Google Ads

Friday 2 October 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 73

MENARIK DI DALAM
·        Musuh di dalam diri?
·        Manusia sebagai Pengembara
·        Yang Halal dan Yang Haram
·        Takdir
·        Ingat Mati Tingkatkan Produktiviti
·        Ingatlah
·        Waktu


Assalamualaikum
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,Yang Maha Mengetahui apa yang ada dalam Dada manusia, samaada sembunyi atau tidak. Tuhan yang mengetahui apa yang telah, sedang dan akan berlaku kepada diri kita.

Sahabatku
Pernah dengar kan istilah Hawa Nafsu? kita tahu hawa nafsu  ialah musuh yang berada di dalam diri yang mesti kita perangi. Malangnya, ramai yang tidak mampu memerangi hawa nafsu. kenapa? kerana hawa nafsu adalah sesuatu yang kita sangat cintai, yang kita sangat sukai. Contoh hawa nafsu kita adalah berseronok-seronok dan berhibur secara melampau batas.

Sahabatku
Contoh yang paling ringkas dan mudah adalah, sesetengah daripada kita gagal perangi hawa nafsu kerana terlalu manjakan diri, contthnya nak bangun solat subuh. Seolah-olah kita mendera fizikal dan badan betul tak? Cuba bayangkan betapa ramai yang seolah-olah tidak dapat membuka kelopak mata apabila jam sudah berdering, apabila azan telah berkumandang. ramai yang menangguh-nangguh dan akhirnya berlakulah subuh gajah atau langsung tak solat. Itulah hawa nafsu yang sudah berjaya menjerat diri kita. berapa ramai yang tidak mampu mengangkat kaki untuk berwuduk dan mendirikan solat di saat tayangan drama sedang berlangsung, sehingga solat diketepikn.

Sahabatku
Kita mesti memerangi hawa nafsu kita. samaada suka atau tidak. kita tetap musuhnya kerana dengan memerangi hawa nafsu sahaj jalan menuju ke Syurga Allah. Sesiapa yang sewenang-wenang mengikut hawa nafsunya tidak akan dapat meraih kecintaan Allah dan seterusnya  mendapat rahmat dan kasih sayang daripada Allah.
Ada kalanya kita kalah juga dengan pujukan nafsu kita yang inginkan kesenangan dan keseronokan. percayalah, Allah ingin lihat usaha kita (bermujahadah) melawan hawa nafsu. setakat mana kita berusaha.
InsyaAllah, Allah pasti akan menolong kita jika kita benar-benar ikhlas ingin bermujahadah melawan hawa Nafsu. Allah Maha Pengasih dan Penyayang..

Editor , Norazila Khalid



MUKMIN PROFESIONAL
LANGKAH 1: MENENTUKAN ARAH HIDUP
Insan adalah pengembara. Mengembara dari alam roh ke alam dunia dengan singgah sebentar di alam rahim. Selapas melalui alam dunia, manusia menanti seketika di alam barzakh sebelum meneruskan perjalanan ke alam mahsyar. Setelah dibicara di sana, manusia bermukim di alam syurga yang penuh nikmat, atau di alam Neraka yang penuh azab.


HADIS 6
YANG HALAL DAN YANG HARAM
 Abu Abdillah al –Nukman bin Basyir r.a berkata , bhw Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : ’sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan di antara kedua-duanya ada perkara yang samar-samar (syubhah). Kebanyakan manusia tidak mengetahuinya. maka, sesiapa yang menjaga dirinya daripada yang syubhah itu, bererti dia telah membersihkn agama dan kehormatannya. Sesiapa yang melakukan perkara syubhah itu, dia telah jatuh ke dalam perkara yang haram. Seperti pengembala yang berada di sekeliling batas tanah gembalaannya milik orang (tanah larangan), lambat laun dia akan masuk ke dalamnya. Ingatlah bahaw setiap raja ada larangannya dan ingatlah larangan Allah adalah apa-apa yang diharamkanNya. Ingatlah, bahawa dalam jasad  itu ada segumpal daging. Jika ia baik, baiklah jasad seluruhnya. Jika ia rosak, rosaklah jasad seluruhnya. Ketahuilah bahawa segumpal darah itu ialah hati’.  
Sumber: Hadis 40 Imam Nawawi



TAKDIR

          ‘Jika Allah sudah takdirkan sesuatu itu untuk kita, walau seluruh isi alam ini menghalang kita dari mendapatkannya, kita tetap akan mendapatkannya dengan apa cara sekalipun, tetapi jika Allah sudah mentakdirkan sesuatu itu BUKAN  milik kita, walau seluruh isi alam ini membantu kita untuk mendapatkannya, kita tetap takkan mendapatkannya’. 

 


INGAT MATI TINGKATKAN PRODUKTIVITI
‘saya risau jika semua orang ingat mati, produktiviti syarikat akan menurun’.
‘kenapa tuan berkata begitu?’
‘apabila ingat mati, masing-masing fikir diri sendiri sahaja. Mereka asyik solat, zikir dan wirid sahaja. Mereka akan tinggalkan kerja. Saya tak setuju langsung ceramah tentang mati ini di buat dalam organisasi ini, sorry , saya tak setuju’..
‘saya rasa tidak begitu, apabila semua pekerja ingat mati akan meningkatlah kualiti dan produktiviti syarikat ini’
‘kenapa pula?’.
‘orang yang ingat mati sedar dia akan menemui Allah’
‘Apa kaitan hal itu dengan produktiviti?’
‘kalau kita sedar kita akan bertemu dengan Allah, kita akan memperelok dan memperbanyakkan ibadah’
‘itu yang saya kata tadi. Apabila asyik beribadah kita akan lupa dan lalai bekerja. Terjejaslah produktiviti’
‘tuan, ingin saya ingatkan konsep ibadah itu luas. Ibadah bukan sahaja solat, zikir dan wirid. Kerja di syarikat ini juga satu ibadah.’
‘awak ingat saya tak faham konsep ibadah?’
‘saya Cuma mengingatkan. Ibadah itu terbahagi kepada 3—ibadah asas, ibadah sunat dan ibadah khusus. Ibadah asas itu solat, puasa dan lain-lain. Ibadah sunat itu banyak antaranya zikir, baca al-Quran dan lain-lain.’
‘itu saya tahu’
‘manakala ibadah umum pula seluruh aktiviti hidup kita selain ibadah asas dan sunat tadi. Termasuklah kita bekerja, berniaga dan lain-lain’
‘tu yang saya kata tadi. nanti semua tumpu pada ibadah asas, ibadah umum terpinggir. Pekerja kita ni bukan faham sangat konsep ibadah yang berbelit-belit ni’
‘kitalah yang mesti memahamkan mereka. Ceramah tentang mati ini perlu dibuat selepas ceramah tentang visi dan misi hidup, konsep ibadah, hablumminanallah dan hablumminannas’.
‘saya tak yakin mereka boleh difahamkan. Orang melayu kita ni apabila ingat mati, gementar, takut,kecut.  saya tak mahu menakut-nakutkan mereka. Kita nak kualiti, kita nak produktiviti. Mati ni soal peribadi , bukan soal organisasi. Dalam organisasi kita cakap tentang keuntungan.’ 
‘tuan, Islam menganjurkan kita mengingati mati, bukan takut mati. Yang tuan bimbang itu adalah takut mati, bukan ingat mati.’
‘apa bezanya?.’ 
‘saya teringat akan 1 hadis. Orang yang ingat mati akan menyegerakan taubat, meningkatkan ibadah dan tenang dalam hidup. Tapi orang yang takut mati akan hilang semangat untuk hidup. Takut mati akan menyebabkan mereka juga takut hidup. Hilang daya dan tenaga untuk berusaha’.
‘sy masih bimbang mereka takut mati, bukan ingat mati’ 
‘tuan jangan lupa 1 golongan lagi, mereka tu ingat mati pun tidak, takut mati pun tidak.’
‘siapa tu?’ 
‘iaitu satu golongan yang lupa mati. Mereka akan menangguhkan taubat, meremehkan ibadah, dan jiwanya sentiasa kacau. Mereka ini sangat benci apabila diperingatkan tentang mati kerana ini mengganggu keseronokan mereka untuk melakukan maksiat dan dosa....’
 ‘saya masih khuatir mereka asyik berkurung di surau, asyik solat, solat dhuha dan berdoa berjam-jam lamanya. Akibatnya kerja akan tertangguh.’ 
‘kita perlu terangkan kepentingan ibadah umum..’
‘maaflah, awak masih berfalsafah. Kita mesti realistik. Syarikat ini sedang mengalami masalah. Produktiviti dan kualiti menurun secara drastik’.
‘mengapa? apa sebabnya?’.
‘culas, curi tulang, pembaziran, rasuah..’ 
‘tuan, itu sikap orang yang lupakan mati’
‘lagi lagi mati, kita bercakap tentang hidup sekarang!’.
‘bercakap tentang mati akan menyebabkan kita jelas tentang hidup. Persediaan menghadapi mati dibuat semasa hidup. Keadaan hidup selepsa mati sangat berkait dengan keadaan hidup sebelum mati!’.
‘saya bertambah tak faham dengan awak’. .
‘maksud saya orang yang culas, curi tulang dan rasuah itu tidak takut dengan dosa. Mereka hanya takut dengan undang-undang dunia. Kalau mereka nampak undang-undang dunia ada kelemahan, kurang penguatkuasaan maka disitulah mereka mengambil kesempatan’.
‘apa kaitan itu degan mati?’ 
‘kalau mereka ingat mati, mereka ingat hari pertemuan dengan Allah pada hari akhirat. Di sana segala dosa yang disembunyikan daripada manusia dan yang terlepas daripada undang-undang dunia akan dipaparkn dengan nyata. Bukan sahaja dipaparkn, bahkan akan diberi hukuman dengan api neraka. Di sana nanti Allah akan tanyakan segala-galanya. Tentang solat, tentang kerja, tentang keluarga. Jika semua beres, baiklah keadaan hidup kita di sana. Itu yang saya katakan tadi, keadaan hidup selepas mati sangat ditentukan oleh corak kehidupan kita sebelum mati’. 
Sumber : Beduk di Ketuk



 INGATLAH
Yang terlalu banyak memberi nikmat kepada kita
Yang tak pernah putus memberi rezeki
Yang sentiasa memaafkan kesalahan kita
Yang menyelamatkn kita daripada bala bencana
Yang menyembuhkan kita ketika kita sakit
Yang memberi mata untuk melihat dunia yang indah
Tetapi kita sering lupa akan yang memberikan segalanya bagi kita iaitu –ALLAH-


 WAKTU
Waktu adalah milik Allah, untuk Allah dan kembali kepada Allah. Dan setiap saat dan detik waktu akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah dan pertanyaan itu pasti ada pada setiap makhluk yang hidup .












  


No comments:

Post a Comment