Google Ads

Monday 19 October 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 107

MENARIK DI DALAM
·        Siapakah di dalam cermin itu?
·        Kecewa?
·        Mengubah Kemungkaran
·        Itulah hikmah
·        Tenang
·        Yang Allah Suka


Assalamualaikum
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Tuhan Yang menciptakan sesuatu daripada tiada kepada ADA. Tuhan yang sentiasa mengetahui apa yang telah, sedang dan akan dilakukan oleh hambaNya, umat manusia.

Sahabatku
Anda apa khabar hari ini? alhamdulillah. saya rasa anda sihat, sebab itu anda masih ada hati untuk membaca cebisan tulisan ini kan? ada mesti ada melihat cermin setiap hari kan? untuk membetulkan tudung, untuk memakai bedak dan ada juga yang jenis suka-suka nak tengok diri sendiri dalam cermin kan?

Sahabatku.
apabila kita melihat cermin, siapa sebenarnya yang kita lihat? diri kita yang di dalam cermin atau yang di luar cermin? jelas sekali ramai di antara kita yang sibuk membetulkan yang di dalam cermin. kita ingin supaya manusia melihat kita cantik, kemas, bersih, tetapi apakah sebenarnya yang lebih penting?

Sahabatku,
lihatlah cermin dengan melihat ke dalam diri sendiri. melihat orang di dalam cermin tidak berapa penting jika dibandingkan dengan melihat diri sendiri. diri yang melihat yang sangat memainkan peranan penting. jika kita melihat diri kita baik, beriman, anak soleh, maka itulah yang akan kita lahirkan. kita adalah seperti apa yang kita fikirkan.

Sahabatku,
lihatlah cermin dengan pandangan mata hati, bukan sekadar mata fizikal. kerana mata hati tidak pernah akan menipu kita. jika kita melakukan kesalahan, walaupun mata fizikal manusia menidakkan, tetapi mata hati kita tetap dirundum rasa bersalah dan berdosa. jiwa menjadi resah dan tidak tenang.
                                            Editor, Norazila Khalid



KECEWA?
Selagi kita bergantung kepada Allah. Sungguh kita tidak akan pernah jumpa perkataan ‘kecewa’ dalam kamus hidup kita! Yang penting ‘yakin’.




           


HADIS 34
MENGUBAH KEMUNGKARAN
 Daripada Abi Sa’id al Khudri r.a berkata, Rasulullah saw bersabda ‘sesiapa diantara kamu yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubah dengan tangannya, jika tidak sanggup maka dengan lisannya. jika tidak sanggup juga maka dengan hatinya. Itu adalah selemah-lemah iman’.

PENGAJARAN HADIS
1. Kewajipan mengubah itu adalah tanggungjawab orang yang melihat kemungkaran itu.
2. Yang dimaksudkan ‘mengubah dengan tangan’ itu ialah jika ada kekuasaan, bukan mengubah dengan kekerasan yang boleh membawa kepada perkelahian, kekacauan, peperangan dan pertumpahan darah. Jika ini berlaku, bencana yang diakibatkan itu lebih teruk atau dahsyat daripada kemungkaran itu sendiri.
3. Jika tidak mampu diubah dengan kekuasaan atau kekuasaan tidak dimiliki, ubahnya dengan lisan, kata-kata, dakwah dan tunjuk ajar.
4. Peringkat terakhir ialah mengubah dengan hati iaitu dengan cara
A) Tidak bersetuju dengan sepenuh hati perkara kemungkaran itu berlaku
B) Menentang dan membenci kemungkaran itu dengan hati. . 

Sumber : Hadis 40 Imam Nawawi


ITULAH HIKMAH
            Seorang pelajar madrasah tergesa-gesa ingin pulang ke kampungnya. ‘di kampung saya muncul seorang guru yang sesat dan telah mempengaruhi saudara dan teman-teman saya. Saya perlu pulang segera untuk mencegah kemungkaran!’
‘sabar dulu, aku ingin mengajarmu sedikit lagi tentang hikmah’. kata gurunya.
 ‘Tak sempat. Saya perlu cepat’. Si pelajar bergegas pulang ke kampungnya.
            Di sana, dilihatnya guru yang sesat itu sedang itu sedang mengajar. ‘aku ahli syurga. Aku telah nampak syurga dengan mata kepalaku. Sesiapa yang mengikut ajaranku akan masuk ke syurga. Kamu harus berbakti kepadaku dengan menyerahkan segala harta dan tenagamu’. Begitulah kata-kata guru yang sesat itu. Apalagi, dia pun berteriak dengan lantang ’kamu sesat! tidak ada sesiapapun yang akan selamat jika mengikut ajaranmu!’
            ‘berani kau membantah kata-kata ahli syurga! Wahai pengikut-peenikutku, ajar pemuda yang kurang ajar ini! Perintah guru itu pada pengikutnya. Para pengikut guru yang sesat itu terus bertindak. Mereka menumbuk, menampar dan menendang si pemuda yang berani mengecam guru mereka. Dengan tubuh dan muka yang berlumuran darah serta tangan yang patah, pelajar itu kembali ke madrasah pengajiannya. ’ aku dipukul oleh pengikut setia ajaran sesat’ adu pelajar itu kepada gurunya. ’dalam usaha mencegah kemungkaran, kita bukan sahaja perlukan keberanian tetapi perlukan ilmu serta kebijaksanaan. Mari kita berangkat ke sana.’
            Sampai sahaja di sana mereka terus ke tempat guru sesat itu mengajar. ’saya ahli syurga. Saya boleh beri jaminan bahawa sesiapa yang sayang dan berbakti kepada saya akan masuk syurga. Sebelum kamu bertaubat kepada Allah, kamu wajib bertaubat kepada saya’. Kata guru sesat itu.
            ‘ya, tuan memang ahli syurga’. Tiba-tiba suara guru pelajar itu kedengaran dari belakang. Para pengikut guru sesat itu berpaling. Mereka melihat seorang lelaki yang belum mereka kenali mengucapkan perkataan itu.  Si guru itu tersenyum sambil berkata ’saya datang dari jauh untuk bertemu dengan ahli syurga. Guru di tempat saya berpesan, apabila datang ke tempat tuan, tidak cukup kita memberikan harta dan tenaga kepada tuan, tetapi mesti ambil cenderahati sebagai bukti kecintaan daripada tuan!’
            ‘bukti kecintaan daripada saya? Silakan’. katakan guru sesat itu senang hati. ’Guru saya berpesan, jika hendak masuk syurga bersama tuan, hendaklah ada pada kami sehelai bulu daripada mana-mana bahagian tubuh tuan yang berkat’.  Sebaik sahaja berkata demikian, dia terus meluru ke hadapan dan menarik janggut guru sesat itu sambil berkata ‘ayuh saudara-saudara! Mari kita cabut sebarang bulu pada kulit tuan guru kita sebagai bekalan menuju syurga!’
            Mendengar seruan itu, semua pengikut-pengikut yang taksub itu meluru dan menerpa guru mereka. Ada yang mencabut rambut, bulu roma, bulu dada, bulu ketiak dan macam-macam lagi. ‘aduh! Skit! Sakit!’ jerit guru yang sesat itu. Tetapi orang ramai tidak peduli . Mereka ingin masuk syurga. Dagu dan kepala guru sesat itu luka-luka. darah mengalir. Badannya dihenyak, bahkan kainnya hampir dilondehkan, ‘Jangan, jangan! Aku bukan ahli syurga! Jangan cabut bulu-buluku! Aku sakit! Aku sakit!’ jeritnya.  ‘dengar tu saudara-saudara! Semua ini tipu belaka. Dia manusia biasa macam kita juga. Syurga hanya akan di raih dengan ketaatan yang ikhlas kepada Allah. Jangan bertuhankan manusia’. Kata si guru kepada pengikut-pengikut guru sesat itu. Sambil merenung kepada pelajarnya dia bertanya ‘sekarang kamu mengerti?’ ‘ya, sekaraang saya mengerti apa itu hikmah!’

Pengajaran
Dalam berdakwah kebenaran perlu disepadukan dengan kebijaksanaan. Tanpa kebijaksanaan, kebenaran akan ditolak dan yang paling penting, jangan gopoh dan gelojoh dalam berdakwah.
Sumber : Angguk Geleng



TENANG
Hidup tenang diperoleh jika senantiasa bersama Allah dan Allah hanya akan menyertai orang yang senantiasa membersihkan hatinya.





 YANG ALLAH SUKA
¤ Amalan Berterusan Biarpun Kecil
‘Amalan yang paling Allah suka ialah yang paling konsisten biarpun sedikit’. (Riwayat muslim)

¤ Ucapan ‘Subhanallah hi wabihamdih’
‘Sesungguhnya ucapan yang paling Allah suka ialah subhanallahi wabihamdih’. (Riwayat muslim)

¤ Abdullah  dan Abdul Rahman
‘sesungguhnya nama yang paling Allah suka ialah Abdullah dan Abdul Rahman’. (Riwayat Muslim)

¤ Masjid
Allah paling sukakan masjid


¤ Solat tempat Pada Waktu, Berbakti Kepada ibubapa dan Berjihad
Sahabat  bertanya Nabi’Amalan apakah yang Allah suka?’
Jawab Nabi ‘solat pada waktu’.
‘Lagi?’
‘Berbakti kepada ibu bapa’
‘lagi?’
‘Berjihad di jalan Allah’
(Riwayat Muslim)

¤  Menjadi kuat
‘seorang muslim yang kuat lebih Allah suka berbanding Mukmin yang lemah’. (Riwayat Ibn Hibban)

¤ Solat berjemaah seramai mungkin
¤ Seorang yang pemurah
¤ Pemimpin yang adil
¤ Titisan air mata dan darah kerana Allah.
‘tiada sesuatupun yang paling Allah suka melebihi 2 jenis titisan dan 2 jenis jejak kaki. Titisan air mata kerana takutkan Allah, titisan darah yang mengalir dalam berjihad di jalan Allah, jejak kaki untuk berjihad dan jejak kaki dalam melaksanakan amalan fardhu’.(riwayat al Tirmizi)













No comments:

Post a Comment