Google Ads

Friday 30 October 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 130

MENARIK DI DALAM
·        Apabila Dosa Tidak Diendahkan
·        Soalan apakah ini?
·        4 kisah Istimewa
·        Pelik dan lagi pelik


APABILA DOSA TIDAK DIKISAHKAN

 Hati Semakin Mengeras

‘Maka ketika mereka menyeleweng, Allah selewengkan hati mereka. Dan sememangnya Allah tidak memberi hidayah kepada kaum yang fasik’(surah al saff 61:5)

 

 Hati Tidak Tenang

‘maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah kepadanya nescaya Dia melapangkan dadanya untuk menerima Islam . Dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Dia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah dia sedang mendaki naik ke langit’. (Surah al An’am 6:125)

 

 Meremehkan Kesalahan

‘sesungguhnya orang Mukmin melihat dosanyanya seperti gunung yang dibimbangi runtuh menimpanya. Sedangkan orang yang berdosa itu melihat dosa-dosanya seperti lalat yang hinggap di hidungnya lalu dihalaunya sahaja . (Riwayat Al Bukhari)

 

 Gelap hati dan air Muka

Ibnu Abbas berkata ‘sesungguhnya amal kebaikan mencahayakan muka, nur dalam hati dan lapang rezeki, kuat badan dan menyebabkan orang suka kepadanya. Amal buruk pula menggelapkan muka, gelemat dalam kubur dan hati, lemah badan, sempit rezeki dan membuatkan orang marah kepadanya’.

 

 Payah Mendapat Ilmu

‘oleh itu hendaklah kamu bertakwa kepada Allah, dan Allah mengajar kamu. Dan Allah mengetahui akan tiap-tiap sesuatu’. (Surah al Baqarah  2:282)

 

 Hilang Sikap Cemburu dan Malu

 Semakin Payah Untuk Beramal Soleh

 Lupa tentang nasib diri

 Semakin membuat dosa

 Musibah bertimpa-timpa

 

 Bencana Alam

‘telah timbul pelbagai bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia, kerana Allah hendak mereka rasakan sebahagian akibat perangai buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)(Surah al Rum 30:41)  

 


MUHASABAH
Mengenal Allah tidak cukup dengan ketajaman akal tetapi perlukan kebersihan hati.


SOALAN APAKAH INI?
             Setelah menduduki satu ujian akhir semester, sseorang pelajar cemerlang menemui profesornya. Tujuannya hanya satu, untuk bertanya kewajaran soalan terakhir dalam kertas soalan tersebut.
‘prof, adakah soalan terakhir itu dikira sebagai sebahagian daripada markah peperiksaan akhir?’ ’ya sudah tentu’. ’tapi prof, soalan itu luar dari sukatan dan tiada kena mengena dengan mata pelajaran ini’. ’kamu silap, ini ada kaitan  dengan sukatan pelajaran’. ’mungkin prof terlupa, soalannya berbunyi “siapakah nama tukang cuci Jabatan Kejuruteraan Aeronautik?” Bagi saya , soalan ini tiada langsung kaitan dengan kursus yang saya ambil!’ ’pelajar seperti kamu tidak hanya semata-mata cemerlang dalam peperiksaan. Teori hanya sebahagian kecil daripada proses pembelajaran. Teori perlu dipraktikkan. Tetapi teori dan praktikal pun belum cukup. Sikap peduli seorang mahasiswa mengenai masyarakat sekelilingnya jauh lebih penting walaupun kamu nanti mungkin hanya akan bekerja dgn mesin.  
            Pengajaran
Kita sering melakukan sesuatu berdasarkan apa yang tercatat di atas kertas. Kita ibarat robot yang sangat patuh kepada mesin. Hakikatnya Islam membawa saranan agar mementingkn nilai kemanusiaan. Sebaik-baik manusia ialah manusia yang bermanfaat kepada manusia lain.  
Sumber : Angguk Geleng


4 KISAH ISTIMEWA
Dalam surah al kahfi terdapat 4 kisah unik yang tidak berulang dalam surah-surah lain.
% Pemuda kahfi
% Perguruan Nabi Musa dan Khidir
% Zulkarnain
% Dua Pemilik kebun
‘sesiapa yang membaca surah al kahfi pada hari jumaat maka dia akan mendapat pancaran cahaya antara jumaat yang dilaluinya’.
(Riwayat al Hakim)




MUHASABAH
Ilmu berbuah amal. Makrifah berbuah akhlak. Sesiapa yang mengenal Allah dengan sebenar-benarnya, maka dia akan meniru akhlak Allah dalam berinteraksi dengan manusia.

AUDIT DIRI

Setiap saat dalam hidup kita, jika tidak berpahala, maka berdosa lah jawabnya. Selagi nafas menghembus, selagi itu kita dalam pertarungan untuk memperbanyakkan pahala dan mengurangkan dosa.

PELIK DAN LAGI PELIK
Antara sebelum dengan semasa Ramadhan, seolah-olahnya kita orang yang berlainan

Sebelum Ramadhan
->membaca al Quran dua tiga kali sehari pun belum tentu
->berpuasa sehari sebulan pun berkira-kira
-> solat witir satu rakaat sebelum tidur pun susah, apatah lagi 2 rakaat solat malam nanti

Namun semasa Ramadhan
->Tiap-tiap hari membaca al Quran. Sebulan ini mesti khatam 30 juzuk, 604 muka surat.
->tiap-tiap hari menahan lapar dan dahaga, biasa sahaja
-> berpuluh-puluh  rakaat solat malam. Jika lupa solat witir sebelum tidur, sanggup melakukannya sebelum sahur.Pelik bukan?

Dan lagi pelik
Kerana selepas Ramadhan, Kita menjadi seperti sebelum Ramadhan semula. Tiada lagi amalan itu dan ini pada setiap hari.  

Kenapa ya?
Sekali lagi syaitan dipersalahkan. Sepanjang Ramadhan kita melatih iman, begitu mudah dikalahkan syaitan yang dibelenggu sebulan? Setidak-tidaknya melekat juga satu dua amalan yang dirutinkan selepas Ramadhan.

Barangkali
Kita memang tidak berniat untuk meneruskan amalan selepas Ramadhan. Yang kita kejar hanya pahala Ramdhan sahaja. Kita tidak pernah mengimpikan biarlah Ramadhan itu sebulan, tetapi  kekalkanlah semangatnya setahun, ya Allah.

Tetapi..
Bukankah matlamat sebenar disebalik puasa Ramadhan itu ialah takwa, bukan pahala. ‘wahai orang mukmin, difardukan ke atas kamu berpuasa sebagaimana difardukan ke atas kaum sebelum kamu, mudah mudahan kamu bertakwa’. (surah al baqarah 2:183) orang bertakwa ialah orang yang giat mengumpul bekalan amal soleh pada setiaap ketika demi bertemu Ilahi. Bukan bermusim. 

Adakah fenomena pelik ini berulang lagi pada bulan Ramadhan tahun depan?
Sumber : Katadua



No comments:

Post a Comment