Google Ads

Sunday 18 October 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 105

MENARIK DI DALAM
·        Baiknya Allah
·        Paling Bahagia
·        Tidak Boleh Menimpakan Bahaya
·        Kaedah Memadam Kebaran vs Memerangi Jenayah
·        Maaf
·        Lain Sakit, Lain Yang diinject
·        Hanya Ini Pinta Allah
·        Kanan



Assalamualaikum
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Tuhan Yang Menciptakan sesuatu daripada tiada kepada ADA.  Tuhan yang menggerakkan jantung kita disaat kita tidur. kita langsung tak upaya memerintahkan darah untuk beredar di seluruh badan kita, apatah lagi menggerakkan anggota badan kita.

Sahabatku
Subhanallah. Allah sangat baik dengan kita. Allah masih lagi mengurniakan deria penglihatan di saat kita menonton rancangan entah apa-apa yang tidak memberikan sebarang faedah walau sedikit pun. Allah tetap memberikan kita suara disaat kita sibuk mengata artis yang telah hanyut, di saat mulut berbisa sekali menceritakan keburukan rakan sendiri, Allah juga tetap kurniakn kita otot yang masih berfungsi di saat kita amat malas dan bertangguh-tangguh mengerjakan solat kepadaNya. Allah nampaknya tidak terus menghukum kita, di saat kita melakukan kesalahan dan dosa , kemungkaran dan kemaksiatan. Allah tetap memberikan kita peluang dan ruang untuk berubah dan berhijrah.

Sahabatku
Apakah hikmahnya? kenapa Allah tidak terus menghukum? pada akal kita, patut terus hukum jadi kita tahu ianya satu kesalahan. Tetapi Maha pengampunnya Allah swt. Dia ingin kita bertaubat selepas kita buat salah. Allah memberi peluang kepada kita untuk menuturkan kalimah suci memohon Ampun kepadaNya. Peluang demi peluang diberikan, namun kesalahan demi kesalahan yang kita lakukan.

Sahabatku
Apabila pelajar menjawab dia tidak solat dan tidak takut jika tidak solat. Alamatnya dan petanda itu sangat bahaya. itulah petanda bahawa jiwanya telah rosak. tiada lagi iman di hatinya. Betapa dia tidak yakin yang solat itu dapat mencegah diri dari melakukan kemungkaran. Dan betapa dia tidak meyakini bahawa ada malaikat kiri dan kanan mencatit setiap amal dan perbuatannya. apatah lg untuk dia meyakini bahawa Allah bersamanya. Jauh sekali. subhanallah. apakah sistem pendidikan telah goyah dan lumpuh kerana tidak berjaya melahirkan pelajar yang celik iman? ataupun institusi kekeluargaan yang sebenarnya goyah dan luntur imannya disebabkan oleh kesibukan SEMUA orang? Sibuknya kita, sibuknya dia dan sibuknya mereka, dengan perkara DUNIAWI.
Editor , Norazila Khalid



PALING BAHAGIA
Orang yang paling bahagia ialah orang yang melupakan keburukan orang lain terhadap dirinya dan melupakan kebaikan dirinya terhadap orang lain




HADIS 32
TIDAK BOLEH MENIMPAKAN BAHAYA
 Daripada Abi  ral—Abbas Sa’id  Sa’d bin Malik bin Sinan al Khudri r.a berkata, Rasulullah saw bersabda ‘Tidak boleh menimpakan bahaya (kepada orang yang tidak bersalah) dan menimpakan balasan yang membahayakan (melanggar syariat)’ dan ‘Tidak boleh menimpakan bahaya kepada diri sendiri dan orang lain’.
Sumber : Hadis 40 Imam Nawawi


KAEDAH MEMADAMKAN KEBAKARAN VS MEMERANGI JENAYAH

Memerangi jenayah sama seperti memadamkan satu kebakaran. Dalam satu latihan kebakaran, kita diajar bahawa api tidak dapat dipadamkan sekiranya semburan air atau buih ditujukan kepada nyalaan api bahagian atas. Sebaliknya, semburan itu mestilah dihalakan kepada puncanya di bahagian bawah. Ini kerana di bahagian bawah terdapat punca kebakaran itu. Sayangnya usaha memerangi jenayah tidak mematuhi prinsip ini. Kita terlalu bergantung kepada usaha yang bersifat luaran, sedangkn punca jenayah adalah dari dalam. Jenayah berlaku dari dalam ke luar bukan dari luar ke dalam. Maka, kaedah menanganinya juga sewajarnya begitu. Bagaimana sifat-sifat buruk boleh terbina dalam diri manusia? Apakah punca yang melahirkn sifat marah , hasad, rakus, tamak dan lain-lain dalam diri seseorang? Kemudian fikirkan cara yang terbaik untuk menanganinya. Jika ini dapat dilakukan, maka tidak perlu lagi kita ’menunggu’ sehingga seseorang melakasanakan jenayah, baru kita bertindak. Sebaliknya, sebaik sahaj dia memiliki sifat mazmumah kita sudah bertindak! 

 

 Sumber : Buku


MAAF
Dunia ini luas bagi pemaaf dan dunia ini terasa sempit bagi yang sukar untuk memaafkan
Dunia ini lapang bagi yang mampu meminta maaf dan ia terasa lebih lapang bagi orang yang menerima maaf


           


LAIN YG SAKIT, LAIN YG DIINJECT
‘Remaja kita sudah tidak terkawal lagi. tengoklah, macam-macam jadi.. Bohsia, jenayah, ponteng sekolah, dadah dan macam-macam lg masalah. Mengapa mereka ni degil sangat? Tak macam kita dulu? Dulu kita digertak emak ayah, kecut  dan dirotan apa lagi. Tapi sekarang, kita pula digertaknya. Leter lebih-lebih, lari pula dari rumah. Apa pendapat awak? ’ .
‘sebelum nak kawal remaja, kita kawal dulu pengawalnya’
‘maksud awak?’
‘kita perlu bermula dengan pengawal remaja. Maksudnya, kita yang tua-tua ni. Masalah ini bermula dengan ibubapa, guru-guru, serta pemimpin masyarakat’.
 ‘itu saya sedar, tapi fokus kita sekarang adalah remaja’.
‘remaja di tangan kita, kita yang mencorakkannya,. Mereka sakit kerana kita sakit. Jadi bagaimana orang yang sakit boleh mengubat orang sakit? Awak pernah dengar tak bapa cabul anak dan dera anak sendiri? Dan awak pernah dengar tak guru rosakkan murid perempuannya? Dan pemimpin mempunyai hubungan sulit?’. 
‘inilah yang susahnya, Pega makan padi, tapi itu hanya segelintir’.
‘ya, yang dah sampai ke tahap itu memang segelintir. Tetapi bagaimana dengan yang mengabaikan tanggungjawab?’ .
‘tanggungjawab apa?’
‘awak tengok, anak-anak dari awalnya mesti dididik. Dalam islam didikan dimulakan dengan dikenalkan mereka dengan Allah, syurga dan neraka, pasti di terdidik. Itulah iman namanya. Semasa kecil, mereka umpama kain putih, kita yang mencorakannya. Apa yang kita corak dulu? Sekarang bila dah besar, bila mereka dah buat macam-macam masalah , barulah kita sedar yang kain putih tadi telah kita cemarkan. Jadi, siapa yang salah?, mereka yang dicorakkan atau kita pencoraknya?. Masalah bohsia, dadah, jenayah dan apa jua masalah remaja adalah buah kepada masalah kita. Mereka menjadi buah, kitalah pokoknya. Kalau buah busuk, jangan salahkan buahnya, salahkan pokoknya ’
‘ya juga. Contohnya ada remaja yang lari dari rumah.. Sebab kita suami isteri kadang-kadang asyik bergaduh’
‘banyak lagi. semuanya berpunca dari diri kita. Iman kita yang lemah. Apabila kita lemah, kita gagal bertanggungjawab sebagai ibubapa, guru dan pemimpin,  saya tetap berpendapat bahawa selagi kita tak diubati, selagi itulah remaja akan terus sakit. Tunggulah, macam-macam lagi yang akan timbul ’
‘hai, teruklah kalau begini. Nampaknya awak pesimis’
‘remaja kini tidak ada kekuatan diri untuk melawan godaan nafsu. Sebab itu penekanan terhadap iman penting. Hanya iman boleh melawan nafsu dan menghalang manusia melakukan kejahatan tanpa kawalan dan pengawasan. Ini bukan bererti pengawasan tidak perlu, tetapi apabila iman kuat, rasa diawasi oleh Allah itu sudah kuat, maka itulah nanti yang akan menghalang remaja daripada melakukan kejahatan ’
‘kita sudah ada penekanan berdasarkan nilai etika dan moral’
‘etika dan moral berasaskan sifat kemanusiaan. Tetapi iman berasaskan sifat ketuhanan. Ia tumbuh dan berakar dalam hati, bukan pada akal. Ia kekeyakinan, bukan pemikiran semata-mata’.
‘kalau demikian, logiklah kita yang salah’
‘memang, selama ini proses kita kenalkan Allah kepada anak-anak cukup dangkal. Ambil mudah. Tidak seserius kita buat terhadap hal-hal lain. Hasilnya ramai anak kenal ninja turtle dulu daripada kenal Allah dan Rasul hingga mereka lebih cekap meluncur roller blade daripada solat, yakni menghadap Allah. Apabia mereka telah remaja, mereka terdedah dengan pergaulan bebas, pendedahan aurat, dan budaya lucah dalam media. apalagi, benteng iman memang sudah tidak dibina sejak kecil , godaan pun datang, maka renyuklah remaja dikerjakan oleh nafsu’.
 ‘betul kata awak, bila dah jadi begitu, tak patut kita salahkan mereka. tangan kita sendiri yang menempa. Nampaknya kita kena selesaikan dulu orang yang nak selesaikan masalah remaja. Kena ubat doktor dululah nampak gayanya?.
‘begitulah. Kadang-kadang dalam mengubat sseorang pesakit, injection tidak dikenakan pada tempat yang sakit. Misalnya paku kena di kaki, lengan pula yang di inject! Hai bayangkan kalau paku kena kaki, di kaki itu juga yang diinject’. 
Sumber : Beduk di ketuk





HANYA INI PINTA ALLAH

Allah berfirman kepada Ahli Neraka yang paling ringan seksaannya pada hari kiamat. Seandainya kamu mempunyai sesuatu di dunia, apakah kamu akan menebus dengannya?’
Dia menjawab ‘Ya’. Allah berfirman ‘Aku menghendaki daripada kamu yang lebih ringan daripada ini semasa kamu berada dalam tulang rusuk Adam lagi iaitu janganlah kamu menyekutukan Aku dengan sesuatupun. Tetapi kamu menolak dan menyekutukan aku’.

(Riwayat al Bukhari dan Muslim)



KANAN
          Seandainya diajukan soalan mahu berada dalam golongan kanan atau kiri, pasti jawapannya kanan. Perkataan kanan sering digunakan untuk merujuk kepada perkara yang baik-baik, perbuatan yang elok, penghormatan dan jawatan tinggi.
          Rujuklah surah al waqiah (ayat 28-40) menceritakan kenikmatan untuk golongan kanan. Dalam kehidupan , anggota kanan digunakan untuk macam-macam perkara. Kaki kanan melangkah ketempat yang baik, tangan kanan melakukan kebaikan, telinga kanan mendengar perkara baik-baik.
          Awas, jalan untuk berada dalam gerombolan ini tidak mudah. Kerja keras dan kesabaran di dunia memungkinkn kedudukan ini dimiliki. Bukan bergoyang kaki, berangan mahu memiliki kesenangan ini.
Sumber : Solusi









No comments:

Post a Comment