Google Ads

Sunday 4 October 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 78

MENARIK DI DALAM
·        Kursus Pengajaran dari Pengalaman
·        Lautan Yang Luas
·        Kamulah Insan Terpilih
·        Solat Yang Paling Berat
·        Kata Imam Ghazali
·        Pilih yang Mudah, Tinggalkan Yang Susah
·        Tidak Sendiri
·        Menyediakan Bekalan Hidup
·        Menghalau Hantu
·        3 perkara yang membuatkan kita celaka


Assalamualaikum
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Tuhan yang Maha Adil dan akan membuat pengadilan yang tepat di mahkamah akhirat kelak.

Sahabatku
Saya sangat gemar membaca buku tulisan fazdli yusof. mengikut dalam satu  bukunya, dia menceritakan bahawa seorang sahabatnya terkejut melihat kereta yang di parkir nya di tepi jalan hilang. akhirnya beliau bersyukur sangat bahawa keretanya adalah ditunda oleh majlis perbandaran kerana parkir ditempat yang salah.  Dia bersyukur kerana keretanya ditunda, bukan dicuri. dia hanya perlu membayar denda yang sedikit berbanding dengan kes jika keretanya dicuri. Dia sentiasa melihat motivasi di dalam setiap apa yang berlaku. Bayaran denda yang dibayarnya diibaratkan sebagai kos yang perlu dibayar untuk kursus motivasi. Kursus Pengajaran dari pengalaman.

Sahabatku,
apa motivasi yang diperolehi daripada kursus pengajaran itu ialah , kita perlu meletakkan kereta di tempat yang betul, tidak tergesa-gesa sehingga terpaksa meletak kenderaan ditempat yang salah.akibatnya,  ia menghasilkan sesuatu yang positif bukan?  Itulah  kursus yang sangat bernilai daripada pengalaman itu.

Sahabatku,
lihatlah dalam kehidupan kita. bersyukurlah dengan setiap ujian yang kita terima. dapatkan sesuatu yang positif daripada apa yang berlaku. jangan cepat mengeluh dan mengalah, kerana setiap yang berlaku terhimpun hikmah disebaliknya.
Editor, Norazila Khalid


LAUTAN YG LUAS
          Dunia ini umpama lautan yang luas. Kita adalah kapal yang belayar di lautan. Andai muatan kita iman dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup yang penuh mencabar ini.



INSAN TERPILIH
Allah tahu kamu kuat. Maka dia mengujimu dgn lebih hebat. Maka jgn pernah menyerah. Walaupun kamu rasa ujianNya begitu berat. Kerana kamulah insan terpilih.

 


BUKAN MUKMIN SEJATI
Orang yang tidak takutkan Allah akan memilih-milih hukum Allah dalam perlaksanaannya. Dia akan mengamalkan sesetengahnya dan meninggalkan sesetengahnya pula. Inilah Sikap orang yang bukan mukmin sejati. Dia, Allah akan golongkan di dalam golongan yang sesat akibat dari sikapnya yang memilih-milih itu.
Firman Allah : tidak dianggap orang mukmin yang sebenar-benarnya sama ada lelaki mahupun perempuan apabila Allah dan RasulNya mendatangkan sesuatu perintah, bahawa mereka mahu memilih pada urusan mereka, dan sesiapa yang derhaka kepada Allah dan RasulNya, maka telah sesatlah dia dengan amat nyata. (surah al ahzab ayat 36) 


SOLAT YG PALING BERAT
 Nabi saw bersabda :‘ sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik ialah solat subuh dan isyak. Kalaulah merak tahu akan kelebihan kedua-duanya, mereka akan melaksanakannya meskipun dalam keadaan merangkak’.

HR Bukhari dan Muslim


IMAM AL GHAZALI PERNAH BERKATA
2 Apakah yang paling dekat dengan diri kita—MATI
2 Apakah yang paling jauh dari kita di dunia ini– MASA LALU.
2 Apa yang paling besar di dunia ini– HAWA NAFSU
2 Apa yang paling berat di dunia ini—MEMEGANG AMANAH
2 Apa yang paling ringan di dunia—MENINGGALKAN SOLAT
2 Apa yang paling tajam di dunia—
LIDAH MANUSIA 



HADIS 9
PILIH YANG MUDAH DAN TINGGALKAN YANG SUSAH
 Drpd Abdul Rahman bin Shakhr r.a, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : ‘Apapun yang saya larang kamu lakukan, maka jauhilah dan apa pun yang saya perintahkan kamu lakukan, maka kerjakanlah sekadar kemampuan. Sesungguhnya yang membinasakan orang sebelum kamu adalah banyaknya pertanyaan dan perselisihan mereka dengan nabi-nabi mereka (tidak mahu taat dan patuh)
Syarah Hadis 40 Imam Nawawi


TIDAK SENDIRI 

 Hidup itu pahit. Hidup itu getir, hidup itu perih mengiris. Namun anda tidak sendiri, anda masih punya Allah yang selalu menemani Anda dalam kesendirian, dalam perih, getir dan luka.

‘janganlah kamu bersikap lemah, dan jangan pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang yang paling tinggi darjatnya , jika kamu benar-benar orang yang beriman

(Surah Ali Imran  ayat 139)



MUKMIN PROFESIONAL
LANGKAH 4: MENYEDIAKAN BEKALAN HIDUP
Bekalan diperlukan bagi setiap perjalanan yang melelahkan ketika itu, talian hayat sentiasa menjadi keperluan sebagai perhubungan antara hamba dengan penciptanya. Di situlah berlakunya pengaduan segala kesusahan , kelelahan dan kelemahan. Kembali kepada jati diri yang sejati—kita hanya hambaNya. Semakin lemah di hadapanNya, semakin gagah kita di jalanNya.
SOLAT adalah silah—hubungan yang menjadi ‘energy’ hati, emosi, akal dan fizikal dalam kehidupan.


INGATLAH

 Jangan sesekali yakin bahawa dengan amalan yang kita lakukan akan menjamin kita ke Syurga Allah, kerana kita ke Syurga atas keredaan Allah bukan dengan amalan kita yang sedikit itu. carilah keredaan Allah.

 


MENGHALAU HANTU.
‘Tidak ada hantu yang berkeliaran pada malam jumaat’.
‘Malam jumaat malam yang berkat,. Esoknya penghulu segala hari. Hari raya mingguan bagi orang Islam. Mungkin itu sebabnya’
‘bukan itu yang saya maksudkan’
‘kenapa tiba-tiba kamu bercakap tentang hantu?’
‘semua hantu dah masuk tv, macam-macam hantu kita dapat lihat pada malam jumaat. Dulu orang kita takut hantu, sekarang orang suka tengok hantu’
‘ada 3 unsur yang menjadi bahan pelaris dalam media yang dikuasai oleh orang melayu, iaitu seks, mistik atau misteri dan gossip’.
Benar, media cetak dan elektronik ada ketiga-tiga unsur ini dan mendapat sambutan.  
‘aku bimbang, pemikiran anak-anak kita akan diracuni dengan cerita itu. Bukankah siapa kita pada 5 tahun akan datang ditentukan oleh dengan siapa kita bergaul, dan apa yang sering kita baca atau tonton setiap hari? Kalau cerita-cerita hantu ini kerap di tonton, fikiran bawah sedar anak-anak kita akan terkesan!’
‘aku bimbang melihat peranan ahli agama dan ayat-ayat  Quran yang digunakn dalam cerita-cerita hantu ini, takut disalahtafsirkan’.
’tapi ada yang berhujah ‘tengok dalam cerita hantu, kami memartabatkan ahli agama dan ayat-ayat al-Quran’. apabila ahli agama datang dengan serban dan kopiah serta membaca ayat-ayat al Quran, hantu akan cabut lari, terbakar, ghaib dan sebagainya. Apa pandangan kamu tentang ini?’.
‘al– Quran dibaca untuk difahami, dihayati dan diamalkan oleh manusia. Itu fungsi utamanya. Jika manusia tidak menghayati al Quran, manusia akan menjadi hantu yang lebih ganas dan dahsyat’.
‘maksud kau?
‘yalah, akibat meminggirkn ayat al Quran, lahirlah hantu-hantu dalam kalangan manusia yang menjadi pembuang bayi, mat rempit, peragut, perogol, penagih dadah, perasuah, penjenayah, ahli politik yang putar belit, wanita yang mendedahkan aurat dan penggiat budaya hedonisme dalam kalangan orang islam itu sendiri. inilah hantu yang lebih dahsyat daripada puntianak, polong, pocong yang digembar-gemburkan. Hantu dalam kalangan jin mudah dihadapi, baca al Quran dia akan lari, tetapi hantu dalam kalangan manusia ni tak lari kalau baca al Quran’.
 ‘betul kata kau, ustaz-ustaz atau lebai-lebai dalam cerita hantu datang pada saat akhir dengan kuasa magis kononnya. Mereka membaca al Quran yang mirip mantera atau jampi lalu hantu akan cabut lari’.
Padahal peranan ahli agama bukan sebagai penghalau hantu tetapi sebagai pendidik , pendakwah, sekaligus professional dalam semua bidang. Manakala ayat-ayat  al Quran untuk dibaca dan dihayati bagi menyuburkan iman dalam sistem hidup manusia secara keseluruhan. 
Sumber : Beduk di Ketuk




 3 PERKARA YANG MEMBUATKAN KITA CELAKA
 Kedekut
 Tewas dengan nafsu
 Bangga dengan diri sendiri
 (Riwayat Tabrani )











No comments:

Post a Comment