Google Ads

Wednesday 21 October 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 111

MENARIK DI DALAM
·        ICT
·        Seloka Orang Bijaksana
·        Identiti Orang Yang Bercinta
·        Wakilkan kepada Allah
·        Anggur + Epal + Air
·        Sistem Meritokrasi terunggul
·        Tawakal Yang Tidak Berbekal

Assalamualaikum
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Tuhan semesta Alam dan Yang Menguasai hari pembalasan. Pengetahuan tentang Kelahiran dan Kematian seseorang berada dalam gengamanNya. Allah Maha Mengetahui bisikan halus yang terdetik di dalam hatimu.

sahabatku,
ICT. Inilah perkara yang saya ingin kupas.. Adakah kita tergolong dalam golongan mereka yang kemaruk dengan ICT? apakah kita menggunakannya untuk memanfaatkan masa yang ada atau sekadar kita membuang masa dengan ICT? Sama-sama kita audit diri.

Sahabatku
kita lihat sahaja Facebook atau nama famousnya fb. ada yang menggunakan fb untuk tujuan meluahkan perasaan yang terpendam. samaada share berita yang baik, yang kurang baik, yang happy, yang perit dan tak kurang juga yang share sesuatu yang ’membuka pekung di dada’ dan mengaibkan diri sendiri. menyampah sana, menyampah sini, sakit hati, benci itu dan ini dan semua itu melambangkan betapa ’negatifnya’ diri kita ini yang kita pamerkan untuk tatapan dunia. subhanallah.

Sahabatku
tak lupa juga sahabat yang menjadikan fb sebagai medium dakwah yang dapat menjentik perasaan sehingga menyebabkan air mata mengalir keinsafan. banyaknya pahala pengirim tersebut. sharing sesuatu yang dapat mengingatkan si pembaca kepada Allah Taala. itulah konsep ’sharing is caring’.

sahabatku
ada yang lebih kreatif dengan menjadikan fb lubuk mencari rezeki yang HALAL.. subhanallah. rezeki di mana-manakan? menjalankan urusan perniagaan di alam maya yang menguntungkan kedua-dua pihak. yes. ’win win situation’.

sahabatku
janganlah sesekali diri diperdaya syaitan di alam maya
Editor, Norazila Khalid  

SELOKA ORANG BIJAKSANA
Bergaul dengan orang kaya,
          akan bertambah kecintaan kepada harta.
Bergaul dengan orang miskn,
          akan bertambah sifat redha.
Bergaul dengan para penguasa,
          akan bertambah sifat takbur.
Bergaul dengan wanita (bukan mahram),
          akan bertambah syahwat.
Bergaul dengan budak—budak,
          akan cinta kepada permainan.
Bergaul dengan orang fasik,
          akan bertambah keberanian berbuat maksiat   dan melambatkan taubat
Bergaul dengan orang soleh,
          Bertambah keseronokan untuk beramal.
Bergaul dengan ulama,
          Bertambah ilmu dan semangat untuk mengamalkan agama. 







IDENTITI ORANG YANG BERCINTA
 Saling menyayangi
 Sentiasa menghulurkan bantuan dan memberi sokongan
 Mengingatkan tentang kebenaran dan kesabaran dengan ikhlas
 Amar makruf nahi mungkar
 Membantu dalam kerja-kerja kebenaran
 Memaafkan kesilapan
 Tidak pernah bercakap perkara yang buruk mengenai saudara yang dicintainya






WAKILKAN KEPADA ALLAH, USAH KEPADA DIRI SENDIRI
Ya hayyu ya Qayyum.. Birahmati as taghiisu. Ashlihli Syakni Kullahu Wa la takilni. Ila nafsi thorfata a’ini
Bermaksud ‘wahai Yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri Sendiri, dengan rahmatkan aku memohon pertolongan. Perelokkanlah untukku segala urusanku. Dan jangan sekali-kali Engkau wakilkan diriku kepada diriku sndiri biarpun sekadar sekerdip mata’.
Riwayat al Nasa’i


ANGGUR + EPAL + AIR
            Dia seorang professor yang skeptical terhadap ustaz-ustaz. pada pandangannya semua ustaz kolot dan mempunyai tahap intelek kelas ke3. hanya pandai mengajar dan berceramah.
            Selalunya, dia akan berkawan dengan ustaz hanya untuk mengenakan mereka. Setakat ini sudah lebih 20 orang ustaz berjaya dikenakan olehnya. Kali ini professor bertemu dengan seorang lagi ustaz.  
Professor : saya sangat suka anggur. Salahkah saya        makan anggur?
Ustaz : Tentunya tidak.
Professor : Kalau saya makan anggur bersama epal?
Ustaz : tiada masalah.
Professor : Bagaimana jika anggur dan epal itu saya kunyah-kunyah kemudian saya telan sambil meneguk air?
Ustaz : ikut suka hati kamulah.
Professor : baiklah. Jika semua itu tidak salah. Kenapa kita tidak boleh minum arak? Bukankah arak itu hanya campuran anggur atau epal dan air sahaja?
Ustaz : hmm.. Kalau begitu cuba tuan jawab pula soalan saya.. Saya curahkan air ke atas tuan, sakit tak?
Professor : ah.tidaklah.
Ustaz : kalau saya renjis-renjiskan sedikit tanah. Sakit tak?
Professor : tentulah tak rasa apa-apa ustaz, mungkin kotor sahaja.
Ustaz : kalau begitu, bolehlah sy hempapkan sebiji bata atas kepala tuan. Tentu tak sakit.
Professor : bata? Tentulah sakit ustaz. 
Ustaz : bukankah bata itu pada asalnya campuran tanah liat dan air sahaja?
            Selepas itu professor menjadi anak murid terdekat ustaz tersebut. Dia belajar menghayati keindahan syariat Islam dan keindahan ulama.

Pengajaran
Menjadi seorang pendakwah perlu kreatif berhadapan dengan orang yang akan diberi dakwah. Barulah bukan pendakwah yang terkena sebaliknya orang yang akan tertarik dengan dakwah yang nak disampaikan.
Sumber : Angguk Geleng




JIKA AKU DIPENJARAKAN
‘Jika aku dipenjarakan, aku boleh beruzlah dan beribadah’ ‘jika aku dibuang negeri, aku boleh melancong percuma’ ‘Dan jika aku dibunuh, maka aku dapat bertemu Tuhanku sebagai seorang yang syuhada’.
Tinta emas ini milik Syeikh Abdul Qadir ‘Audah. Jarang sekali kita temui seorang ulama merangkap mujahid dalam dunia moden ini. Beliau seorang hakim dan pakar rujuk dalam perundangan Islam di Mesir.


HADIS QUDSI
SISTEM MERITOKRASI TERUNGGUL
‘jika hamba-Ku merancang satu kebaikan, maka Aku akan merekodkan untuknya satu pahala walaupun dia belum melakukannya. Jika dia telah melakukannya, maka Aku akan rekodkan sepuluh kali ganda (pahala amalan tersebut).sekiranya dia berniat untuk melakukan satu kejahatan, maka Aku tetap memaafkannya selagi dia belum melakukan kejahatan tersebut. Jika dia telah melakukannya, maka Aku rekodkan sebagaimana perbuatan yang dilakukannya’. Para malaikat berkata ‘wahai Tuhan, itu seorang hamba-Mu yg hendak melakukan keburukan’.Allah berfirman (sedangkan Allah lebih Mengetahui) ‘lihatlah dia, jika dia melakukannya, maka catatkan kejahatan itu untuknya. Jika dia meninggalkannya, maka rekodlah untuknya satu pahala. Sesungguhnya dia meninggalkan kejahatan itu kerana takut kepadaKu’.
Riwayat Muslim



           


TAWAKAL YANG TIDAK BERBEKAL
        Tawakal harus berbekal. Tawakal itu sifatnya dinamik dan produktif, bukan reaktif, apalagi pasif. Sering diungkapkan oleh orang yang bijaksana ‘Tuhan telah menyediakan rezeki untuk burung, tetapi ia perlu terbang untuk mendapatkannya’.
          Tingkat tawakal juga menentukan rezeki seseorang. Bukan sahaja kudrat, usaha dan kegigihannya. Ini bukan bererti orang bertawakal tidak berusaha. Tetapi orang bertawakalah yang paling tinggi penyerahan dirinya kepada Allah sekali gus dia juga yang paling gigih berusaha.
          Berusaha itu perintah Allah. Berserah kepada Allah juga perintahNya. Maka orang bertawakal itu jaguh dalam kedua-duanya. Hatinya terikat dengan Allah, kudratnya fokus kepada usaha. Malangnya terdapat 2 bentuk ekstrem yang sedang berlaku dalam kalangan umat. Satu golongn yang hanya berbekalkan tawakal. Dan satu golongan lagi yang langsung tidak bertawakal.
          Golongan yang hanya berbekal tawakal begitu beku dalam tindak tanduk mereka. Mereka tidak berusaha langsung untuk mencapai tahap kehidupn yang lebih baik, sebaliknya berpeluk tubuh seolah-olah menunggu sahaja rezeki jatuh dari langit. Keimanan kepada qada’ dan qadar menjadi ’escapism’ untuk tidak berusaha. Golongan kedua adalah sebaliknya.
Sumber : Solusi isu 56






No comments:

Post a Comment