Google Ads

Sunday 11 October 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 92

MENARIK DI DALAM
·        Ajaibnya Cinta
·         Tidak Berhenti
·        Jagalah Allah, Nescaya Allah MenjagaMu
·        Jodoh vs Kematian
·        Itu Bukan Tamadun Islam
·        Yang Membuat Kita
·        Jangan Pernah Tinggal Solat
·        I Am

Assalamualaikum
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Tuhan yang mengetahui segalanya tentang manusia. Apa yang manusia itu fikirkan, di hati dan di mindanya.

Sahabatku
Ajaibnya CINTA.Ia adalah satu kekuatan yang sangat luarbiasa kerana ia bertapak di hati. Cinta mampu kembara merentasi ruang dan masa. Cinta ialah soal hati yang tidak mampu dipisahkan oleh jarak dan zaman. Cinta boleh melangkaui dimensi dan generasi. Justeru kita boleh mencintai Allah yang tidak menyerupai sebarang makhlukNya. Kita boleh mencintai Nabi yang hidup ribuan tahun yang lalu. Suburlah cinta kerana Allah. Allah adalah segalanya bagi kita.

Sahabatku
Tak salah menyintai suami, anak dan keluarga. tetapi sandarkanlah ia kerana kita menyintai Allah. cintailah Allah, itulah satu-satunya jalan menuju bahagia di dunia dan di SANA.                                              Editor , Norazila Khalid



TIDAK BERHENTI
 Tidak Berhenti mata ini bertasbih mengagungkan keindahan ciptaanMu
 Tidak Berhenti telinga ini bertasbih mendengarkan ayat-ayat suciMu
 Tidak Berhenti hidung ini bertasbih menghirup udara syurgaMu
 Tidak Berhenti tangan ini bertasbih berbagi kasih kepada ciptaanMu
 Tidak Berhenti langkah kaki ini bertasbih menjalankn perintahMu
 Tidak Berhenti mulut ini bertasbih menyebut namaMu
         
Ya Allah, ampunilah segala kesalahan kami andai kami ada menggunakan apa yang Kau kurniakan ke jalan yang tidak diredhaiMu
         

HADIS 19
JAGALAH ALLAH, NESCAYA ALLAH MENJAGAMU
 Daripada Abu Abbas, Abdillah bin Abbas r.a, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : ‘wahai anak, saya hendak mengajarimu beberapa kalimah, jagalah Allah nescaya Allah akan menjagamu, jagalah Allah nescaya engkau akan mendapatiNya bersamamu, jika engkau meminta, mintalah kepada Allah. Jika engkau meminta tolong, minta tolonglah kepada Allah. Ketahuilah bahawasanya, jika umat manusia bersatu untuk memberimu manfaat dengan sesuatu, mereka tidak dapat melakukannya kecuali dengan sesuatu yang Allah telah tetapkan kepadamu dan jika mereka bersatu untuk mencelakakanmu dengan sesuatu, mereka tidak dapat melakukannya kecuali dengan sesuatu yang Allah telah tetapkan kepadamu. Telah angkat kalam dan telah kering tinta (dakwat) lembaran-lembaran itu (tintanya).

Dalam riwayat selain Imam al Tirmizi disebutkan
Maksudnya ‘Jagalah Allah nescaya engkau akan mendapatiNya dihadapanmu, kenalilah Allah pada waktu lapang, Dia akan mengenalimu ketika kamu kesusahan. Ketahuilah bahwa apa yang luput daripadamu tidak bakal mengenalimu, dan apa yang mengenalimu tidak akan luput daripadamu. Ketahuilah bahawa bersama kesabaran ada kemenangan, dan bersama kesusahan ada jalan keluar dan bersama kesulitan ada kemudahan’.
Sumber : Syarah Hadis 40 Imam Nawawi


JODOH VS KEMATIAN

 JODOH

Jodoh adalah ketentuan Allah, tetapi sangat ramai orang suka berbicara tentangnya

 

 KEMATIAN

Kematian adalah ketentuan Allah juga, tetapi sangat ramai orang TIDAK suka berbicara tentangnya

 

 

 

 


SAHABATKU
 Biarlah kita GAGAL dalam bercinta , usah kita GAGAL dalam beragama
 Namun apabila kita LULUS dalam beragama insyaAllah kita juga akan LULUS dalam bercinta
 AGAMA itu lengkap kerana CINTA ada di dalamnya, tetapi CINTA tidak lengkap kerana tiada AGAMA di dalamnya

         

ITU BUKAN TAMADUN ISLAM
Matanya mula merah. Tangannya mula menggenggam penumbuk. Saya mula teragak-agak untuk meneruskan perbualan yang semakin panas. Tapi dia terus mendesak.
‘apa awak kata!, ini bukan tamadun Islam? tengok betapa hebatnya mangkuk dan pinggan yang terukir dengan ayat al Quran n.. Diperbuat dengan emas pulak. Awak kata ini tak hebat?’.
‘saya akui kehebatannya. Tetapi tamadun Islam lebih hebat dari itu. Kalau sekadar pinggan emas yang berukir ni, pinggan mangkuk tamadun cina pun tak kalah hebatnya’.
‘tu meriam yang besar tu awak kata tak hebat? Arkeologi di sana tu tak hebat? Baju besi di depan sana tu tak canggih? Apa awak ni, anti Islam ke?’
bentaknya tiba-tiba. saya semakin suspens. Mujur ada kawan disebelahnya yang menyabarkan. Kalau tidak entah-entah saya orang pertama yang ditumbuknya sewaktu menyaksikan pameran muzium Topkaki, Istanbul ini’.
‘kehebatan Tamadun Islam terletak pada nilai-nilai yang tak tercapai oleh tamadun-tamadun  bangsa lain. Ia terletak pada manusianya, bukan hasil ciptaannya bukan pada bangunan, bukan pada senjata, bukan pada istana dan bukan pada barang-barang perhiasan ni ’
‘okey, cuba awak jelaskan’
‘Islam sahaja yang mampu melahirkan manusia yang cintakan Allah, kasih sesama manusia, mampu mengalahkan hawa nafsu, memerangi syaitan. Manusia yang menjadikan syurga idaman, ingat mati, takut neraka, jihad dan amal bakti, sebagai pakaian hidup. Hingga dengan itu muncullah orang kaya yang pemurah, dan orang miskin yang sabar’
 ‘teruskan’
‘ulama yang berani, pemerintah yang adil, rakyat yang taat, suami yang bertanggungjawab, isteri yang patuh, peniaga yang jujur, majikan yang bertimbangrasa, buruh yang rajin. Dan akhirnya dunia pun jadi aman dan tenteram. Itulah uniknya tamadun Islam.
‘tapi Islam juga maju dan progresif di bidang ekonomi, teknologi dan lain-lain’.
‘ya, apabila maju manusiawinya, majulah ciptaannya. Apabila sudah cintakan akhirat, kemajuan dunia mengikut secara automatik. Ini semua hasil tamadun umat Islam tetapi belum tentu tamadun Islam’
‘Apa bezanya tamadun Islam dan Tamadun Umat Islam?’
‘Pinggan mangkuk ini lambang pembaziran, ia bukan tamadun Islam. Sama juga berlian, intan yang menjadi subang dan rantai yang berlebih lebihan itu, pada saya bukan tamadun Islam’.
‘kenapa?’
‘tamadun Islam mesti diasaskan dan didorong oleh iman. Apabila membangunkannya, mesti pula mengikut hukum al Quran dan sunnah. Islam melarang singgahsana permata semacam itu.juga pinggan mangkuk daripada emas dan perak itu. itu satu pembaziran bahkan kadangkala jatuh kepada penzaliman kalau ada wang rakyat yang diperas untuk membuatnya’.
Sumber : Beduk di Ketuk


 YANG MEMBUAT KITA
¤ Yang membuat kita kuat adalah doa
¤ Yang membuat kita dewasa adalah masalah
¤ Yang membuat kita maju adalah tekad yang kuat, usaha yang keras, hati yang ikhlas
¤ Yang membuat kita lemah adalah putus asa
¤ Yang membuat kita semangat ialah harapan dan impian
¤ Yang membuat kita jadi insan baik adalah mengakrabkan diri dengan Allah dan memperbanyakkan sujud dalam keheningan jiwa


           

Kita Apa Yang Kita Sangkakan
Senyum dalam kesedihan adalah suatu ketabahan
Menangis dalam kepayahan adalah suatu kesabaran
Gembira dalam keredaan adalah suatu ketenangan
Mensyukuri pemberian Allah adalah suatu nikmat kebahagiaan.



JANGAN PERNAH TINGGAL SOLAT
Kerana ada jutaan manusia di dalam kubur yang ingin kembali dihidupkan ke Dunia hanya untuk BERSUJUD kepada Allah
Dan cubalah sedaya upaya untuk berSolat dengan khusyuk

           


I AM
I AM STRONG
Because I know my weaknesses
I AM BEAUTIFUL
Because I am aware of my flaws
I AM FEARLESS
Because I learnt to recognize, illusion from real
I AM WISE
Because I Learn from my mistake
I AM A LOVER
Because I have felt hate
I AM LAUGH
Because I have known sadness
I AM PERFECT
Because I have created by ALLAH
I AM SAVE
Because I have Rasulullah saw and al Quran
















No comments:

Post a Comment