Google Ads

Wednesday 7 October 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 83

MENARIK DI DALAM
·        Komunikasi tanpa wayar terhebat
·        Cara Tanda Cinta Allah dan Rasul
·        Duit oh Duit
·        Tinggal Solat Dosa Besar
·        Khuatir
·        Hakikat CInta
·        Susah vs Senang
·        Janji Allah Itu Pasti
·        Sedekah Untuk Ibu Bapa
·        Paling
·        VIP Popular


Assalamualaikum
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Tuhan yang amat dekat dan rapat dengan hamba-hambanya yang bertakwa. dan Tuhan yang akan membalas segala amal dan kejahatan hamba-hambaNya.

Sahabatku
saya masih ingat tentang frasa ini yang saya dapat dari laman sosial, Usah terlalu terpegun dan kagum dgn komunikasi tanpa wayar, sebab Allah memberi kita peluang setiap masa untuk berkomunikasi dengan Tuhan Yg Maha Kuasa juga TANPA WAYAR terhebat!.

Sahabatku.
Betapa zaman sekarang ini segalanya dihujung jari. segalanya tanpa wayar. terlalu sibuk kita berkomunikasi dengan manusia di alam maya, kadang kita terlupa bahawa dengan Allah sentiasa kita dapat berkomunikasi, teknologi tanpa wayar yang sangat canggih sekali. tetapi berapa ramai umat manusia ini yg menggunakannya?

Sahabatku,
kita kagum dgn teknologi, kononnya buatan atau ciptaan manusia, tetapi terkadang kita terlupa akan pencipta kepada pencipta teknologi itu sendiri.
Editor , Norazila Khalid


CARA TANDA KITA CINTA ALLAH DAN RASUL
 Kita akan belajar al Quran dan al Sunnah
 Kita akan amalkan apa yang diperintahkan Allah melalui Nabi saw
 Kita akan sampaikan ilmu itu kepada sesiapa sahaja
Ingat!! Org yang tidak mengikut al Quran dan al Sunnah pasti TEWAS.
Sebab apa pasti tewas, sebab dia berlawan dan berperang dengan Allah dan Rasul.
Ingatlah, jika tidak tewas di dunia ini dia pasti akan tewas di akhirat kelak.
Dan amat malang sekali jika di dunia ini dia tewas seperti tewasnya Firaun, Hamman , Qarun, Abu Lahab, Kaum Lut, Kaum A’ad dan sebagainya.



DUIT
Duit boleh beli BANTAL DAN TILAM , tetapi  tidak boleh beli TIDUR
Duit boleh beli UBAT , tetapi tdk boleh beli KESIHATAN
Duit  boleh beli BUKU, tetapi tak boleh beli KEBIJAKSANAAN
Duit boleh beli  INTAN PERMATA, tetapi tak boleh beli KECANTIKAN
Duit boleh beli MAKANAN, tetapi tak boleh beli SELERA
Duit boleh beli RUMAH, tetapi tak boleh beli KELUARGA
Duit boleh beli BARANGAN MEWAH, tetapi tak boleh beli PELAJARAN
Duit boleh beli HIBURAN, tetapi tak boleh beli KEBAHAGIAAN
Duit boleh beli PERNIAGAAN, tetapi tak boleh beli KEBERKATAN
Duit boleh beli CINTA, tetapi tak boleh beli KESETIAAN
Duit boleh beli  ORGAN BADAN, tetapi tak boleh beli NYAWA
Duit  boleh beli PANGKAT DAN KEDUDUKAN tetapi tak boleh beli IMAN


DALIL MENINGGALKAN SOLAT ADALAH DOSA BESAR
Firman Allah
‘(Setelah melihat orang  yang bersalah itu, mereka berkata) “(Mereka ditempatkan) ke dalam syurga (yang penuh nikmat), mereka tertanya-tanya tempat tinggal bagi mereka yang bersalah, “Apakah yang menyebabkan kamu masuk kedalam (neraka) saqar? Orang yang bersalah itu menjawab “(kerana) Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang yang mengerjakan solat’.
(Surah al Muddaththir 74:40-43)

Firman Allah
‘(Ingatkanlah orang yang tidak beriman) akan masa didedahkan kedahsyatan huru hara (hari kiamat), dan mereka diseru supaya sujud maka mereka tidak dapat melakukannya’.
(Surah al Qalam 68 : 42)
Sumber : ENSIKLOPEDIA SOLAT


KHUATIR
Khuatir tidak sama seperti berfikir kerana ia meresahkan. Ia membuahkan perasaan cemas, bimbang, tidak selesa, dan tidak sedap hati dengan sesuatu perkara atau keadaan yang akan berlaku.
Dalam setiap situasi, pasti kita berdepan dengan risiko untuk cenderung berperasaan sebegini. Ya, cemas dengan jawapan dan keputusan yang bakal dihadapi. Pengalaman mengambil keputusan di alam sekolah dahulu sudah cukup membimbangkan kita bukan? Bimbang samada keputusan peperiksaan baik atau tidak.
Namun dalam keluh kesah yang melanda, Allah menghadiahkan kita jalan keluar yang terbaik untuk kita. Bukankah Dia telah befirman ’Apabila kamu telah membulatkan tekad (berusaha bersungguh-sungguh) maka bertakwalah kepada Allah. Sungguh Allah menyintai orang yang bertawakkal’.
Nah, apa lagi yang mahu dibimbangkan? Berusahalah melakukan sesuatu pekerjaan atau amalan yang baik. Tiada apa-apa yang perlu digusarkan andai setiap perbuatan yang diusahakan adalah baik dan bertujuan memperoleh reda Allah.  
Sumber : Solusi 



HAKIKAT CINTA
Sebutir air mata yang jatuh kerana keinsafan adalah lebih baik daripada sejuta mutiara di dasar lautan. Sejernih wajah kerana wudu’ yang sempurna adalah lebih bercahaya daripada kilauan segunung emas dan permata, sesuci hati kerana cinta ILAHI itulah hakikat cinta sejati.
                  


SUSAH VS SENANG
Kita selalu takut diuji dengan kesusahan tetapi jarang kita takut diuji dengan kesenangan. Bila dikeji dan disakiti kita menangis dan merayu kepada Allah , tetapi bila dipuji dan dihormat serta dihargai adakah kita menangis kepada Allah . Pujian lebih bahaya daripada teguran kerana ia boleh membuatkan kita tersungkur kerana timbulnya rasa ujud. Bila susah, manusia sangat akrab dengan Allah, tetapi bila senang manusia mudah lupa Allah. Renungilah surah al anbiya’, Allah akan menguji kita dengan kesusahan dan kesenangan.
Sumber : Prof Dr Muhaya

JANJI  ALLAH  ITU  PASTI
Biar rebah, jangan berubah
Biar kalah, jangan berpaling arah
Biar terbuang, teruskan berjuang
Ujian itu tarbiyah dari Allah
Semakin dekat padaNya, semakin kuat taufan melanda
Usah resah bila diri diuji Allah
Pasti ada hikmah tersembunyi
Pasti ada bahagia hakiki
Janji Allah itu pasti 


SEDEKAH UNTUK IBU BAPA
Setiap pagi sedekahkanlah al fatihah kepada kedua ibu bapamu (tak kira masih hidup atau mati ) nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu.
Berdasarkan hadith Nabi
‘tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tuanya dalam sehari’.
Sumber : Dato Dr Fazilah Kamsah



PALING
Istana paling megah –MASJID
Lagu paling indah –SELAWAT
Senaman paling Baik—SOLAT
Hobi  Paling berfaedah –ZIKIR
Diet paling berkesan - PUASA
Agama paling Indah—ISLAM
Bangunan paling cantik—KAABAH
                  

VIP POPULAR
Orang yang sibuk di dunia dengan urusan dunia sehingga tidak solat akan bersama-sama VIP Popular di akhirat iaitu Firaun, Haman, Qarun dan Ubai (anak Khalaf).

















No comments:

Post a Comment