Google Ads

Thursday 29 October 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 127

MENARIK DI DALAM
·        Kembar Riyak
·        Nikmat
·        Tumbuhan Yang Disebut Dalam Al Quran
·        Lurus
·        Kayu Hikmat
·        Diskaun Dosa
·        Jadilah Pembersih


KEMBAR RIYAK

Sum’ah tidak jauh berbeza dengan riyak. Jika riyak ‘memperlihatkan’  (visual), sum’ah pula ‘memperdengarkan’ (audio), sesuatu amalan kepada manusia lain. Riyak berlaku dengan kehadiran orang lain yang diharapkan melihat amalan itu. Sebaliknya sum’ah berlaku tanpa kehadiran orang lain.

Orang yang sum’ah menceritakan, menghebahkan dan menguar-uarkan amalan yang telah dibuatnya sama ada secara lisan atau tulisan kepada orang lain. Jadi, jika riyak berlaku sebelum dan semasa amalan dilakukan, sum’ah pula berlaku selepas amalan itu dilakukan.Riyak dan sum’ah sangat sinonim seperti sinonimnya mata dengan telinga. 

 

Ustaz Pahrol




NIKMAT
Sakit dan segala rasa duka juga adalah nikmat. Allah memberi kita ruang agar muhasabah diri. Pejamkan mata, imbas kembali setiap perlakuan dan pertuturan. Beristighfarlah.  


TUMBUHAN YANG DISEBUT DALAM AL QURAN
: TAMAR
: TIN
: ANGGUR
: BAWANG PUTIH DAN BAWANG MERAH
: KACANG DAL DAN TIMUN
: DELIMA
: ZAITUN
: PISANG


ASMA UL HUSNA
11. AL KHALIQ (Maha Pencipta)
Dibaca 5000 kali , dengan Izin Allah ditemui harta, kekasih atau keluarga yang hilang. Dibaca pada waktu malam, Allah akan mengirim malaikat untuk membantu kehidupan di atas jalan yang benar .

12. AL BARI’ (Maha Membebaskan)
Dibaca 100 kali pada siang hari , dgn Izin Allah akan terhindar dan selamat dari kesulitan serta kebinasaan. .

13. AL MUSAWWIR
(Maha Pembentuk)
Dibaca 336 kali , dengan Izin Allah segala perbuatan dan pekerjaan akan menjadi baik. 

14. AL GHAFFAR
(Maha Pengampun
Dibaca 100 kali dalam masa dia menunggu solat Jumaat di dalam masjid , dengan Izin Allah dosa-dosanya yang lalu akan diampunkan Allah.

15. AS QAHHAR
(Maha Menundukkan)
Dibaca setiap malam terus menerus sebanyak-banyaknya , dengan Izin Allah akan mendapat ketenangan batin dan bebas daripada kehidupan yang sukar.
 Sumber : Buku Kisah Inspirasi Asma ul Husna   



LURUS
        Setiap hari, sekurang-kurangnya 17 kali kita memohon untuk sentiasa berada di jalan yang lurus. ‘tunjukkan kami jalan yang lurus’. (Surah al Fatihah 1:6)
Kedengaran mudah, namun tidak ramai yang berada di jalan yang lurus. Hanya muslim yang ada iman dalam hatinya berada di atas jalan ini. Jadi, kuatkn hati untuk melalui setiap ujian . Tahan diri untuk menghadapi semua cubaan. Allah pasti menyediakan syurga di hujung perjalanan. Dalam banyak-banyak jalan, hanya ada satu jalan lurus. Jalan kebenaran yang menyelamatkan manusia daripada dicampak ke dalam neraka. Islam, satu-satunya agama yang membawa kepada kebenaran, mendorong manusia menuju Allah.



KAYU HIKMAT
            ‘sesiapa yang didapati mencuri barang-barang dalam istana akan ditangkap! Diarahkan semua pengawal yang bertugas pada malam tadi berkumpul!’ kata penasihat istana. Suasana agak tegang, pada malam sebelumnya, barang-barang berharga di dapati hilang dari istana. Penasihat istana mengesyaki salah seorang pengawalnya yang terlibat. Tetapi siapakah orgnya? 
            ‘pihak istana memberi peluang kepada orang yang terlibat mengaku salah serta memulangkan semula barang yang dicuri. Jangan lepaskan tawaran ini, jika tidak pencuri akan dihukum’. Tiada respon. ’baiklah, kalau begitu saya tiada pilihan lain. Saya terpaksa gunakan kayu hikmat ini’. Katanya sambil mengeluarkan beberapa batang kayu yang sama panjang. 
            Semua pengawal tersentak,. Kayu hikmat? Timbul gerun di hati masing-masing. adakah itu benar-benar kayu hikmat? ’ setiap orang daripada kamu akan diberikan sebatang kayu hikmat. Bawa pulang. Esok kamu akan serahkan kembali kayu hikmat ini. Kayu yang didapati panjang sejengkal itulah pencuri yang kami cari’.
            Masing-masing membawa pulang kayu hikmat itu. Si pencuri begitu takut. Tertangkap dengan petunjuk kayu hikmat itu. dia berfikir, bagaimana helah untuk di melepaskan diri. ’ya, aku akan potong kayu ini sejengkal, jika kayu ini memanjang sejengkal , maka ia akan sama panjang dengan panjang asalnya’. Fikirnya.
            Pada keesokan harinya, semua pengawal menyerahkan kayu hikmat masing-masing . Setelah diperiksa, hanya satu kayu sahaja yang berbeza, namun yang mengejutkan bukannya lebih panjang, tetapi lebih pendek sejengkal!
‘Kamulah pencurinya!’ kata penasihat istana dengan yakin.
            ‘Tetapi tuan, kayu hikmah ini bukannya makin panjang, tapi main pendek?’ ’Ya, sebenarnya kayu ini kayu biasa sahaja. Kayu ini tidak boleh memanjang pun. Tetapi hari ini kayu kamu lebih pendek, kamu tahu kenapa?’ Pengawal yang bertanya itu terdiam. ’kerana kamu telah memotongnya dengan beranggapan bahawa jika kayu ini memanjang, maka ukurannya akan menjadi sama dengan ukuran asal. 

Pengajaran
Kecerdikan sahaja tidak memadai untuk membina kehidupan yang baik. Apa yang lebih penting ialah kejujuran. Kejujuran akan menyelamatkan kita daripada menghadapi segala pancaroba dalam kehidupan.

Angguk Geleng



DISKAUN DOSA

    Kena bayar saman! Lebihan gaji stelah dibayar itu dan ini pun hanya cukup-cukup makan. Bagaimana hendak bayar saman? Tetapi tiada orang lain yang boleh dimarahi melainkan diri sendiri. Jadi siapa yang tidak gembira sekiranya pihak berkuasa menawarkan diskaun. Separuh bayarannya pun sudah bersyukur sangat. Apatah lagi bagi orang yang samannya bukan satu dua. Semakin banyak saman, semakin dia menghargai diskaun yang diperoleh. Alangkah bagusnya jika begitu sikap kita terhadap amalan-amalan diskaun dosa yang Allah tawarkan. Malangnya kelihatan tidak ramai yang teruja. Ada 2 kemungkinan seseorang itu tidak teruja dgn tawaran Allah:
1. dia kurang berbuat dosa,
2. Dia tidak sedar bahawa dosanya banyak

Apa-apapun, sesiapa yang merasai dirinya banyak ’saman dosa’ , semaklah antara senarai amalan diskaun dosa yang Allah tawarkan di bawah. berita baiknya adalah..promosi ini adalah untuk sepanjang hayat.

: bertaubat
: Beristighfar
: Melakukan kebaikan sebagai susulan
: Berzikir selepas solat
: Mati syahid
: Berwuduk dengan sempurna
: Melangkah ke masjid
: Bersedekah
: Melakukan solat taubat
: Berzikir‘subhanallah hi wabihamdih’
: Melakukan solat fardhu dengan baik
: Puasa pada hari arafah dan hari asyura
: bersabar 
Sumber : Bijak Akhirat

JADILAH PEMBERSIH

‘sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertaubat dan pembersih’

Surah al Baqarah ayat 222




No comments:

Post a Comment