Google Ads

Tuesday 27 October 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 124

MENARIK DI DALAM
·        Mampukah berdoa untuk  musuh?
·        Bisikan Hikmat
·        Cara Menumpaskan Kegagalan
·        Dengar dengan hati
·        Solat seorang Arif
·        4 kisah Istimewa

Assalamualaikum
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Tuhan yang berada sangat dekat dengan manusia.

Sahabatku
betapa agungnya akhlak Rasululla, hingga Baginda juga mampu berdoa sekalipun untuk musuh-musuhnya.

Sahabatku
saya teringat akan 1 kisah bagaimana ada seorang perempuan yahudi yang sangat benci Rasulullah saw. dia selalu menghalang laluan Rasulullah dan melontar Baginda dengan najis. suatu hari wanita itu tidak mengacau baginda lagi, Baginda tertanya-tanya kenapa dengan wanita itu. akhirnya tahulah baginda bahawa wanita itu sedang sakit dan Baginda melawatnya. Akhirnya wanita itu mengucap 2 kalimah syahadah kerana akhlak Rasulullah.

Sahabatku.
Agak-agaknya apa yang kita buat apabila kita dibenci seseorang, kita dikhianati seseorang, Adakah kita akan berakhlak baik dengannya? Tepuk dada tanya iman. sangat mudah untuk membuat kebaikan kepada orang yang buat baik dengan kita kan? tapo bagaimana sikap kita dengan orang yang buat jahat dengan kita?

Sahabatku
jadilah seperti pokok manga, walaupun dilontar dengan batu dan kayu, pokok mangga akan menjatuhkan buah yang sangat masak ranum.  

Editor , Norazila Khalid



HITAM PUTIH
Sebesar manapun kediaman kita, tetapi ingat-ingatlah selalu kediaman terakhir kita, iaitu kubur..


JOM AMAL

‘sesiapa yang diperlakukan baik oleh orang, hendaknya dia membalasnya. Apabila dia tidak mendapatkan sesuatu untuk membalasnya, hendaklah dia memujinya. Jika dia memujinya maka dia telah berterima kasih kepadanya namun dia menyembunyikannya bererti dia telah mengingkarinya’.

(Riwayat al Bukhari)

 


BISIKAN HIKMAT
            ‘Nak, di mana-mana sahaja, bawalah iman dan Islam’. Bisikkan kata-kata keramat itu di jiwa dan di telinga anak-anak. InsyaAllah, mereka akan menjadi cahaya yang menerangi diri sendiri dan orang lain. Kehadiran mereka akan dirasakan impak oleh kita sebagai ibubapa di rumah, guru-guru dan teman di sekolah dan jiran-jiran kawasan perumahan.
            Mereka umpama biji benih yang baik, dicampakkan kemana pun akan bercampah. Mereka umpama magnet yang menarik kebaikan dan orang yang baik. Mereka akan menjadi ejen perubahan ke arah Islam secara neutral, santai dan berhikmah.
            Untuk itu latihlah anak-anak agar membetulkan niat mereka dalam melaksanakan setiap perkara. Mereka solat, ingatkan solat itu wajib kerana Allah. Itu tugas sebagai hamba Allah. Mereka belajar, ingatkan bahawa juga wajib kerana Allah. Itu tugas sebagai khalifah. Ilmu fardu ain dan ilmu fardu kifayah bukan dituntut untuk meraih kebanggaan dan nama. Sebaliknya, untuk menjalankan tugas sebagai khalifah yang memberikan kebaikan. 
            Tanamkan cita-cita bergelar doktor , jurutera atau arkitek perlu selari dengan tugas selaku khalifah, memberi kebaikan kepada orang lain. Bukan semata-mata mendapat habuan di dunia, tetapi kerja itu sebagai wadah untuk memberi kebaikan kepada orang lain. 
            HAI ANAK


CARA MENUMPASKAN KEGAGALAN
 Sibukkan diri
 Berkomunikasi dengan Seseorang
 Bersikap terbuka
 Muhasabah bukan menyalahkan
 Jangan menyalahkan orang lain
 Raih sokongan keluarga dan kawan
 Tingkatkan kesihatan
 Senyum dan ceria
 Kenalpasti potensi diri
 Belajar drpd kesalahan lalu
 Mohon pertolongan drpd orang yang dipercayai
 Cari kawan baru
 Jangan putus asa



           


DENGAR DENGAN HATI
             Seorang guru bertanya kepada pelajarnya yang berusia tujuh tahun ‘jika ckgu bagi kamu 1 biji epal, 1 biji epal dan 1 biji epal lagi, berapa biji epal yang kamu dapat?’ sepantas kilat pelajar itu menjawab dengan yakin, ‘empat’. Guru itu kecewa dengan jawapan yang diberikan  kerana mengharapkan jawapan yang diberikan ialah 3. guru tersebut mengulangi soalan yang sama dan menyuruh anak muridnya mendengar dengan teliti. Tetapi jawapan yang diberikan tetap empat.
            Guru itu sedikit kecewa. Maka dia menukar perkataan epal dengan strawberi, dan pelajarnya dengan yakin menjawan ’tiga’. Kali ini jawapannya tepat. ’bagus, tepat sekali jawapan kamu itu. Jadi sekarang cikgu bagi kamu sebiji epal, bagi 1 biji epal dan 1 biji lagi. berapa biji epal yang kamu dapat?’soalan diulangi lagi buat kali ke3, namun jawapan pelajar itu tetap 4.
            Kali ini si guru sudah hilang sabar. Disoalnya murid itu dgn marah, ’macammana kamu dapat jawapan 4?’ dengan suara perlahan dan teragak-agak, murid itu menjawab ’sebab saya dah ada sebiji epal di dalam beg saya cikgu’. 

Pengajaran
Mungkin kita memahami sesuatu dari sudut yang berbeza, tetapi jangan sekali-sekali mendengar dengan satu tanggapan yang sudah dijangka. jadi, dengarlah dengan mata hati, Malah jika berbeza pendapat tidak bermakna 1 pihak betul dan 1 pihak lagi salah. Boleh jadi kedua-dua pihak betul atau kedua-dua salah.

Angguk Geleng






SOLAT SEORANG ARIF
        Abdullah bin Ali Sulaiman berkata ‘setiap kali Ali Zainal Abidin berdiri untuk solat, seluruh tubuhnya bergetar. Seseorang bertanya kepadanya sebab perkara itu. Beliau menjawab ‘sedarkah kalian, dihadapan siapakah aku akan berdiri dalam solat? Siapakah pihak yang tengah aku ajak berbicara ini?’ Abu Nuh al Ansari bercerita ‘suatu hari terjadi kebakaran di rumah Ali Zainal Abidin. Pada waktu itu beliau sedang sujud dalam solatnya. Orang ramai berteriak ‘wahai cucu Nabi, api! Api!’. Namun beliau tidak mengangkat kepalanya. Beliau terus sujud hingga api tersbut berjaya dipadamkan. Apabila selesai solat, orang bertanya kepadanya. Dia menjawab ‘Aku tidak sedar telah berlaku kebakaran. Api yang lebih besar (Api Neraka)  telah menyibukkan diriku ‘. Maksudnya, beliau membayangkan api neraka di dalam solatnya.

Dinukil drpd Siyar A’lam al Nubala’



ASMA UL HUSNA
1. AR RAHMAN (Maha Pemurah)
Dibaca 100 kali selesai solat 5 waktu, dengan Izin Allah sesiapa yang membacanya akan menjadi orang yang pengasih dan terang hatinya.

          Semenjak masih berada di dalam kandungan kemudian lahir sehingga meninggal dunia, manusia selalu mendapat dengan nikmat. Nikmat yang diberikan oleh Allah SWT kepada manusia amat tidak terhingga banyaknya. Setiap detik, setiap minit, setiap nafas, darah yang mengalir, otak yang dapat berfikir, otot dan saraf yang dapat bergerak dan sebagainya  adalah beberapa contoh nikmat yang selalu hadir dalam kehidupan kita.
          Allah SWT juga memberikan kita berbagai potensi kepada kita. Potensi-potensi tersebut dapat kita gunakan untuk menggali pelbagai sumber daya alam yang tersedia di alam raya. Binatang liar yang telah ditundukkan kemudian lautan, tanah yang subur, hutan serta ikan-ikan di laut, semua diperuntukkan bagi kelangsungan hidup manusia di bumi ini.
Lihat betapa Pemurahnya Allah.    

MADAH
 Kebaikan itu mudah bila ada Kekuatan
  Kesabaran itu indah bila tiada rungutan
 Kecantikan itu terserlah bila ada tautan
 Kehidupan itu payah bila tiada ketaatan kpd Allah..  


4 KISAH ISTIMEWA
Dalam surah al Kahfi terdapat 4 kisah unik yang tidak berulang dalam mana-mana surah lain .
1. Pemuda Kafir
2. Perguruan Nabi Musa Dengan Khidir
3. Zulkarnain
4. Dua Pemilik Kebun


KATA-KATA
Siapa yang tidak sabar dengan yang sedikit,
Sukar untuk bersyukur dengan yang banyak.



No comments:

Post a Comment