Google Ads

Monday 26 October 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 122

MENARIK DI DALAM
·        Anak bukan sekadar Anugerah.
·        Khasiat al Fatihah
·        Senyum
·        Kembalikanku
·        Ambil Cuti atau tidak?
·        Terpaksa
·        Tip Dikritik atau mengkritik
·        Allah Pendengar Doa

Assalamualaikum
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,Tuhan Yang Esa yang satu-satunya layak disembah. Tiada yang lain.

Sahabatku
Melihat kepada zaman sekarang yang serba canggih.  ramai manusia bertuhankan IT. ramai manusia bertuhankn FB, Twitter, we chat. kerana ada yang lalai dan cuai dalam solat kerana sibuk melayari internet. kononnya up to date.  sedangkan dia lupa kepada Pemberi nikmat IT itu. Ya, Allah lah yang mengurniakan akal dan idea kepada si pembuat IT. Astagfirullah, kita silap dalam menilai Tuhan!

Sahabatku.
Pelik sekali manusia ini. apabila tidak dikurniakan anak, dia merayu-rayu dengan Allah agar dikurniakan cahayamata. berhabis beribu-ribu untuk buat treatment supaya dapat anak,  macam-macam ikhtiar berurut sana dan sini... akhirnya apabila dikurniakan anak..anak di sia-siakan..kerana terlalu sibuk dia dengan urusan dunia..dan yang paling malang sekali apabila anak ditinggalkan bersendirian kerana ibu dan ayahnya sibuk melayari internet, we chat,wasap,fb , twitter dan  sebagainya.

Sahabatku...
Jom hargai anak.  anak itu amanah bukan sekadar anugerah. jangan sampai kita menyesal di kemudian hari apabila anak kita lari dari rumah.  anak tidak menghormati kita. anak tidak mendengar cakap kita. anak melawan cakap kita. dan lebih parah lagi apabila anak menjadi kutu masyarakat yang dapat mengheret kita ke jurang Neraka.  Nauzubillah.
Editor, Norazila Khalid  

KHASIAT AL FATIHAH

‘Setiap pagi sedekahkan AlFatihah kepada kedua ibu bapamu (tidak kira masih hidup atau telah tiada) nescaya pintu rezekimu akan terbuka buatmu..

Sumber :(DFMK)

 

 


"SENYUM"
“SENYUM”  ringan tak bersuara tapi, penuh makna.
"SENYUM" murah tapi, tak ternilai dengan ringgit.
"SENYUM" tak perlu tenaga tapi, besar motivasinya.
"SENYUM" hal yang mudah tapi, selalu nampak indah.
"SENYUM" 1 perkara yang biasa tapi, boleh menjadi istimewa.

"SENYUM" ibadah yang paling mudah tetapi, berpahala setara dengan sedekah.
Penuhilah hari-hari kita dengan senyuman manis agar semua orang ikut tersenyum kerana kita.


KEMBALIKANKU
Sahabatku sayang, Betapa ramai orang yang di sebut di dalam al Quran meminta dengan Allah peluang untuk dihidupkan di dunia semula supaya dapat mengerjakan amal soleh, namun segalanya sudah TERLAMBAT. dunia telah pun hancur dan kitab amaln telah diberikan bersedia atau tidak, kita mesti menerimanya. Ayuh! jangan berlengah. pergunakan masa yang ada dengan sebaiknya. jangan ditipu dengan fitnah dunia. jangan ditipu dengan cerita gossip hiburan yang melampau di dalam fb dan tv.  kita yang akan di jemput Allah pada BILA-BILA MASA sahaja. ya DIRI KITA.


AMBIL CUTI ATAU TIDAK?
Kita manusia, bukan robot. Sistem biologi kita ada hadnya. Adakala kita tidak sihat dan memerlukan rehat yang lebih berbanding keadaan biasa. Mengambil cuti tidak salah, namun sebagai pekerja yang berdedikasi dan amanah, elok juga untuk kita menguruskannya dengan bijak dan sistematik. Berikut panduan setiap kali kita mengambil cuti.

¤ PEKA KEPADA KEADAAN FIZIKAL
Ada baiknya kita mempunyai kepekaan pada badan seperti kebas-kebas, ruam, bengkak, perubahan fungsi organ dan lain-lain. mengesannya lebih awal adalah lebih baik daripada membiarkannya melarat.

¤ AMBIL TINDAKAN AWAL
 Adakala sakit dapat dielakkan dengan beberapa langkah awal seperti mengambil supplement. Jaga kesihatan kita.

¤ JIKA SAKIT, DAPATKAN SURAT PENGESAHAN DOKTOR
Elakkan ‘mengesahkan’ penyakit anda sendiri. Jangan berpura-pura sakit. Ada kriteria dan tahap tertentu apabila seseorang itu boleh diberi pelepasan cuti. Serahkan pada doktor.

¤ JANGAN TIPU SURAT SAKIT
Ada orang yang memberi surat sakit palsu. Ada juga yang ‘membeli’ dengan harga tertentu. Dan ada yg meminta tolong saudara yang bekerja sebagai doktor untuk memberikan MC. Mereka mungkin selamat untuk beberapa kali, tetapi ingat, berbohong satu dosa yang sangat terkutuk.

¤ JAGA KESIHATAN
Gunakan masa MC anda untuk betul-betul rehat. Jangan melakukan kerja yang berat.

¤ AGIHKAN TUGASAN
Jika ada kerja yang mesti diselesaikan segera, mintalah rakan sekerja anda untuk membantu.

¤ BERTERIMA KASIH KEPADA MAJIKAN
Ucapkan terima kasih kepada majikan atas kelonggaran yang diberikan. Ingat, anda masih menerima gaji walaupun tidak hadir ke tempat kerja.
 
¤ ELAKKAN DARIPADA ‘KETAGIHAN CUTI’
Apabila seseorang itu mula seronok ‘tidak berada di tempat kerja’, maka ia mula ketagih cuti. 
 Pekerja yang selalu tidak hadir dianggap ‘tidak berdedikasi’ oleh majikan.
Sumber : MAHIR




TERPAKSA
~ Bertudunglah walaupun keadaan terpaksa..
~ Solatlah walaupun keadaan terpaksa..
~ Puasalah walau keadaan terpaksa..
~ Bersedekahlah walau keadaan terpaksa..
~ Senyumlah walau keadaan terpaksa..

Kerana kewajiban itu memang kadang kala sifatnya memaksa..
Dari keterpaksaan itu perlahan-lahan kita akan menemukan HIKMAH dan pada akhirnya hati pun menjadi IKHLAS untuk beribadah kepada-Nya. Jika haru
s menunggu keikhlasan hati lebih dulu untuk beribadah, sampai bila nak menunggu...??
HIDAYAH bukan untuk DITUNGGU, melainkan DICARI.


TIP DIKRITIK ATAU MENGKRITIK
Langkah –langkah hiburkan jiwa tatkala dikritik.

 Terima kritikan, anggaplah itu ujian.
 Sabar dengan kritikan. Ada orang lebih teruk dikritik.
 Syukur atas ujian.
 Muhasabah kesilapan.
 Bertindak. Betulkan yang silap. Teruskan mana yg kita yakin tidak silap.

APABILA MENGKRITIK PULA :
 Dahulukan baik sangka.
 Fahami punca perbezaan.
 Suarakan pendapat sehikmahnya agar perpaduan dapat dikekalkan.




ALLAH PENDENGAR DOA
‘Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka sesungguhnya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia memohon kepadaKu, maka hendaklah mereka memenuhi (segala perintahKu) dan beriman kpdKu, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.’
(surah al Baqarah2:186)




No comments:

Post a Comment