Google Ads

Friday 16 October 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 101

MENARIK DI DALAM
·        Enam rintangan
·        Menghayati Sunnah , menghindari Bidaah
·        Mendidik Diri Untuk Mendidik
·        Usah Hilang Penghormatan
·        Istiqamah vs Karamah
·        Seksaan Buat Penentang Islam

Assalamualaikum
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Tuhan yg Maha Adil dan sangat mengasihi hambaNya walau sebesar manapun ujian yang menimpa hambanya, itulah petanda Allah amat menyayangi kita. supaya kita kembali kepada Allah.

Sahabatku
Soleh atau solehahkah kita? cuba lihat perkongsian saya pada kali ini, UJIAN ORANG SOLEH
"Seseorang tidak akan mencapai darjat kesolehan, kecuali beliau dijangka melalui enam (6) rintangan;
1) ditutup pintu kemuliaan dan dibuka pintu kehinaan,
2) ditutup pintu nikmat dan dibuka pintu kesukaran,
3) ditutup pintu istirehat dan dibuka pintu perjuangan,
4) ditutup pintu tidur dan dibuka pintu jaga,
5) ditutup pintu kekayaan dan dibuka pintu kemiskinan,
6) ditutup pintu harapan dan dibuka pintu bersiap menghadapi maut.

Sahabatku
ketahuilah bahawa untuk menjadi orang soleh tidak semudah ABC. ia perlukan mujahadah dan perjuangan yang amat jitu. jika kita hanya mahukan kesenangan semata-mata, maka kita belum lagi soleh. kerana orang yang baik pasti akan diuji Allah dengan sedikit kesusahan kerana dengan kesusahan itu, kita akan kerap menyebut nama Allah, jika kita sentiasa dalam kesenangan maka kita akan terus lalai dalam mengingati Allah, apatah lagi menyebut nama Allah.

Sahabatku,
Orang yang soleh sentiasa merindui kematian. bukan mengingati mati, malah merindui untuk mati. kerana di sana kita akan bertemu dengan Allah, kekasih yang Azali. bertemu dengan Allah adalah kemuncak segalanya bagi orang soleh. maka dengan itu, dia sanggup dan redha dengan segala ketentuan Allah di dunia ini.
                                                      Editor , Norazila Khalid                             


HADIS 28
MENGHAYATI SUNNAH DAN MENGHIDARI BIDAAH
 Daripada Abu Najih al Irbad bin Sariah r.a berkata Rasulullah SAW menasihati kita dengan nasihat perpisahan yang menggetarkan hati dan membuat air mata jatuh bercucuran. Kami bertanya ‘ Wahai Rasulullah, nasihat itu seakan-akan nasihat terakhir. Oleh itu berikanlah kami wasiat’. Nabi SAW bersabda ‘ Saya memberi wasiat kepadamu agar tetap bertaqwa kepada Allah Azzawajalla, mendengar dan taat walaupun yang memerintahkanmu adalah seorang hamba. Sesungguhnya, sesiapa antara kamu masih hidup nescaya bakal menyaksikan banyak perselisihan. kerana itu berpegang teguhlah kepada sunnahku dan sunnah khulafa Al-Rasyidin yang lurus. Dan berpeganglah kepada sunnah2 yang kuat dan jauhilah olehmu akan hal-hal yang baru yang diada-adakan (bidaah) kerana sesungguhnya semua bidaah adalah sesat ‘
Sumber : Syarah Hadis 40 Imam Nawawi



MENDIDIK DIRI UTK MENDIDIK
          Seorang pendidik tidak mampu muncul sebagaimana munculnya matahari di pagi hari tanpa sebarang paksaan. Ia juga tidak lahir ke dunia pada saat kelahirannya tanpa sebarang asuhan dan didikan. Mendidik tidak mampu dicapai dengan kuasa sakti untuk menjadikan kita pendidik yang berjaga. Ia juga tidak semudah ‘superman’ yang bertukar menjadi orang yang kuat dalam beberapa saat. Ia juga tidak mampu dikuasai dalam sekelip mata sebagaimana ahli silap mata.
          Bahkan untuk menjadi ibubapa yang berjiwa pendidik memerlukan kepada persiapan, perancangan dan latihan. Persiapan mental dan fizikal diperlukan untuk memikul amanah ini. Perancangan dalam melakar diri menjadi seorang pendidik yang bermatlamat dan bijaksana. Juga latihan dalam mengasah kemampuan diri dalam mendidik anak-anak. justeru, untuk menjadi pendidik yang berkesan memerlukan usaha yang berterusan.
          Semua ini bermula dengan ilmu. Ilmulah yang menyuluh dan menerangi ssepanjang tersebut. Tanpa suluhan ini, kita tidak mampu untuk memimpin diri sendiri, apatah lagi untuk memimpin anak-anak kita berjalan ke lorong yang selamat.
          Benarlah ungkapan yang berbunyi  ’when you stop learning, you stop leading’ (apabila anda berhenti belajar bererti anda berhenti memimpin termasuk memimpin diri sendiri) mendidik diri perlu untuk mendidik orang lain terutama anak-anak. itulah antara kebenaran perkataan ’leaders are learners’. Pemimpin ialah orang yang belajar. 

Sumber : MELAHIRKAN ANAK PENCINTA AL QURAN


USAH HILANG PENGHORMATAN
‘Jangan terlalu ekstrem’
‘bukan begitu, menutup aurat ada tujuannya. Tercapaikah tujuan untuk penutupannya? jk tidak, hakikatnya mereka masih terdedah’
‘aku tidak faham. Maksud kau?’
‘seperti juga solat. Tujuannya untuk mengingati Allah, kesannya pasti dapat mencegah kejahatan dan kemungkaran. Begitu maksud al Quran apabila menjelaskan tujuan solat didirikan. ’
‘lantas?’
‘jika solat tidak mencapai tujuan, pasti ada sesuatu yang menyimpang. Samalah seperti hukum menutup aurat, tujuannya menjaga akhlak dan kehormatan. Maknanya, kalau sudah menutup aurat, tetapi masih tercalar akhlak dan kehormatan, tentu ada salah dalam penutupannya ’.
 ‘jangan ekstrem sangat. Tutup aurat bukan bererti kita tutup keindahan. Tak salah berhias, menarik dan cantik’.
‘keindahan mesti didasari oleh kebenaran. Ingat setiap keindahan tidak semestinya satu kebenaran’. 
‘jadi kebenaran menolak kaindahan?’.
‘kebenaran itu satu keindahan! ’
‘hormati, itukan era transisi.’ .
‘transisi, apa maksudmu?’.
‘sebelum lengkap bertudung..errr maksud aku menutup aurat, biarlah mereka berskaf dahulu. Itu pun dah baik dari sebelumnya yang langsung tidak menutup aurat’.
‘transisi ke arah mana? aku tidak bercakap tentang orang yang tidak bertudung langsung. Tetapi aku bercakap tentang orang yang dulunya tidak bertudung, kemudian bertudung, kemudian berskaf sahaja. Ini transisi ke arah mana? Nak bertudung semula atau taknak bertudung semula?’.langkah pengalihan mesti diiringi dengan pengisian. Jangan tutup kepala sahaja tetapi isi kepala yang ditutup dengan ilmu. Mereka yang tidak hadir majlis ilmu lebih 40 hari, hati mereka akan menjadi gelap. Kemudian cari kawan-kawan yang sehaluan. Penghayatan agama kita dipengaruhi oleh kawan-kawan kita’
‘kau kata mereka tidak ada ilmu?’.
‘bukan begitu. Menuntut ilmu mesti berterusan. When you stop learning you stop leading– maksudnya jika kita berhenti menuntut ilmu, kita akan berhenti memimpin. Sekurang-kurangnya memimpin diri sendiri ’
‘sekali lagi kau meragui ilmu mereka?’.
‘ada sebab untuk aku meraguinya. Maaf, aku pun bukan baik . Tetapi kita tidak boleh berdiam melihat kejahilan berkata-kata’.
‘maksud kau?’
‘ada yang berkata. Dia masih menutup aurat kerana dia memakai rambut palsu! Bayangkan apa yang orang begini faham tentang hukum menutup aurat? Pernahkah dia mendengar tafsiran surah an Nur? Pernah dia belajar tafsiran hadis tentang aurat wanita Islam? ’
katakan yang benar walaupun pahit
sumber : Beduk di ketuk





ISTIQAMAH VS KARAMAH
            Seorang ulama telah mengajar di sebuah madrasah selama 40 tahun dengan tekun. Dia tidak pernah ponteng walaupun sekali melainkan apabila uzur syarii. Namun ketekunan ulama tua itu tidak dihargai oleh sebahagian besar anak muda yang menuntut  ilmu dengannya.
          ‘selama kita belajar dengannya, sedikit pun tidak terserlah keluarbiasannya’. Kata salah seorang anak muridnya. ‘berbanding dengan guru lain di tempat kita, guru kita tidak mempunyai apa-apa keistimewaan. Semua yang ada padanya biasa-biasa sahaja’.tambah yang lain. ‘Betul, aku dengar guru di kampung sebelah pernah mengeluarkan cahaya dicelah-celah jarinya. Malang betul nasib kita..’
          Akhirnya sungutan-sungutan itu sampai juga di telinga ulama tua. Lalu beliau bertekad untuk memberi pengajaran yang berguna kepada anak-anak muridnya. Ketika mengajar pada suati hari, beliau dengan sengaja telah melepaskan kapur ketika menulis di papan hitam. Namun anehnya kapur itu tidak jatuh, sebaliknya terus bergerak dan menulis perkataan yang hendak ditulis oleh ulama tua itu.
          Melihat kejadian aneh itu semua anak muridnya berdiri dan melopong kekaguman. Mereka tidak sangka guru yang mereka anggap lekeh selama ini turut memiliki karamah. Melihat kekaguman anak-anak muridnya itu, guru tua itu menepuk papan hitam dengan kuat lantas berkata ‘aku sangat hairan melihat sikap kamu semua. Melihat kapur ini menulis hanya beberapa ketika telah membuat kamu kagum. Bagaimana dengan aku yang telah menulis selama 40 tahun di papan hitam ini?
Sumber : ANGGUK GELENG
  

TERJEMAHAN AL QURAN
SEKSAAN BUAT PENENTANG ISLAM
10. dan bersabarlah terhadap perkara yang dikatakan oleh mereka (yang menentangmu) dan jauhkan dirimu daripada mereka dengan cara yang baik.
11. dan biarkan Aku sahaja bertindak balas terhadap orang yang mendustakan itu, orang yang berada dalam kemewahan , dan berilah tempoh (sedikit masa) kepada mereka.
12. sesungguhnya di sisi Kami disediakan (untuk mereka) belenggu-belenggu dan neraka yang menjulang-julang.
 13. serta makanan yang menjadikan pemakannya tercekik dan azab yang pedih.
14. (azab itu tetap berlaku) pada hari bumi dan gunung ganang bergongcang (serta hancur lebur) dan gunung ganang menjadi timbunan pasir yang mudah bersepah.                      (SURAH AL MUZAMMIL)




No comments:

Post a Comment