Google Ads

Monday 5 October 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 80

MENARIK DI DALAM
·        Syurga Dunia?
·        Fikirkan
·        Sabar
·        Solat
·        Istiqamah
·        Ciri Khas Peribadi Muslim
·        Daging Babi, Curi Tulang dan Curi Masa
·        Tinggalkan Yang Meragukan
·        Mengatasi Halangan Hidup


Assalamualaikum
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Sahabatku
pernah dengar tak syurga dunia? penulis juga agak baru dengar akan istilah ini.  istilah ini datang dari Prof Muhaya, seorang yang tidak asing lagi. syurga dunia ialah apabila seseorang itu ada suami, anak, ada iman dan kewangan yang baik. lihat diri kita sekarang. jika kita mempunyai segala perkara di atas, bersyukurlah kerana kita telah mendapat syurga di dunia. kerana ramai diantara kita yang tidak mendapatkannya lagi.

sahabatku
menurut Prof Muhaya, berapa ramai yang bangun pagi mengucap rasa syukur kerana masih ada anak yang sihat, rumah tidak dirompak, kereta masih ada di depan rumah, kewangan masih baik, dapur masih berasap, kita tidak sedar segalanya yang kita ada kerana kita belum mengalami kehilangannya.tetapi, jika sudah hilang, baru kita akan mula menghargainya.

Sahabatku
Hargailah apa yang di depan kita sekarang. kerana mungkin sekejap lagi kita akan kehilangannya, siapa tahu kan?
                                           
  Editor, Norazila Khalid                         

FIKIRKAN
 Berkata sesuatu yang baik, mudah
Membuat perkara yang baik, susah
Berikhlas dalam membuat perkara yang baik, paling sukar .


TRIVIA (SOALAN KUIZ AGAMA)
1. 1 huruf = 10 kebaikan . Apakah maksudnya?
2. Siapakah sahabat wanita yang paling banyak meriwayatkan Hadis?
3. Di padang Mahsyar kelak, daripada sekian banyak manusia, berapa orangkah yang tidak akan dihisab dan terus masuk ke Syurga?

Jawapan di akhir edisi ini

SABAR
Saat sabarmu semakin tipis
Ketika itulah imanmu semakin nipis
Sabar itu payah kerana ganjarannya indah
Bersabarlah kerana Allah



RUKUN SOLAT (PERKATAAN)
1. Takbiratulihram
2. Membaca al Fatihah (termasuk basmalah)
3. Tasyahud Akhir
4. Selawat ke atas Nabi
5. Salam yang pertama

RUKUN SOLAT (PERBUATAN)
1. Berdiri tegak jika mampu
2. Rukuk
3. Iktidal
4. Sujud
5. Duduk antara 2 sujud
6. Duduk pada rakaat akhir
7. Tertib

RUKUN SOLAT (PERKATAAN)
1. Niat iaitu perbuatan hati
Sumber : ENSIKLOPEDIA SOLAT


ISTIQAMAH
Jangan memperkecilkan ketaatan yang istiqamah (konsisten) yang sedikit
Kerana konsistennya memberi kesan kebaikan
Dan jangan meremehkan dosa yang kecil dan sedikit
Kerana jika berterusan akan memberikan kesan yang sangat buruk
(Imam Ibn Qudamah Al Maqdisi)



CIRI KHAS PERIBADI MUSLIM
¤ Aqidah yang bersih
¤ Ibadah yang benar
¤ Akhlak yang kukuh
¤ Kekuatan jasmani
¤ Intelek dalam berfikir
¤ Berjuang melawan hawa nafsu
¤ Pandai menjaga waktu
¤ Teratur dalam suatu urusan
¤ Memiliki kemampuan usaha sendiri atau mandiri
¤ Bermanfaat kepada orang lain



DAGING BABI, CURI TULANG DAN CURI MASA
Lelaki di depan saya terus ketawa. Bergurau dan terus tidak serius.
‘Apa salahnya ustaz, hampir semua orang buat begitu. Kami mengular sekali sekala sahaja’.
Mengular yang dimaksudkannya ialah curi tulang semasa bekerja. Semasa bekerja, tidur di surau atau stor. Ataupun lepak-lepak di kantin atau warung mamak.
‘sekalipun ramai orang yang melakukan, kesalahan tetap kesalahan’ 
‘syarikat kami tidak akan terjejas kerana kesalahan kecil seperti ini’
‘mungkin syarikat tidak akan terjejas dalam jangka masa yang pendek. Tetapi jika kesalahan ini telah menjadi budaya semua orang, ia boleh menjejaskan syarikat dan produktiviti dalam masa yang panjang, sebenarnya yang akan terjejas bukan sahaja dalam syarikat tetapi dalam keluarga saudara ’
‘ye ke? bagaimana?’
‘jika dihimpunkan, agak-agak berapa lama masa saudara ambil untuk mengular dalam masa sebulan?.
‘sehari mungkin 10 atau 15 minit. Tetapi tidak selalu. Dalam sebulan agak-agaknya dalam 1 jam’
‘berapa gaji saudara sebulan?, katalah RM1000. Gaji itu dibayar atas lama masa saudara bekerja dalam syarikat. Apabila terima gaji akhir bulan itu bererti termasuk sejam masa yang saudara mengular itu. Jika 1 jam itu ditukar kepada wang, berapa agaknya?’
‘tak sampai RM5, kecil sangat tu!’.
‘tetapi RM5 itu cukup untuk membeli sekilo beras atau beberapa ekor ikan, bukan? dan beras dan ikan dijadikan makanan untuk diri, isteri anak-anak kita bukan?’.
‘haram ke?’
‘saudara, gaji dibayar mengikut masa kita bekerja. Jika kita dibayar sedangkan kita tidak bekerja, bagaimana? Apakah wang itu masih halal?. Apabila wang sebegitu digunakan untuk membeli makanan anak isteri kita tentu sahaja hati mereka gelap’.
‘kenapa?’
‘bukankah hati dibentuk oleh makanan? Makanan yang haram akan menggelapkan hati. Hati yang gelap menyebabkan pemiliknya sukar menerima hidayah. Ilmu pun payah singgah. Kalaupun dapat ilmu tetapi sukar untuk mengamalkannya’.
‘kalau begitu besar juga pengaruh rezeki kita kepada kelakuan anak dan isteri kita?’
‘ia sukar untuk ditebus kerana ia dosa kita dengan majikan bernama manusia. tapi ada lagi yang lebih sukar. Iaitu rasa tidak berdosa!’.
‘apa maksud ustaz?’
‘begini, orang yang termakan benda yang jelas haram, tahu itu dosa dan ada kemungkinan dia akan bertaubat. Tetapi orang yang curi masa atau curi tulang , selalunya rasa tidak berdosa. Semua orang buat, apa salahnya? Mereka rasa perbuatan curi masa ini adalah perbuatan yang biasa-biasa sahaja dan kesalahannya ringan berbanding termakan daging babi. Jadi, apabila mereka rasa tidak berdosa, mana mungkin mereka bertaubat?’.
‘padahal dosa curi masa, curi tulang dan tidak amanah itu lebih berat kan ustaz?’
Saya diam,Alhamdulillah, dia sudah faham. Dan dia mula serius.
Sumber :  Beduk di Ketuk








HADIS 11
TINGGALKAN YANG MERAGUKAN
 Daripada Abu Muhammad al Hasan bin Ali bin Abi Talib r.a, cucu kesayangan Rasulullah saw  dan Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : ’tinggalkanlah apa yang meragukanmu dan kerjakanlah apa yang tidak meragukanmu’.

PENGAJARAN HADIS
1. Meninggalkan perkara yang syubhah dan mengambil yang halal akan melahirkan sifat warak.
2. Jika keraguan bertentangan dengzn keyakinan, maka ambillah keyakinan.
3. Sesuatu perkara harus jelas berdasarkan keyakinan dan ketenangan. Tidak ada harganya keraguan dan kebimbangan.
4. Berhati-hati dengan sikap meremehkan terhadap urusan agama dan masalah bidaah.
5. Sesiapa yang berjinak-jinak dengan perkara syubhah (meragukan), dia akan berani melakukan perkara yang haram. 

Sumber : Syarah Hadis 40 Imam Nawawi



MUKMIN PROFESIONAL
LANGKAH 6: MENGATASI HALANGAN HIDUP 
Setiap yang bernilai, pasti sukar untuk mencapainya. Begitu juga dalam mencari keredaan Allah yang sentiasa ada rintangan dan ujian. Halangan terbesar berada di dalam hati. Di situ berdiamnya niat rasa dan kesumat jiwa. Tidak akan sembuh derita jiwa seandainya racun diteguk bersama penawarnya. Namun yang sakit perlu diubati. Jika tidak, semakin melangkah semakin lelah, semakin menempuh jalan yang jauh.
DOSA adalah belenggu penjerat jiwa yang menjanjikan resah dan lemah. Taubat adalah wadah kemerdekaan untuk menuju Tuhan.


JAWAPAN TRIVIA
1. Ganjaran bagi mereka yang membaca al Quran mengikut bilangan huruf yang dibacanya.
2. Sayidatina Aisyah r.ha
3. 70 000 orang


No comments:

Post a Comment