Google Ads

Monday 19 October 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 108

MENARIK DI DALAM
·        Jahitlah sejadah Iman Yang kian terkoyak
·        Nilai Persaudaraan
·        Berdoa
·        Cara Berinteraksi Dengan al Quran
·        Syaitan Mengejutkannya Solat
·        Kiri
·        Mendaftar Di Medan Jihad


Assalamualaikum
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Yang Menguasai segalanya
Samaada di langit dan di bumi. Tuhan yang sentiasa JAGA samaada kita tidur atau kita berjaga. Dialah hanya satu-satunya Tuhan yang layak disembah tiada yang lain yang selayak diriNya.

Sahabatku
saya ingin share ini ‘dalam kita melangkah meniti kehidupan ini,  terkadang kita diuji dengan ujian yang terasa berat hingga kita terduduk menangis. peritnya terasa tapi ketahuilah dan renungilah kembali ke dalam dirikita sendiri kerana mungkin air mata tika itu hadir kerana Dia mahu kita menjahit kembali sejadah iman yang kian terkoyak lantaran ada langkah-langkah kita yang tersasar dari keikhlasan.  semoga kita tabah dan ditetapkan iman di dada’

Sahabatku,
kembalilah kepada Allah atas apa jua yang menimpa kita. ingatlah, ujian yang kita dapat itu sebenarnya adalah hadiah dari Allah supaya kita sentiasa ingat dan dekat dengan Allah. setiap orang di uji dengan pelbagai ujian. jika kita diuji sakit, ingatlah bahawa ada lagi orang yang diuji dengan sakit yang amat parah sehingga berbulan-bulan di hospital. ada yang terpaksa menjalani kemoterapi saban minggu. kita akan tenang jika kita fikirkan bahawa kesakitan kita cuma sedikit.

Sahabatku..
jika kita diuji susah dengan kewangan yang parah. ingatlah sesungguhnya ada lagi insan yang lebih parah, remuk  kewangannya, mereka tidak ada tempat tinggal, merempat, tiada makanan, tiada pakaian yang bersih. syukurnya kita kan?. cuma diuji sikit sahaja oleh Allah.

Sahabatku
jika diuji, lihatlah mereka yang lebih parah diuji daripada kita, Nabi Ayub tetap sabar diuji dengan segala apa yang menimpanya, Ya, kita bukannya Nabi. tapi ambillah sedikit sifat sabar dan redhanya itu.
Editor, Norazila Khalid  

HADIS 35
NILAI PERSAUDARAAN
 Daripada Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah saw bersabda ‘Janganlah saling mengdengki dan janganlah saling menipu, saling membenci, saling membelakangi, dan janganlah sebahagian kamu membeli barang yang telah dibeli oleh orang lain. Jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim adalah saudara bagi muslim yang lain. Dia tidak patut membohongi, menzalimi dan merendahkannya. Taqwa itu di sini (Baginda menunjuk dadanya 3 kali). Cukuplah seseorang itu dikatakan buruk jika sampai menghina saudaranya sesama setiap muslim adalah haram bagi muslim yang lain’.

Sumber : Hadis 40 Imam Nawawi



BERDOA

Berdoa adalah otak ibadat. Begitulah besarnya kedudukan berdoa. Lg banyak kita mohon maka bertambah sayang Allah kepada kita. Dan ia amat berbeza dgn manusia, lagi banyak kita meminta, lagi banyak kita dimarahi dan dimaki.

 

 


CARA BERINTERAKSI DENGAN AL QURAN (CARA MEMBACA DENGAN BAIK)
1. Menghalalkan apa yang dihalalkan oleh al Quran
2. Mengharamkan apa yang diharamkan oleh al Quran
3. Membaca al Quran seperti yang diturunkan (tidak perlu bacaan berlagu yang terlalu)
4. Jangan mengubah susunan dalam al Quran
5. Tafsirannya mengikut cara yang betul


Sumber : Dr Danial Zainal Abidin

SYAITAN MENGEJUTKANNYA SOLAT
            Satu hari, akibat keletihan yang amat sangat Syeikh Abdul Qadir al-Jilani hampir terlewat bangun tidur walaupun waktu subuh hampir tiba. Melihat keadaan itu , syaitan telah menyamar menjadi seekor kucing dan menggigit ibu jari kaki Syeikh Abdul Qadir. Syeikh Abdul Qadir pun terbangun. Mujur waktu subuh baru sahaja masuk. Dalam pandangan mata hatinya Syeikh dapat melihat syaitan yang berupa seekor kucing itu. ‘Mengapa kau kejutkan aku solat subuh, padahal kau amat benci kepada sesiapa yang solat?’
            ‘Aku bimbang sekiranya kau terlewat bangun subuh’.jawab syaitan. Dengan berasa hairan Syeikh Abdul Qadir bertanya ‘kenapa?’ Syaitan terpaksa menjawab kerana dia takut kepada orang yang takutkan Allah. ‘aku takut jika kau terlewat untuk solat subuh, kau akan menampung kelewatan solat dengan amalan lain yang lebih banyak dan lebih bersungguh-sungguh’. Kata syaitan. Tambah syaitan lagi ‘kau akan bersedekah, kau akan membantu orang lain, kau akan mengajar lebih lama dan kau akan mengajak orang lain kepada kebaikan. Kau akan lebih membaca al Quran. Semuanya untuk menampung kesalahanmu yang sedikit. Dengan itu nanti, aku dan kawan-kawanku pula akan bertambah susah. Kerja kami akan bertambah banyak dan sukar. Jadi, lebih baik kamu solat subuh tepat pada waktu dan kami tidak akan susah payah menghadapi kerja untuk menyekat amalan-amalan baikmu itu nanti’.

Pengajaran
Begitulah kreatif dan inovatifnya syaitan dalam menyesatkan manusia. Syaitan bukan sahaja arif tentang amalan baik dan jahat tetapi arif juga tentang keutamaan amal.
Sumber : Angguk Geleng




KIRI
Kiri. Menyebutnya sahaja melambangkan perkara yang tidak baik. Jika disebut langkah kiri, maknanya tidak bernasib baik. Perkataan kiri sinonim dengan perkara yang buruk, malang atau kurang baik. Allah memberi peringatan ‘dan golongan kiri, alangkah sengsaranya golonagn kiri itu’. (Surah al Waqiah 56:41) Perhatikan pula ayat 52-56 surahal-Waqiah yang menceritakan balasan kepada golongan kiri. Allahu Akbar. Membayangkan sahaja kita tidak mampu, bagaimana jika dihumban ke lembah itu? bayangkan tangan kanan tanpa tangan kiri. Hanya guna otak kanan untuk berfikir. Bayangkan juga hanya mempunyai sebelah mata dan telinga, bukankah akan menyusahkan? anggota kiri berfungsi sebagai peneman anggota kanan melakukan kebaikan. Jadi, usahlah dirosakkan dengan mengheret anggota anggota kanan ke arah kejahatan. Anggota kanan dan kiri bekerjasama demi Islam, menjadi hamba terbaik di muka bumi. Bukankah setiap yang diciptakan Allah ada fungsi dan kegunaannya?



MENDAFTAR DI MEDAN JIHAD
PENDAFTARAN DIBUKA! Jihad bermakna berjuang secara habis-habisan untuk meningkatkan sesuatu matlamat dan sudah tentunya visi untuk menegakkan dan menyebarkan Islam. Ayuh! mari kita berjihad di jalan Allah dengan menyertai satu atau dua atau semua pakej jihad yang ditawarkan

; PAKEJ 1: JIHAD MENENTANG HAWA NAFSU DAN HASUTAN SYAITAN
Jangan mendidik diri untuk sentiasa bermanja dengan pelbagai kemudahan yang ada di dunia. Jalan mencari kebenaran Islam tidak terlalu mudah, namun tidak mustahil untuk dihadapi dengan jangan mudah mengikut telunjuk nafsu dan jalan syaitan.

; PAKEJ 2: JIHAD MENCARI PETUNJUK DAN AGAMA
Berusahalah dengan bersungguh-sungguh untuk mencari kebenaran yang selari dengan Islam. Sesungguhnya, Allah akan mempermudah urusan pencarian petunjuk Islam biarpun terlalu berat untuk dihadapi.

; PAKEJ 3: JIHAD MENGAMALKAN ILMU DAN BERDAKWAH
Apabila ilmu sudah diperoleh, jangan bakhil untuk menyampaikan. Kongsikan kepada asesiapa sahaja yang layak untuk menerima kemanisan sesuatu ilmu itu. Semoga kita juga terdorong untuk mengamalkannya.

; PAKEJ 4 : JIHAD MENENTANG GOLONGAN YANG KAFIR DAN MUNAFIK
Orang kafir sama sekali tidak akan bersetuju dengan ajaran yang dibawa oleh Islam. Manakala orang Munafik berpura-pura dengan keimanannya dan benci terhadap ketetapan Allah. Persiapkan diri untuk menentang sebarang ancaman daripada golongan ini, lalu bersedia membawa mereka mendekati Islam .

; PAKEJ 5 : JIHAD MENENTANG GOLONGAN ZALIM
   Istilah zalim biasa diberikan kepada golongan yang berpangkat dalam kepimpinan. Sedangkan ulama bersepakat menyatakan bahawa pemimpin itu perlu menjauhi daripada melakukan dosa dan menuju ke arah kebaikan. Berjihadlah menentang golongan yang zalim agar tiada lagi berlaku penindasan terhadap golongan bawahan.




No comments:

Post a Comment