Google Ads

Monday 12 October 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 94

MENARIK DI DALAM
·        Ujian itu bisu
·        Istiqamah dan Iman
·         Raih 5 Kejayaan
·        Menutup Aurat tapi Hati Jahat?


Assalamualaikum
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,Tuhan Yang Esa yang satu-satunya layak disembah. Tiada Tuhan yang lain selain Allah. Ingatlah Allah ketika duduk, bangun dan berdiri.

Sahabatku
Saya ambil petikan ini dari seorang Ustaz yang tersohor iaitu Ustaz Kazim Elias “Ujian, bahasanya bisu. Hadirnya tidak terduga. Ada kala ujian itu bertandang untuk membersihkan dosa. Ada kala untuk mengajak kita bertanya, apakah diri sudah terlupa? Ya.  terlupa siapakah kita di sisi-Nya. Terlupa dari mana datangnya dan ke mana pula hala hidup kita? Terlupa kita sebenarnya tidak punya apa-apa. Apakah masih ingin derhaka pada-Nya?” percayalah bahawa Tuhan Sedang Menguji Kita dan terdapat hikmah di sebalik ujian tersebut.

Sahabatku
Manusia itu mudah lupa. ya, manusia lupa kerana itulah anugerah Allah juga, supaya kita lupa pada kesalahan orang terhadap kita. tetapi malang sekali, ada orang lupa kepada pencipta selepas dikurniakan rezeki yang melimpah ruah. Kita sebenarnya tidak memiliki apa-apa. lihat mata, telinga, badan kita yang slim yang kita agung-agungkan, wajah kita yang iras-iras artis yang cantik gebu menawan, semuanya adalah milik Allah. ini cuma pinjaman. dan jika Allah ingin mengambilnya semula, bila-bila masa nikmat itu akan dikembalikan ’innalillahhiwainna ilaihirajiunnnn. (sesungguhnya kami ini milik Allah, dan kepadaMu jualah kami akan kembali)’

Sahabatku
Ujian selalu meresahkan kita bukan? bukankah dengan ujian ia dapat menjadi diri kita sekarang? Contohnya guru. SPM, matriks, ujian di Universiti kita lulus, maka jadilah kita guru bukan? jika seorang pekerja kilang, lulus ujian dalam temuduga, maka jadilah, dengan ujianlah darjat kita dinaikkan kepada yang lebih tinggi. Biarlah ujian sering menguji kita, supaya hati kita ini sentiasa dekat dengan Ilahi.
Editor , Norazila Khalid

HADIS 21
ISTIQAMAH DAN IMAN
 Daripada Abu ‘Amr Sufyan bin Abdullah al—Tsaqafi r.a berkata, ‘Wahai Rasulullah katakanlah kepadaku satu ungapan tentang Islam yang saya tidak memintanya kepada seorangpun melainkan kepadamu’ .Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : ‘katakanlah , aku beriman kepada Allah, kemudian istiqamahlah’

PENGAJARAN HADIS
1. Beriman kepada Allah harus mendahului ketaatan.
2. Amal soleh dapat menjaga keimanan.
3. Melaksanakan iman dan amal soleh harus berjalan serentak.
4. Sifat istiqamah merupakan darjat yang tinggi.
5. Para sahabat memiliki keinginan yang kuat untuk menjaga agama dan meningkatkan keimanan mereka.
Sumber : Syarah Hadis 40 Imam Nawawi



YA ALLAH

Seandainya rasa ini hanya sementara

Bimbing hatiku untuk terus bersyukur atas segala kurnaanMu

Kerana tiap kepahitan ujianMu,

dariMu segala penawar

Tiap hikmah ujianMu

DariMu jua segala kekuatan

Dan hanya bersamaMu

Cinta akan kekal selamanya 



RAIH 5 KEKAYAAN  
¤ KAYA KELUARGA
¤ KAYA GEMBIRA
¤ KAYA SAHABAT
¤ KAYA PENGETAHUAN
¤ KAYA TANPA MEMIKIRKAN SOAL WANG
Sumber : Dr Ifran Khairi




MENUTUP AURAT TETAPI HATI JAHAT?
‘Tidak semestinya wanita yang menutup aurat baik. Saya kenal beberapa wanita yang menutup aurat. perangai mereka ada yang lebih buruk berbanding wanita yang tidak menutup aurat.’.
‘sebenarnya, apa yang cuba awak sampaikan?’.
‘saya nak tegaskan bahawa, wanita yang baik tidak semestinya menutup aurat’.
‘justeru, wanita yang jahat ialah wanita yang menutup aurat? begitu? ’
‘er, er bukan begitu. Maksud saya, baik atau buruknya perangai seseorang wanita tidak bergantung kepada pakaiannya, samaada dia menutup aurat atau tidak’.’
‘apa ukuran awak tentang nilai kebaikan seorang wanita? ’.
 ‘jujur, terus terang, pemurah, lemah lembut..’
‘itu saja?’
‘ya, bagi ustaz pula, apa ukurannya?’.
‘kita hanya manusia. Akal kita terbatas. Ukuran dan penilaian kita juga pasti terbatas. Jika diserahkan kepada manusia untuk mentafsir apa itu kebaikan, akan celaru dibuatnya’.  ’
‘mengapa?’.
‘kerana setiap manusia, jalan berfikirnya sendiri. Saya bimbang nilai kebaikan akan menjadi suatu yang relatif dan subjektif, padahal kebaikan itu juga seperti kebenaran. Ia sesuatu yang objektif dan mutlak’.
‘habis, untuk apa kita ada akal? kita harus rasional dan logik’.
‘akal perlu tunduk kepada penciptanya, Allah. Fikiran perlu merujuk kepada Al Quran dan hadis. Itu kan lebih tepat. Ilmu kita terbatas, tapi ilmu Allah luas’
‘jadi, akal kita untuk apa?’.
‘untuk memikirkan hikmah kebaikan yang  telah ditentukan Allah dan cara melaksanakannya dalam kehidupan’
‘ertinya, akal kita terikat?’.
‘akal kita bebas, tetapi masih dalam lingkungan syariat. Seperti bumi yang sedang berpusing ini, tetapi tetap di atas paksinya.’ .
‘bukankah agama ini untuk orang yang berakal?’.
‘betul. tetapi tidak semua perkara boleh dicapai oleh akal. Lebih-lebih lagi perkara-perkara ghaib, tidak terjangkau oleh akal . syurga, Neraka, titian sirat, mati misalnya, wajib dipercayai, diyakini tanpa perlu dilogik-logikkan lagi. itulah iman.’
‘ah, jauh kita menyimpang! Bukanlah tadi kita berbincang tentang wanita yang baik? Saya ulangi, wanita yang baik tidak semestinya menutup aurat, betul kan?’’.
‘separuh betul. Jika dia wanita yang jujur, berterus terang, pemurah dan lemah lembut, ya dia ‘baik’ dari sudut itu. Tetapi jika dia mendedahkan auratnya, dia telah melanggar perintah Allah di sudut yang lain. Dia ’tidak baik’ dari sudut berpakaian, kerana hukum menutup aurat telah termaktub di dalam al Quran’ .
‘tetapi dia jujur, amanah,’.
‘orang yang baik menurut Islam ialah orang yang baik hubungannya dengan Allah disamping hubungannya sesama manusia. menutup aurat itu perintah Allah. Namun percayalah, jika hatinya baik, lambat laun dia akan menutup aurat juga’.
‘apa hujah ustaz?’.
‘masih merujuk kepada hadis’.
‘hadis yang mana?’
‘hadis riwayat al Bukhari mengisahkan seorang pelacur berbangsa yahudi yang memberikan minum anjing yang sedang kehausan. atas sifat belas kasihannya, dia telah diberi hidayah oleh Allah lalu menjadi wanita yang solehah ’
‘apa kaitan hadis ini dengan subjek yang kita bincangkan?.’
‘secara tidak langsung itu menunjukkan bagaimana jika hati seseorang mempunyai sifat-sifat baik seperti kasih sayang, belas kasihan dan pemurah, sekalipun kepada anjing, itu boleh menjadi sebab Allah kurniakan hidayah untuk dia beriman seterusnya menjadi wanita solehah’.
 ‘maksud ustaz?’
‘jika seorang wanita itu baik hatinya, insyaAllah lambat laun dia akan menutup aurat walaupun sebelumnya dia tidak menutup aurat’
‘oh begitu, kenapa ya?’.
‘Allah menilai pada hati. Jika hati baik, lambat laun hal-hal luaran pasti mengikutnya jadi baik.  ’
‘apa pula pendapat ustaz tentang wanita yang menutup aurat tetapi akhlak dan perangainya buruk?’.
‘bab aurat dia telah selamat, Alhamdulillah, kewajiban menutup aurat telah dipatuhinya. Apa yang tinggal. Dia perlu memperbaiki akhlak dan perangainya. Dia perlu terus berusaha’.
‘jika ada yang berpura? menutup aurat hanya untuk menunjuk-nunjuk atau sekadar tuntutan fesyen dan trend’.
‘hati manusia kita tidak tahu. Kita tidak tahu hati wanita yang menutup aurat itu baik atau jahat. Soal hati itu hak Allah’
‘tetapi katalah wanita yang menutup aurat itu benar-benar jahat’
‘jika hatinya benar-benar jahat, lambat laun dia akan mendedahkn auratnya semula’
‘mengapa?’.
‘menutup aurat ialah pakaian orang solehah. Wanita yang jahat tidak akan mampu memakai pakaian wanita solehah’ .
‘patutlah saya lihat wanita yang dulunya memakai tudung labuh, tetapi kemudiannya tudungnya semakin singkat, lama kelamaan seluarnya ketat, kemudian berubah memakai baju T sendat. lama kelamaan bertudung ala kadar sahaja’.
‘perubahan luaran merupakan gambaran perubahan hati. Yang tidak menutup aurat, akhirnya perlahan-lahan berubah menutup aurat kerana hatinya beransur menjadi baik. Sebaliknya yang menutup aurat, secara beransur-ansur akan mendedahkan auratnya jika kualiti hatinya semakin merosot.’
‘wanita yang baik perlu menutup aurat?’.
‘ya’ .
‘wanita yang jahat mesti mendedahkan aurat?’.
‘tidak semestinya, kerana ada wanita yang berhati baik tetapi belum menutup aurat kerana mungkin dia sedang berusaha untuk mengatasi halangan-halangan luaran dan dalamannya untuk menutup aurat’.
‘apa yang boleh kita katakan kepada wanita begitu?’.
‘dia sedang berusaha menjadi wanita baik’.
Sumber : Beduk di Ketuk

















No comments:

Post a Comment