Google Ads

Sunday 11 October 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 91

MENARIK DI DALAM
·        Keras Hati
·        Bercinta
·        Bertakwa Kepada Allah Dan Akhlak Terpuji
·        Umpat bahaya dari zina?
·        Motivasi Dosa
·        Indahnya Cinta


Assalamualaikum
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Tuhan yang sangat dekat dengan hambaNya. Tuhan Yang Mengampun segala dosa hambaNya yang ikhlas dalam taubatnya.

Sahabatku
          “Suatu hari Rasulullah s.a.w. duduk sambil berbincang dengan para sahabat. Ketika ada topik perbincangan yang menyentuh perasaan, para sahabat menangis kecuali Usamah bin Zaid. Usamah mengutarakan soalan kepada Rasulullah s.a.w. tentang kekerasan hatinya. Kemudian Rasulullah s.a.w. meletakkan tangannya ke dada Usamah seraya berkata, “Keluarlah wahai musuh Allah!” Seketika itu keluarlah air mata Usamah, kemudian Rasulullah s.a.w. berpesan: ‘Buta mata’ berpunca daripada kekerasan hati. Kekerasan hati berpunca daripada banyak dosa. Banyak dosa berpunca daripada melupakan mati. Melupakan mati berpunca daripada panjang angan-angan. Panjang angan-angan berpunca daripada cinta dunia. Cinta dunia merupakan sumber segala maksiat.” Sumber ini di ambil daripada “Kisah Nur Dan Teladan Buat Perindu Syurga” Jilid 2

Sahabatku,
          Bagaimana dengan kita? mudahkah kita mengeluarkan air mata bila dibicarakan tentang akhirat, kematian, kekuasaan Allah dan sebagainya? atau kita cuma dengar tapi tidak menghayati, hati menjadi lalai dan telinga tidak mendengar teliti, lantas tiada langsung perasaan yang timbul? maka, berwaspadalah, kerana ketika itu, tahulah bahawa hati kita telah keras.

Sahabat
          jika itu berlaku, lembutkanlah kembali hati kita, dengan membaca al Quran, dengan mentadabbur ayat-ayat Suci al Quran dengan menghayati sirah perjuangan hidup Rasulullah dan para sahabat.
                                            
  Editor, Norazila Khalid                         



BERCINTA
Orang lain bercinta guna SMS, Email, YM, Skype, Facebook, Twitter sebagai platform untuk melepaskan rindu
Tetapi orang yang beriman bercinta dengan menggunakan dosa
Semoga Allah yang pelihara cinta tersebut


HADIS 18
BERTAKWA KEPADA ALLAH DAN AKHLAK TERPUJI
 Daripada Abu Dzar Jundub bin Junadah dan Abu Abdul Rahman Mu’adz bin Jabal r.a, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : ‘bertakwalah kepada Allah di mana sahaja engkau berada. Ikutilah segera kejahatan dengan kebaikan, nescaya engkau akan menghapuskannya, dan bergaullah sesama manusia dengan budi pekerti yang baik’.

PENGAJARAN HADIS
1. Manusia adalah khalifah Allah di atas muka bumi ini yang menduduki tahap ketinggian melebihi para malaikat.
2. Bertakwa kepada Allah merupakan kewajipan setiap muslim dan ia merupakan asas diterima amal solehnya.
3. Bersegeralah bertaubat dan melakukan ketaatan seandainya tersilap melakukan keburukan kerana kebaikan akan menghapuskan keburukan. Taubat merupakan syarat menghapuskan dosa-dosa besar. 
Sumber : Syarah Hadis 40 Imam Nawawi



USTAZ AZHAR IDRUS

 Soalan :                                                     

Apakah maksud mengumpat itu lebih bahaya daripada berzina?

 

 Jawapan 

Jangan salah faham ayat ini dan jangan pula kata lepas ni tak nak mengumpat dah, tapi nak start melakukan zina siang dan malam. Nauzubillah. Maksudnya nisbah kepayahan untuk mendapat keampunan Allah adalah jauh lebih susah bagi perbuatan mengumpat berbanding perbuatan berzina. Jika berzina dengan 40 ribu orang sekalipun, jika memohon ampun dari Allah, Allah akan mengampunkannya serta merta.

Tetapi bagi dosa mengumpat, kena pergi cari orang yang dia umpat itu dan minta maaf dengan dia. Ada juga pendapat ulama yang menyatakan bahawa kena cerita isi umpatan kepada orang itu. Nampak, kan ini lebih susah, lebih bahaya kepada si pengumpat, kalau tak dimaafkan nanti, akan terhumban ke dalam Neraka Allah. Jadi kena jagalah mulut kita, jangan laser sangat.

 

 

 

MOTIVASI DOSA
‘Saya tidak akan hantar lagi anak remaja perempuan saya ke kem motivasi’
‘kenapa tuan?’.
‘itu semua motivasi dosa!’.
‘motivasi dosa?’
‘ya, saya menyesal sungguh kerana membenarkan dia menyertai kem motivasi itu’
‘apa jadi pada anak tuan?’.
 ‘tidak jadi apa-apa. tapi mendengar laporannya saya jadi marah’
‘kenapa?.
‘jurulatihnya orang Islam, Fasilitatornya orang Islam dan pesertanya juga orang Islam tetapi cara mereka melatih benar-benar tidak Islamik’
‘mereka tak hormati waktu solat?.
‘itu salah satunya. Bagi mereka solat adalah perkara peribadi. Tidak termasuk dalam program latihan. Waktu solat dah masuk, tapi mereka masih mengarah peserta membuat pelbagai aktiviti.’
‘apa lagi cerita anak tuan?’.
‘mereka diarah bersampan lelaki dan perempuan. Setiap orang perlu terjun ke dalam kolam dan selamatkan’.
‘pakai jaket keselamatan?’.
 ‘bukan itu yang saya risaukan tapi pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Anak saya pakai tudung labuh. dia rimas dengan aktiviti macam tu. Tetapi ada kawan-kawan lain yang telah terpengaruh dan ikut sama dalam adegan berpegang-pegang, merangkul-rangkul dalam air tu. Kononnya untuk memantapkan keyakinan sesama regu kerja. Anak saya memang telah dididik dengan nilai-nilai islam. Tetapi program tersebut telah mencabar nilai-nilai islam. 
‘nilai akhlak dan syariat barangkali?’
‘ya. Apabila memanjat bukit, lelaki perlu menarik tangan wanita atau menolaknya bahagian belakang badannya untuk sama-sama mendaki. Apabila sama-sama berendam di dalam air dan dalam keadaan rapat-rapat pula, macam-macam boleh berlaku. Setidak-tidaknya perbuatan itu sudah boleh dikategorikan sebagai menghampiri zina.

Sebagai seorang yang memang terlibat dalam bidang yang sama untuk program latihan. Saya pernah melihat bagaiman seorang wanita naik ke satu tempat yang agak tinggi , ditutup matanya dan diminta menjatuhkan dirinya untuk disambut oleh rakan sekumpulannya di bawah. Dan hampir separuh yang bakal menyambutnya ialah lelaki. Bayangkan jika isteri, anak atau adik kita diperlakukan begitu. Apakah kita tidak marah? Jika kita tidak marah, di mana sensitiviti kita sebagai seorang lelaki muslim? betapa semua jenis zina, mata, telinga, tangan, kaki, fikiran dan hati ada dalam ‘motivasi dosa’ itu. Malangnya, program seperti itu dianggap baik oleh ramai pihak.

 ‘awak jangan ekstrem sangat. Itu tidak ada kaitan dengan ransangan nafsu seks’. Itu hanya latihan. Tolong bersikap professional’.

saya masih ingat kata-kata itulah yang pernah saya dengar daripada seorang master trainer.
‘saya tidak tahu apa makna profesional mengikut tafsiran awak. Tetapi bagi saya, jika ada elemen-elemen haram dan kemungkaran dalam program latihan kita. Itu tidak professional’. ’
‘matlamat kita baik’.
‘matlamat tidak menghalalkan cara’.
‘mengapa begitu anggapan awak? Awak agak prejudis’.
‘tidak, jika awak abaikan dan remehkan persoalan solat dalam program, jelas itu tidak betul’
‘kenapa? Solat soal peribadi. Ia tiada kaitan dengan program kami!
‘kita orang islam. Solat mesti berkait dengan kita dalam apa jua tindakan. Apa matlamat program latihan awak?’.
 ‘kami diamanahkan untuk membina ketahanan dan jati diri remaja agar tidak terjebak dengan gejala sosial’.
‘jadi sesuai sangatlah solat dengan matlamat program awak. Bukankah Allah telah menegaskan dlm al-Quran bahawa solat mampu mencegah kejahatan dan kemungkaran?’
‘payahnya bercakap dengan golongan macam awak, sikit-sikit kaitkan dengan Tuhan. Kita ada rasional yang sesuai dengan realiti semasa. Mudul latihan ini telah dikaji, dijalankan dan diperkukuhkan dengan pelbagai input. Semua ada dari segi IQ, EQ, PQ,SQ dan lain-lain kecerdasan. Ini hasil kajian bukan andaian’.

Saya tersenyum. Elemen mungkar dalam program latihan masa kini samalah seperti perbuatan membasuh najis dengan air najis. Mereka ingin menghapuskan zina tetapi aktiviti-aktiviti menghampiri zina sudah ada dalam segmen latihan mereka. Begitu juga dgn gejala sosial yang lain. Akibatnya masalah asal tidak selesai, masalah baru pula yang timbul.
Sumber : Beduk di Ketuk




INDAHNYA CINTA
      Indahnya cinta jika berpaksikan kepada Yang Esa
 Indahnya cinta jika dicurahkan kepada Baginda Rasulullah SAW
 Indahnya cinta jika Ibubapa dibelai Mesra
 Indahnya cinta jika tidak dinodai dengan dosa
 Indahnya cinta jika tidak terkorbannya maruah yang berharga
 Indahnya cinta jika diakhiri dengan pernikahan yang sejahtera, berkekalan hingga ke Syurga.

Demi membina mahligai Cinta yang diredhai olehNya, segalanya bermula dari DIA.

           


BERSEDIAKAH?
Di dunia ramai orang yang sangat pandai menyusun kata-kata tapi malangnya di akhirat nanti mulut akan dikunci. Dan seluruh badan akan bersaksi di atas segala perbuatan semasa hidup di di dunia.
BERSEDIAKAH kita menghadapinya?
  




No comments:

Post a Comment