Google Ads

Tuesday 6 October 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 81

MENARIK DI DALAM
·        Syaitan Sebagai Teman?
·        Sentiasa Bahagia
·        Hikmah Solat
·        Aku
·        Petua Senang Hati
·        Menghadapi Kesudahan Hidup
·        Tanda Cinta Yang Sempurna


Assalamualaikum
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih. Tuhan Yang Menguasai Hari Pembalasan.

Sahabatku,
penulis teringat akan kalimah ini ’sesungguhnya kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman’. surah al a’raf ayat 27.

Sahabatku
Pernah dengar tak ayat ini? jika membaca al Quran adakah kita baca sekali pandang maksudnya atau kita betul-betul cuba  fahamkan ia atau mentadabbur ayatnya? Ataupun paling malang sekali tak sempat pun melihat maksudnya. Lagi menyedihkan apabila diri sangat sibuk sehingga tak sempat langsung sentuh al Quran. saya sendiri kekadang membaca makna di mulut tetapi payah sampai ke hati. Sekadar tahu tapi tak  kita tidak berasa takut akan turunnya ayat ini. apatah lagi ingin menitiskan air mata seperti sahabat-sahabat Rasulullah dan orang-orang soleh terdahulu yang apabila dibacakan ayat al Quran, gementar hatinya.

Sahabatku,
Adakah kita dalam golongan yang beriman? payah sangat nak cakap kan? ya, kita orang beriman. macam tak berapa nak confirm je kan? Bila orang kata, awak beriman la!’ cepat-cepat kita membalas. ‘eh..tak la..’ sebab mungkin ada benarnya. Sukarnya nak benar-benar beriman.  jika kita belum betul-betul dalam group orang yang beriman sungguh-sungguh , tak pe, asalkan kita berusaha sungguh-sungguh menuju ke arah itu. Berusahalah dan terus berusaha.

Sahabatku,
Seandainya kita tidak melakukan apa-apa menuju ke arah keimanan, maka terjerumuslah kita ke dalam apa yang disebut di dalam ayat tadi, ‘tidak beriman’ dan menjadi teman rapat syaitan. jika dah jadi teman rapat syaitan, tentulah nasib kita bersamanya di NERAKA kelak. Nauzubillah!.
Editor , Norazila Khalid

TRIVIA (SOALAN KUIZ AGAMA)
1. Daripada 313 orang Rasul, hanya ____ yang disebut di dalam al Quran.
2. Siapakah manusia pertama yang berpuasa?
3. Daripada 25 orang Rasul, berapakah yang terpilih sebagai Rasul Ululazmi?


SENTIASA BAHAGIA
Hati yang sentiasa bahagia akan membunuh virus penderitaan , hati yang selalu redha dengan takdir akan menghancurkan virus kebencian.



HIKMAH SOLAT
TINGKATKAN PERASAAN UBUDIYAH
Bersolat mengingatkan kita sebagai hamba kepada Pencipta iaitu Allah.

BERTAUBAT
Masa untuk manusia bertaubat selepas melakukan pelbagai kesalahan sehari semalam samaada sedar atau tidak.

MAKANAN AKIDAH
Bertindak sebagai pengisian yang berterusan kepada akidah dan keyakinan kita kepada Allah.

PENGURUSAN MASA
Mengajar manusia peka kepada perubahan waktu.

BERSIHKAN DIRI
Membersihkan diri dari kekotoran lahiriah dengan berwuduk dan bertayamum.

KESIHATAN FIZIKAL
Pergerakan rukun solat yang menggunakan seluruh anggota badan fizikal.

LATIHAN KEPIMPINAN
Melatih sifat kepimpinan dan menghormati pemimpin semasa solat berjemaah.

MENUTUP AURAT
Melahirkan rasa malu kepada Allah dengan menutup aurat dengan sempurna.

Sumber : ENSIKLOPEDIA SOLAT


AKU
Aku telah dilamar oleh malaikat maut
Aku bakal bernikah dengan  kematian
Aku bercerai dengan dunia yang aku kejar
Maharku adalah nazak dan kain kapan
Pelaminku di wangikan dengan gaharu dan cendana
Disitu aku diarak dengan laungan azan
Berakadkan talkin
Berwalikan liang lahad
Bersaksikan nisan
Malam pertamaku akan diserikan oleh Munkar dan Nakir..

BERSEDIAKAH KITA?



PETUA SENANG HATI
 Latih hati supaya sentiasa bersangka baik terutamanya dengan Allah.
 Latih hati sentiasa ingat bahawa Allah memberikan kita pahala setiap kali kita di umpat.
 Latih hati sentiasa bergantung kepada Allah dan tidak terlalu mengharapkan manusia.
 Latih hati sentiasa bersyukur dengan setiap nikmat Allah.
 Latih hati sentiasa memaafkan kesilapan orang lain sentiasa memohon ampun dari Allah.  



MUKMIN PROFESIONAL
LANGKAH 7: MENGHADAPI KESUDAHAN HIDUP
Tidak semudah sentuhan mata dan tidak seringan luahan kata. Kesudahan perjalanan ini bermula di sini. Ujian akhir yang begitu getir. Saat berpisah antara roh dan jasad yang amat dahsyat. Terangkat tabir mata yang selama ini buta melihat sakaratulmaut. Sebelum tanah menjadi bumi dan langit pada diri yang sepi, sedarilah bahawa detik yang pasti itu sesunggunya amat dekat.
MATI bukanlah sesuatu pengakhiran, tetapi ia suatu permulaan kepada satu perjalanan yang tidak akan berakhir. Ia petanda awal, sama ada akan bahagia atau derita, selamanya!


TANDA CINTA YANG SEMPURNA
Semua orang berhak mencintai Rasulullah. Masing-masing ada cara untuk membuktikan kecintaan kepada Baginda. Namun tentu ada cara yang paling tepat untuk menyatakan cinta tersebut berpandukan Al Quran dan Sunnah. 
‘Saya menyambut Maulidur Rasul setiap tahun dengan berarak dan kenduri.  Apabila tiba saat itu, saya akan batalkan semua program. Saya akan utamakan maulidur rasul. Inilah bukti saya mencintai Rasulullah saw’.
Kata seorang pakcik.
‘Pak cik, bagaimana kalau tahun ini kita tingkatkan lagi cinta kita kepada Rasulullah dengan cara yang lebih berkesan!’
‘cara kita selama ini tak berkesan?’
‘pak cik, cara ini sudah baik, tapi kita perlu lakukan sesuatu yang lebih baik. Kalau setakat bergembira dengan kenduri kendara sempena Maulid ini, Abu Lahab pun lakukan ’
‘betulkah?’
‘tepat pada hari kelahiran Nabi, Bapa saudaranya, Abu Lahab telah memerdekakan Thuwaybah, hamba yang membawa berita itu kepadanya. Selepas itu dia terus mengadakan kenduri besar-besaran untuk menyambut  hari kelahiran anak saudaranya’.
‘jadi, bagaimana kita harus membuktikan kecintaan kita dengan lebih berkesan?’
‘kita perlu teladani Baginda! Buat perkara yg Rasulullah lakukan, tinggalkan perkara yang Baginda tidak laksanakan. Itulah cara menyatakan cinta! Cinta itu tindakan , bukan kata-kata’
‘kita buatlah setakat yang termampu...’.
‘tetapi terlebih dahulu, perlu diniatkan untuk teladani Rasulullah secara keseluruhan. Jangan secara serpihan. Jangan hanya meniru perbuatan Baginda mengikut apa-apa yang kita suka atau selera kita. Pak cik, walau bagaimana kita cuba, kita tidak akan dapat meneladani Rasulullah sepenuhnya. Niat kita memang begitu, tapi tidak mungkin tercapai, contohnya Rasulullah hanya melaksanakan ibadah haji sekali, tetapi berperang di jalan Allah sebanyak 19 kali. Sesetengah dari kita pula terbalik, haji berkali-kali, tetapi jihad tidak sekali. Jangan hanya meneladani Rasulullah perkara yang Rasulullah lakukan, tetapi teladani juga apa yang Rasulullah tinggalkan. Contohnya, jangan hanya banyak selawat, tapi mendedahkan aurat. jangan hanya berarak mengusung sepanduk, tetapi rasuah, riba, dan fitnah terus disemarakkan. itu berpura-pura cinta!  ’.
‘jadi, Rasulullah hebat indoor dan outdoor?’
‘ya, malah tidur pun. Ya tentang tidur Rasulullah pun perlu diteladani. Lihat adab tidur Rasulullah. Wujudkah pemimpin dunia yang tidurnya pun menjadi ikutan? Hanya pada Rasulullah sahaja tidurnya menjadi ikutan zaman berzaman kerana mengharapkan keredaan Allah.’
‘usia pak cik sekarang 65 tahun. Jika pakcik tidur 65 tahun, beerti lebih kurang 16 tahun pak cik sudah tidur sepanjang hidup ini. Jika 16 jam itu tersia-sia tanpa tidur mengikut sunnah, alangkah ruginya pakcik..’
‘tetapi nak jadi baiki perangai bukan sahaja tidur dan makan makanan sunnah sahaja. Amalkan juga sunnah menuntut ilmu, bermuhasabah, bermujahadah dan mendidik diri’.

Sumber : Beduk di Ketuk


 JAWAPAN TRIVIA
1. 25
2. Nabi Adam a,s
3. 5 orang iaitu Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Musa,Nabi Isa dan Nabi Muhammad saw












No comments:

Post a Comment