Google Ads

Sunday 25 October 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 119

MENARIK DI DALAM
·        Tingkatan Cinta
·        Tawakal vs Rezeki
·        Hati yang Bermasalah
·        Jamuan Makan Tok Guru
·        Air Mata Tadabbur Rasulullah
·        Antara Binatang yang di Sebut Di dalam al Quran

Assalamualaikum
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Yang menguasai segala yang ada di langit dan di bumi. walaupun sehelai daun gugur pun masih lagi di dalam pengetahuan Allah swt.

Sahabatku
hanya cinta Allah yang kita cari sepatutnya. dan cakap sahaja sangat mudah, namun untuk mengaplikasikannya pasti memerlukan pengorbanan. sebenarnya,apabila kita di cintai Allah secara automatiknya semua orang akan sayang kita. kerana semua yang kita kejar itu adalah ciptaan Allah, jadi hanya Allah satu-satunya yang dapat menjadikannya menyintai kita. 

Sahabatku.
tingkatan cinta bagi seorang wanita ialah. yang per1 ialah Allah, Yang kedua ialah Rasulullah, dan yang ketiga barulah suami.  tapi ada yang hidupnya menjadi merana dan derita selepas kematian atau perceraian atau ke’madu’an dari suaminya kerana silap meletak tingkatan dalam cinta, no1 suami, no.2 suami dan ke3 juga suami..itu silapnya..

Sahabatku
jom perbaiki diri untuk mengutamakan cinta Allah lebih dari segala-galanya. kerana apabila cinta Allah berjaya kita miliki, Allah akan menjadikan hati suami kita lembut dan menyintai kita sepenuh hatinya.
Editor, Norazila Khalid  

TAWAKAL VS REZEKI
‘jika kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-sebenar tawakal, maka Allah akan memberikan rezeki kepadamu sebagaimana Allah memberi rezeki kepada burung, pagi-pagi burung keluar dari sarang dan dalam keadaan lapar, namun pada petangnya pulang dengan kekenyangan’.
(Riwayat al Tarmizi)


JENIS-JENIS HATI BERMASALAH

 Hati Yang Berpenyakit

Hati yang hilang kesihatannya apabila ditimpa penyakit syirik, kufur, nifak dan lalai. ‘Dalam hati mereka terdapat penyakit sehingga Allah menambah penyakitnya. Bagi mereka seksa yang pedih kerana berdusta’

(surah al Baqarah 2:10)

 

 Hati Yang Munafik

Inilah hati yang paling sukar dikesan dan sangat licik kejahatannya. Hati ini menyembunyikan sesuatu yang berbeza dengan apa yang dizahirkan. Dia tampil sebagai peribadi beriman tetapi menyembunyikan kekufuran, nampk sebagai orang yang jujur dan baik tetapi hakikatnya curang dan hasad dengki.

 

 Hati Yang Marah

 Hati ini dikuasai oleh rasa marah yang amat sangat kepada orang yang beriman. Hati yang begini sangat memusuhi kebaikan dan orang yang baik sehingga ke tahap ingin menghancurkannya. 

 

 Hati Yang Tertutup

Apabila seseorang terlalu lama menangguhkan taubat daripada kekufuran dan kelalaian maka hatinya terus ditutup Allah. Penyakit hatinya sudah ditahap kronik dan tidak boleh lagi diubati. Ini merupakan malapetaka yang sangat besar bagi mereka yang terus menerus mengekalkan perlakuan dosa. 

 

 Hati Yang Kesat dan Kasar

Hati yang kasar ini pada mulanya mengenal kebenaran tetapi kemudian menyimpang. Mereka sudah diperlihatkan kekuasaan Allah dan keindahan Islam namun iman yang sedia ada itu mula yang terhakis.

‘maka apakah orang yang Allah lapangkan hatinya untuk menerima Islam lalu mendapat cahaya daripada Tuhan (sama dengan orang yang hatiya membatu?) kecelakaan besar bagi mereka yang hatinya telah membatu sehingga tidak ingat kepada Allah. Mereka berada dalam kesesatan yang nyata’.

(Surah al Zumar 39:22)

Sumber : USTAZ PAHROL  

 

 


JAMUAN MAKAN TOK GURU
             Seorang Tok Guru telah dijemput ke suatu  majlis jamuan makan. Dengan pakaian yang sangat sederhana, Tok Guru itu pun pergi ke majlis tersebut. Malangnya, setibanya di majlis itu dia tidak dirai atau dijemput untuk makan. Tuan rumah lebih mengutamakn orang-orang kenamaan, orang-orang kaya, orang-orang yang berpangkat dan ternama sahaja. Tok Guru dipinggirkn. Menyedari sikap pilih bulu tuan rumah, tok guru pulang semula ke rumahnya lalu menukar pakaiannya. Kali Ini beliau memakai pakaian yang mahal dan bergemerlapan.
            Kemudian dengan segera beliau pergi semula ke majlis tersebut . Kali ini beliau disambut dengan mesra dan dijemput dengan hormat untuk menjamu selera dengan makanan yang lazat-lazat oleh tuan rumah. Tiba-tiba Tok Guru menuangkan lauk-pauk dan makanan yang dihidangkn oleh tuan rumah ke atas bajunya, seluar dan seluruh pakainnya yang mahal itu.
            ‘mengapa?’ tanya org ramai. Tok guru menjawab ‘Tuan rumah hendak menjamu pakaianku, bukan diriku’.

Pengajaran
Pandangan kita terhadap diri kita sendiri adalah jauh lebih penting daripada pandangan orang lain terhadap diri kita. Inilah yang dikatakan harga diri dan inilah syarat utama untuk berjaya dalam hidup. Jadi, jangan risau jika kita tidak dihargai, tapi risaulah kalau benar-benar diri kita sudah tidak berharga. Harga diri kita bukan terletak pada barang-barang bernilai yang kita pakai atau kita miliki, tetapi pada ilmu, akhlak dan takwa yang ada dalam diri.
Sumber : Angguk Geleng




AIR MATA TADABBUR RASULULLAH
          Rasulullah saw sentiasa mentadabbur (menghayati makna) al Quran. Pernah sekali baginda solat malam dengan mengulang-ulang  satu ayat sahaja. Ayatnya ialah ’Jika Engkau menyeksa mereka, sesungguhnya mereka ialah hambaMu, jika Engkau mengampunkan mereka , maka Engkaulah sahaja yang Maha Berkuasa, lagi Maha Bijaksana’ (surah al Maidah 5:118) sepanjang membaca itu Baginda menangis.
(riwayat Ahmad)

         


ANTARA BINATANG YANG DISEBUT DALAM AL- QURAN (1)
2 Burung
‘tidakkah engkau mengetahui bahawasanya Allah sentiasa bertasbih kepadaNya sekalian makhluk yang ada di langit dan bumi serta burung-burung yang terbang berbaris di angkasa. Masing-masing sedia mengetahui cara ibadah kepada Allah dan memujiNya’. (Surah An Nur 24:41)

2 Semut
‘Hingga apabila mereka sampai ke lembah semut, berkatalah seekor semut: ‘Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari’. (Surah al Naml 27:18)

2 Unta
‘Sesungguhnya orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan angkuh daripada mematuhinya, tidak sekali-kali akan dibukakan bagi meraka pintu-pintu langit dan mereka tidak akan masuk Syurga sehingga unta memasuki lubang jarum dan demikianlah Kami membalas orang yang melakukan kesalahan’. (Surah al A’raf 7:40)
  



DOA.
PERMUDAHKAN URUSAN KAMI
          ‘Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisiMu dan berilah kemudahan-kemudahan  serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami’.
(Surah al Kahfi 18:10)



No comments:

Post a Comment