Google Ads

Saturday 31 October 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 131

MENARIK DI DALAM
·        Zikir Fatimah al Zahra
·        Asalkan Jangan Syirik
·        Bangkit Dari Kegagalan
·        Ayat Allah Disekeliling
·        Isteri Saya Hilang
·        Berjiwa Dai
·        Merawat Kegagalan

ZIKIR FATIMAH AL ZAHRA
Suatu hari sayidatina Fatimah mengeluh kepada ayahandanya Rasulullah saw kerana keletihannya menguli gandum saban hari. Lalu Fatimah menyampaikan hasratnya inginkan seorang pembantu. Lalu Rasulullah saw bersabda ‘aku akan ajarkan amalan yang lebih baik daripada permintaanmu itu, apabila hendak tidur bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, Bertahmidlah (Alhamdulillah) 33 kali , dan bertakbirlah (Allahuakbar) 33 kali. Itu lebih baik daripada pembantu rumah.
(Hadis riwayat Muslim)




ASALKAN JANGAN SYIRIK
‘sesiapa yang melakukan kebaikan, maka dia mendapat sepuluh kali ganda kebaikan yang dilakukan dan ditambah lagi kebaikan itu. Sebaliknya, sesiapa yang melakukan keburukan, maka balasannya ialah keburukan yang semisalnya atau Aku ampunkan  dia. Sesiapa yang mendekati Aku sejengka, maka Aku akan mendekat kepadanya sehasta. Sesiapa yang mendekati Aku sehasta, maka Aku akan mendekat kepadanya satu depa. Sesiapa yang mendekatiKu dengan berjalan, aku akan mendekat kepadanya dengan berlari. Sesiapa yang datang menemuiku dengan dosa sepenuh bumi tanpa menyekutukan Aku dengan sesuatupun, maka Aku menemuinya dengan kadar pengampunan yang sama!’
(Riwayat Muslim)




 BANGKIT DARI KEGAGALAN
Bill Gates
Beliau membangunkan Microsoft bersama Paul Allen hingga menjadi orang terkaya di dunia selama 13 tahun (1995 –2007). Beliau pernah gagal di university dan pernah bekerja sebagai budak pejabat.





           


ASMA UL HUSNA
31. AL KHABIR (Maha Bijaksana)
Zikirlah asma ini sebanyak-banyaknya , dengan Izin Allah akan berhenti daripada tabiat buruknya dan akan terhindar dari perbuatan orang-orang yang zalim.

32. AL HALIM (Maha Penyantun)
Dibaca 88 kali setiap selesai solat fardhu , dengan Izin Allah akan kekal berpangkat kedudukannya dan bertambah baik kedudukannya.

33. AL AZIM (Maha Agung)
Dibaca 7000kali setiap hari dan setiap malam selama 1 bulan , dengan Izin Allah akan naik darjatnya dan memperoleh kesenangan yang banyak dalam kehidupan di dunia ini.

34. AL GHAFUR
(Maha Pengampun)
Bacalah sebanyak-banyaknya setiap malam , dengan Izin Allah akan dilenyapkan kesukaran dan diampunkan dosa bagi mereka yang bertaubat. 

35.AS SYAKUR (Maha Mensyukuri)
Zikirlah asma ini , dengan Izin Allah akan dijernihkan hati dan disembuhkan daripada sakit yang dialami.

Sumber : Buku Kisah Inspirasi Asma ul Husna  


ANALISIS
Jangan menilai sesuatu yang berlaku secara luaran. Cuba analisis maksud yang tersirat. Lapangkan hati, bukakan minda. Terimalah nasihat dengan terbuka.


AYAT ALLAH DI SEKELILING KITA
GUNUNG
          ‘bukankah Kami jadikan bumi sebagai hamparan dan gunung ganang  sebagai pasaknya?’(Surah al Naba’ 78:6-7)
          Pasak bermaksud sesuatu yang dicacakkan untuk menetapkan kedudukan sesuatu seperti pancang khemah. Maka bahagian atasnya di atas tanah, dan selebihnya tertanam di dalam tanah. Jika tidak kerana gunung ganang yang Allah pancangkan di bumi, barangkali setiap saat gempa dan gegaran akan berlaku. Subhanallah!        




ISTERI SAYA HILANG
             Seorang suami berjumpa polis untuk melaporkan kehilangan isterinya yang keluar ketika untuk membeli gula, namun isterinya tidak pulang-pulang.
‘sudah berapa lama isteri encik keluar?’soal polis.
‘saya tidak pasti pula, pagi tadi atau tengahari kot’.
‘dia pakai baju warna apa?’
‘tidak pastilah tadi. Mungkin hitam atau putih. Kalau tak pun kelabu’.
‘baiklah. Dia ada bawa kad kredit atau kad ATM bersama?’
‘kad ATM memang selalu ada dalam dompet dia, tapi kad kredit tidak pasti pula’. Polis itu menggeleng-ngeleng kepala.
‘isteri encik keluar dengan kereta persendirian?’
‘ya tuan, dia keluar menggunakan kereta saya, Myvi. Kereta saya tu berwarna silver, berusia 4 tahun pada 12 disember nanti. Bumper depan kereta sebelah kiri ada kesan calar sikit. Bahagian dlm kereta sy guna wangian Teddy Dream dr Lovely Lace’.
‘ok, kalau macam tu, kita cari kete encik dahulu sebelum cari isteri encik’. Kata polis menamatkn sesi soal siasat.

Pengajaran
Adakah ada ketikanya material lebih mudah kita terangkn ciri-cirinya secara terperinci berbanding insan yang kita sayangi? Pulanglah ke rumah dan kenalilah insan-insan yang dekat dengan anda. Mengenali untuk menyayangi, bukan untuk mencari benci.
Sumber : Angguk Geleng


BERJIWA DAI
Sunnah berdakwah
Sakit dan susah
Namun, awalnya saja payah
Akhirnya penuh barakah
Allah sudahpun memujuk
Akhir dakwahmu lebih baik dari awal dakwahmu
Akhiratmu lebih baik dari duniamu
Jika kita tidak mahu berpayah payah dalam berdakwah,
Kita kan payah juga,
didera rosa membuang masa
Bosannya merantai seluruh jiwa,
Namun,
Andai seluruh dunia menghinamu,
jangan pernah berputus asa
Kerana kau punya Kekasih Yang Esa
Dia tetap setia, selamanya...


MERAWAT KEGAGALAN

 BERTENANG
Rasulullah saw bersabda ‘Sabar itu sebahagian daripada iman’. Jangan gelojoh, gelabah, panas baran dan melenting. Relaks.

 BERFIKIR SECARA POSITIF
Keagalan boleh mengganggu kestabilan emosi, dan ubat yang paling mujarab adalah melihat kegagalan dari sudut yang positif. Jadikan kegagalan sebagai guru. Bersikap positif dan bersangka baiklah dengan Allah.

 TAWAKAL KEPADA ALLAH
Minta pertolongan dan bertawakallah kepada Allah, kerana setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya yang tersembunyi.

 LUAHKAN PERASAAN
Usah malu meluahkan perasaan kepada insan yang anda percayai. Cara ini sangat efektif untuk mengurangkan rasa kekecewaan yang anda alami. Tapi awas! jangan luahkan pada orang yang salah.

 MEMAAFKAN ORANG LAIN
Allah berfirman ‘tolaklah perbuatan buruk mereka itu dengan kebaikan’ (surah al Mukminun 23:96).
Maafkanlah mereka yang pernah melakukan kesilapan dan buatlah kebaikan kepada mereka yang melakukan kejahatan kepada kita.

 BANYAKKAN BERZIKIR
Penuhi masa lapang dengan berzikir kerana dengan berzikir hati akan menjadi tenang.

 TABAHKAN HATI, KUATKAN SEMANGAT DAN IMAN
Separah manapun kegagalan kita, ingatlah bahawa ada insan lain yang lebih teruk gagalnya. Pepatah inggeris ada menyatakan ‘jangan sedih jika anda tidak memiliki kasut, kerana ada orang yang tidak memiliki kaki’.

 BERI PENGHARGAAN KEPADA DIRI
Jangan kedekut untuk memanjakan diri. Jika dunia anda muram, berbelanjalah untuk melihat sebelah lagi dunia yang cemerlang.

Kegagalan adalah satu-satunya kesempatan untuk memulakan hidup baharu dengan lebih bijak. Jangan takut pada kegagalan.

Sumber :Potensi , Dato’ Muhammad Zakaria




           







No comments:

Post a Comment