Google Ads

Saturday 31 October 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 132

MENARIK DI DALAM
·        Naik
·        Menangis di Dunia, Ketawa di Akhirat
·        Kerana Memudahkan Urusan Orang Lain
·        Harga Segelas Susu
·        Tangisan Berpahala


NAIK
Sering kali ungkapan ini singgah di telinga ‘kalau nak naik susah, tetapi untuk turun mudah sangat’. Payah untuk ‘naik’ sebagai orang yang berjaya, mudah untuk jatuh terduduk kerana gagal. Dalam banyak situasi, beginilah yang terjadi. Dalam isu kepenggunaan, kita akan melenting jika dikhabarkan harga barangan akan naik. Bukan sahaj pesakit diabetes, bahkan kita yang sihat gelisah jika paras gula makin naik. Malah manusia tidak betah berdiam diri jika darahnya naik! Bukan itu sahaja, insan lekas naik angin sekiranya kemahuannya tidak dilayan. Sebentar! Bukan semua kenaikan membawa makna negatif. Ada kenaikan yang bukan sahaja mendatangkan ketenteraman diri, malahan Allah sayang lebih! Itulah meter keimanan manusia. Meter iman naik, makin bertambah ketaatan kepada Allah. Semakin sayang Allah kepada hamba tersebut. Banyak sekali ayat ayat al Quran yang menceritakan ganjaran kepada golongan yang taat kepadaNya. Antaranya ’dan kami tambahkann petunjuk kepada mereka ’(Surah al kahfi 18:13) dengan melaksanakan kebaikan bererti meter iman sedang naik. Oleh itu ayuh kita naikkan meter keimanan, kelak Allah akan melimpahkan rahmat dan petunjukNya selama hidup di dunia dan akhirat.   

MENANGIS DI DUNIA, KETAWA DI AKHIRAT

Dengan menangis di dunia, orang mukmin akan ketawa di akhirat. Di sanalah tempat hati dan jasad berehat. Di destinasi terakhir itu tidak akan ada lagi tangisan. Semuanya ketawa ria. Dan itulah ketawa yang terbaik!

 

 

 


ASMA UL HUSNA

36. AL ALIYY
(Maha Tinggi Martabatnya)
Zikir sebanyak-banyaknya insyaAllah akan terbela nasib mereka yang mmbaca asma ini.

37. AL KABIR (Maha Besar)
Dibaca 100 kali setiap selesai solat fardhu, akan dibukakan Allah SWT pintu ilmu dan makrifat baginya. Jika ia berhutang, insyaAllah akan berkemampuan melunaskan hutangnya.

38. AL HAFIZ (Maha Menjaga)
Dibaca 16 kali setiap hari, dengan Izin Allah akan terselamat dari malapetaka.

39. AL MUQIT
(Maha Mencukupkan)
Dibaca berulangkali ke dalam segelas air dan diberi minum kepada anak  yang buruk perangainya , dengan Izin Allah akan berubah peramgai anak itu kepada yang baik. 

40. AL HASIB (Maha Menghisab)
Zikirlah setiap hari, dengan Izin Allah akan terhindar daripada bahaya dan bebas daripada rasa takut.

Sumber : Buku Kisah Inspirasi Asma ul Husna  



KERANA MEMUDAHKAN URUSAN ORANG LAIN
Para malaikat menerima roh seorang lelaki daripada umat sebelum kamu lalu bertanya ’Adakah kamu pernah melakukan apa-apa kebaikan?’
Dia menjawab ’Tidak!’ Malaikat menyatakan ’cuba ingat-ingat’. Dia menjawab ’Dahulu aku memberi hutang kepada orang ramai. Kemudian aku mengarahkan kepada orangku supaya memberi tangguh kepada mana-mana kesusahan (masih tidak mampu, perlukan masa) dan mengabaikan mana-mana yang kesulitan (tidak mampu langsung). Lalu Allah mengarahkan ‘abaikan dosa-dosanya’.
Riwayat al Bukhari dan Muslim





HARGA SEGELAS SUSU
             Seorang budak lelaki miskin berjalan dari rumah ke rumah untuk menjaja kerepek yang diusahakan oleh ibunya. Menjelang tengahari, dia sudah berasa lapar, namun tidak mahu pulang selagi belum habis jualannya. Bagi menghilangkan rasa lapar, dia berhajat meminta segelas air dari sebuah rumah yang berdekatan. ‘Kakak, boleh berikan saya segelas air?’direnung wajah budak yang kelihatan lesu dan sayu itu. ‘tunggu sebentar ya’. Seketika kemudian wanita itu keluar dengan segelas susu di tangannya. Budak itu terus minum tanpa berlengah. ‘berapa ya saya berhutang dengan kakak?’katanya sambil menyeluk saku poketnya. ‘tak perlu bayar’. ‘tetapi saya hanya minta air kosong, mak saya ajar jangan ambil apa-apa daripada orang lain tanpa bayaran’. ‘kalau begitu bayarlah dengan ucapan Alhamdulillah dan terima kasih’. ‘ok, alhamdulilah dan terima kasih kakak!’. Budak itu beredar dan kembali menjaja kerepeknya. Entah bagaimana, dia berasa begitu bertenaga dan penatnya hilang . Bukan semata-mata kerana segelas susu itu, malah lebih daripada itu, kerana sifat pemurahnya wanita itu walaupun tidak dikenalinya, beberapa tahun berlalu, wanita tersebut diserang penyakit yang serius. Dia dirawat di hospital di Bandar tersebut dengan kelolaan doktor pakar. Rupa-rupanya doktor pakar yang merawat  wanita itu adalah budak lelaki yang pernah diberinya segelas susu suatu dulu. Si doktor masih mengenali wanita tersebut walaupun sudah berusia. doktor muda itu merawat wanita itu sehingga sembuh. Malah bil hospital pun ditanggungnya tanpa pengetahuan wanita itu. Setelah wanita itu sihat sepenuhnya, tiba kepadanya sekeping bil hospital. Di atas bil itu tertulis ’bil ini telah dijelaskan dengan segelas susu. Alhamdulillah dan terima kasih –Doktor Muhammad’. 

Pengajaran
Walaupun kecil bantuan yang dihulurkan namun disertai dengan niat yang ikhlas, impaknya tidak terjangkau oleh imaginasi kita. Hakikatnya bantuan Allah sering ada di mana-mana, dalam pelbagai bentuk dan kadang-kadang melalui perantaraan orang yang berada berdekatan dengan kita.
Sumber : Angguk Geleng



 TANGISAN BERPAHALA
Menangislah kerana Allah. Bagaimana? Menangis kerana Allah itu adalah apabila:
 Menangis Kerana Takut Kepada Allah
Seorang hamba wajib takut kepada kemurkaan dan azab Allah. Takut kepada Allah akan menyelamatkan kita daripada azab Api neraka. Suatu hari Sayidatina Aisyah melihat Rasullah menangis, lantas bertanya kenapa. Rasulullah bersabda ’aku teringat akan azab neraka, itulah yang membuatku menangis’
 (Riwayat al Tirmizi)

 Menangis kerana Rindu dan Cinta Allah
Rasa rindu kepada Allah, inginkan keampunandan kecintaannya, boleh menyebabkan air mata mengalir. Cuba kita lihat betapa sensitifnya orang yang sedang bercinta. Mulut sentiasa menyebut, hati mengenang dan air mata mudah tergenang.

 Menangis Kerana Kecintaan Kepada Rasulullah
Cinta kepada Rasulullah bukan hanya dari kata-kata yang terzahir di mulut tetapi yang terbit di hati yang ikhlas. Pasti mengalirkan air mata jika kita benar-benar rindu akan Rasulullah.

 Menangis kerana rasa Kasihan dan rasa Kasih kepada Jenazah
Rasulullah telah menangis ketika putera baginda Ibrahim dan puterinya meninggal dunia. Rasulullah bersabda ’Air mata boleh mengalir, hati boleh bersedih, tetapi kita tidak boleh mengatakan sesuatu kecuali yang dapat membuat Allah redha. Dan kami wahai Ibarahim, sedih dengan pemergianmu’. (Riwayat al Bukhari dan Muslim)
Menangis kerana pemergian orang yang tersayang tidak salah,

 Menangis kerana khuatir dan simpati Kepada Nasib Umat Islam
Nabi Muhammad saw sering menangis dan bimbang akan nasib umat baginda. Inilah natijah kasih sayang dan rasa cinta Rasulullah kepada umat.

 Menangis Kerana Membaca atau Mendengar al Quran
Kita dituntut menangis apabila membaca al Quran yang menceritakan azab neraka, kemurkaan Allah dan pengampunan Allah.

 Menangis ketika Berdoa Kepada Allah
Berdoa itu bukan kerja lidah, tapi kerja hati. Sebb itulah hati pasti akan menangis jika betul-betul menghayatinya.  
Sumber : Solusi Isu 62



           







No comments:

Post a Comment