Google Ads

Friday 9 October 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 87

MENARIK DI DALAM
·        audit status fb?
·        Halalnya Darah Seorang Muslim
·        Baginda Tetap Memberikan Kemaafan
·        Sakit itu penghabus dosa-dosa kecil
·        Muslim Yang Islamophobia


Assalamualaikum
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Yang Menguasai segalanya. Samada di langit dan di bumi. Tuhan yang sentiasa JAGA samaada kita tidur atau kita berjaga. Dia lah hanya satu-satunya Tuhan yang layak disembah. Tuhan yang menguasai hari pembalasan.

Sahabatku
Saya amat menyanjungi Prof Muhaya. Beliau adalah seseorang yang sentiasa memberikan motivasi kepada kita supaya kita sentiasa berubah kepada sesuatu yang lebih baik. saya rujuk kata-kata beliau ‘jom lihat status fb kita dan cara percakapan kita setiap saat. jom audit diri di mana  adakah kita
àmemberi solusi ?
àmenceritakan peristiwa biasa ?
àmengeluh, merungut dan mengumpat
àmembanggakan diri

Sahabatku,
Sebenarnya, apa yang kita dapat setiap hari adalah daripada apa yang telah kita berikan. what you give, you get back. apabila kita memberikan kemaafan maka kita akan mendapat kemaafan daripada org lain dan paling penting ialah kita mendapat pengampunan daripada Allah. Benar sekali kata prof Muhaya. nak tahu siapa kita, lihatlah percakapan kita. lidah kita amat mudah sekali bercakap tentang gosip dan cerita-cerita panas dan sensasi, berbanding perkara-perkara kebaikan.  

Sahabatku
ada yang bersikap natural dengan menceritakan peristiwa yang biasa-biasa sahaja. Ramai juga yang menghabiskan masa dengan cakap-cakap kosong. betapa ruginya kita kan? sedangkan, di akhirat kelak, antara yang akan ditanya adalah ke mana masa kita telah digunakan. adakah tujuan yang baik ataupun perkara yang sia-sia. Sekarang, marilah kita sama-sama audit diri sendiri, luangkan masa untuk bersama dengan diri sendiri, memikirkan  tentang arah tuju untuk DIRI KITA SENDIRI.
Editor , Norazila Khalid


HADIS 14
HALALNYA DARAH SEORANG MUSLIM
 Daripada Ibn Mas’ud  r.a, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : ‘tidak halal darah seorang muslim yang bersaksi bahawa Tidak ada yang disembah melainkan Allah dan Aku adalah utusan Allah kecuali kerana salah satu daripada 3 perkara iaitu, berzina padahal dia telah berkahwin, membunuh orang dan meninggalkan agamanya serta memisahkan diri daripada jemaah (murtad)’.

PENGAJARAN HADIS
1. Tidak boleh menumpahkan darah orang muslimin kecuali seperti yang dinyatakan.
2. Islam sangat menjaga kehormatan , nyawa dan agama dengan menjatuhkan hukuman mati kepada mereka yang mengganggunya.
3. hukum jenayah dalam islam sangat keras. Ia bersifat mencegah. 
Sumber : Syarah Hadis 40 Imam Nawawi


BAGINDA TETAP MEMBERIKAN KEMAAFAN

          Menurut sejarah, Rasulullah pernah berdepan dengan perlakuan seorang wanita Yahudi yang memberi hadiah daging kambing yang mengandungi racun. Sebagai tanda memuliakan tetamu, baginda menjamahnya tanpa ragu-ragu.  ketika  itu baginda tidak tahu niat wanita itu. Namun selepas mengetahui dirinya diracun, Nabi segera berbekam untuk mengeluarkan racun itu.

          Apabila ditanya kepada wanita itu kenapa dia berbuat demikian, lantas dia menjawab, tujuannya untuk membunuh Nabi. Nabi memaafkannya dan tidak sesekali menghukumnya.

 

 


SAKIT ITU PENGHAPUS DOSA-DOSA KECIL
Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersama dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya.

Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

MUSLIM YG ISLAMOPHOBIA
‘Kenapa orang bukan Islam sangat sukar untuk memahami Islam?’.
‘sebab orang Islam sendiri gagal memahamkan mereka’.
‘kenapa orang Islam sendiri gagal memahamkan orang bukan islam tentang Islam?’.
‘sebab orang Islam sendiri tidak faham Islam!’.
‘apa bukti kata-kata awak?’.
‘buktinya jelas. Lihat sahaja dalam realitinya, apakah masyarakat Islam pada hari ini selamat dan menyelamatkan?’
‘kenapa ke situ pulak arah percakapan awak?’
‘sebab Islam itu bererti selamat. Bukan sahaja selamat bahkan mampu menyelamatkan. Maka sudah tentulah secara logiknya umat Islam adalah umat yang paling selamat dan dapat menyelamatkan orang lain. Tetapi realitinya tidak begitu bukan? Awak boleh lihat dengan mata kepala sendiri. Kita mundur daripada semua sudut, samada rohani ataupun jasmani’.
‘maksud awak, dunia antarabangsa?’.
‘tak payah pergi jauh. Lihat sahaja di negara kita. Siapa yang terlibat dengan gejala sosial? Siapa yang paling ramai di pusat serenti? Siapa yang ketinggalan di bidang ekonomi? Ya, bangsa melayu Islam’.
 ‘awak jangan silap. Kelemahan umat Islam bukan bererti kelemahan Islam’..
‘benar. Tetapi umat Islamlah yang menyebabkan berlakunya Islamophobia. Umat Islam yang tidak mengamalkan Islam secara penuh dan menyeluruh’.
‘musuh ambil kesempatan memburuk-burukan Islam atas kelemahan umat Islam. Mereka yang salah’..
‘jangan salahkan orang lain kalau kita sendiri yang membuka ruang untuk diperlakukan sedemikian’.
‘jadi bagaimana nak atasi Islamophobia?’
‘dalam kalangan siapa? Umat Islam atau bukan Islam?.
 ‘tentulah dalam kalangan bukan Islam. Contohnya barat, mereka menuduh kita mundur, ganas, berpecah belah dan militan’..
‘bagi saya, kita mesti melaksanakan strategi serampang dua mata’.
‘macammana pula tu?’
‘kita perlu perjelaskan dan amalkan Islam yang sebenarnya dalam kalangan umat Islam. Itu yang penting’
‘bagaimana dengan bukan Islam?’
‘InsyaAllah umat Islam yang faham Islam dan mengamalkannya merupakan hujah yang kuat untuk menolak Islamophobia’.
‘kenapa?’
‘selamanya manusia mempercayai matanya dari telinga. Action speaks louder than words’
‘eh, tak faham pula saya..’
‘kita mesti mengamalkan Islam yang boleh dilihat. Bukan sahaja cakap-cakap tentang Islam yang hanya enak di dengar’.
‘apakah amalan Islam sekarang tidak cukup?’
‘belum cukup dan belum sempurna’.
‘jangan ekstrem. Berpada-pada dan bersederhanalah’.
‘kita belum mengamalkan Islam yang sederhana. Kita masih di bawah paras sederhana’
‘awak ni..biar betul. Ukuran mana yang awak pakai?’.
‘siapakah yang paling sederhana mengamalkan Islam?, Role model individu yang paling sederhana mengamalkan Islam ialah Rasulullah saw. Baginda pernah bersabda, sebaik-baik urusan ialah yang pertengahan. Justeru, bagindalah orang yang pertama yang mengamalkan apa yang diperkatakannya’.
‘ikut nabi..susahlah’.
‘bagindalah ikutan kita bagi mengamalkan kesederhanaan.bagindalah Al Quran hidup yang mengamalkan prinsip2 kesederhanaan dalam al Quran’
‘maksud awak konsep wasatiyyah?’
‘wasatiyyah dalam seluruh sistem hidup. Daripada persoalan ibadat, muamalat, munakahat dan jinayat. Yang merangkumi soal aqidah, syariah dan akhlak’.
‘siapa yang mampu buat begitu?’.
‘para sahabat, salafussoleh dan orang mukmin dari dahulu sehingga sekarang. Mereka ialah golongan sederhana yang mengikuti Rasulullah saw, insan yang paling sederhana’.
 ‘bagi saya sederhana itu adalah dengan mengamalkn Islam yang tidak menimbulkan ketakutan dan keresahan. Kita dilihat mampu menyesuaikan diri dengan keadaan yang majmuk dan pelbagai’..
‘benar. Lihat apa yang dibuat Rasulullah. Baginda mampu menghadapi dan menangani cabaran masyarakat majmuk di madinah’..
‘kita perlu diplomasi.’.
‘diplomasi yang tidak menggadaikan hukum, dan peraturan Allah’.
‘bukan itu sasaran saya. Sasaran saya ialah Islamopobhia dalam kalangan bukan Islam. Cuba awak fokuskan sikit kepada bukan Islam’
‘Ya. Saya teringat apa yang dinukilkan oleh ucapan seorang intelektual yang baru memeluk Islam. Katanya, Subhanallah yang mengenalkan aku kepada Islam terlebih dahulu sebelum aku mengenal orang Islam
 ‘pelik bunyinya?’..
‘tak pelik sebenarnya.maksudnya, mujurlah dia memahami ajaran Islam yang indah, sempurna, dan praktikal secara ilmiah terlebih dahulu, hingga dengan itu hatinya terbuka untuk memeluk Islam. Sekiranya dia terlebih dahulu mengenal perangai dan sikap orang Islam yang buruk, maka mungkin dia tidak akan tergerak untuk memeluk Islam’. .
‘tetapi ramai juga yang tertarik dengan Islam kerana umat Islam kan?’
‘betul.tetapi umat islam yang bagaimana? Tentulah yang mengamalkan Islam’.
‘awak macam spektis sahaja..’
‘bukan begitu. Saya berasa kita perlu baiki dan sempurnakn kefahaman dan amalan Islam dalam kalangan umat Islam, sekaligus kita perjelas Islam yang kita fahami dan amalkan itu kepada orang bukan islam. Mari kita Amalkan cara hidup islam yang sempurna yang syumul tanpa memilih-milih mengikut hawa nafsu kita’.
‘mengikut nafsu?’
‘ya, kekadang ada yang kita suka kita ikut, yang kita tak suka, kita tinggalkan’.
Sumber : Beduk Di Ketuk




















No comments:

Post a Comment