Google Ads

Saturday 3 October 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 75

MENARIK DI DALAM
·        Letih membuat maksiat?
·        Piramid vs Akhirat
·        Ciri-ciri Individu Cemerlang
·        7 Perkara Yang Membawa Kemuliaan
·        Fikir
·        Buang Masa Dengan Solat?
·        Agama itu Nasihat


Assalamualaikum
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang menciptakan sesuatu daripada tiada kepada ADA.Yang akan menghidupkan kembali tulang belulang yang telah hancur menjadi tanah untuk di soal apakah yang telah dia jalani semasa di dunia.

Sahabatku
Pernah tak dengar ungkapan ini. beribadatlah kamu sehinggalah kita letih untuk berbuat maksiat (Kejahatan/keburukan). Maknanya adalah, sibukkan diri melakukan amal ibadah kepada Allah sehingga kita merasa penat dan letih, dan kesibukan itu membatu kita untuk mengelakkan diri kita daripada melakukan maksiat dan dosa, kerana kesibukan yang amat.

Sahabatku
Sedar atau tidak, cuba audit diri kita sekarang, apakah perbuatan yang kurang baik yang kita telah lakukan pada hari ini? ijak tiada, cuba lihat semalam, ada atau tidak perbuatan buruk yang kita lakukan. sebagai contoh, kita ada join kumpulan kawan yang sedang hangat membicarakan tentang isu (mengumpat) teman sendiri secara sengaja ata tidak. apa lagi, bukan setakat mendengar, mesti berlaku nasi tambah (menokok tambah) benda yang entah betul atau tidak, asalkan ceritanya menjadi sedap dan hangat. jadi, cuba fikirkan ijka waktu tersebut kita sibuk membuat kebaikan/ kebajikan/ ibadah kita takkan sempat untuk join kumpulan gosip itu. Keran kita tidak memberikan masa untuk join kumpulan itu,

Sahabatku,
Betapa masa amat berharga sekali. kerana apa yang kita lakukan di dunia ini akan dinilai sepenuhnya di Akhirat nanti. kita akan ditanya, masa yang dikurniakan Tuhan ini digunakan untuk tujuan apa. kita sangat rasa masa di dunia ini begitu panjang, tetapi hakikatnya, masa di dunia ini sangat singkat jika dibandingkan kehidupan yang hakiki di Akhirat kelak. 
Editor, Norazila Khalid

PIRAMID VS AKHIRAT
Lihat piramid.  Satu bangunan yang besar yang dibina daripada bongkah batu yang berjuta-juta tan beratnya. Sebenarnya piramid dibina oleh Firaun untuk menghadapi kehidupan Akhiratnya. Firaun—sejahat-jahat manusia itu pun rupa-rupanya percaya pada kehidupan Akhirat. Malah dia membuat persediaan ke arah itu. Ia satu sindiran kepada kita sebenarnya. Apakah persediaan kita menghadapi kehidupan Akhirat.? Bagaimana dengan bekalan kita untuk ke sana?

CIRI-CIRI INDIVIDU CEMERLANG
1. Kecerdasan Rohani (Spiritual Quotient), juga disebut ‘Kemantapan Iman’
2. Kewibawaan dan harga diri yang tinggi
3. Penghayatan misi hidup yang tepat dan jelas
4. Kecerdasan Emosi (Emotional Quotient), juga disebut  ‘kemahiran Interpersonal’.
5. Proaktif dan bertindak segera
6. Pengasih
7. Terbaik untuk semua urusan
8. Berterusan belajar
9. Disiplin dan motivasi diri
10. Peningkatan berterusan dan optimis


7 PERKARA YG MEMBAWA KEMULIAAN

Sesiapa yang memelihara 7 perkara, dia akan menjadi orang yang mulia di sisi Allah dan di hadapan malaikat dengan perkara berikut

 Diampunkan dosa meskipun sebanyak buih di lautan.

 Merasakan nikmat ketika melakukan ketaatan.

 Hidup dan mati dalam kebaikan.

 

 7 perkara tersebut ialah :

1. membaca bismillah setiap kali memulakan sesuatu perkara.

2. Mengucapkan Alhamdulillah setiap kali selesai melakukan sesuatu.

3. Beristighfar apabila melakukan setiap perkara yang tidak bermanfaat.

4. Melafazkan InsyaAllah apabila berjanji tentang sesuatu hal

5. Membaca hawqalah (La Hawla wa la quwwata illa billah) setiap kali mendapat sesuatu yang tidak disukai

6. Mengucapkan innalillah (inna lillah wa inna ilaih raji’un) pada setiap musibah.

7. Melafazkan  syahadah (la ilaha ila Allah Muhammad Rasulullah) pada waktu siang dan malam.

 

 


FIKIR
Fikir menggerakkan akal. Apabila berfikir lahir dari hati yang hidup, ia menyuburkan rohani. Dalam Al Quran, Allah merakamkan banyak firmanNya yang memberi ingatan Kepada manusia mengenai berfikir.
Ingatan Allah itu menuntut kita untuk berfikir dengan menggunakan akal yang dikurniakan ekslusif kepada manusia. Ia tidak diberi kepada makhluk lain yang diciptakan. Jadi, bagaimana mahu mengsyukuri kurniaan itu? Ya, tambatlah akal dengan ilmu. Kita perlu membudayakan ilmu tanpa mengira posisi atau kedudukan kita. Apabila sudah tahu sesuatu ilmu, maka selongkarlah ilmu yang sudah ada dengan mendalam.




           


BUANG MASA DENGAN SOLAT?
‘Mengapa orang Islam banyak buang masa untuk bersembahyang?’.
Anda terkejut? Sudah tentu. Inilah soalan yang jarang-jarang kita dengar. Soalan ini ditanya oleh pelajar Jepun kepada pelajar Malaysia apabila melihat Pelajar Malaysia bersolat ketika mereka berada di Jepun.sebelum menjawab soalan ini, saya menyoal kembali pelajar-pelajar Malaysia yang hadir dalam usrah itu
 ’Mengapa soalan seumpama ini ditanyakan ketika kamu di sini, tidak di Malaysia.?
‘kerana mereka jarang-jarang melihat orang solat’ dan mereka menyembah berhala sekali sekala, tidak sekerap dan lama seperti kita solat’.  
‘Ada sebab lain?’
‘orang Jepun sangat menghargai masa. Pengurusan masa mereka sangat efisien. Majoriti mereka tidak membuang masa’’
‘jadi, bagi orang jepun yang tidak membuang masa, 5 hingga 10 minit yang kita luangkn untuk mengerjakan satu waktu solat dirasakan telah membuang masa. Kenapa tiada soalan dalam orang kita di Malaysia?’
‘sebabnya, orang kita masih ramai yang membuang masa.’
‘jadi apa saudara jawab?.
‘susah nak jawab, kita perlu solat sebab Allah perintahkan kita. mana mereka boleh terima jawapan begitu’
‘perlu di jawab begitu, sebab Allah , Tuhan kami perintahkan begitu.’
‘tapi kalau ditanya lagi apa sebabnya Tuhan kamu perintahkan begitu?’.
‘jawablah, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya daripada hamba itu sendiri ’.
‘mungkin mereka tidak terima jawapan dari perspektif kita. Tapi bagaimana kalau kita nak jawab yang logik dan rasional mengikut perspektif mereka?’
‘tanyakan mereka, apa yang kamu buat untuk memastikan alat-alat teknologi kamu berada dalam keadaan yang baik? bukankah kamu sentiasa menyenggarakannya? Lebih canggih alat teknologi kamu, maka semakin kerap kamu menyenggarakannya, kemudian, tanyakan mereka siapa yang lebih canggih, alat teknologi atau manusia itu sendiri?’.
‘tentulah manusia’
‘nah, tanyakan kepada mereka , ‘kamu sering menyenggara alat teknologi canggih, mengapa kamu tidak menyenggara diri kamu yang lebih complicated?’’.
‘mrk akan tanya bagaimana nak selenggara diri?’
‘Itu kami tidak pasti, tetapi bagi kami orang Islam, solat adalah cara ‘maintenance’ diri kami. Seorang itu dikatakan menyenggara diri dengan cara membersihkan hati, menstabilkan emosi, dan menenangkan fikirannya. Inilah yang berlaku dalam solat yang sempurna. Seorang yang bersolat itu merayu, mengadu, merayu dan merintih serta menyerahkan kembali segala keresahan dan keserabutan jiwanya kepada zat yang mampu dan mahu menyelesaikan segala-galanya. Siapa lagi kalau bukan Allah. Dan Malang sekali kalau kamu hanya menyenggara alat-alat teknologi kamu tetapi kamu lupa untuk  menyenggara diri kamu sendiri’.
Sumber : Beduk di Ketuk


 HADIS 7
AGAMA ITU NASIHAT (1)
 Daripada Abu Ruqayyah Tamim bin Aus al Dariy  r.a, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : ’agama itu nasihat. Kami bertanya ‘untuk siapa?’Baginda menjawab , ‘untuk Allah, KitabNya, RasulNya  para pemimpin kaum muslimin dan bagi manusia umumnya’.

INTISARI HADIS
Nasihat bermaksud segala hal yang baik yang membawa kebaikan di Dunia dan Akhirat. Kalimah ’agama ialah nasihat’ bermaksud bahawa nasihat sebagai tiang dan penyokong agama.

1.Nasihat Untuk Allah
u beriman semata-mata kepadaNya
u Menjauhkan diri daripada perbuatan syirik dalam iktikad dan ibadat
u Menjauhkan diri daripada sikap ingkar terhadap suruhanNya
u Mengagungkan Allah dengan sifat-sifat sempurna
u menngucikanNya daripada segala kekurangan
u MentaatiNya
u Menjauhkan diri daripada perbuatan dosa
u Mencintai dan membenci sesuatu semata-mata kerana Allah
u Berjihad menghadapi musuh
u Mengakui dan bersyukur atas semua nikmatNya
u Ikhlas dalam segala urusan
u Mengajak manusia melakukan segala perkara yang baik bersikap lemah lembut kepada sesama manusia

2.Nasihat untuk kitabNya
u Beriman dengan kitab-kitabNya
u Beramal mengikut petunjuk dan pengajaran
u Dimulia dan ditinggikan kehormatannya dengan memandang keutamaannya berbanding dengan kitab lain
u Yakin pedomannya adalah panduan hidup untuk selamanya di segala tempat dan zaman.
u Membaca ayatnya dengan cara yang betul
u Memahami maksud ayatnya
u Mencari rahsia dan memerhti hukumnya
u Mendalami ilmu pengetahuan tentangnya
u Berubah dan menyesuaikan diri dengan pengajarannya 
Sumber : Syarah Hadis 40 Imam Nawawi








No comments:

Post a Comment