Google Ads

Tuesday 20 October 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 110

MENARIK DI DALAM
·        Tudung oh tudung
·        Keadilan Dan Kurnia Allah
·        Kuasa Monolog Diri
·        Jangan Bercakap
·        Hidup Semula
·        Yang Mana satu?
·        Pengharaman Arak

Assalamualaikum
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Tuhan yg Maha Melihat akan apa yang dilakukan oleh hambaNya.

Sahabatku
Pernah tengok tak kes ini?.  Jiks nak keluar kerja, lekas-lekas  cari tudung, nak pergi ke  klinik pun bertudung, nak pergi kedai pun bertudung, nak pergi ke pasar pun bertudung, tetapi kenapa siram pokok bunga depan rumah lupa bertudung, sapu sampah di halaman pun tak bertudung, jiran lelaki datang pun lupa bertudung, duduk dengan ipar duai pun selamba tak bertudung. senang cerita, kenapa mudah sangat  buka tudung bila di rumah sendiri?

Sahabatku
jawapannya mudah, mungkin ramai yang menjawab, inikan rumah saya, kenapa nak bertudung pula? soalnya bukan itu. soalnya kenapa kita wajib bertudung? Kenapa perlu menutup aurat?  ia sebenarnya adalah kerana TUNTUTAN SYARAK, bukan sekadar mengikut adat semata. Adatnya, bertudung hanya di luar rumah, syarak menyatakan bertudung di mana sahaja ada lelaki bukan Muhrim.

sahabatku
Ramai yang malas bertudung di depan ipar duai  atau sepupu lelaki yang confirm bukan mahram dengan kita. alasannya kerana cerewetla konon bertudung di rumah sendiri. Panas!. ada juga yang ingat tak salah tak bertudung di depan sepupu atau ipar duai, maklumla macam keluarga sendiri, itu adalah JAHIL tentang ilmu, bukan tak tahu, tapi TAK NAK AMBIL TAHU mana yang boleh mana yang tak boleh.

Sahabatku
ada juga yang berpendapat bahawa, bertudung adalah urusan dirinya dengan Allah, tiada kena mengena dengan orang lain. benar, tidak salah. tetapi sebagai muslim, tdk salah mengingatkan utk diri sendiri dan org lain.
Editor

HADIS 37
KEADILAN DAN KURNIA ALLAH
 Daripada Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah saw bersabda ‘sesiapa yang melepaskan salah satu kesusahan dunia daripada seseorang mukmin, maka Allah akan melepaskan salah satu kesusahan pada hari kiamat daripadanya. Sesiapa memudahkan orang yang tengah dilanda kesulitan maka Allah akan memudahknnya di dunia dan akhirat. Sesiapa yang menutup aib seorang muslim maka Alah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah menolong hambaNya selama hamba itu menolong saudaranya. Sesiapa yang menempuh suatu jalan dalam rangka mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah suatu rumah Allah dengan membaca kitab Allah dan mempelajarinya bersama-sama, kecuali bahawa ketenteraman akan turun kepada mereka , malaikat menaungi mereka di hadapan makhluk yang di sisiNya, dan sesiapa yang lambat (kurang) amalannya, maka tidak akan dipercepat mengangkat darjatnya’.

Sumber : Hadis 40 Imam Nawawi


OH BARU TAHU!!!!
Kuasa Monolog Diri
          Ada kajian dibuat mendapati bahawa manusia bercakap dengan dirinya sendiri sebanyak 600 perkataan seminit.
          Kajian juga menunjukkan bahawa 85 % dialog yang berlaku dalam diri adalah negatif. Kita mampu mengubahnya!


TRIVIA (SOALAN KUIZ AGAMA)
1. Apakah beza antara iblis dan syaitan ?
2. Siapakah nama anak sulung dan anak bongsu Nabi Adam?
3. Di manakah Nabi Hud a.s tinggal?
Jaapan di akhir edisi ini


JANGAN BERCAKAP
            Satu hari, akibat keletihan yang amat sangat Syeikh Abdul 3 orang sahabat sering mencabar sesama mereka. ‘apa kata kita cuba tidak bercakap sehari suntuk? ’kata salah seorang di antara mereka. ‘Untuk apa?’ tanya seorang kawan yang lain. ‘ nak cuba lihat samaada kita boleh buat atau tidak’. Balas si pencadang. ‘okey, baiklah. Kami sahut cabaran ini’. Mereka semua sepakat.
            Selepas 5 jam berdiam diri dan bisu seribu bahasa, tiba-tiba ‘Adik aku baru SMS dia dapat 6A dalam peperiksaan’. Tanpa sengaja lelaki kedua bercakap. ‘isy, kan kita dah berjanji tak mahu bercakap 24 jam? Engkau tunjuk saja SMS tu, tak perlu cakap pun’. Lelaki ketiga bersuara.
            ‘kamu berdua memang tak boleh pegang janji. Tengok, baru 5 jam sahaja korang dah mula bercakap’. Lelaki pertama pula bersuara. ‘kamu pun sama!’. Lelaki kedua dan ketiga bersuara serentak.

Pengajaran
Dalam bersahabat, perlu saling menasihati ke arah kebaikan. Jika ada yang tersalah arah, bersegera menarik kearah kebaikan bukan turut meraikan keburukan dan maksiat.
Sumber : Angguk Geleng




AL-QURAN
HIDUP SEMULA
‘Atau (tidakkah engkau berasa pelik memikirkan wahai Muhammad) tentang orang yang melalui sebuah negeri yang telah runtuh segala bangunannya, orang itu berkata : bagaimana Allah akan menghidupkan (membina semula) negeri ini sesudah matinya (rosak binasa?).lalu dia dimatikan oleh Allah (dan dibiarkan tidak berubah) selama 100 tahun, kemudian Allah hidupkan dia semula lalu bertanya kepadanya: berapa lama engkau tinggal di sini? dia menjawab: aku tinggal di sini sehari atau setengah hari. Allah berfirman : tidak benar, bahkn engkau telah tinggal (berkeadaan demikian) selama 100 tahun. Oleh itu, perhatikanlah kepada makanan dan minumanmu, masih tidak berubah keadaannya dan perhatikanlah pula kepada keldaimu (hanya tinggal tulang-tulangnya bersepah) dan Kami (lakukan ini ialah untuk) menjadikan engkau sebagai tanda (kekuasaan Kami) bagi umat manusia dan lihatlah kepada tulang-tulang (keldai) itu, bagaimana Kami menyusunnya kembali kemudian kami menyalutnya dengan daging. Maka apabila telah jelas kepadanya (apa yang berlaku itu), berkatalah dia : sekarang aku mengetahuinya (dengan yakin) Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.  
(Surah al-Baqarah 2:259)


YANG MANA SATU?

A)SUAMI UNGGUL?

 Hebat ditempat kerja dan hebat di rumah
 Baik dengan isteri dan anak serta membantu isteri dalam urusan rumahtangga
 Setia kepada isteri
 Meraikan isteri dengan sentiasa menjaga perasaan dan pandai menambat hati isteri
 Menjaga dan prihatin terhadap kebajikan dan keselamatan anak-anak.

ATAU..
B)SUAMI TUNGGUL?

 Malas bekerja dan tanggungjawab di rumah diabaikan
 Membiarkan isteri bersendirian dalam menguruskan rumahtangga dan anak-anak.
 Tidak berperanan sebagai seorang suami dan sering mencari keseronokan di luar.
 Tidak menghiraukan perasaan isteri.
 Cuai dan acuh tidak acuh dengan kebajikan anak-anak dan membiarkan mrk hidup bebas dan liar.
Sumber : Roslan Yasnain, Mithali




           


MUNGKIN ADA YG TIDAK TAHU
Pengharaman Arak
          Pengharaman arak berlaku di Madinah pada tahun ke 3Hijrah. Walau bagaimanapun proses ke arah itu telah berlaku sejak awal, melalui 4 firman Allah berikut
 Surah al Nahl 16:67
 Surah al Baqarah 2 : 219
 Surah al Nisa’ 4 :43
 Surah al Ma’idah 5 : 90-91

JAWAPAN TRIVIA
1.         Iblis—dari golongan jin yang jahat sahaja                            
 Syaitan—dari golongan jin dan manusia yang jahat
2. Qabil dan Habil
3. Kota Iram di bumi Yaman




No comments:

Post a Comment