Google Ads

Monday 26 October 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 121

MENARIK DI DALAM
·        Bertudung tidak semestinya menutup aurat?
·        Formula tenteramkan jiwa
·        Hebatnya Sedekah
·        Layang-layang Kehidupan
·        Umpama lari dari peperangan
·        Tip Menghilangkan resah
·        Panjangnya
·        Hebatnya Yakin



Assalamualaikum
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Tuhan yang mengetahui apa yang ada dalam hati manusia. 

Sahabatku
saya ingin bertanya.  adakah org yg bertudung itu confirm dia dah menutup aurat? jawapannya tidak semestinya. kerana tudungnya itu mestilah yang tebal, melepasi bahagian dadadan lain-lain jika itu dah di penuhi adakah dia dikira lengkap menutup aurat? jawapannya.  belum confirm kerana ada yang bertudung elok, tapi  memakai baju t shirt  berlengan pendek. atas dah ok. tengah pulak terbuka.  Astagfirullah, sukarnya untuk benar-benar beriman.  

Sahabatku
kita selalu alert dengan tudung.bagus. tapi kadang terlepas pandang tentang baju t-shirt kita yang berlengan pendek itu. kadang kita pakai hanya untuk ke kedai yang berdekatan dengan rumah kita, sedangkan tempat yang kita pergi itu ada lelaki yang bukan muhrim dengan kita betul? jadi, tak pasal-pasal kita dapat dosa kering di situ.  sama juga kita di rumah kita yang ada abang ipar atau sepupu lelaki, terkadang disebabkan rumah sendiri kita memakai baju berlengan pendek, dan yang lebih malang sekali ialah, tudung pun tak pakai. subhanallah.

 Sahabatku
Jom sama - sama lihat diri kita. setakat mana kita menjaga aurat kita. memang ia urusan peribadi kan? tapi tak salah jika kita sama-sama memperbaiki diri sendiri dan orang lain.  Benar, kubur masing-masing.. tapi saya cuma teringat akan hadis Rasulullah,  sampaikanlah daripadaku walaupun sepotong ayat.
Editor, Norazila Khalid  

TUHAN...

Semoga Allah berikan pelangi disetiap hujan…

Senyuman disetiap tangisan…

Rahmat untuk setiap cubaan..

Dan dimakbulkan doa disetiap permintaan...

Lailahaillallah...

 

 


FORMULA MENTENTERAMKAN JIWA

 MEMBINA HUBUNGAN DENGAN ALLAH

Kesibukan menjadikan kita lupa dan lalai dalam mengingati Allah. Saban hari kita sibuk mencari harta kekayaan untuk kesenangan hidup d dunia. Allah berfirman ’ingatlah, Dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang’. (surah al Ra’d 13: 28). Apabila mempunyai hubungan yang kuat dgn Pencipta, InsyaAllah kita akan mencapai keamanan dan ketenteraman. Kebergantungan kita kepada Allah membuatkan perspektif kehidupan kita menjadi lebih luas. Kita tidak hanya melihat keadaan dan masalah dalam kehidupan sebagai seksaan yang harus diharungi. Yakinlah dengan janji-janji Allah, nescaya ia akan membuatkan hati kita tabah mengharungi setiap kepayahan.  

 

 TERIMA DENGAN REDHA

 Penerimaan aspek yang paling penting untuk mencapai kedamaian. Kita perlu menerima segala yang terjadi dalam kehidupan kita termasuk masa lalu, situasi semasa, paras wajah atau keadaan dan nasib kita. Jika tidak dapat menerima satu peristiwa dalam hidup, maka kita akan dipenuhi kesedihan dan keresahan. Jangan bersedih pada perkara-perkara yang anda gagal untuk mendapatkannya. Bergembiralah dengan apa-apa yang telah diberikan kepada kita selama ini. Allah menegaskan ‘Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu’ (Surah al Baqarah 2 : 216)

 

 BINA DIALOG DIRI

Apa sahaja yang dikatakan dalam dialog dalaman akan menentukan tahap keamanan dan keupayaan utk mencapai kebahagiaan hidup. Bercakap dengan diri dilihat sebagai satu cara untuk memprogramkan minda, selain boleh digunakan untuk mencapai keamanan dan ketenangan jiwa. Perkataan positif mampu menjadikan seseorang berjaya mengatasi sebarang halangan. Jika mengeluarkan bisikan negatif, kesedihan, kemurungan dan tekanan akan memuncak.

Sumber : ULFAH. Haji Zainuddin Ali



HEBATNYA SEDEKAH...

Sabda Rasulullah..’sesungguhnya sedekah seseorang muslim itu memanjangkan umur dan mencegah dari mati dalam keadaan yang buruk (su’ul khatimah)dan Allah Taala pula menghapuskan sikap sombong dan membangga diri si penderma dengan sebab dermanya itu’.

(hadis riwayat Tabrani)

 

 


LAYANG—LAYANG KEHIDUPAN

Kita di dunia ini umpama laying-layang di langit takdir . Kita terbang tinggi, rendah, jauh dan dekat. hanya dilembayung iradahNya. Kita akan terbang tinggi selagi ada angin dibekalkan. selagi kertas tidak koyak. Selagi rangka masih teguh.Tetapi apabila tali sudah ditarik.turunlah dengan redha. kita tidak berhak untuk terus ‘terbang’. Sekiranya MAUT menjemput pulang. Innalillah.

 

 


TERJEMAHAN AL QURAN
UMPAMA LARI DARI KEMATIAN

‘katakanlah ( wahaiMuhammad) , sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripanya itu tetaplah ia akan menemui kamu , kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan yang Maha Mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata. Lalu dia memberitahu kepada kamu apa-apa yang telah kamu lakukan (serta membalasnya)’
SURAH AL JUM’AH(AYAT 8)

HURAIAN AYAT
Dalam ayat di atas, Allah menyebut perkataan ’mati’ sebelum perkataan hidup. Apakah rahsianya?
A) manusia berasal daripada ’tiada’ kemudian barulah dihidupkan di atas muka bumi ini. Seterusnya manusia yang mati dihidupkan semula dan akhirnya dihidupkan kembali di akhirat untuk hidup selama-lamanya.
B) Supaya manusia sentiasa mengingati akan hakikat kematian yang merupakan perkara yang pasti akan berlaku.   

TIP MENGHILANGKAN RESAH

Ketika hati risau, sedih, banyak masalah, bacalah ini sebanyak-banyaknya di setiap waktu…

‘ya hayyu ya Qayyum, Birahmatika Astaghiitsu’

‘ya Allah yang Maha Hidup lagi Maha Kekal, dgn rahmatMu , aku pohon perlindunganMu ‘

(hadis Riwayat Tirmidzi)

Jangan biarkan bibir malas dan sulit berzikir. bacalah di setiap masa sewaktu senang ataupun susah..kerana Allah sangat suka mendengar rintihan dan doa dari hambaNya..

InsyaAllah

 

 


PANJANGNYA..
            Pak Mad berazam untuk solat terawih secara berjemaah pada tahun ini. Bukan setakat lapan, tapi 20 rakaat dia akan laksanakan. Lalu dia bertanyakan orang ramai tentang masjid mana yang diimami oleh imam hafiz yang baik dan panjang bacaannya.  Azamnya bukan main-main. setakat 20 rakaat dengan surah pendek-pendek dan cepat, itu tak mainlah.
            Tahun ini Pak Mad akan solat di surau sekolah tahfiz yang berdekatan. Dia mengambil tempat di saf yang pertama , sedekat mungkin dia dengan imam. Pada 2 rakaat pertama,si imam membaca 10 halaman daripada surah al baqarah. Dia mula gelisah. Kakinya mula kebas. Inilah kali pertama dia solat berjemaah selama itu.
            Sebaik selesai solat, dia terus menyapa imam, ’surah apa yang imam baca tadi tu?panjang sungguh!’ ’Surah al Baqarah’. Jawab si Imam. ’Apa maksudnya?’ ’Lembu Betina’. tatkala si Imam berdiri untuk solat  yang berikutnya, Pak Mad bertanya lagi ’surah apa yang akan dibaca selepas ini?’ ’Surah al Fil’. ’Apa maksudnya?’ ’Al Fil bermaksud Gajah’  Lantas Pak Mad bersalaman dengan imam dan meminta izin untuk keluar. ‘Pak cik hendak pergi mana tu?’
‘Pak cik hendak solat di masjid lain. Kalau tadi bacaan surah ‘lembu’ pun panjang bukan main , lepas ni nak baca surah ‘gajah’ lagi lagilah panjang!’

Pengajaran
Beramal mesti berilmu. Berapa ramai orang yang silap beramal dek salah ilmu. Untuk beramal memerlukan semangat dan kesungguhan. Tetapi beramal bermodalkan semangat sahaja ibarat membawa kereta tanpa destinasi. Akhirnya kereta tersadai di tepi jalan kerana kehabisan minyak.

Sumber : Angguk Geleng


HEBATNYA YAKIN...

Selagi kita bergantung kepada Allah, sungguh kita tak akan pernah berjumpa perkataan kecewa dalam kamus hidup kita, yang penting kita mesti YAKIN….

InsyaAllah...

 

 








No comments:

Post a Comment