Google Ads

Tuesday 20 October 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 109

MENARIK DI DALAM
·        Tingkatan Solat
·        Balasan Meringankan Beban Orang Lain
·        Anakmu  Milik Allah
·        Meracuni Ibu Mertua
·        Dapat
·        Mencipta Momentum Sabar




Assalamualaikum
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Yang menguasai segala yang ada di langit dan di bumi.Tuhan yang mengetahui segala-galanya tentang diri kita, samaada yang kita sembunyikan atau yang kita zahirkan. serta apa yang kita fikirkan sekarang. semuanya dalam pengetahuan Allah dan kita tidak dapat lari daripada pengawasan Allah swt.

Sahabatku.
saya ingin berkongsi ilmu daripada seorang ustaz, Ustaz Hassan Din al Hafiz, katanya solat ini ada tingkatannya.  5 tingkatan solat iaitu
1)solat orang yang jahil di mana dia langsung tidak mengetahui akan makna setiap apa yang dibacanya. bacaannya lintang pukang, tajwid entah ke mana, yang dia tahu, janji dia solat. dia tidak mendapat apa-apa melainkan solatnya itu diibarat seperti kain buruk yang akan dilempar ke atas mukanya di akhirat kelak. nauzubillah.
2)solat kebanyakan orang di mana, dia solat mengikut tertibnya, ada wuduknya, tapi solatnya langsung tidak khusyuk. fikirannya melayang entah ke mana, teringat kunci yang hilang, teringat nak makan kat mana, teringat itu dan ini. fizikalnya solat, tapi tidak mental dan spiritualnya.
3)solat orang yang arif. dia solat dengan ,bacaan yang betul dan makna yang tepat akan terjemahannya. dia kadangkala tenggelam dan timbul akan dunia dan akhirat. dia kadangkala fokus kadangkala lost. dia arif tentang selok-belok dalam solat, tentang yang mana sunat, makhruh, harus, haram dan sebagainya. 4)solat orang yang khusyuk ialah solat yang sempurna dengan pengertian maksud solat yang mendalam. dia sangat fokus pada solatnya.
5)solat orang yang tawaduk ialah paling sukar dicapai. kerana dengan solat yang tawaduk, dia bukan sahaja khusyuk, malah boleh menitiskan air mata setiap kata menyebut nama Allah. jiwanya bergetar setiap kali kalimah-kalimah Allah di bacanya, tentang hari pembalasan dan sebagainya.

Sahabatku
Berhenti sejenak. fikirkan sebentar. di mana tingkatan solat kita? Sama-sama audit dan perbaiki diri.
Editor, Norazila Khalid


HADIS 36
BALASAN MERINGANKAN BEBAN ORANG LAIN
 Daripada Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah saw bersabda ‘sesiapa yang melepaskan salah satu kesusahan dunia daripada seseorang mukmin, maka Allah akan melepaskan salah satu kesusahan pada hari kiamat daripadanya. Sesiapa memudahkan orang yang tengah dilanda kesulitan maka Allah akan memudahkannya di dunia dan akhirat. Sesiapa yang menutup aib seorang muslim. maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah menolong hambaNya selama hamba itu menolong saudaranya. Sesiapa yang menempuh suatu jalan dalam rangka mencari ilmu, maka Allah akan memudahkn baginya jalan menuju syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah suatu rumah Allah dengan membaca kitab Allah dan mempelajarinya bersama-sama, kecuali bahawa ketenteraman akan turun kepada mereka , malaikat menaungi mereka di hadapan makhluk yang di sisiNya, dan sesiapa yang lambat (kurang) amalannya, maka tidak akan dipercepat mengangkat darjatnya’.

Sumber : Hadis 40 Imam Nawawi



ANAKMU MILIK ALLAH

Anak-anak bukan milik mutlak ibu dan ayah. Mereka tidak berada di sisi ibubapa selama-lamanya. Sampai waktunya mereka akan pergi, berdikari dan mandiri menentukan haluan hidup mereka sendiri. Seorang anak lahir memang di dunia daripada ibu bapa yang mendidik dan membesarkannya. Tetapi usah kita lupa bahawa anak adalah titipan sekaligus ujian daripada Allah yang harus dijaga, dibina, dan dibimbing dengan penuh rasa tanggungjawab dan cinta. maka, temukan cinta ibubapa dan anak-anak dengan saling memahami, komuniasi yang beerti dan bedoa ke hadrat Ilahi.          

 


CITA-CITA VS CINTA
Bila segala perancangan kita tidak menjadi seperti yang diharapkan, maka senyumlah dan ingatlah. Manusia merancang dengan CITA—CITA, tapi Allah merancang dengan CINTA


MERACUNI IBU MENTUA
            Di sebuah kampung terdapat seorang isteri muda bernama ai Ling berpindah ke rumah mentuanya, yang sudah lama menjadi ibu tunggal. Suami isteri tersebut baru sahaja mendirikan rumahtangga. Sejak berpindah, pelbagai masalah telah mereka hadapi yang berpunca daripada ketidakserasian Ai Ling dan ibu mertuanya.
            Ibu mertuanya melayaninya dengan begitu teruk . Dia dipaksa melakukan pelbagai jenis pekerjaan. Ai ling pula jenis yang tidak boleh dikongkong, maka bertambah parahlah keadaan. Tiada hari yang berlalu tanpa pertengkaran.
            Disebabkan sudah tidak tahan dengan kerenah ibu mertuanya dia nekad melakukan sesuatu. Dia pergi ke sebuah kedai menjual herba dan ginseng. Penjual kedai itu adalah kawan rapat ayahnya. ‘pak cik bantulah saya. Saya ingin meracuni ibu mertua saya yang kejam’ .melihat wajah nekad ai Ling, pak cik itu berkata ‘baiklah, tunggu sebentar’.
            Si penjual menuju ke belakang kedai, kemudian kembali dengan 1 bungkusan. ‘nah, inilah yang kamu mahu. Ia akan membunuh ibu mertuamu dengan perlahan-lahan. racun ini perlu dicampur di dalam masakan. Kalau saya memberikan kamu racun yang kuat dan bertindak cepat, mesti orang lain akan mengesaki kamu’ .terang penjual herba. Tambahnya ‘seperkara lagi, kamu harus menjaga ibu mertuamu dengan baik. Layanilah dia dengan cara terbaik dan istimewa. Masakkan masakan yang enak bercampur dengan racun ini untuknya. Urut badannya walaupun dia tidak meminta dan jangan ingkar akan perintahnya. Jangan sampai dia mengesyaki kamu ingin membunuhnya. Jangan sampai dia tahu kamu memasukkan racun ini ke dalam masakan . Lakukan secara sembunyi’. ‘baiklah, saya akan mengikut saranan pakcik’. Ai Ling berkata dengan girang.
             Enam bulan kemudian. Ai Ling sudah mampu mengawal sikap panas barannya apabila berhadapan dengan ibu mertuanya. Dia memasak masakan yang enak dan menuruti segala perintah. Pendek kata, ibu mertuanya dilayan persis seorang ratu. Melihat perubahan menantunya, Ibu mertua Ai Ling semakin lembut hati. Kini, Ai Ling dilayan seperti anak kandung sendiri.
            Hati Ai Ling terhadap mertuanya juga berubah. Benci sudah bertukar menjadi kasih. Kerisauan melanda dirinya bagaimana jika ibu mertuanya akan meninggal dunia akibat racun itu nanti? Ai Ling segera menemui penjual herba itu. ‘Pakcik, tolong selamatkan ibu mertua saya. Dia seorang wanita yang baik. Saya tidak mahu dia mativ’gesa Ai Ling. ‘Kamu tidak perlu risau, ia bukan racun, tetapi herba yang sangat berkhasiat untuk kesihatan. Racun sebenarnya terletak dalam hati kamu. Kini kamu sudah temui ‘penawar’ bagi racun yang membunuh keharmonian hubunganmu dengan ibu mertua’.

Pengajaran
Ubahlah diri kita sendiri terlebih dahulu sebelum mengharapkan perubahan daripada orang lain. Jangan mencari kesalahan orang lain, sebaliknya kesanlah kesilapan pada diri sendiri.
Sumber : Angguk Geleng



DAPAT
Tak semua yang kita inginkan kita dapat tapi percayalah segala yang kita perlukan kita selalu dapat daripadaNya. Belajarlah untuk bersyukur



           
MENCIPTA MOMENTUM SABAR
Laksanakan kewajipan bersabar ini untuk mendapat momentum yang bermakna dalam meniti kehidupan di dunia dan akhirat kelak:
J Bersabarlah atas setiap perkara yang berlaku berpandukan perintah daripada Allah.
J Bersabarlah melaksanakan amalan kebaikan dan ketaatan kepada Allah kerana pasti ada kemanisan yang diperoleh.
J Bersabar daripada melakukan dosa dgn menahan diri untuk tidak mendekatkan diri kepada dosa dan maksiat.
J Allah Taala berfirman , mafhumnya ‘Bersabarlah dan tidak berhasil kesabaranmu melainkan (memohon pertolongan) Allah. Janganlah engkau berdukacita terhadap kedegilan mereka dan janganlah engkau bersempit dada disebabkan tipu daya yang mereka lakukan.

.


SEDERHANA
Jangan terlalu sibuk mencari yang sempurna jika yang sederhana mampu membuatmu bahagia.




           


DOA
‘Ya, Allah, haramkanlah wajah ibu dan ayahku dari disambar api neraka dan kurniakanlah bagi mereka syurga tanpa hisab’







No comments:

Post a Comment