJAGA AGAMA
‘Saya akan majukan syarikat ini dengan semangat hijrah’.
‘bagaimana?”.
‘dengan peningkatan ilmu dan kepakaran bagi menambahkan keuntungan tahunan’.
‘itu sahaja? ’
‘ya, mesej saja singkat dan tepat’
‘saya rasa itu bukan hijrah ’.
 ‘untuk memajukan ekonomi dan pendapatan syarikat, awak kata bukan hijrah?’
‘ya bukan’.  .
‘mengapa?’.
‘hijrah mesti berkait dengan iman dan islam. Maksudnya hijrah adalah perubahan dan perpindahan dari satu tempat ke satu tempat atau dari satu keadaan ke satu keadaan yang tidak kondusif untuk iman dan Islam kepada yang lebih kondusif iman dan Islamnya ’
‘jadi, pada awak memajukan ekonomi umat Islam ini bukan hijrah? Pelik!’.
‘memajukan ekonomi dikira hijrah jika usaha itu didasarkan untuk lebih meningkatkan iman dan pengamalan syariat dalam bidang tersebut’
‘maksudnya?’.
‘hijrah dalam bidang ekonomi ialah kita meninggalkan amalan riba, rasuah, unsur pembaziran, kezaliman, kesamaran sama ada pada matlamat, pendekatan, atau perlaksanaan ekonomi tersebut’.
‘ke situ pulak hala percakapan awak. Saya bercakap tentang semangat hijrah’.
‘itulah semangat hijrah. Semangat untuk meningkatkan iman, menyebarkan Islam, dan mendaulatkan sistem hidup berlandaskan syariat’..
‘kalau kita berniat untuk memajukan ekonomi dan memperbaiki taraf hidup umat. Bukankah itu hijrah?’.
‘kalau hanya itu, orang bukan Islam pun ada semangat hijrah. Negara-negara maju seperti Jepun, Korea, Eropah dan Amerika semuanya sudah mencapai ekonomi yang tinggi selepas usaha gigih yang dilakukan. Soalnya, adakah semua usaha mereka itu boleh dikatakan hasil daripada semangat hijrah? Hijrah Rasulullah saw ke Madinan adalah untuk mempertingkatkan Iman dan Islam. Di Madinah pula, baginda dan para sahabat mula membina sistem hidup berlandaskan syariat’.
‘tetapi bukankah tahap ekonomi umat Islam semakin teguh selepas itu?’.
‘ya, hanya beberapa lama selepas hijrah. Tetapi semasa selepas hijrah, ramai orang muhajirin yang tinggal selehai sepinggang apabila mereka membuat keputusan untuk berhijrah’.
‘Mereka menjadi semakin miskin?’.
‘ya, begitulah. Contohnya Suhaib al Rumi r.a terpaksa menyerahkan semua hartanya di Makkah kepada orang kafir quraisy sebagai galang gantinya untuk berhijrah. Daripada seorang yang kaya raya, dia jatuh miskin kerana berhijrah’.
‘masalahnya, ekonomi mekah dan madinah waktu itu dikuasai oleh bangsa lain’.

‘jadi, polotik kita tdk boleh dikuasai oleh bangsa lain. Begitu juga dgn ekonomi. Kita mesti berhijrah drpd tdk dijajah di bumi sendiri, samaada dr segi politik atau ekonomi. bagi saya bangsa soal kedua, soal pertama ialah Islam dan Iman kita bagaimana?
‘awak suka bangsa awak lemah dan dijajah?’.
‘tidak suka. Tapi saya lagi tidak suka jika Iman dan Islam kita terjajah ’
‘bagi saya jika bangsa kita terjajah, ketika itu Iman dan Islam kita akan turut terjajah’.
‘mengapa awak berkata begitu? ’.
 ‘sebab bangsa kitalah yang melindungi agama. Jika kekuatan bangsa kita tergugat, kekuatan agama kita juga akan tergugat’.’
‘tidak semestinya. Bagi saya Bangsa yang kuat Iman dan Islamnya sahaja yang mampu menjaga agama. Jika tidak, bangsa itu sendiri yang akan merosakkan agama’. 
‘mengapa awak berkata begitu?ini fahaman yang melampau’.
‘tidak. Ini pandangan yang sederhana. ini wasatiyyah ’
‘wasatiyyah itu mementingkan kesederhanaan. Ini bukan kesederhanaan’.
‘Rasulullah ialah contohnya. Baginda memperjuangkan kepentingan bangsanya, tetapi kesucian iman dan ketinggian Islam mengatasi segalanya’.
‘maksud awak?’.
‘lihat dalam peristiwa hijrah ke Habshah. Baginda rela memerintahkan para sahabat berhijrah ke Habshah walaupun rakyat dan rajanya berlainan bangsa. Padahal pemerintah Makkah ketika itu adalah bangsanya sendiri’.
‘Rasulullah tidak cintakan bangsanya?’.
‘Rasulullahlah yang paling cintakan bangsanya.sebab itulah baginda sangat gigih berdakwah supaya bangsanya menerima Iman dan Islam. Kerana dengan itu mereka akan selamat di dunia dan akhirat. Namun jika bangsanya mengancam iman dan Islam , Baginda tidak teragak-agak menentangnya sekalipun terpaksa berperang dengsn mereka’
‘Berperang? Itu ajaran kesederhanaan?’.
‘ya, perang dalam Islam bersifat defensive. Tujuannya untuk membebaskan bukan menjajah yakni untuk membawa manusia kepada Tauhid, syariat dan akhlak Islamiah. bukan merebut harta kekayaan dan kekuasaan. Itulah kesederhanaan Islam dalam berperang’.
‘jadi, bagaimanakah seharusnya saya menerapkan konsep hijrah dalam syarikat saya?’.

Alhamdulillah, akhirnya soalan yang saya tunggu-tunggu terserlah jua. InsyaAllah jika kita berhijrah meninggalkan kejahatan, maka kebaikan akan menyusul. hijrah itu adalah dengan meninggalkan cara hidup tajaan ideologi yang menzalimi sesama manusia kepada sistem hidup Islam yang berteraskan kasih sayang daripada Allah yang maha Esa.
Sumber : Beduk di ketuk 











No comments:

Post a Comment