Google Ads

Saturday 17 October 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 104

MENARIK DI DALAM
·        Hujungnya Manis
·        Rebah Dan Goyah
·        Hakikat Zuhud
·        Kezaliman terhadap diri Sendiri
·        Orang bukan Islam Lebih baik?
·        Allah Sembunyikan 6 Perkara

Assalamualaikum
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Tuhan yang amat dekat dan rapat dengan hamba-hambaNya yang bertakwa.. dan Tuhan yang akan membalas segala amal dan kejahatan hamba-hambaNya. Di akhirat kelak, mulut mereka dikunci dan segala anggota badan akan menjadi saksi.

Sahabatku
kita ada mendengar cerita orang-orang yang  berjaya, kebanyakan mereka melalui perit getir kehidupan, susah dan payah barulah mereka berjaya. pernah tak kita mendengar kisah orang yang gagal? dan bagaimanakah keadaan hidup mereka. mereka tidak dapat hidup dengan tenang bukan? hidup mereka dirundum malang dan malang. hidup mereka susah dan amat menyusahkan bukan sahaja diri mereka, malah orang lain disekelilingnya. isunya sekarang adalah  bukan mudah nak berjaya dan bukan  juga mudah untuk gagal bukan?. jadi pilihlah kesusahan untuk berjaya..kerana dihujungnya terdapat kemanisan. Berbanding susahnya untuk gagal yang pastinya dihujungnya kepahitan dan keperitan.

Sahabatku
sama juga konsep mujahadah menuju Ilahi. Jalan menuju syurga amat payah sekali. tetapi bagaimana dengan jalan menuju Neraka? senang ke? dah tentu getir jugak kan? jadi, pilihlah bersusah payah menuju Syurga kerana kita akan mendapat kemanisan dan nikmat berada di Syurga yang berkekalan selama-lamanya.
Editor , Norazila Khalid

REBAH DAN GOYAH
Jangan mudah REBAH apabila dikutuk
Jangan mudah GOYAH apabila dipuji
Teruskan apa yg kamu buat asalkan ia BENAR


NASIHAT
Jangan pernah berhenti mendengar NASIHAT kerana hati akan buta apabila kehilangan nasihat.





HADIS 31
HAKIKAT ZUHUD
 Daripada Abi  ral—Abbas Sahl bin Sa’d al Sa’idi .seseorang itu datang kepada Rasulullah saw dan berkata ‘Wahai Rasulullah, tunjukkanlah saya suatu pekerjaan yang jika dikerjakan nescaya saya dicintai Allah dan dicintai umat manusia’. Rasulullah SAW bersabda ‘zuhudlah engkau akan dunia, nescaya Allah mencintaimu, dan zuhudlah engkau akan apa yg ada pada manusia, nescaya mereka mencintaimu’.

Sumber : Syarah Hadis 40 Imam Nawawi


KEZALIMAN TERHADAP DIRI SENDIRI

 

SPIRITUAL

 Mensyirikkan Allah

 Tidak mengikut sunnah Rasulullah

 Meninggal dan melengah-lengahkan ibadah wajib

 Melakukan tegahan agama dan ketagih terhadap perkara yang haram.

 

MINDA

 Tidak berusaha menambah ilmu

 Menghidangkan ‘sajian’yang merosakkan daya berfikir

 Minum arak kerana menyebabkan otak tidak dapat berfungsi dengan baik

 Malas untuk berfikir

 

 EMOSI

 Memilih berfikir secara negatif

 Sentiasa berkeluh kesah memikirkan hal keduniaan lebih berbanding akhirat

 Membiarkan diri diselubungi perasaan yang boleh menyebabkan diri tidak bersemangat

 Sengaja tidak melawan sifat mazmumah

 

FIZIKAL

 Makan makanan yang memudaratkan kesihatan

 Berkira-kira untuk melakukan kerja yang melakukan tenaga fizikal

 Tidak menjaga lidah daripada mengucapkan sesuatu yang boleh membawa mudarat

 Membunuh diri

 

 

 


ORANG BUKAN ISLAM LEBIH BAIK
‘Aku hairan mengapa orang bukan Islam lebih jujur dan amanah daripada orang Islam. Kita lihat juga di Negara-negara barat surat khabar dibeli dengan cara meletakkan wang ditepi jalan. Tidak ada orang mengelat untuk tidak membayarnya. Itu di barat, jika di Jepun , sewaktu dilanda tsunami baru-baru ini .Rakyatnya berbaris sewaktu menerima bantuan makanan. Peniaga pula menjual bateri yang sangat diperlukan sewaktu terputus bekalan elektrik dengan separuh harga. Nilai kemanusiaan mereka begitu tinggi. Tidak ada sikap mengambil kesempatan  dan mementingkan diri walaupun pada saat-saat kritikal ’ .
‘kalau di Negara-negara Islam?’
‘kita lihat sendiri bagaimana umat Islam berebut-rebut mendapatkan bantuan makanan di kawasan yang dilanda bencana. Malu kita dibuatnya. Di Negara kita pun apa kurangnya. Apabila ada kenderaan yang membawa makanan terlibat dengan kemalangan , penduduk di persekitarannya berebut-rebut mengambil makanan yang bertabur. Itu bukaan sahaja salah di sisi undang-undang dan etika, bahkan haram di sisi agama. Kenapa sikap orang bukan Islam lebih baik dari kita orang Islam ya Ustaz?’
‘secara fitrahnya manusia diciptakan dengan potensi untuk melakukan kebaikan. Setiap insan dibekalkan benih kebaikan secara tabii. Cuba kita lihat dalam realitinya.. Ada individu yang semulajadinya pemurah, mudah simpati dan penyayang berbanding individu yang lain. Manakala ada pulak yang lebih berani , tahan lasak dan gigih’.
 ‘tidak kira orang Islam atau bukan Islam?’.
‘ya, tidak kira di islam atau tidak, sama-sama Allah bekalkan benih kebaikan yang ada dalam diri setiap manusia’
‘kalau begitu manusia boleh jadi baik tanpa Islam? jadi apa gunanya diutus para Rasul jika tanpa agama pun manusia boleh jadi baik?’.
‘para Rasul terutamanya Nabi Muhammad diutus untuk menyempurnakan akhlak manusia. Benih kebaikan yang diberikan sebelum ini ialah bekalan asasi daripada Allah untuk seorang  insan menerima seruan yang dibawa oleh para Rasul’ .
‘menyempurnakan? Apa maksudnya?’
‘maksudnya, benih kebaikan pada diri manusia memang telah ada. Kedatangan Rasulullah adalah untuk menyuburkan benih kebaikan itu. umpama sebiji benih, untuk tumbuh dan membesar ia perlukan air, baja, cahaya dan dijaga dari ancaman perosak. Jika semua itu dibuat, barulah ia boleh membesar menjadi pohon yang baik, berdaun, berdahan dan berbuah. Itulah maksud menyempurnakan’
‘tanpa kedatangan Rasulullah?’
‘benih itu boleh tumbuh tetapi tidak sempurna. . Mungkin terbantut dan tidak hidup lama atau mati sebelum berbuah. maka begitulah sikap baik manusia tanpa pimpinan agama, akan mudah terhakis, tidak holistik , tidak tahan lama dan tidak tahan diuji. ’
‘maksud ustaz?’
‘mungkin ada orang yang baik dalam perkara-perkara tertentu, tetapi dalam soal lain tidak. Orang barat mungkin jujur dalam soal kewangan, tetapi tidak baik dalam pergaulan lelaki dan perempuan. Penzinaan, homoseksual, lesbian dan bersedudukan sudah menjadi kebiasaan’
 ‘orang jepun pula mungkin baik dlm hubungan sosial dan kemanusiaan tapi kecundang dalam hubungan spiritual. Kejadian bunuh diri, stres berleluasa dalam kalangan masyarakat mereka ’ .
‘sebenarnya konsep akhlak dalam Islam adalah menyeluruh dan sepadu. Berakhlak dengan Allah dan alam serta berakhlak sesama insan dalam seluruh system kehidupan’
‘tetapi..’
‘tetapi masyarakat Islam hari ini tidak begitu bukan?’.
 ‘ya, kenapa?’.
‘banyak dan besar bezanya antara masyarakat Islam dengan masyarakat umat Islam. Sekarang ini hanya ada masyarakat umat Islam’. 
‘saya masih keliru. Apa maksud ustaz?’.
‘percayakah awak bahawa ramai orang Islam yang tidak mengamalkan sifat kejiranan, pentingkan diri, hidup nafsi-nafsi, minum arak, pergaulan bebas, makan riba, tidak solat dan mengamalkan kemungkaran lain? kita nak namakan mereka apa? orang Islam? . ’
‘ya, mereka tetap beragama Islam selagi mereka bersyahadah dan kita tidak boleh menuduh mereka kafir’.
‘betul. Mereka tetap orang Islam. Jika mereka bermasyarakat, masyarakat mereka adalah masyarakat Umat Islam. Tetapi bukan masyarakat Islam. Masyarakat Islam hanya akan terbentuk jika setiap anggotanya mengamalkan hidup berpandukan syariat, yakni peraturan Allah dalam semua bidang kehidupan ’
‘ya, mereka tetap beragama Islam selagi mereka bersyahadah dan kita tidak boleh menuduh mereka kafir’.




 Allah sembunyikan 6 perkara
1. RedhaNya dalam taat 
2. MurkaNya di dalam maksiat
3. namaNya yang Maha Agung di dalam al Quran
4. Lailatul Qadar di bulan Ramadhan
5. Solat yang paling utama di dalam solat 5 waktu
6. Tarikh terjadinya kiamat di dalam semua hari


Corak fikiran dibentuk oleh iman yang dimiliki oleh seseorang , baik imannya maka baiklah cara pemikiran dan tingkah lakunya

Prof Dr.Muhaya


















No comments:

Post a Comment