Google Ads

Saturday 10 October 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 89

MENARIK DI DALAM
·        Upaya tak Upaya
·        Jangan Marah
·        Latih
·        Iktibar Angsa dan Telur Emasnya
·        Ciri-ciri Rumah Ideal

Assalamualaikum
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Allah, Dialah hanya satu-satunya Tuhan yang berhak disembah dan dipuja.

Sahabatku,
            Ada  satu maksud hadis . lebih kurang ini bunyinya,jadilah seorang yang alim, jika tidak upaya jadilah orang yang belajar ilmu, jika tidak upaya jadilah orang yang mendengar ilmu , jika tidak upaya juga maka jadilah orang yang cinta ilmu dan jangan sekali-kali jadi orang yang tidak suka mencari ilmu dan malas.

Sahabatku,
            Apakah yang terfikir dalam fikiran anda semua bila bercakap tentang ilmu? ilmu apakah yang dimaksudkan di sini? saya pernah mendengar tanyalah ustaz. waktu itu topik tentang solat. percaya atau tidak, betapa malasnya sesetengah orang Islam menuntut  atau memperbaharui ilmu, ada yang sudah berumur 50an tetapi ilmu tentang wuduk dan solatnya dari dia belajar semasa di sekolah rendah dahulu. bila dilihat bacaannya, faham-fahamlah, macam bacaan budak sekolah rendah. langsung tidak ada perasaan untuk menambah ilmu dan memperelokkan bacaan. ilmu tentang solat seeloknya diperbaharui sepanjang masa memandangkan bahawa solatlah amalan pertama yang akan ditanya oleh Allah swt kelak. 

Sahabatku,
            Ada yang lebih parah lagi apabila siaran atau ceramah agama ditukarkan kepada siaran lain yang bersifat hiburan, dan keduniaan. kenapa begitu teruk sekali kita?, inilah golongan yang termasuk dari golongan mereka yang malas dan tidak suka untuk menuntut ilmu. janganlah kita jadi seperti ini, apabila buka tv dan ada rancangan agama, inilah hidayah dari Allah yang peluang kita mendapat ilmu dan berubah ke arah kebaikan. 
Editor , Norazila Khalid



HADIS 16
JANGAN MARAH
 Daripada Abu Hurairah  r.a, bahawa seorang lelaki berkata kepada Rasulullah saw , ‘Berilah wasiat kepadaku’.Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : ‘jangan marah, jangan marah, jangan marah’. Baginda mengulanginya beberapa kali’.

PENGAJARAN HADIS
1. Dianjurkan bagi setiap muslim memberikan nasihat yang baik.
2. Kita hendaklah mengenali perbuatan-perbuatan yang bersifat kebaikan.
3. Kita hendaklah sentiasa menambah ilmu yang bermanfaat.
4. Islam menggalak umatnya meninggalkan sifat pemarah.
5. Sedikit bercakap dan banyak bekerja. 
Sumber : Syarah Hadis 40 Imam Nawawi



LATIH
Latihan yang berulang-ulang dan berterusan menjadikan seseorang cekap. Orang yang pertama kali memandu tidak dapat memandu dengan baik. Latihan perlu dilakukan untuk menjadi mahir. Boleh jadi seminggu, sebulan atau setahun.
Ibadah juga perlu dilatih.latihan ibadah sejak kecil sama ada disekolah atau rumah menjadikan seseorang tidak kekok untuk beribadah. Dengan latihan, kualiti ibadah akan meningkat dan tidak statik pada kadar dan nilai yang sama.
Latihan untuk beribadah bukan pada kekerapan , tetapi turut menitikberatkan latihan yang betul. Jika tidak, ibadah yang dilakukan selama ini hanya sia-sia dan membuatkan kita letih.
Latih membuahkan kualiti dan kuantiti. Jika selama ini beribadah untuk perkara yang wajib, sudah pasti latih akan mendorong untuk melakukan amalan sunat. Hati yang mencintai ibadah akan terus berlatih tanpa bosan. Jika malas untuk berlatih, jika tidak kita mudah diserang sindrom letih dan lesu.
Latih mengubat letih. Latih menjadikan seseorang mencintai perkara yang akan dilakukan. Latih menafikan malas, malah mengangkat rajin sebagai penguat semangat. 



IKTIBAR ANGSA DAN TELUR EMASNYA
‘Prinsip saya dalam mengurus manusia mudah sahaja, yang rajin bagi ganjaran, yang malas kenakan hukuman. Yang lebih penting, produktiviti meningkat dan kualiti produk terjamin. saya tak percaya ceramah-ceramah agama macam ni boleh menyelesaikan masalah. Cuma, apabila badan kebajikan Islam di syarikat melaksanakannya, saya perlu sokong. Itu sahaja’..
‘mengapa tuan kata begitu?’.
‘ceramah-ceramah agama ni sebenarnya soal personal. Input-input tentang syurga, neraka, pahala dan dosa tu sepatutnya menjadi renungan dalam kuliah di masjid. dalam organisasi kita bekerja, matlamatnya ialah keuntungan,. Kalau tidak untung membazir masa dan tenaga sahaja’.
‘bagaimana caranya syarikat nak untung?’.
‘soalan itu simple ustaz. Apabila pelanggan berpuas hati dengan produk dan perkhidmatan kita, mereka akan beli dan itulah keuntungan. Itu yang selalu saya katakan, jaga pelanggan, jaga pelanggan’.
‘bagaimana pula untuk menghasilkan produk dan perkhidmatan terbaik?’
‘apabila semua pekerja rajin, bekerjasama,dan komited dengan tugas masing-masing. saya selalu tekankan kepentingan teamwork sesama pekerja. Mesti bersatu padu.’
‘bagaimana nak membentuk pekerja yang bersatu padu?. Organisasi ini kurang harmoni’.
‘er, er..itu yang saya katakan mula-mula tadi. Yang rajin berikan ganjaran, yang malas kenakan hukuman’
‘bagaimana? Selesaikah semua masalah dengan pendekatan tersebut?’.
‘Ustaz perlu ingat, kita berdepan dengan manusia. Manusia itu sangat kompleks. Masih banyak yang perlu dilakukan’.
‘oleh sebab manusia sangat komplekslah maka masalah tidak dapat ditangani dengan pendekatan hukuman dan ganjaran’.
‘mengapa ustaz berkata begitu?’
‘tunggu dulu, soalan itu saya cuba jawab kemudian. Tuan masih ingat cerita angsa dan telur emasnya seperti yang kita dengar sewaktu disekolah rendah dahulu?’.
‘petani yang tidak sabar menunggu angsa bertelur emas sebiji sehari, lalu membelah perut angsa untuk mendapatkan lebih banyak telur emas dengan cepat? Cerita dongeng itu?’
‘ya, ceritanya tidak benar, tapi pengajarannya benar’.
‘pengajarannya benar? Apa maksud ustaz?’
‘yang berlaku dalam syarikat tuan membenarkan pengajaran cerita dongeng ini’.
‘saya tidak faham. Apa maksud ustaz?’
‘angsa itu seperti pekerja syarikat. Manakala produktivitinya seperti telur emas. fokus tuan hanya pada telur emas. Bukan pada angsanya. Tuan hanya inginkan kualiti produk, bukan menjaga tenaga manusianya’.
‘maksud menjaga itu bagaimana?. Gaji cukup, elaun cukup’
‘tuan, keperluan manusia itu bukan itu sahaja. Akal dan emosinya jugs ada keperluannya. keperluan rohani iaitu hatinya perlukan keimanan’.
‘maksud ustaz, selama ini pihak syarikat seolah-olah telah membelah perut angsa untuk mendapat telur emasnya?. Ustaz nak tukar syarikat jadi madrasah?’
‘ya, syarikat seharusnya jadi madrasah. Disitu seharusnnya pekerja diberi ilmu, dididik imannya, dan dilatih kemahirannya. Barulah mereka menjadi pekerja yang berintegriti sekaligus mempunyai kompetensi dalam tugasannya’.
Sumber : Beduk di ketuk




5 STAIL BERFIKIR (S.I.P.A.R) (2)
 ANALYST
Cenderung kepada ‘cara terbaik’. Hanya berminat dengan penyelesaian saintifik.
Kekuatan
1. fokus kepada metod dan perancangan , mengetengahkan data dan perincian.
2. Pandai membina model sistem.
3. Boleh membawakan kestabilan dan penyusunan.
4. Terbaik dalam situasi dan sedia mempunyai sistem dan rutin.
Kelemahan
1. Mungkin mengabaikan nilai kemanusiaan.
2. Keterlaluan menganalisis, merancang dan membuat jangkaan.
3. Tidak fleksibel, terlalu berhati-hati.
4. Kelihatan berpandangan sempit.

 REALIST
Sangat mempercayai fakta dan pandangan pakar. Hanya berminat dengan keputusan konkrit.
Kekuatan
1. fokus kepada fakta dan hasil, mengetengahkan sumber dan realiti.
2. Pandai memudahkan sesuatu.
3. Boleh menyediakan daya dan momentum.
4. Terbaik dalam situasi yang mempunyai objektif yang jelas.
Kelemahan
1. Mungkin mengabaikan perbezaan pandangan.
2. Tergesa-gesa mengambil penyelesaian yang terlalu dipermudahkan.
3. Keterlaluan mencari kesepakatan
4. Membesar-besarkan fakta dan kelihatan terlalu berorientasikan hasil.
(+Synthesist, Idealist, Pragmatist)
Abdul Hakim Abdul Hadi



           


CIRI-CIRI RUMAH IDEAL
 LAHIRIAH
1. Ruang Untuk Solat Berjemaah
2. Sudut Bacaan
3. Pemisah diantara bilik

 SPIRITUAL
Keperluan spiritual adalah seperti solat berjemaah, bacaan al Quran, mengamalkan adab-adab Islam misalnya memberi salam ketika masuk rumah, menyimpan kasut di rak dan lain-lain.




           




No comments:

Post a Comment